Masalah stres ataupun depresi seringkali terjadi kerana tekanan yang membebani minda kita. Ia boleh terjadi disebabkan masalah peribadi, kerja ataupun keluarga. Selain melakukan senaman yoga, minum kopi ataupun mendengar muzik yang dikatakan boleh menghilangkan depresi, pelbagai amalan lain yang disarankan di dalam Islam boleh kita amalkan untuk menghilangkan rasa beban yang ditanggung.
Untuk penulisan New Ummah kali ini, Team Hijabista kongsikan kepada anda pilihan amalan yang boleh dilakukan untuk mengurangkan rasa stres dan depresi mengikut cara Islam. Selamat beramal!
- Solat
Sebagai umat Islam, kita diwajibkan untuk melakukan solat lima kali sehari. Ini sudah menjadi panduan sejak dari kecil lagi. Allah SWT amat murka dengan hamba-Nya yang sengaja meninggalkan solat. Solat bukan sahaja dapat mendekatkan diri dengan Allah SWT, malah ia juga merupakan salah satu cara untuk menenangkan jiwa dan minda serta dapat mengurangkan rasa tekanan yang dirasai. Anda juga disarankan untuk melakukan solat sunat yang juga mempunyai banyak kebaikannya.
“Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah solat dan sabar sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar”.
(Q.S. Al-Baqarah : 153)
Baca juga: Surah Penghibur Hati Rasulullah S.A.W, Ini Kelebihan Yang Ada Pada Surah Al-Kautsar!
2. Berzikir
Apabila kita berasa stres ataupun depresi, pastinya hati akan mula berasa cemas dan gusar. Kadang-kala rasa berbolak-balik dan tidak menentu seringkali menghantui kita. Tenangkan jiwa dengan melakukan amalan zikir. Seperti solat, zikir juga antara salah satu amalan yang dapat mendekatkan diri kita dengan Allah SWT. Ambil sebentar waktu anda dan duduk sambil berzikir. Pasti minda dan hati akan lebih tenteram dan selamat.
3. Bersabar
“Sabar itu separuh daripada iman”
Orang yang penyabar merupakan orang yang banyak mendapat kebaikan daripada amalan ini. Hati menjadi lebih tenang, jiwa rasa tenteram dan dapat membuat keputusan dengan relevan antara kebaikan apabila kita bersabar. Dalam Islam, sifat sabar itu sentiasa diwajibkan untuk setiap umat apabila ditimpa musibah. Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Sudah pasti setiap musibah yang diturunkan itu mengikut kemampuan hamba-hamba-Nya.
“maka bersabar itu lebih indah, Dan hanya Allah tempat memohon pertolongan.”
(QS. Yusuf 18)
Baca juga: Jika Diri Sudah Mula Malas Membaca Al-Quran, Ketahuilah Segala Kebaikan Yang Ada Pada Al-Quran!
4. Percaya dengan pertolongan Allah SWT
Setiap masalah yang berlaku pada kita, pastinya ada jalan penyelesaian yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Sentiasa bersangka baik kepada Allah dan bertawakkal menjadikan hati lebih tenang. Usah meletakkan perasaan ataupun fikiran yang negatif.
“Sesungguhnya setelah kesulitan pasti ada kemudahan. Setelah kesulitan ada kemudahan.”
(QS 94:5-6)
5. Berdoa
Berdoa merupakan salah satu cara untuk berkomunikasi dengan Allah SWT dan jalan untuk mendekatkan diri dengan-Nya. Pintalah pertolongan kepada-Nya saat hati berasa gundah, cemas dan gusar kerana dengan berdoa, insyAllah kita dapat diberikan ketenangan minda dan jiwa.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI