Limau mandarin memang cukup sinonim dengan Tahun Baru Cina. Limau mandarin menjadi snek wajib ketika perayaan itu serta dihadiahkan kepada sanak-saudara, rakan dan jiran tetangga untuk mengukuhkan hubungan persahabatan tanpa mengira kaum.

Di sebalik rasanya yang enak, limau mandarin kaya dengan vitamin C yang dikatakan mampu melindungi tubuh daripada serangan kanser, merangsang pengaliran darah serta menyembuhkan luka bahagian dalaman dan luaran dengan lebih cepat.

Elak Sakit Tekak Makan Limau Mandarin Di Musim Perayaan, Doktor Ini Kongsi Caranya
Photo by Nataliya Vaitkevich from Pexels

Karbohidrat yang terdapat dalam buah limau ialah karbohidrat sederhana iaitu fruktosa, glukosa dan sukrosa. Kandungan gula dalam buah limau mandarin akan bertambah apabila buahnya semakin tua, dan rasa masam semakin berkurangan.

Limau mandarin dan meningkatnya gejala sakit tekak di musim perayaan

Ads

Limau mandarin sangat kaya dengan vitamin C dan ia sepatutnya menghalang kita dari gejala sakit tekak. Namun begitu, bilangan pesakit yang menghidap gatal dan sakit tekak serta batuk bertambah sekali ganda dalam musim perayaan. Namun apakah kaitannya dengan limau mandarin tersebut?

Elak Sakit Tekak Makan Limau Mandarin Di Musim Perayaan, Doktor Ini Kongsi Caranya
Photo by Karolina Grabowska from Pexels

Pengusaha buah-buahan memang ada menggunakan sejenis bahan kimia iaitu ‘Sulphur dioxide’. Buah limau ini akan direndam terlebih dahulu kedalam cecair yang mengandungi bahan kimia tersebut sebelum ia dimasukkan ke dalam kotak. Ia bertujuan melindungi kulit limau dari dijangkiti bakteria, kulat dan serangga dan secara tidak langsung ia bertindak sebagai bahan pengawet supaya ianya dapat bertahan lama sebelum dipasarkan.

Ads

Apa kesan ‘Sulphur Dioxide’ yang terdapat pada kulit limau tersebut kepada manusia?
Ia boleh menyebabkan radang dan kesakitan tekak yang teruk, demam dan gejala batuk kering yang berpanjangan. Ia juga boleh menyebabkan sakit perut dan radang usus. Terdapat juga kes alahan seperti radang kulit dan serangan penyakit lelah.

Ads
Elak Sakit Tekak Makan Limau Mandarin Di Musim Perayaan, Doktor Ini Kongsi Caranya
Pexels.com

Bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini?
Basuh atau rendam dahulu buah limau ini dan kemudian barulah dimakan.
Pastikan jari yang terkena kulit limau yang tidak dibasuh tidak tersentuh dengan isi limau yang hendak dimakan. Sekiranya perlu, pakailah sarung tangan plastik ketika mengupas kulit limau.

HIJABISTA: Dalam apa-apa jua perkara, bersederhana itu lebih baik. Memang banyak khasiat yang boleh didapati daripada buah limau mandarin tetapi makan biarlah berpada-pada. 

Sumber kredit: Dr Rosli Abd Jalil Top image: Photo by Karolina Grabowska from Pexels

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI