Sumber dari Instagram @hannahdelisha

Penghijrahan yang berlaku dalam kehidupan seseorang itu bukanlah semudah yang di sangka. Banyak rintangan perlu di tempuhi dalam mengekalkan iman dan taqwa kepada yang Maha Esa.

Pelakon Hannah Delisha tidak menafikan untuk kekal istiqamah itu amat sukar sekali. Meski pun sudah berhijab sejak 3 tahun lalu, dia masih melalui dugaan yang menggoda keimanannya.

Iman selepas berhijrah ada naik dan turun…

Menurut Harian MetroHannah Adlina Blackburne Birch atau lebih senang dikenali sebagai Hannah tidak mahu menghukum mana-mana selebriti yang membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab. Itulah lumrah manusia di mana iman mereka turun dan naik katanya.

“Bukan tempat saya untuk menghakimi mereka yang membuat keputusan tidak lagi bertudung kerana kita hanya manusia biasa yang mana iman turun dan naik,

“Sudah lumrah sebagai manusia, adakalanya iman kita turun dan berkurang yang mana saya pun pernah mengalaminya,

Ads

“Contohnya ketika penggambaran di luar, nampak orang pakai ‘dress’ dan rambut mengerbang, terkenang sebelum bertudung dulu. Rasa seperti seronoknya kerana tidak panas,

“Jadi apabila berdepan dengan momen sebegitu, saya pilih untuk tidak berfikir mengenainya. Ini keputusan yang telah dibuat dan harus diteruskan.” kata Hannah mengenai perkara ini.

Tidak faham komen “semoga istiqamah” sewaktu ketika dahulu…

Hannah Delisha Faham Kesukaran Untuk Kekal Istiqamah – “Lumrah Iman Manusia Turun Dan Naik…”
Sumber dari Instagram @hannahdelisha

Seketika dahulu, dia juga pernah melihat  komen “semoga istiqamah” pada hantaran selebriti yang mulai berhijrah. Pada awalnya dia tidak faham apa yang dimaksudkan dengan itu.

Ads

“Sebelum berhijab dan nampak komen sebegitu, saya kurang memahami maksudnya. Apabila diri sendiri yang melaluinya, baru saya mendalami komen itu,

“Mudah diungkapkan namun bukan mudah untuk dilakukan. Jadi apabila saya sudah bertudung, baru saya memahami maksud komen itu. Istiqamah itu ternyata bukan mudah.” ujarnya lagi.

Ads

Pelakon berasal dari Singapura itu turut berkongsi penghijrahannya bertudung pada September 2020. Dia membuat satu rakaman video yang telah dimuat naik di saluran YouTube miliknya.

Sumber: Harian Metro

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI