Dikala ramai hijabi sibuk dengan ‘content’ gaya solekan, menjaga penampilan diri, lain pula kisah hijabi ini. Apa yang menarik mengenai hijabi ini yang dikenali sebagai UMe Cikin apabila kandungan yang dipaparkan bukan ‘gedik-gedik’ tetapi kisah hidup di kampung bersama keluarga. Pada masa yang sama dia menjual sambal acarnya.

Kepetahan cara bercakap dengan laju dan lancar membuatkan wargamaya kagum kepadanya. Punya identiti yang tersendiri, muslimah sejati tanpa pakaian seksi tetapi hanya berbaju kemeja corak kotak membuatkan dia mudah meraih perhatian.

Berpendidikan, tetapi ‘humble’ benarlah bahawa ilmu yang diraih ke menara gading sebenarnya bukan semata-mata untuk memasuki pasaran kerja dalam bidang yang dipelajari tetapi ia menjana pemikiran kita untuk menjadi lebih kreatif mengikut level pendidikan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 30k Ulang Kicau Di Twitter, Hijabi Yang Dahulu Seorang Pereka Kini Lebih Selesa Menjadi Petani Moden

Melalui perkongsian Siti Suryani Yaakop memaparkan kisah remaja ini yang memilih dunia kerjaya yang bukan daripada bidang yang dipelajarinya. Diharap dengan kisah ini menjadi inspirasi kepada hijabi lain bahawa pendidikan yang tinggi itu amat penting untuk menghasilan isi kandungan yang berkualiti.

Graduan Kejuruteraan Terjun Ke Dalam Bidang Content Creator, Hijabi Ini Bina Kerjaya Jual Sambal Acar Tapi..

Semalam ramai orang share pasal adik ni. Gambar yang sebijik macam ni. Siapa penulis awalnya saya tak teringat pula. Tapi tulisan yang sangat baik.

Tentang bagaimana seorang graduan kejuruteraan terjun ke dalam bidang content creator. Tentang bagaimana usaha anak muda yang berpelajaran dan bijak membina kerjaya melalui media massa.Tentang bagaimana adik ni tidak berkisah mengeluh tentang belajar lain tapi kerjanya lain pula. Dia belajar lagi ilmu baru dengan peluang yang ada.

Ads

Saya selalu juga tunjuk pada anak kalau Tik Tok adik ni lalu di wall FB saya. Ada dia buat sambal. Ada dia masak. Cuba makanan. Dia hantar adik balik asrama. Yang tu yang paling kelakar antara semua yang kelakar.

@umeazharYang buat small bisnes macam Aku dah ada akaun company belum? kalau belum jom buat akaun dgn Maybank SME i. Sonang yo, boleh buat online tak payah tunggu lama2.♬ Pagi Yang Gelap (2007) – Hujan

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan Mudah Keluarkan Produk Kecantikan Lokal, Hijabi Ini Imbas Setahun Perjalanan Bergelar Usahawan

Jadi Teladan Kepada Anak-Anak

Saja tunjuk. Sebab anak saya yang nombor dua tu suka juga berangan-berangan buat content. Ala…budak mana yang tidak zaman sekarang ni kan. Duk diam-diam sorang kang dengar lah, “Hai gais…”

Ads

Tapi gambar ni benar-benar menangkap hati saya. Sebagai seorang mak. Pada dua orang anak perempuan. Saya yakin mak ayah beliau tentu sangat bangga dengan adik ni. Bangga bukan saja kerana berjayanya dia. Tapi lebih bangga lagi kerana dia berjaya dalam keadaan kekal menjaga nama dan maruah dirinya sebagai wanita.

Biar anak saya nampak.

Graduan Kejuruteraan Terjun Ke Dalam Bidang Content Creator, Hijabi Ini Bina Kerjaya Jual Sambal Acar Tapi..

Dalam saat anak gadis dan mak gadis hilang kekuatan menahan diri dari berjoget menunjuk tubuh badan serta menonjolkan muka terpaling cantik yang boleh, adik ni kekal menjadi diri sendiri dan menjaga diri dia sebaiknya.

Tiada make up. Tiada baju cantik dan mahal. Tiada aurat yang dibuka. Tiada gedik-gedik dan manja-manja. Tiada lemah longlai dan aksi mengada-ngada. Tiada suara halus dan gedik yang dibuat saja-saja.

Ads

Tapi tetap ramai yang minat. Follower pun merata-rata. Dia tak kisah nak tiru sesiapa. Dia ada identiti. Dia punya kekuatan peribadi. Dia unik dengan caranya tersendiri. Dia tak perlu buat benda pelik-pelik. Dan tak payah nak bertabarruj. Apa lagi nak buka aurat.

Tapi tetap, Wanita pun boleh minat. Lelaki pun sama hormat.

Dan begitulah saya sentiasa harap anak-anak perempuan saya dan kita semua akan jadi. Semoden mana pun dunia ni pergi. Tetap dia pandai jaga diri. Tetap dia punya kekuatan peribadi. Tak kisah nak ikut trend sana-sini.

Dia menjadi diri dia seadanya. Dia menjaga diri dia sekuatnya.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

SUMBER: Siti Suryani Yaakop

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI