Sebagai wanita penjagaan kuku sangat penting sebab ia merupakan salah satu penjagaan kebersihan diri. Takkan nak biarkan kuku panjang, hitam, kotor dan penuh daki tu. Tahukah anda, amalan kepit kuku ini adalah keperluan dan bukannya atas dasar kemahuan!
Mungkin ada antara kita tidak suka akan kuku panjang kerana rasa rimas dan susah untuk menjaga dan mengekalkan kuku panjang. Akan tetapi ramai juga yang ketip kuku sampai terlalu pendek yang menyebab nampaknya daging di bawah kuku. Selain itu, ada antara kita tidak tahu bahawa punca infeksi bakteria juga boleh terjadi jika ketip kuku terlampau pendek.
Apa penyebab kita memotong kuku?
Penjagaan kebersihan serta kesihatan sangat penting buat diri sendiri. Dari hujung rambut sehingga hujung kaki. Ini termasuklah dengan kuku kaki dan tangan yang jarang kita ambil bahagian. Untuk pengetahuan, kuku merupakan bahagian yang paling penting kerana ia banyak digunakan untuk menyentuh sesuatu barang dan memegang barang.
Kuku yang panjang, kotor dan hitam akan merosakkan penampilan anda dan membuatkan orang sekeliling memikirkan anda jenis yang tidak menjaga kebersihan. Selain itu, kuku kotor juga akan menjejaskan kualiti makanan yang digunakan secara langsung oleh tangan anda! Geli bukan?
Kuku kotor, panjang dan hitam juga akan menyebabkan kuman senang berada di kawasan tangan anda. Selain itu, kuku yang dibiarkan terlalu panjang selalu dikaitkan dengan infeksi kulat kuku. Oleh sebab itu, anda disarankan untuk kepit kuku. Erti kata lain juga, potong kuku merupakan tuntutan dalam agama juga!
Ads
Jangan kepit kuku terlalu pendek
Ada individu yang suka dan kerap memotong kuku sehingga terlalu pendek yang boleh menampakkan daging di bawah kuku. Ia merupakan tabiat yang tidak bagus kerana ia akan membuatkan kuku tampak pucat dan susah untuk menggaru badan juga. Ada lagi bahaya yang lebih besar. Antaranya adalah:
1. Rasa sakit
Tabiat memotong kuku terlalu pendek akan menyebabkan lapisan daging merah yang berada di bawah kuku mudah terlihat. Jadi, ia akan membuatkan hujung jari anda rasa sangat sakit, pedih dan membuatkan anda rasa tidak selesa. Hyponychium merupakan nama daging merah tersebut.
Jika anda ketip kuku terlampau pendek akan menyebabkan saraf pada lapisan kuku menjadi sangat sensitif. Jika ia tersembunyi bawah kuku anda tidak akan rasa sakit tetapi jika ia terkeluar akan menyebabkan rasa sakit itu.
Ads
Selain itu, tindakan yang boleh anda lakukan adalah membalut atau menutup lapisan kuku anda dengan menggunakan plaster agar ia tidak terdedah kepada segala bentuk kontak punca kesakitan.
2. Infeksi bakteria
Bagi individu yang mempunyai tabiat kepit kuku sentiasa pendek ini boleh jadi punca infeksi bakteria. Ia dikenali sebagai paronychia dan sangat berbahaya pada anda. ia akan menyebabkan ketidakselesaan pada jari anda, jangkitan ini akan mengakibatkan kuku cepat terkena infeksi dan terus meradang dan membengkak yang menyebabkan rasa sakit yang teruk.
Bagi merawat masalah ini adalah dengan menggunakan ubat antibiotik. Ia juga akan menjadi melarat oleh kerana mengambil tindakan yang lambat. Selain itu, ia suka dipulih apabila anda mempunyai masalah lemah sistem imun.
Pasti anda pernah mendengar tentang cagu kan. Kondisi cagu ini kerap berlaku dan dikenali sebagai cengkam kuku juga. Cagu ini berpunca apabila kuku mula tumbuh ke dalam dan menyebabkan ia menekan daging di bawah kuku anda.
Cagu boleh terjadi disebabkan banyak risiko seperti anda potong kuku terlalu pendek, tidak menjaga kebersihatan kuku, trauma, kecederaan atau keadaan kesihatan.
Untuk cagu ini ada beberapa cara untuk melegakannya. Anda juga boleh cuba cara berikut:
Tutup dengan kain balut
Rendam dalam air hangat
Makan ubat tahan sakit jika sakit
Sapu ubat krim antibiotik yang disyorkan oleh doktor.
Pakai kasut dan stokin yang sesuai dengan kaki
Konklusinya, jangan sesekali biarkan kuku anda terlampau panjang atau terlalu pendek kerana kedua-duanya mempunyai kesan sampingan tersendiri. Untuk mengelakkan kuku anda tidak sakit atau terkena infeksi, kepitlah dengan berhati-hati. Pastikan untuk memotong kuku tidak terlalu pendek. Biarkan ada sedikit jarak antara sisa kuku putih dan kuku merah jambu agar dapat mengelakkan berlaku masalah berkaitan.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Nama pengacara serta personaliti TV Hawa Rizwana bukan lagi satu nama asing dalam industri hiburan tanahair.
Malah, Hawa merupakan salah seorang selebriti yang bukan sahaja sering menghasi kaca televisyen sejak mengambil alih tempat Neelofa sebagai pengacara program MeleTOP namun si cantik manis ini juga aktif dalam sukan berbasikal dan aktiviti sukan lasak.
Jika lihat di ruang akaun Instagram miliknya, setiap satu hantaran yang dimuat naiknya pastinya terselit tentang aktiviti-aktiviti melibatkan kecergasan ini.
Hawa Memang Suka Aktiviti Sukan Sejak Kecil Lagi
Menurut Hawa yang ditemubual secara eksklusif menerusi HIJABISTA Show, hobi berbasikal sudah mula timbul semenjak dirinya masih kecil lagi.
“Waktu saya di Perlis dahulu, ketika saya masih berada dalam tahun 2 hingga 6, aktiviti berbasikal merupakan aktiviti wajib saya.
“Jadi ia merupakan salah satu gaya hidup sihat dipraktikkan dalam kehidupan harian saya,” katanya.
Namun, tambahnya, apabila sudah berpindah ke Kuala Lumpur, dia tidak berpeluang untuk melakukan aktiviti berbasikal kerana faktor kesibukan jalan raya yang merbahaya.
“Apabila saya dan keluarga mula berpindah ke Kuala Lumpur, ibubapa saya tidak membenarkan saya untuk berbasikal di kawasan Kuala Lumpur atas faktor keselamatan.
Tambahan pula saya seorang sahaja anak perempuan jadi, mereka lebih berhati-hati dalam hal ini,” jelasnya lagi.
Mula Aktif Lakukan Aktiviti Sukan Semula Sejak 2019
Ibu bapa saya yang terlalu menjaga sehinggakan saya nak sertai bola jaring dan boling pun tidak dibernarkan. Jadi, semasa di sekolah menengah, saya banyak menghabiskan masa dengan aktiviti menari sahaja.
Kongsinya lagi, dia kembali melakukan aktiviti berbasikal apabila dia sudah bekerja dan sudah mempunyai kenalan-kenalan yang turut sama melakukan aktiviti berbasikal.
Bagaimanapun, bermula dari tahun 2019, dia mula mengaktifkan dirinya dengan berbasikal di merata tempat termasuklah di kawasan Kuala Lumpur International Airport dan juga Desaru.
“Sejak 2019, bila dah ada kawan-kawan yang suka berbasikal, saya mula berkayuh di area Kuala Lumpur. Jadi, sebenarnya, minat berbasikal ini sudah lama ada di dalam diri sejak kecil lagi,” ujar Hawa.
Selain berbasikal, kini Hawa dilihat semakin sinonim dengan aktiviti sukan seperti Marathon, Bola Jaring dan aktiviti sukan lasak seperti menawan puncak gunung dan Hiking sejak menyertai program Real Men Malaysia: Wira Merah.
Patutlah, tengok Hawa ni sentiasa cergas dan bertenaga walaupun tak menang tangan menguruskan kerjaya. Kuncinya, adalah amalan gaya hidup sihat dan rajin bersenam agar badan kita bertambah stamina dan semakin cerdas!
Hijabi yang mahu kekal aktif dan cergas, boleh la buat aktiviti senaman di waktu senggang seperti Hawa ni ya!
Seperti juga dunia fesyen terutama dalam pembikinan pakaian yang mengetengahkan pelbagai tema, hijab juga turut mengalami evolusinya yang tersendiri. Selain selendang dan juga tudung bawal, apa yang dapat diperhatikan trend tudung terkini, penggemar lebih suka menggayakan tudung empat segi dari fabrik satin.
Dengan pelbagai corak sama ada floral, abstrak, geometri, lukisan tangan ataupun travel around the world, memang tudung jenis ini paling hit masa kini. Sangat sesuai digayakan dengan baju polos tanpa corak yang mampu menyerlah seri penampilan seseorang.
Pastinya hijab jenis ini menjadi pilihan hijabi untuk menggayakannya di pagi Syawal. Memang terletak cantik di atas mahkota dan membuatkan penampilan kelihatan sangat ‘on point’ sambil merai lebaran bersama tersayang.
Namun begitu, bukan mudah sebenarnya tudung fabrik satin ini mahu terletak elok di atas kepala. Kalau tidak kena gaya memakainya, tudung boleh jadi senget dan akan membuatkan mood kita jadi tak tentu arah.
Maklumlah sebagai wanita berhijab, penampilan yang sangat dititikberatkan adalah pemakaian tudung selain riasan diri.
Hijabista berkongsi trik mudah dari Peñata Gaya Hijab Popular, Didiyana Ehsan yang memberi tip berguna bagi memastikan tudung satin yang dipakai terletak cantik dan tak senger di kepala.
Menurut Didi, kunci utama bagi pemakaian tudung satin seperti ini adalah perlu tahu kedudukan untuk meletak jarum peniti yang sesuai.
Letak di bahagian tertentu supaya hijab terletak cantik di atas mahkotamu. Jadi selepas ini, hijab satin digayakan tidak bergerak hingga boleh menganggu konsentrasi dirimu sepanjang beraya di rumah saudara mara atau kenalan.
Selain Neelofa selebriti lain yang gemar menggayakan hijab dari fabrik satin adalah Sherry Ibrahim, Mira Filzah, Vivy Yusof dan juga Bella Dally.
Buat para hijabi yang menggunakan tangki seterika wap untuk menggosok hijab pasti pernah mengalami masalah seperti keadaan tudung berubah warna atau meninggalkan kesan pada tudung akibat daripada air di dalamn tangki wap tersebut sudah kotor akibat habuk persekitaran.
Gambar sekadar hiasan. Google.
Jika anda gemar menggunakan seterika wap, anda perlu tahu bahawa seterika wap tersebut akan menjadi berlumut jika dinding tangki itu tidak dicuci dengan bersih. Pasti anda geli kalau pakaian atau tudung anda terkena juga. Oleh kerana ia senang berlumut, ramai yang mengabaikan kebersihan seterika wap ini kerana anda fikir seterika wap ini berisi air, maka ia tidak akan kotor.
Satu kesalahan jika anda memikirkan ianya tidak akan kotor. Jangan risau, ini adalah perkongsian ringkas daripada Repair Iron Bangi. Tak adalah anda risau mempunyai wap seterika yang bersih. Tak perlu risau lagi dah. Ini adalah cara yang anda boleh lakukan di rumah sahaja tanpa susah-susah:
Pastikan untuk anda menanggalkan ‘tank drop’ daripada tapak kakinya supaya senang dilakukan dibawah itu mempunyai litar eletrik untuk mengelakkan daripada terkena air ketika proses mencuci sedang dijalankan.
2. Seterusnya pastikan anda tutup saluran air yang berada di bawah tapak tangki itu. Ini dapat membantu proses anda mencuci kemudian agar air pencuci tidak akan keluar.
3. Pastikan anda memasukkan pencuci tangki sebanyak 2 liter ke dalam tangki seterika wap anda.
4. Biarkan ia selama sejam untuk kekotoran itu keluar.
5. Selepas anda keluarkan air pencuci tangki tadi ke dalam bekas kosong. Pastikan anda buang air itu sehingga habis.
6. Pastikan anda bilas tangki dengan air panas agar kotoran di dalam tangki tersebut dikeluarkan. Bilas sehingga bersih. Apabila bersih, pasang semua tapak tangki dan anda boleh menggunakannya.
7. Akhir kata, seterika wap ini mempunyai banyak kelebihan jika anda menggunanya. Ia sangat menjimatkan masa, memudahkan urusan anda serta jimat elektrik. Anda boleh sahaja lakukan cucian ini sekiranya mempunyai kotoran dan lumut.
Mendirikan rumahtangga pada April 2024, bekas anggota kumpulan Dolla iaitu Syasya Rizal kini bahagia bersama suami dan seorang cahaya mata lelakinya.Terserlah seri di wajah...