Tiada apa yang lebih puas apabila dapat memberikan senyuman di wajah orang tua kita di saat mereka melihat kita berjaya. Ya, itulah hadiah yang sangat indah dan bermakna buat mereka.
Terharu dan bersyukur, itulah perasaan yang dirasakan oleh Nur Shahira Sazlin Sharom apabila berjaya mendapat Anugerah PKT Excellence Award 2019 sebanyak RM80 ribu selepas memperoleh keputusan cemerlang keseluruhan pengajian.
Berkongsi kisahnya di twitter, Shahira yang merupakan graduan Politeknik Shah Alam dalam jurusan pengurusan logistik dan rangkaian bekalan ini layak menerima anugerah tersebut selepas berjaya menerima anugerah dekan di majlis konvokesyen.
Study smart bukannya study hard!
Bila dekat dengan Al-Quran, insyaAllah segalanya akan jadi mudah untuk kita.
Dia juga tak lokek berkongsi bersama semua mengenai caranya belajar hingga berjaya memperoleh anugerah dekan.
Haaa… ingat tau sis panduan yang diberikan ini. Pentingnya jaga carry marks kalau nak cemerlang setiap semester. Terharu dengan komen-komen positif daripada kenalan twitter, Shahira juga mendedikasikan kejayaan ini buat arwah ayahnya yang tercinta. Didoakan akan Shahira akan terus sukses dalam bidang yang diceburi ini. InsyaAllah.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pertama Kali Bercuti Sendirian, Zarith Nangis Bila Tersesat Di Korea Selatan
Bila kita merancang aktiviti percutian, kita juga semestinya berharap dapat melakar seribu satu kenangan manis darinya. Aktiviti percutian pastinya menjadi bertambah manis apabila insan tersayang juga turut serta bersama. Namun ada juga yang lebih selesa untuk merancang bercuti secara solo atau lebih dikenali sebagai ‘solo traveller’.
Seperti Zarith Atiqa,28, pernah terbang ke Thailand, Australia dan China, gadis ini ingin mencabar diri dengan menjadi solo traveller apabila menjejakkan kaki Korea Selatan pada November 2019.
Kenali Si Gadis Hijabi
Hello Hijabista! Nama saya Zarith Atiqa, berasal dari Perak dan sekarang sedap menetap di Kuala Lumpur. Saya merupakan seorang freelancer dalam bahagian pemasaran digital. Sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu, saya banyak tambahkan ilmu seperti membuat research and development (R&D).
Jadi seorang freelancer ini banyak naik turunnya dan ia bukannya mudah! Walaupun boleh tetapkan jadual waktu sendiri, namun semua itu harus ada ilmunya yang perlu dipelajari dan kaut sendiri. Membina networking itu paling penting!
Destinasi yang menjadi pilihan Zarith?
Semestinya Korea Selatan! Terasa seperti pulang ke kampung halaman sendiri apabila ke sana (ketawa). Australia juga menyeronokkan kerana ia merupakan sebuah negara yang tenang dan bersih untuk bersiar-siar dan bersantai.
Bagaimana Zarith merancang percutian?
Saya merupakan seorang yang sangat jimat Ketika berbelanja ataupun cheapskate! Namun, saya gemar merancang trip percutian di saat akhir. Pertama sekali, carilah tiket penerbangan dengan harga yang berbaloi.
Sebagai contoh, saya berjaya dapatkan harga tiket RM1018 pergi balik dari Kuala Lumpur-Hong Kong-Incheon. Saya dapat pergi ke dua negara sekaligus. Seronokkan! Saya juga akan melihat destinasi dan iklim lokasi yang hendak ditujui kerana saya sukakan musim luruh dan musim sejuk.
Seterusnya, saya akan lihat pula di aplikasi Airbnb atau Agoda untuk mencari tempat tinggal di sana. Semasa saya menggembara secara solo di Seoul, Korea, saya memilih untuk menetap di dorm yang semuanya perempuan bagi memudahkan untuk saya bergerak dan paling penting rasa selamat.
Mengenai makanan dan membeli belah, saya lebih memilih berbelanja untuk makanan kerana membeli belah merupakan perkara akhir dalam senarai saya. Selain itu, saya lebih banyak berjalan kaki atau menggunakan pengangkutan awam untuk bergerak. Jimatlah selagi boleh! Oh ya, travel insurance jangan dilupakan.
Kenangan yang tidak dapat dilupakan sewaktu bercuti?
Semestinya memori pada bulan November tahun lalu. Bayangkan, pertama kali saya pergi ke luar negara seorang diri. Saya merancang untuk ke sana dan membeli tiket dua minggu sebelumnya dan menguruskan segalanya sendiri.
Sampai sahaja di Korea, saya menangis kerana banyak kali sesat dan salah jalan sedangkan tempat yang ditujui itu hanya berada di sekeliling saya. Memori salah naik keretapi dan salah tempat ini membuatkan saya sedar yang saya tidak boleh mudah putus asa.
Perkara ini juga membuatkan saya lebih mengenali diri saya sendiri. Saya sebenarnya seorang mudah emosi jadi perkara kecil sebegini juga mudah buat saya tersentuh. Sememangnya memori ini akan terpahat sampai bila-bila di minda saya.
Saya juga berhadapan dengan detik cemas seketika apabila saya hampir terlepas penerbangan sewaktu berada di lapangan terbang di Hong Kong. Lapangan terbang di sana sangat besar dan saya berlari jauh untuk ke balai berlepas. Mujurlah saya sempat ‘mengejarnya’ dan sepanjang penerbangan itu saya hanya tidur saya sahaja gara-gara kepenatan. Terasa rugi pula kerana tidak sempat untuk melihat keindahan alam dari dalam kapal terbang.
Bagaimana Zarith mencari makanan halal di sana?
Saya akan cari awal-awal dan senaraikan segalanya di Malaysia lagi. Buat nota makanan yang saya mahu makan. Di Korea, anda bolehlah mengikuti Korean Tourism Organization (KTO) atau cari sahaja instagram @havehalalwilltravel kerana banyak info tentang makanan halal di luar negara di situ!
Kisah Zarith ini memang sangat menginspirasikan. Tidak semua yang berani mencuba pengembaraan solo. Ke mana pula destinasi yang ingin ditujui selepas ini?
InsyaAllah, saya berazam untuk melancong seorang diri pula ke Switzerland dan mahu bercuti bersama-sama keluarga ataupun teman rapat di New Zealand. Mudah-mudahan hajat saya ini akan terlaksana suatu hari nanti.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Tergesa-gesa Balik Kampung, Kekal Di Mana Kita Sedang Berada Sekarang
Dalam keadaan sekarang, lebih elok kita kurangkan berada di tempat awam. Jika perlu keluar hanya untuk urusan penting sahaja. Jika tidak, lebih elok tinggal di rumah sahaja. Kebanyakan syarikat sudah pun mengaplikasikan konsep ‘bekerja dari rumah.’
Orang ramai diingatkan untuk tidak tergesa-gesa pulang ke kampung, sebaliknya kekal berada di tempat tinggal masing-masing.
Ahli Pasukan Petugas Covid-19 Selangor, Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman berkata, seluruh rakyat Malaysia yang kini sedang berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan bermula esok sehingga 31 Mac ini perlu mengambil perhatian tentang perkara itu.
“Apa yang penting di sini adalah jangan pulang ke kampung atau mereka dari kampung pun jangan datang ke bandar.
“Kekal di mana anda berada. Kurangkan perjalanan,” kata beliau dalam program Consider This di Astro AWANI 501 malam tadi.
Dr Adeeba memberi reaksi tersebut ketika ditanya tentang kemungkinan ramai dari kalangan rakyat Malaysia yang mempertimbangkan untuk pulang ke kampung kerana kerisauan akibat penularan koronavirus (Covid-19).
Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui satu Perutusan Khas malam tadi mengumumkan kerajaan perlu melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac sehingga 31 Mac di seluruh negara bagi membendung penularan wabak Covid-19.
Perintah Kawalan Pergerakan itu dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.
Perintah kawalan itu meliputi enam perkara termasuk penutupan sekolah, premis swasta dan institusi pengajian tinggi (IPT).
Bagaimanapun, perkhidmatan penting serta pasar awam, pasar raya, kedai runcit dan kedai serbaneka akan tetap dibuka kepada orang ramai.
Sumber kredit: Sinar Harian
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nadiya Nisaa Dedah Di ‘Scam’ Penerbit, Akhirnya Keluar Dari Zon Selesa, Bawa Watak Dalam Harum Malam!
Meskipun bakatnya dalam bidang lakonan tidak perlu lagi dipertikaikan dan mempunyai nama yang cukup besar dalam industri lakonan tanah air, Nadiya Nisa mengakui dia jarang ‘terbuka hati’ untuk menerima tawaran melakonkan naskah seram.
Menurutnya, dia bukanlah seorang yang berani untuk berdepan elemen hantu dan tidak mampu mengawal emosi untuk menjayakan watak dalam lakonan bergenre seram.
Nadiya Nisaa Cabar Diri Keluar Dari Zon Selesa!
Bagaimanapun, ketika ditanya mengapa kali ini dirinya menerima lamaran untuk berlakon di bawah arahan pengarah tersohor, Dain Said, bagi menjayakan watak pengamal perubatan tradisional dalam filem Harum Malam, ini respon yang diberikan Nadiya Nisaa.
“Meskipun ragu-ragu untuk terima, pada masa sama, saya memang berhajat berlakon bawah arahan Dain.
“Justeru, untuk meyakinkan saya, pengurus ada ‘tipu-tipu’ sikit, cakap bukan watak hantu dan tidak ada babak kena rasuk sebab tu saya setuju.
“Rupa-rupanya, dia tidak beritahu tentang kesan khas dan sesi solekan yang berjam-jam lamanya,” kata Nadiya Nisaa.
Nadiya Nisaa berkata demikian ketika ditemui Hijabista pada malam gala tayangan filem Harum Malam di salah sebuah pawagam terkemuka di Ibu kota.
Tambahnya lagi, filem Harum Malam adalah filem yang berjaya membuka matanya untuk mengutip sendiri pengalaman membikin filem bergenre ini secara realiti.
Artikel berkaitan: Pakaian Warna Hitam Nampak Cantik Kalau Kena Gaya Padanannya. Buktinya Lihat Stail Selebriti Ini Di FFM29!
“Melihatkan set, props dan tenaga produksi, saya berbangga dan bersyukur menerima tawaran itu walaupun pada awalnya, berbolak-balik,” ujarnya.
Ketika ditanya apakah ilmu yang diperolehnya berlakonndibawah arahan sutradara berpengalaman luas seperti Dain, Nadiya menjelaskan bahawa Dain banyak membantu dan memberi keyakinan kepadanya terutamanya untuk menghayatu dan menjiwai watak tersebut meski terpaksa berdepan rasa takut.
Jelasnya lagi, meskipun ini adalah firem seram pertama yang dilakonkan olehnya namun Nadiya Nisa akui, terlalu banyak ilmu dan pengalaman baharu yang dikutip, setiap pelakon diberi tunjuk ajar dengan baik, hingga setiap pelakon rasa dihargai.
“Bila tengok cara penggambaran, kita tahu ini adalah naskhah yang besar. Ini bukan soal mahu takut-takutkan orang, tetapi ada cerita di sebalik setiap watak,” ujarnya.
Sekadar info, selain Nadiya Nisaa, Harum Malam turut membariskan nama hebat antaranya Remy Ishak, Bront Palare dan beberapa pelakon muda berbakat besar, Idan Aedan. Filem Harum Malam yang bergenre seram, bakal ditayangkan di 90 buah pawagam seluruh Malaysia bermula pada 9 Febuari ini.
Artikel berkaitan: Hijab Bercorak Juga Boleh Serlahkan Personaliti Serta Aura Feminin. Jom Tiru Gaya Selebriti Ini
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI