Bila nampak kelibat pasti ramai yang tidak senang duduk jadinya! Apatah lagi bila ia berterbangan. Terus jadi mimpi ngeri.
Lipas ini dikatakan antara serangga perosak yang paling kuat bertahan sejak berzaman lamanya. Ia juga dikatakan masih mampu hidup selama beberapa minggu jika kepalanya dipotong. Kebal sungguh ya.
Pasti anda tertanya-tanya, apakah cara paling mudah, selamat, pantas dan murah bagi membunuhnya. Menurut Public Health Malaysia, cara untuk membuatkan lipas mati dalam beberapa minit adalah dengan menyembur air sabun ke arahnya. Air sabun akan memasuki liang pernafasannya dan melemaskan lipas tersebut dalam masa beberapa minit.
Tip ini mudah dilakukan jika ia muncul sewaktu anda sedang mandi. Bila ia sedang terbalik, itu adalah waktu terbaik untuk anda pancutkan sabun ke arahnya. Sekejap saja pasti ia akan mati selepas itu.
Serangga perosak ini boleh menyebabkan alahan dan serangan asma kepada individu tertentu. Ia juga membawa kuman seperti Salmonella, Typhoid dan Kolera jika ia menghurungi makanan.
Oleh itu, sentiasalah pastikan rumah anda bersih dan pastikan tiada sisa makanan dan sampah sarap di sekitarnya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI