Meletakkan kasih sayang sebagai asas dalam perjuangan membantu anak muridnya, jelas Ibu Hanim bukan keuntungan semata yang mahu diraihnya tetapi bagaimana ilmu yang dimilikinya ini akan terus membantu usahawan di luar sana.
Jelasnya melalui Annems Leadership Solution Sdn Bhd fokusnya kini mencungkil lebih ramai usahawan tempatan terutamanya golongan bumiputera untuk memberikan pendedahan ilmu Pembangunan Organisasi serta Kepimpinan yang tepat.
“Puluhan tahun dalam bidang koperat membawa saya melihat bagaimana ramai jenama-jenama anak tempatan kita tidak bertahan lama. Benar saya boleh memeluk tubuh dan meneruskan kehidupan yang selesa tanpa bersusah payah. Tetapi hati seorang ibu ini berbeza, saya anggap usahawan yang ini seperti anak-anak saya. Jadi apa yang boleh saya berikan adalah ilmu Pembangunan Organisasi serta Kepimpinan untuk memantapkan lagi perniagaan.
Perniagaan kekal relevan
“Kesilapan bermula bila ada yang melihat perniagaan ini hanya ‘marketing’ sebenarnya ilmu perniagaan itu terlalu luas dan melalui penguasaan ilmu ini mampu membantu mereka memastikan jenama perniagaan itu kekal relevan untuk tempoh masa yang panjang. Bersama saya pendekatanya berbeza, data yang ada pada setiap syarikat ini akan digunakan untuk mengukur perkembangan dan tahap pemahaman usahawan dalam melaksanakannya,” katanya pada majlis graduasi 121 usahawan Bumiputera yang berjaya mengikuti program Business Sustainability Solution (BSS) baru-baru ini.
Membina nilai kekeluargaan sebagai landasan hubungan, bagi Ibu Hanim sendiri beliau cukup selesa menyalur ilmu dengan pendekatan seorang ibu. Jelasnya bukan keuntungan yang menjadi fokus utamanya tetapi bagaimana ilmu yang dimilikinya ini mampu sampai dengan baik sekali gus menjadi sebab untuk ilmu ini diturunkan melalui anak-anak muridnya kelak.
Ads
“Manusia yang berjaya adalah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain, dan saya mahu ini difahami mereka. Sebab itu saya tidak mencari kuantiti dalam kelas tetapi kualiti. Saya tidak lihat bagaimana ilmu yang ingin disampaikan ini boleh dilakukan secara besar-besarkan, sebab itu dalam setiap batch hanya akan terdapat 20 atau 30 syarikat sahaja.
“Sebab saya mahu pastikan fokus yang diberikan kepada mereka ini sama rata selain mendalami setiap permasalahan yang membelenggu setiap usahawan ini. Jadi setiap syarikat ini bukan sahaja mendapat layanan yang sama tetapi dalam masa yang sama saya juga mempunyai waktu untuk memahami dan mencari solusi yang terbaik buat mereka,”katanya.
Janjikan perbezaan lain dari yang lain
Mencari perbezaan antara kelas-kelas perniagaan lain yang kini menjadi trend di Malaysia. Bagi Ibu Hanim menjadi keperluan setiap usahawan ini mencari titik mula dalam setiap langkah yang ingin diambil.
“Bagi saya tiada perbezaan yang besar mungkin macam saya sendiri pendekataan saya lebih kepada seorang ibu kepada anak-anaknya. Dikelilingi mereka yang mempunyai impian untuk keluar dari kepompong yang sebelum ini menyekat mereka daripada terus maju membuatkan saya yakin untuk membantu.
Ads
“Soal sentimen yang mungkin diwujudkan sesetengah tenaga pengajar ini sehingga menyebabkan rasa tidak senang. Bagi saya mereka di luar sana sendiri perlu faham keperluan mengikuti kelas yang disediakan ini. Pastikan anda berada dalam ruangan yang betul.
“Sebenarnya di Malaysia ini memang ramai yang berjaya dan ada daripadanya memang kita tidak kenal, jadi sebagai seorang yang ingin mendapatkan ilmu anda sendiri perlu berusaha mencarinya,”katanya lagi.
Bukan sekadar jutawan malah dermawan
Sebagai hamba Allah yang sentiasa mensyukuri nikmat yang diberi padanya, ibu Hanim punyai satu perjuangan yang besar yang mungkin ramai yang tidak tahu. Menubuhkan satu NGO, sebagai pengerusi badan yang bertanggungjawab untuk membantu anak-anak hasnaf adalah satu ikhtiar dalam memperjuangkan nasib mereka lebih terjamin.
Ads
“Ibu seorang untuk menolong anak-anak kecil yang kematian ibu-bapa, untuk memperjuangkan nasib mereka walaupun kaya belum mampu lagi untuk menolong mereka. Apa yang ibu lakukan masukkan ‘jarum’ pada anak-anak didik ibu, menjadi jutawan dan dermawan.”
Dalam pada itu Ibu Hanim selitkan nasihat untuk generasi muda yang minat untuk berniaga, “semangat dan perjuangan tidak cukup untuk terus kekal relevan dalam dunia perniagaan apa yang perlu ilmu”.
Sementara itu bercakap mengenai majlis graduasi yang meraikan seramai 121 usahawan Bumiputera yang berjaya mengikuti program Business Sustainability Solution (BSS) anjuran Annems Leadership Solution Sdn Bhd. Tambah beliau ini adalah hari penghargaan atas komitmen yang diberikan ushawan-usahawan berjaya ini.
Merupakan penganjuran program kali ke-12 itu melibatkan kumpulan usahawan pada tahap “Growth”, iaitu mereka yang sudah memiliki perusahaan masing-masing dan berhasrat mengukuhkan kedudukan di dalam pasaran.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
https://youtu.be/y4YtfHAcqbY
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Ramai diantara kita yang mempunyai impian untuk tampil langsing dan menawan ketika menyambut Syawal yang bakal berkunjung tiba tidak lama lagi.
Malah, jika lemak dibadan dapat disingkirkan. Maka pada Hari Raya tahun inj merasalah pakai busana-busana cantik yang lebih indah digayakan jika berbadan kurus.
Justeru, pelbagai cara boleh dilakukan untuk merealisasikan impian menurunkan berat badan itu. Begitu jugalah dengan rutin diet yang dikongsikan oleh pasangan penyanyi duo kembar seiras Aisha Hanim yang nekad menurunkan berat badan dengan meninggalkan terus satu tabiat ini.
Hanya Amalkan Tak Makan Satu Makanan Ni Je. Turun 13 Kilo Dalam Masa 4 Bulan.
Baru-baru ini pasangan kembar ini telah mendedahkan rahsia yang diamalkan mereka hingga berjaya menyingkirkan 13 Kilo lemak yang menempel di badan, hanya dengan tidak menjamah makanan ruji rakyat Malaysia iaitu nasi selama empat bulan.
Menurut pemilik nama sebenar Nooraisha Farizan dan Hanim Fariza itu, impak daripada diet yang diamalkan ini mereka berjaya menurunkan sebanyak 13 kilogram berat badan.
“Sebenarnya tak dinafikan kami mula berdiet (tidak makan nasi) dari tahun lepas sebelum penggambaran muzik video Tinggallan Cinta dan Dua Muka selama empat bulan.
“Kami nekad, kalau nak buat biarlah buat betul-betul, kalau tidak dalam skrin tu penuh muka kita.
“Orang asyik tanya bila dah kurus ni makan apa? Senang saja, jangan makan! Tapi memang ada masanya kami ‘moody’ sebabkan berlapar, sampai ada tempoh tu berminggu-minggu tak keluar rumah jumpa kawan-kawan.
“Mungkin sebab kami berdua kembar, nak buat aktiviti pun bersama. Bila berpakat tu menjadilah,” kata Aisha dan Hanim lapor portal hiburan tempatan.
Ketika disoal bagaimana mereka mampu menahan lapar sewaktu melakukan diet, jelasnya, mereka menggantikan diet nasi dengan makanan gantian. Selain itu, Aisha dan Hanim juga akui bahawa mereka sering melakukan senaman bersama-sama di rumah.
“Berat badan Hanim turun sebanyak 13 kilogram manakala Aisha dalam 9 kilogram. Menariknya sepanjang tempoh berdiet, kami saling ingat mengingati antara satu sama lain. Itu yang menyuntik motivasi sebenarnya.
“Untuk permulaan sebenarnya jaga makan. Elakkan pengambilan gula dan garam dalam makanan.
“Sebenarnya apabila berat badan naik, akan timbul pelbagai kerisauan termasuk dengan masalah kesihatan seperti kadar kolesterol. Saya pun takut… jadi kenalah kawal dan jaga,” tambahnya.
Mengulas berkenaan perkembangan terkini, Aisha Hanim dijangka bakal membuat kemununculan istimewa dengan lagu dan muzik video raya berjudul Raya Rumah Terbuka ciptaan Omar K, Hanis Rafi dan Firdaus Rahmat.
Mengekalkan tekanan darah terkawal adalah kunci untuk mengelakkan pelbagai masalah kesihatan yang datang bersama hipertensi daripada masalah jantung, kegagalan buah pinggang hingga kehilangan penglihatan. Selain daripada pemantauan BP secara berkala dan mengambil ubat tepat pada masanya, adalah penting juga untuk membuat perubahan gaya hidup yang perlu yang boleh membantu dalam pengurusan penyakit.
Banyak faktor boleh menyebabkan hipertensi daripada lebihan garam dalam diet, sangat sedikit kalium, pengambilan alkohol yang tinggi, terlalu sedikit aktiviti fizikal dan terlalu banyak tekanan. Lebih masa, peningkatan tekanan darah boleh membawa kepada beberapa masalah kesihatan seperti jantung yang membesar, saluran darah yang rosak, kegagalan buah pinggang, kegagalan jantung dan kehilangan penglihatan.
Strawberi
Buah manis ini sarat dengan antosianin (antioksidan), vitamin C, kalium dan asid lemak omega-3 yang boleh membantu mengurangkan tekanan darah tinggi. Tambahkannya pada sos, kek, susu kocak, smoothie dan salad anda bukan sahaja untuk rasa tetapi untuk manfaat kesihatannya.
Pisang
Kaya dengan kalium, serat dan magnesium yang membantu mengekalkan BP rendah. Ia juga menggalakkan penghadaman dan membantu orang berasa kenyang lebih lama.
Delima
Buah yang membantu mengurangkan enzim ACE yang mengawal saiz saluran darah yang merendahkan tekanan darah.
Mangga
Merupakan sumber serat, beta karotena dan kalium yang berkesan dalam menurunkan tekanan darah. Nikmati mangga sepanjang musim panas dengan shake, smoothie, pencuci mulut atau hanya hiris dan nikmati.
Sayuran seperti bayam, bit dan bawang putih
Kandungan nitrat yang ditukar kepada oksida nitrik selepas penghadaman. Nitrik oksida merendahkan tekanan darah dengan merehatkan dan mengembangkan saluran darah.
Dadih
Sarat dengan kalium dan kalsium yang mengurangkan risiko hipertensi. Ia mengandungi bakteria sihat yang membantu dalam melegakan tekanan dan keradangan. Jadikan dadih sebagai susu mentega, smoothie, lassi dan raitas pada musim panas yang panas.
Air kelapa
Buah yang memastikan anda terhidrat dan bertindak seperti diuretik semula jadi. Ia juga membantu dalam mengawal tekanan darah dengan mengekalkan keseimbangan elektrolit.
Jika anda telah didiagnosis dengan tekanan darah tinggi, mungkin bimbang untuk mengambil ubat untuk mengurangkan jumlahnya. Selain makanan, gaya hidup memainkan peranan penting dalam merawat tekanan darah tinggi. Jika berjaya mengawal tekanan darah dengan gaya hidup sihat, anda mungkin mengelak, menangguhkan atau mengurangkan keperluan untuk mengambil ubat.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Segala urusan ajal maut, rezeki dan jodoh itu sememangnya terletak di tangan Allah. Begitu juga suratan yang berlaku kepada arwah Khairunnisa Jaffri yang meninggal dunia semalam setelah beberapa hari bertarung nyawa. Dia yang dilanggar lari oleh pemandu mabuk dikatakan mengalami kemalangan teruk.
Oleh kerana arwah berasal dari Labuan, jadi teman-temannya di sini yang banyak memberi kata-kata semangat untuknya sebelum itu.
Namun setelah beberapa hari bertarung nyawa Nisa akhirnya dijemput Illahi. Nisa juga merupakan pelajar jurusan Undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.
Kehilangan gadis ini nyata beri kesan cukup besar pada teman-temannya. Malah status mengenai kehilangannya juga mendapat ribuan rewteet dari teman seperjuangan lain.
Sebelum itu minta teman-teman doakan kesihatan Nisa.
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...