Sebagai manusia, kita pastinya tidak terlepas daripada rasa kekurangan dengan diri sendiri.
Begitulah juga yang dirasai oleh penyanyi terkemuka, Yuna apabila dia membuka cerita bahawa dahulu dia pernah berasa tidak yakin dengan keadaan hidungnya yang pernah dikatakan besar oleh seorang rakan di sekolahnya.
Sewaktu saya kecil, saya sering memicit hidung kerana memikirkan ia akan menjadi kecil selepas seorang budak perempuan di sekolah mengatakan bahawa hidung saya terlalu besar untuk wajah saya. Saya bertanya kepada ibu, ‘kenapa saya tiada hidung yang kecil seperti ibu?’
Dia meyakinkan bahawa hidung saya adalah kombinasi yang terbaik di antara dia dan juga bapa dan ibu tidak mahukan saya berubah rupa. Selepas itu saya pun menerima jawapannya dengan hati terbuka dan tidak pernah melakukan apa-apa pada wajah. This👃🏽went places y’all.
Rata-rata pengikutnya mengakui kecantikan wajahnya itu selain berkongsi cerita yang mereka juga pernah diejek dahulu kerana hidung mereka. Amboi, jahat eh mulut!
Siapalah kita untuk menghina ciptaan Tuhan bukan? Jika kita bertemu dengan orang yang negatif begini, abaikan sahaja mereka kerana terlalu banyak nikmat dalam hidup untuk kita syukuri.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bubur Lambuk Ala Kampung Baru, Nak Cepat Masak Guna Pressure Cooker
Keenakan bubur lambuk Kampung Baru, Kuala Lumpur sering dinanti-nanti dan menjadi bualan masyarakat setiap tahun ketika tibanya Ramadan.
Namun tahun ini kelazatan menikmati bubur lambuk Kampung Baru terpaksa dilupakan.
Bagi mereka yang teringin hendak makan bubur lambuk, bolehlah mencuba resipi bubur lambuk ala Kampung Baru yang dikongsikan oleh Syuh Yuha ini.
BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras (basuh dan toskan)
1/2 biji kelapa, diambil santan pekat
1/2 kg daging tetel (potong kecil) (saya letak 1 cawan isi ayam cincang
2 s/b minyak sapi
3 s/b minyak
2 helai daun pandan (basuh dan dikoyak-koyakkan)
1 cube ayam megi
garam/gula secukup rasa
air
1 cawan udang kering [rendam air panas dan tumbuk lumat]
1 cawan bawang goreng
4 ulas bawang putih [dimayang]
2 biji bawang besar [dimayang]
1 inci halia [dimayang dan potong jadi macam batang mancis]
REMPAH TUMIS:
1 batang kulit kayu manis (takda stok kt rumah sy ganti dengan 1 sudu serbuk kayu manis)
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 sudu kecil halba
2 biji buah keras [ditumbuk]
BAHAN REMPAH (goreng kering dan mesin halus)
1 sudu kecil jintah manis (saya pakai jintan putih)
1 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu kecil lada hitam
BAHAN-BAHAN SAMPINGAN (optional)
2 batang carrot dipotong dadu
1/2 cawan kurma dibuang biji ( tak letak pun)
BAHAN HIASAN (dimayang)
3 tangkai daun sup
2 tangkai daun bawang
Bawang goreng
CARA-CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak dan minyak sapi.
2.Tumis rempah yang telah dikisar tadi, rempah tumis, bawang putih, daun pandan dan bawang besar.
3.Kemudian masukkan udang kering, tumis lagi.
4.Kemudian masukkan daging.
5.Tumis sehingga naik minyak.
6.Masukkan air dan didihkan sehingga daging separuh empuk.
7.Masukkan beras dan kurma dan tambah air jika nampak kering. Reneh sehingga beras hancur dan daging lembut.
8.Tambah air kalau bubur nampak semakin kering ketika menunggu ia pecah
Ketika ini boleh masukkan lobak merah jika mahu.
9.Apabila beras sudah nampak pecah, masukkan santan pekat dan perisakan dengan garam/gula secukup rasa..
10.Bila bubur sudah tanak dan elok, hidangkan dengan bahan-bahan hiasan.
Dh siap tabur bawang goreng
Posted by Syud Yuha on Wednesday, 18 July 2018
Nak cepat masak boleh guna pressure cooker atau guna rice cooker.
Sumber kredit: Syuh Yuha (Kredit resepi asal dari blog: liyasyamel)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Tak Guna Lawa Macam Model Tapi Hati Sentiasa Negatif’-Dayah Bakar Kongsi Tip Yakin Dengan Diri
Isi Kandungan
TogglePengacara televisyen kegemaran semua iaitu Dayah Bakar ini tidak pernah lokek dengan senyuman. Sentiasa dilihat sebagai seorang yang ceria, Dayah berkongsi tip bagaimana untuk terus kekal positif dalam hidup.
Bagaimana cara Dayah mengatasi cabaran dalam industri ini?
“Bukan mudah untuk Dayah tapi Dayah selalu fikir pasti ada orang yang lagi sukar jalannya. Cabaran untuk terus kekal relevan, bagaimana hendak jadi approachable. Tapi yang pasti, Dayah tak pernah berniat nak bersaing dengan orang lain, Cuma mahu menjadi versi diri yang lebih baik sahaja. It’s all about me.
View this post on InstagramA post shared by #IMAMKU (New Single) (@dayahbakar) on
JANGAN PERNAH MENGALAH
“Pastinya Dayah pernah berhadapan dengan rejection, failure dan pengharapan tapi gagal. Jadi hos ini kena selalu pergi ujibakat macam kerja lain yang perlu menghadiri temuduga. Ada masa dapat, ada masa tidak. So, you must keep on going kerana ada jalan yang lebih sukar di hadapan. Bukan meminta, tapi haruslah bersedia,” jelas pelantun lagu Imamku ini.
Jika dilihat karakternya yang sangat bubbly dan ceria, ianya ternyata sama di realiti dan bukan dibuat-buat. Jelas Dayah ianya satu benda yang menarik apabila ramai orang yang berpendapat sedemikian.
“Dayah bersyukur bila orang kata begitu. Ia seumpama you will get what you see. Saya bukan buat ini untuk menghasilkan persona yang berbeza. Jadi, saya rasa seronok apabila orang dapat menghargai dan menerima diri saya yang sebenarnya,” ujarnya yang lahir pada bulan Ogos ini.
View this post on InstagramA post shared by #IMAMKU (New Single) (@dayahbakar) on
Ketika ditanya mengenai rutin kecantikan dan kesihatan, Dayah ternyata mempunyai pandangannya yang tersendiri mengenai hal ini.
“Ini isu yang penting sebab sekarang ini ramai wanita yang mempunyai inferiority complex termasuklah Dayah. Dayah bukannya rasa cantik dan sempurna sepanjang masa. Ada juga insecurity tersendiri. Sebenarnya, sangat penting untuk seseorang itu rasa yakin dan bagus tentang dirinya sendiri.
“Kalau rasa badan itu malas, pergilah bersenam. Dayah sendiri ada anjurkan aktiviti yang diberi nama ‘Fit Sis’. Dayah lakukan ini supaya mereka di luar sana rasa seronok untuk bersenam. Jangan fikir cantik itu hanya apabila flawless dan kurus sahaja. Yang penting hati itu haruslah cantik.
“Kalau cantik seperti model sekalipun, tapi hati itu sentiasa negatif, anda tak akan bahagia. Kesihatan itu nombor satu begitu juga dengan kecantikan dalaman. Melaluinya, anda boleh sebarkan kebahagiaan. Selain itu, makanlah secara sederhana. Jangan terlalu ekstrim. I love food! Tapi kita kenalah berpada-pada seperti mana ajaran Islam yang mementingkan keserdehanaan.”
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Makin Berseri-Seri! MONA ALLEN Bakal Timang Anak Kedua Pertengahan Tahun 2024
Pelakon cantik, Mona Allen yang juga isteri kepada pengarah terkenal Pekin Ibrahim baharu saja berkongsi satu berita gembira di Instagram miliknya.
Mona mengumumkan bahawa dia dan suami bakal menimang cahaya mata kedua pada pertengahan tahun 2024.
Ketika berita gembira itu diumumkan, kandungan Mona sudah mencecah trimester kedua.
“Bismillahirrahmanirrahim.. Syukur alhamdulillah saya & suami @pekin7words bakal menerima seorang lagi cahayamata iaitu adik kepada Abg Petra. Insyallah pertengahan tahun hadapan.
“Alhamdulillah, sekarang saya dah masuk trimester ke-2, sudah tiba masanya saya berkongsi berita gembira ini di ruangan Instagram. Masyallah tabarakallah..”
Mona turut memohon doa agar fasa kehamilan keduanya itu dipermudahkan.
“Doakan perjalanan kehamilan saya dipermudahkan segalanya, Ameen & terima kasih juga atas doa semua sahabat2, keluarga & rakan2 yang tidak putus & sentiasa mendoakan saya & keluarga, hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas jasa kalian semua, ameen.”
Lebih menarik perhatian, Mona kelihatan sangat berseri-seri biarpun sedang berbadan dua. Sejuk mata memandang apabila melihat Mona menyarungkan jubah dan tudung berwarna putih.
Terserlah seri seorang ibu!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata para pengikutnya menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan agar dipermudahkan fasa kehamilannya kali ini.
“MasyaAllah. Alhamdulillah. Congratulations. Semoga dipermudah semuanya. Aamiin”
“Alhamdulillah , tahniah @mona.allen yang cantik! Semoga kandungan sihat & dipermudahkan urusan bersalin nanti. Paw abg @pekin7words macam-macam before pops ! Hehehehe”
“Doakan saya dan suami dikurniakan zuriat jugak nanti. InsyaAllah Aamiin”\
Turut menitipkan ucapan ialah rakan-rakan artis antaranya Uyaina Arshad, Hannah Delisha, Sharifah Shahora, Zarina Zainuddin dan Dazrin.
Memandangkan berat badannya bertambah, Mona sempat berseloroh kepada para pengikutnya sambil meletakkan emoji ketawa di akhir kapsyen: –
“Jangan tanya dah tau nape sis gemokk”
Untuk info, Mona dan Pekin mendirikana rumahtangga pada 7 Disember 2018. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Petra Pekin yang kini berusia setahun.
Setelah berkahwin, Mona memperlahankan karier seninya sebagai pelakon kerana mahu memberi tumpuan kepada keluarga.
Namun, Mona dan Pekin dilihat aktif mengusahakan bisnes milik mereka iaitu Mama Joe Malaysia. Semoga pasangan ini kekal bahagia bersama keluarga!
Kredit Foto: Instagram Mona Allen
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI