Pelakon dan pengacara, Scha Alyahya ini memang sering menjadi idola gadis-gadis remaja dek kerana personalitinya yang selamba dan caranya membawa diri dengan penuh yakin. Gelagatnya yang spontan bersama suami, Awal Ashaari dan juga anak tercinta iaitu Lara Alana juga sering mencuri tumpuan netizen di media sosial.
Sempat berbicara mengenai soal keyakinan diri yang sering menjadi isu di kalangan wanita ketika pelancaran produk Downy terbaru iaitu Downy Natural Secret Garden dan Downy Natural Aqua Ocean menerusi kempen ‘Raikan Diri Sendiri Anda Seadanya’, penjelasan Scha pastinya mampu membuat semua terkesan dan lebih menghargai diri sendiri.
Dahulunya sering memikirkan persepsi orang terhadap dirinya.
“Sebelum ini, semasa saya baru bermula di dalam industri hiburan, saya sentiasa kisahhkan apa yang orang lain fikir tentang saya. Lama – kelamaan, saya bermula untuk menerima diri sebenar saya kerana tidak boleh memuaskan semua orang. Jadi, marilah kita semua meraikan semua aspek, besar ataupun kecil, yang mendefinisikan diri kita.
Semua wanita dicipta unik, dan setiap wanita mempunyai kisah sendiri. Sebab itulah saya ingin menggalakkan nilai yang dipupukkan dengan Downy Natural supaya kita semua meraikan diri semula jadi kami, ” kata Scha.
Scha juga menjelaskan bahawa dirnya suka jika orang sekeliling rasa senang dengan dirinya.
“Scha sebenarnya seorang yang introvert. Namun apabila berada bersama orang lain, kita akan tukar diri kita supaya mereka rasa selesa dengan kita.”
Ads
Selain itu, sebelum ini terdapat juga netizen yang suka mengkritik hidung dan suaranya dan mengatakan ianya seperti suara seorang budak lelaki.
Mungkin pada awalnya terkesan, namun kini semuanya tidak bermakna lagi buat Scha.
“Bagi Scha kita kena embraces kekurangan yang ada pada diri kita. Sentiasa praktis dan ingatkan pada diri sendiri kerana hanya kita yang mengenali diri kita. Memang orang akan mengata jadi kita harus abaikan sahajalah.
“Setiap pagi kita cakap pada diri, ‘I am going to have a productive day today.’ Kalau tak okay pun tidak mengapalah it’s okay kita boleh teruskan rutin harian seperti biasa. Yang penting kita harus bersyukur. Kita akan bahagia jika bersyukur dan jangan bandingkan dengan orang lain. Perkara itulah yang akan buat kita tidak happy,” ujarnya lagi.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pernah diejek gemuk kerana memiliki tubuh badan sedikit berisi. Malah dia juga turut dikatakan berwajah hodoh seperti jalan tar gara-gara jerawat yag tumbuh melata di pipi. Malah keadaan fizikal serba kekurangan itu menyebabkan dia ditinggalkan teman lelakinya. Tetapi gadis yang menamakan dirinya Zahara di twitter tidak putus asa. Dia cuba bangkit dan membuktikan dirinya mampu kelihatan cantik dan sempurna di mata semua orang. Perkongsian Zahara di laman sosial ini mengundang simpati netizen. Malah thread dibuat mendapat retweet hampir 9 ribu dan 7 ribu butang like.
Menurut Zahara dulu tubuhnya berisi sekitar 63 kg. Malah dia turut diejek seperti gajah.
Dia cuba bangkit memperbaiki diri. Daripada situ gadis ini rajin melakukan workout.
Tip lain daripadanya, minum air banyak.
Respon dari netizen. Cerita ini beri inspirasi kepada wanita lain.
Ada juga yang turut share kisah yang sama.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Setiap kali hujan lebat muncul, hati pasti dirundung bimbang kerana memikirkan masalah banjir yang mungkin datang. Malang memang tak berbau, warga Selangor dan Kuala Lumpur tidak pernah menjangkakan banjir akan melanda. Apa paling dirisaukan bukan saja masalah kesesakan teruk, tetapi juga risiko kenderaan anda mungkin ditenggelami banjir.
Kalau kereta sudah dimasuki air sampai ke dalam ruang kabin, apa boleh buat. Terpaksalah pasrah. Namun, ada beberapa ikhtiar yang boleh dilakukan dengan harapan kereta anda masih dapat dipulihkan dan beroperasi seperti sedia kala. 9 tips ini dapat membantu anda yang dilanda banjir sebelum isytihar ‘total loss’:
1. Hubungi syarikat insurans
Penting pastikan insurans kereta sentiasa tidak tamat tempoh, perkara pertama harus dibuat, hubungi syarikat insurans. Ada insurans menawarkan perlindungan banjir dalam pakej komprehensif, tetapi ada yang mengenakan caj tambahan berasingan. Apapun, sila tanya pegawai khidmat pelanggan insurans anda. Sekiranya tiada, anda masih ada peluang meminta khidmat menunda kereta anda ke bengkel. Ini servis standard yang biasa ditawarkan semua syarikat insurans, tetapi berbeza mengikut jarak tundaan dibuat.
2. Jangan hidupkan enjin
Tangan jangan gatal nak tekan ‘start button’! Antara kesilapan besar dilakukan pemandu adalah cuba menghidupkan enjin dengan memulas kunci kereta sebaik saja selepas banjir reda. Cubaan ini sebenarnya berisiko menyebabkan kerosakan lebih teruk yang menelan kos baik pulih lebih mahal. Ikut langkah-langkah betul di bawah.
3. Kenal pasti kedalaman kereta tenggelam
Selepas banjir surut, lumpur dan selut akan meninggalkan garis air pada bahagian luaran dan dalaman kereta. Syarikat insurans akan menilai tahap kerosakan berdasarkan paras air yang menenggelamkan kereta anda. Kos baik pulih akan lebih tinggi jika kereta ditenggelami air hingga melepasi aras papan pemuka. Jika air cuma naik terlalu tinggi melepas pintu, kereta anda biasanya masih selamat untuk dibaik pulih. Masa ni hanya mampu berdoa!
4. Keringkan kabin kereta
Garis lumpur dan selut hanya berguna untuk menilai tahap kenderaan ditenggelami air. Namun, anda tidak tahu seberapa banyak air yang masih ada dalam kereta. Jadi, pintu dan tingkap perlu dibuka, serta letakkan tuala atas lantai untuk mengesan sebarang kehadiran air dalam kabin.
Ini juga membantu anda menggantikan barangan yang terjejas akibat banjir seperti karpet lantai, panel pintu dan pelapik kerusi. Ingat, kerosakan itu mungkin turut dilindungi polisi insurans komprehensif anda.
5. Periksa minyak dan penapis udara
Jika nampak titis air pada dipstik (atau tolok minyak) atau paras minyak enjin tinggi, atau terdapat air dalam penapis udara, jangan sesekali cuba menghidupkan enjin. Terus tunda kereta ke bengkel untuk menyingkirkan air dan menukar minyak enjin, termasuk bendalir lain. Jika mahir, boleh cuba tukar minyak enjin dan penapis udara sendiri tetapi pastikan semua komponen enjin kering.
6. Periksa semua bendalir
Sistem bahan api pada model kereta baharu biasanya ditutup rapi, tetapi komponen itu pada model lama mungkin perlu dikeringkan. Brek, klac, stereng kuasa dan tangki pendingin (coolant) perlu diperiksa supaya tiada pencemaran. Sekali lagi, tugas memeriksa ini sepatutnya dilakukan mekanik bertauliah. Lebih baik jika kereta ditunda ke pusat servis rasmi untuk dilakukan diagnosis menyeluruh.
7. Periksa semua sistem elektrik
Periksa semua sistem elektrikal, dengan pulas kunci pencucuh atau cara lain untuk menghidupkan kereta. Periksa setiap komponen elektrik satu persatu daripada lampu depan, signal belok, penyaman udara, stereo, kunci kuasa, tingkap dan kerusi juga lampu kabin. Jika anda perasan sebarang kekurangan seperti kelancaran enjin dan anjakan gear, itu mungkin menandakan berlaku masalah elektrikal. Segera hantar ke mekanik!
8. Periksa roda dan tayar
Sebelum memandu, cari kesan lumpur dan selut yang mungkin terkumpul sekitar roda, brek dan bawah kereta. Malah, kesan lumpur yang sudah mengeras, atau ranting kecil boleh menyebabkan kereta bergegar ketika memecut. Jika perlu, ambil penyembur bertekanan tinggi dan cucilah sekitar rim dengan berhati-hati.
9. Isytihar ‘total loss’ kalau tidak yakin mampu baik pulih kereta
Kereta ditenggelami banjir boleh mengalami masalah berbulan atau bertahun lama selepas kejadian. Jika yakin bengkel tidak dapat membaik pulih sebaiknya, mungkin boleh meminta syarikat insurans menimbang untuk mengisytiharkan kereta anda sebagai rugi penuh (total loss). Selain memerlukan kos baik pulih tersembunyi yang tinggi, pengisytiharan total loss mungkin dapat menyelamatkan anda daripada sakit kepala.
SUMBER: Pandulaju.com
Untuk tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pernah tak anda rasa sukar untuk menelan air liur dan rasa sakit sekitar dalam tekak anda? Ada yang sampai demam dan luka di kawasan tekak mereka. Jika pernah, ini bermakna anda sudah terkena jangkitan tonsil atau radang tonsil. Jangan ambil mudah kerana ia boleh membawa maut dan perit sungguh rasanya!
Jadi apa itu tonsil? Rupanya ada juga yang tidak tahu dan hanya memikirkan ianya sakit tekak biasa sahaja. Bukan. Tonsil ini terletak di belakang lidah kita. Ia berfungsi untuk melawan jangkitan yang akan masuk ke dalam mulut anda. Jika anda mengalami keradangan ia disebut sebagai tonsilitis. Rasa diguris-guris tekak apabila kena tonsilitis. Kadang-kadang sakit tu sampai rasa nak menangis. Kerana terlampau sakit dan sukar untuk menelan air liur anda. Perit tonsilitis ini sakit sehingga boleh menyebabkan anda tidak mampu untuk melakukan aktiviti harian.
Jadi ini antara simptom tonsilitis yang boleh terjadi kepada anda mengikut laman sesawang Hellodoktor:
Susah dan rasa sangat sakit semasa menelan. Terutama sekali menelan makanan.
Nod limfa anda di leher membengkak.
Nafas anda akan berbau
Demam dan juga menggigil
Terasa penat dan sakit kepala
Perut akan sakit dan meragam
Tonsil bengkak, merah dan bernanah.
4 sebab yang kerap berlaku bagi tonsilitis.
1. Virus
Virus merupakan punca utama tonsilitis berlaku. Banyak jenis virus yang boleh menyebabkan anda terkena tonsilitis ini, antaranya adalah:
Rhinovirus, ia boleh menyebabkan anda demam.
Virus influenza, ia akan menyebabkan selesema.
Adenovirus, ia akan menyebabkan anda cirit-birit.
Virus Epstein-Barr, ia akan menyebabkan demam kelenjar.
Enterovirus, ia akan menyebabkan penyakit tangan, kaki dan mulut.
2. Bakteria
15 peratus daripada tonsilitis adalah disebabkan oleh bakteria. Bakteria yang kerap terlibat pada tonsilitis ini adalah bakteria streptokokus kumpulan A!
3. Fungus dan Parasit
Fungus dan parasit boleh menyebabkan tonsilitis tetapi ianya sangat jarang berlaku. Ini selalu terjadi kepada mereka yang mempunyai sistem imun badan yang rendah.
4. Merokok
Tidak kira wanita atau lelaki kalau anda merokok anda akan berisiko untuk mendapat tonsilitis secara kerap. Merokok sendiri akan mengurangkan air liur anda, jadi ia akan mengurangkan imuniti yang akan dibawa oleh air liur anda. Pada masa yang sama, ia akan menjejaskan keseimbangan bakteria (tidak kira bakteria baik atau jahat) di dalam mulut anda. Jadi keadaan ini akan menyebabkan tonsilitis berlaku dengan lebih kerap.
Walaupun tonsilitis merupakan satu masalah kesihatan yang bersifat jangka masa pendek sahaja tetapi jangan ambil mudah ya. Simptom yang paling popular adalah apabila anda lihat tonsil anda pada cermin dan membuka lampu suluh anda akan melihat tonsil anda akan kelihatan merah cerah bersama bintik putih serta garis nanah yang menyebabkan kesakitan.
Gambar oleh Hellodoktor ini boleh membantu dalam mengurangkan kesakitan tonsilitis.
Tonsilitis boleh menyebabkan maut tetapi anda boleh elak dari berlaku. Walaupun jumlah maut itu tidak ramai tetapi jangan ambil mudah. Dapatkan rawatan lanjut dari doktor untuk anda merawatnya. Jangan tunggu sudah teruk berjumpa dengan doktor.
Jika tonsilitis anda bukan dalam keadaan teruk, pengambilan antibiotik boleh membunuh bakteria atau virus yang akan menyebabkan jangkitan. Jika dalam keadaan teruk, pembedahan untuk membuang tonsil perlu dilakukan untuk mencegah penyebaran jangkitan lebih teruk. Akhir kata, jangan lupa untuk berjumpa doktor anda. Sekiranya anda mengalami simptom-simptom yang telah disenaraikan di atas. Masih belum terlambat.
Tahun ini jenama fesyen terkenal tanah air, LEEYANARAHMAN menampilkan koleksi eksklusifnya sempena lebaran 2025 dengan cara tersendiri. Dengan kapasiti besar, LEEYANARAHMAN memilih Stadium Merdeka...