Setahun yang lalu pelakon kecil molek ini telah diduga Tuhan dengan ujian yang cukup hebat. Hampir 3 minggu terlantar di hospital menyebabkan segala pergerakannya terbatas. Tiada tanda sakit sebelum ini dan ujian yang datang padanya cukup menginsafkan. Saat itu terasa bagai nyawa di hujung tanduk apabila dia tidak boleh bernafas seperti biasa. Emma Maeombong menceritakan semula saat dirinya bertarung menahan kesakitan jangkitan virus dan hanya Allah yang tahu. Dan kini walaupun sudah sihat sepenuhnya, dia tetap ambil sikap berhati-hati terutama tentang penjagaan kesihatan.
“Sebenarnya sehingga hari ini Emma tidak tahu apa nama khusus bagi penyakit Emma ini. Tetapi menurut doktor hati Emma ada masalah. Doktor menjumpai nanah dalam hati Emma. Namun sehingga hari ini tidak tahu apa punca sebenarnya menyebabkan hati Emma dijangkiti nanah.
“Maklumlah sebelum diserang sakit itu, Emma sebenarnya tidak ada sakit apa-apa. Malah Emma sihat dan tidak ada ambik apa-apa yang terlarang atau yang boleh merosakkan hati. Malah apabila doktor periksa keseluruhan termasuk ujian darah, semuanya sempurna dan baik sahaja,” ujar Emma memulakan perbualan.
A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on
Menurutnya lagi, doktor hanya memberi andaian kemungkinan besar ketika dia berada di tempat penggambaran, kawasan berkenaan tidak bersih dan kotor. Dan mungkin disebabkan tangan tidak bersih dan menyentuh pula makanan serta masuk dalam mulut.
3 MINGGU KENA TAHAN WAD
“Situasi ini yang menyebabkan datangnya kuman hingga membuatkan hati jadi bernanah. Waktu kena serang itu, memang Emma rasa macam nak mati. Banyak yang Emma fikirkan ketika ditahan di wad selama hampir 3 minggu. Apatah lagi bila kita sedang berada dalam keseorangan dan dengar pula bunyi denyutan bip bip hingga menyebabkan Emma fikir macam-macam.
“Emma menangis dan merayu pada doktor untuk keluar dari hospital. Tetapi tidak dibenarkan. Ini kerana ada tiub yang bersambung pada badan untuk mengeluarkan nanah yang disedut keluar. Bayangkan tiga minggu berada di hospital dan Emma sedikit tertekan.
Ads
“Sampaikan, Emma terpaksa pegang bekas nanah dan tiub itu untuk jalan-jalan keluar sekeliling hospital. Waktu itu kita rasa badan sudah tak sakit dan sihat. Tetapi nanah masih lagi keluar, oleh sebab itu doktor tak benarkan Emma keluar wad lagi,” ceritanya lagi.
A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on
Sebelum itu, Emma mengalami simpton seperti menggigil satu badan, sekejap rasa sejuk dan sekejap pula rasa panas. Pada mulanya dia menyangka denggi, tetapi apabila diambil darah keputusanya negatif.
NAFAS TERSEKAT-SEKAT
“Darah diambil tidak tunjukkan kita kena denggi. Tetapi apabila Emma bernafas, ada benda seperti menyucuk di bahagian hati. Keadaan ini membuatkan Emma tak boleh nak bernafas sempurna. Kalau nafas Emma akan rasa sakit dan kalau tak nafas pula Emma yang akan mati.
“Emma hanya mampu bernafas tersekat-sekat dan pendek-pendek. Waktu itu muka Emma juga sudah pucat dan Emma terus suruh PA Emma panggil emak dan ayah. Siapa sangka Emma sihat sebelumnya dan dalam sekelip mata penyakit ini menyerang.
“Tiada tanda-tanda kecuali demam yang biasa dan badan terasa lemah. Emma masa itu ingat demam biasa dan hanya makan ubat demam sahaja. Tetapi apabila nafas kita pun jadi tersekat-sekat dan tak boleh nafas seperti biasa terus dimasukkan ke wad kecemasan,” jelas Emma yang kini sudah kembali aktif berlakon.
Empat hari berada dalam hospital doktor masih tidak tahu punca hinggalah dilakukan rawatan x-ray. Ketika itu doktor mengenal pasti ada nanah dalam hati.
“Emma terpaksa menjalani prosedur membuang nanah berkenaan dan apabila sedar ada tiub bagi membuangnya. Selepas itu, Emma terus rasa tubuh sudah sihat seperti biasa. Tetapi Emma terus kena tahan di wad hinggalah pulih sepenuhnya.
“Sebaik boleh keluar dari hospital, Emma terus mengambil kesempatan bercuti dan meneruskan aktiviti seni seperti biasa hinggalah hari ini. Namun sejak kejadian itu sebenarnya membuatkan Emma lebih berhati-hati terutama membabitkan soal kesihatan,” tambahnya lagi.
Menurutnya dulu dia tidak hiraukan apabila ada yang berpesan padanya jangan kerja kuat sangat nanti tumbang. Tetapi waktu itu Emmma tidak percaya kerana merasakan dia masih muda dan tidak pernah mengalami sakit.
“Iyalah waktu itu umur baru 24 dan masih muda dan kuat. Bagi Emma orang tua sahaja yang perlu ambil suplemen, duduk rumah dan jaga kesihatan. Dan apabila tiba-tiba kita tumbang, kita sebenarnya tak tahu bila ajal maut seseorang. Sakit yang datang itu tidak mengikut pada usia tetapi ikut kesihatan badan.
A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on
“Ibaratnya luar nampak muda tetapi dalamnya sudah tua. Kita tak tahu bila sakit akan datang. Kita pula jenis tak cukup rehat dan tidur. Bermula saat itu jugalah Emma setiap hari ambil air masak dan jarang minum air manis. Saya juga tak ambil suplemen lain kecuali vitamin C dan vitamin B serta ambil pemakanan yang sihat,” pesannya pada hijabi di luar sana agar sentiasa menjaga kesihatan diri sebelum akhiri perbualan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Bagi mereka yang inginkan satu gaya yang sihat boleh mencuba senaman kaki. Ramai yang lupa kaki kita juga perlukan satu aktiviti senaman yang tersendiri mengikut kesesuaian tubuh.
Terdapat satu kajian yang menerangkan bahawa keberkesanan melakukan senaman kaki dapat membantu membakar kalori dengan lebih banyak. Juga dapat meningkatkan hormon berbanding senaman yang lain!
Jom kenali senaman kaki yang ideal untuk anda!
Anda perlu tahu setiap set merangkumi 12 hingga 15 ulangan bergantung kepada tahap keupayaan setiap individu. Antara senaman yang efektif adalah squat! Namun, terdapat lebih banyak jenis senaman kaki yang sesuai untuk anda mencuba.
Barbell Squat
Langkah ke dalam squat rack dan suaikan diri anda.
Pastikan posisi kaki sama paras dengan bahu.
Letakkan barbell di atas trapezeus.
Undur sedikit setelah mengangkat barbell.
Pastikan kedudukan anda selamat sebelum mula gerakkan bengkokkan lutut.
Sewaktu turun pastikan dada anda menegak. Tonggeng punggung dan lentikkan pinggang.
Lutut haruslah tidak melebihi ibu jari kaki.
Turun sehingga 90 darjah.
Ulang semula langkah satu hingga akhir.
Peringatan! Anda perlu tahu lakukan squat perlulah dengan teliti kerana ia boleh merosakkan pinggang. Turun secara sepenuhnya bahayakan lutut. Pastikan anda gunakan beban yang ringan terlebih dahulu sebelum mula mencuba yang lain.
Barbell Lunges
Letakkan barbell di atas trapezeus.
Pastikan kaki ke hadapan dan menurunkan badan sekurang0kurangnya sebaris dengan lantai. Pastikan peha pula lurus dengan badan.
Ulang kaki yang berlainan dan pastikan fokus pada satu kaki sebelum tukar.
Peringatan! Jangan buka kaki terlalu besar kerana ia boleh menyebabkan tarikkan pada bahagian groin dan quadricep kaki belakang.
Frog Squat
Pastikan posisi anda seakan posisi katak.
Tangan perlulah sentiasa melekat pada lantai.
Bangunkan badan sehingga kaki lurus dan turun kembali.
Peringatan! Frog sqyat sesuai untuk membentuk potongan badan yang cantik. Ia tidak memerlukan penambahan bebanan dan cuma perlu perulangan set sahaja.
Sebelum anda mulakan setiap langkah, pastikan anda telah memilih pemakaian sukan yang sesuai. Pastikan juga anda sudah bersedia panaskan badan terlebih dahulu sebelum memulakan senaman untuk mengelakkan sebarang kecederaan.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pasti ramai yang ternanti-nanti nama cahaya mata sulung pasangan penyanyi popular Ernie Zakri dan Syamel, bukan? Akhirnya, pasangan ini berkongsikan nama puteri sulung mereka di laman sosial baru-baru ini.
Nur Khawla Soleha, itulah nama yang diberi buat puteri sulung mereka. Menerusi laman Instagram, Ernie Zakri memuat naik sebuah gambar tangannya bersama bersama suami dan anak mereka. Comelnya!
Dalam perkongsian itu juga, Ernie Zakri menitipkan doa agar puteri sulung mereka menjadi anak yang solehah dan membesar dengan penuh keberkatan dan rahmat Allah SWT.
Assalammualaikum. Welcome to the world, Nur Khawla Soleha. Semoga menjadi anak yang solehah Daddy dan Ibu, membesar dengan penuh keberkatan dn rahmat Allah SWT.
Syamel turut memuat naik gambar yang sama di laman Instagram miliknya dan juga mendoakan agar Nur Khawla Soleha menjadi anak yang solehah. Ramai juga yang teruja dengan perkongsian tersebut dan menerima baik nama yang diberikan.
Difahamkan nama puteri sulung pasangan ini, Nur Khawla Soleha diinspirasikan daripada seorang serikandi yang hebat bernama Khaulah. Kisahnya juga turut tercatat di dalam kitab suci Al-Quran.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Setiap wanita yang meninggalkan puasa wajib qada’ puasa tersebut sebelum bermulanya Ramadan yang akan datang. Atas alasan tertentu, anda tidak sempat menghabiskan qada’ puasa dan masih ada beberapa hari lagi yang tinggal.
Sekiranya hal ini terjadi, anda perlulah membayar fidyah. Apa itu fidyah? Fidyah merupakan denda ke atas individu Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti bulan Ramadan.
Hukum membayar fidyah adalah wajib dan ia perlu disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Sekiranya ia tidak dibayar, ia ibarat satu hutang kepada Allah Taala. Jadi, jangan memandang ringan hal ini ya hijabi. Ia mudah sahaja jika anda faham konsepnya.
Di Mana Boleh Bayar Fidyah?
Fidyah boleh dibayar secara terus kepada fakir miskin atau menerusi Pejabat Zakat atau Pejabat Agama Islam Negeri masing-masing. Untuk memudahkan anda, bayaran fidyah juga boleh dibayar secara online melalui e-zakat atau mengikut bank tertentu.
Beras tersebut hendaklah diberi makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya.
Cara Bayar Fidyah
1. Tetapkan Negeri Anda
Kadar bayaran fidyah berbeza mengikut harga yang telah ditetapkan oleh sesebuah negeri. Rujuk laman web Pejabat Agama Negeri untuk mendapatkan nilai secupak beras. Kebiasaannya, kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan adalah secupak beras dan nilai secupak beras itu akan ditukar dalam bentuk Ringgit Malaysia.
2. Buat Kiraan
Contohnya seperti Lembaga Zakat Selangor, satu hari puasa yang ditinggalkan bersamaan dengan RM1.80. Kiraan fidyah di Selangor adalah tidak berganda walaupun melangkau tahun. Jadi, sekiranya seseorang itu meninggalkan puasa selama 3 hari, maka kadar fidyahnya adalah:
RM1.80 (1 cupak) x 3 hari = RM5.40
3. Buat Bayaran
Bayar fidyah secara tunai – Boleh dilakukan di pejabat agama atau pejabat zakat negeri atau melalui wang pos.
Bayar fidyah secara online – Melalui e-zakat negeri masing-masing seperti e-zakat Selangor, e-zakat Penang, laman web Pejabat Agama dan Majlis Negeri, Maybank2U.
Ini caranya jika anda mahu bayar menggunakan Maybank2U:
Klik ‘Bill Payment’ dan klik pada ‘Make A One-Off Payment’
2. Klik ‘Zakat & Charity’
3. Pilih Pusat Pungutan Zakat/Fidyah Negeri masing-masing
4. Pilih ‘Fidyah’
5. Masukkan jumlah bayaran yang perlu dibayar. Selesai!
Tetapi, ia bergantung juga kepada jenis bank atau negeri. Kemungkinan sesetengah negeri tidak mengaktifkan akaun mereka untuk membayar fidyah online.
Dah, jangan tangguhkan lagi bayaran fidyah. Sila bayar sekarang sebelum anda terlupa. Ingat, jika anda tidak membayar fidyah, ibarat anda berhutang dengan Allah!
Menurut Cat atau nama penuhnya Catriona Norhayati Bahrin Ross berkata dalam pengurusan berat badan dan penjagaan kesihatan, perlu menitik beratkan kepada tiga kriteria. Iaitu