“Crash Dieting” (diet yang sangat rendah kalori) akan menyebabkan badan memecahkan lemak kepada keton dalam badan kita yang boleh menyebabkan nafas berbau.
Sesetengah makanan boleh menyebabkan keadaan “halitosis” (mulut berbau). Dengan pelbagai trend diet yang ada pada masa kini, misalnya, diet rendah karbohidrat, berpuasa, dan “Crash Dieting” (diet yang sangat rendah kalori) akan menyebabkan badan memecahkan lemak kepada keton dalam badan kita yang boleh menyebabkan nafas berbau.
Menurut Judy Ng Wei Chern, Pakar Dietetik Pusat Perubatan Prince Court, makanan yang berperisa kuat misalnya rempah, bawang putih dan bawang merah menghasilkan bau yang kuat disebabkan oleh bahan kimia yang mengandungi sulfur. Ia akan berlingkar dan tersimpan dalam mulut serta diserap ke pengaliran darah, dan akan menyebabkan nafas berbau.
“Selain itu, kafein dan minuman alkohol juga boleh menyebabkan mulut kering. Keadaan yang kering ini sesuai untuk pembiakan bakteria tanpa air liur. Makanan ataupun minuman dengan tambahan gula juga harus dielakkan. Hal ini disebabkan gula merupakan makanan kepada bakteria dan mengalakkan pembiakan bakteria dan seterusnya membentukkan plak di gigi dan gusi.”
Ads
KURANGKAN BAU
Tambahnya lagi, ada juga sumber pemakanan yang dapat mengelakkan masalah mulut berbau. Judy juga turut menyarankan agar mereka yang mengalami mulut berbau mengamalkan diet yang seimbang.
“Lebihkan banyak sayur – sayuran dan buah-buahan yang segar dan yang tinggi Vitamin C yang membolehkan keadaan dalam mulut terhalang dari pembiakan bakteria. Berdasarkan kajian, probiotik dalam yogurt tanpa gula juga boleh mengurangkan tahap bau dalam mulut yang disebabkan oleh hidrogen sulfida. Hal ini disebabkan strain kultur streptococci dan lactobacilli bersaing dengan bakteria yang menyebabkan nafas berbau. Selain itu, minum cukup air untuk membersihkan zarah makanan yang tersangkut pada celah- celah gigi untuk mengurangkan pembiakan bakteria. Air merupakan minuman yang paling sesuai untuk mencegah halitosis.”
Ads
MINUMAN PUNCA BAU MULUT
Minuman bergas mengandungi asid yang boleh mengeringkan mulut, dan akan membolehkan pembiakan bakteria lalu menyebabkan nafas berbau.
“Selain itu juga, bukan semua teh menyebabkan nafas berbau. Sebagai contoh, kajian menunjukkan bahawa teh hijau dan teh hitam boleh mengurangkan nafas berbau kerana ia kaya dengan antioksidan, polifenol yang boleh memansuhkan pembiakan bakteria yang menyebabkan nafas berbau. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna kita harus mengambilnya secara berlebihan.meminum teh secara berlebihan.”
Ads
NASIHAT
“Sentiasa berkumur dengan air atau minum banyak air selepas makan makanan yang berbau kuat seperti kari pedas, bawang putih, bawang untuk membersihkan zarah makanan yang tersangkut pada celah- celah gigi. Selain itu juga, bawa berus gigi dan ubat gigi di dalam beg anda. Mulut berbau boleh dikurangkan dengan menggosok gigi. Doktor gigi menggalakkan kita untuk memggosok gigi 2-3 kali setiap hari dan flos gigi kita sekali setiap hari. Anda juga boleh mengunyah gula- gula getah atau makan gula-gula berperisa pudina tanpa tambahan gula untuk merangsangkan air liur sekiranya anda tidak boleh menggosok gigi selepas makan makanan berbau kuat.”
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Siapa yang rajin pergi pasar malam, pasti pernah lihat kaki ayam dijual dengan harga yang murah. Ramai yang menolak untuk membelinya kerana terbayang dengan kaki itu ayam berjalan menguis tanah mencari makanannya.
Namun anggapan ini pasti ditolak oleh penggemar kaki ayam. Kaki ayam ini paling sedap jika dimasak kari ataupun sup. Sebenarnya ramai yang tidak tahu bahawa kaki ayam ini memang banyak khasiatnya.
Lupakan seketika bayangan betapa kotornya kaki ayam ini memijak tanah. Sebaliknya bayangkan keenakan menghirup sup kaki ayam dengan menggigit isinya yang lembut dan mudah ditanggal dari tulang kaki.
Admin nak kongsi pelbagai khasiat kaki ayam. Rasanya lepas baca info di bawah pasti ramai yang akan cari sup kaki ayam. Percayalah.
1. Kaki Ayam Kaya Kolagen
Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Fakulti Sains Haiwan, Universiti Chung-Hsing di Taiwan, terungkap bahawa kaki ayam mengandungi kolagen yang sangat tinggi. Walaupun kadar kolagen alami pada kaki ayam hampir sama dengan kolagen yang banyak dijumpai pada sayuran hijau dan buah-buahan, Kolagen adalah salah satu bahan khas yang diperlukan kulit tubuh untuk mengekalkan keanjalan kulit. Manfaat kolagen yang terdapat dalam kaki ayam sangat banyak, antara lain adalah:
i. Kolagen memelihara kesihatan kulit dan membentuk kulit yang anjal kerana menyokong penggantian sel. Kolagen membantu tubuh dalam menyerap kalsium dan protein sehingga membuat tubuh menjadi lebih sihat.
iii. Kolagen dapat meningkatkan pengeluaran sel darah merah kerana bekerja dengan menguatkan struktur pembuluh darah.
iv. Kolagen membantu tubuh dalam menurunkan berat badan kerana boleh meningkatkan metabolisme tubuh terhadap lemak.
v. Kolagen boleh membuat struktur tulang menjadi lebih kuat dan mencegah penyakit kerapuhan tulang.
2. Memelihara Sendi dan Mengurangkan Risiko Tulang Rapuh
Penyakit sakit sendi dan tulang rapuh biasanya banyak terjadi pada orang lanjut usia. Penyebabnya adalah tubuh tidak boleh mendapatkan kalsium dan tulang sudah tidak boleh menyerap kalsium dengan baik.
Tapi dengan pengambilan kaki ayam sejak masih muda maka akan memberikan kesan yang berbeza. Bahagian kaki ayam memang hanya terdiri dari kulit, tendon dan tulang.
Kandungan kaki ayam yang kaya dengan protein, kalsium, tulang rawan dan kolagen boleh mudah diserap oleh tubuh. Nutrisi ini sangat penting untuk mengukuhkan struktur tulang dan boleh mencegah kerapuhan tulang apabila sudah lanjut usia.
3. Menyembuhkan Cedera
Nutrisi yang dijumpai dalam kaki ayam adalah seperti protein dan kalsium. Kedua-dua nutrisi ini sangat penting untuk membantu menjana semula saraf, otot dan tulang manusia. Kajian yang sudah dilakukan oleh seorang penyelidik di Amerika mendedahkan bahawa potensi nutrisi tersebut boleh membantu menyembuhkan kecederaan. Walaupun keadaan kecederaan tulang belakang dipercayai boleh cepat sembuh dengan memakai makanan yang mengandungi kaki ayam.
4. Menyihatkan Saluran Pencernaan
Kaki ayam boleh dibuat menjadi kuah atau sup yang menyegarkan. Bahagian kaki ayam yang banyak mengandungi jaringan ikat dan tulang rawan yang sangat lazat. Bahkan semua nutrisi seperti protein, kolagen, kondroitin dan Glucosamine juga akan larut apabila dimasak menjadi sup. Khasiat dari pelbagai nutrisi ini juga sangat baik untuk membuat pencernaan menjadi lebih sihat. Kesan dari nutrisi ini juga sangat penting untuk membuat usus menjadi lebih lembut sehingga membuat saluran pencernaan anda menjadi lebih sihat.
5. Menjaga Kesihatan Kuku
Kaki ayam yang sudah dimasak akan mengeluarkan beberapa nutrisi yang sangat penting untuk tubuh. Pati atau beberapa jenis masakan lain dari kaki ayam boleh menghasilkan asid amino, kolagen, glisin, hidroksipolin, dan prolin yang boleh membantu menjaga kesihatan kuku. Kaki ayam yang dimasak biasanya akan mengeluarkan cecair atau gel khas yang banyak mengandungi gelatin. Nutrisi ini membantu tubuh dalam mengolah kalsium dan diserap oleh kuku.
6. Menyihatkan Gusi
Gusi adalah rangkaian kuat yang digunakan untuk menyokong gigi. Beberapa jenis penyakit gusi banyak disebabkan oleh masalah kesihatan gigi yang buruk. Namun boleh juga masalah ini ditimbulkan dari dalam tubuh. Kekurangan vitamin dan beberapa nutrisi lain juga akan membuat masalah pada gusi. Kaki ayam adalah makanan yang banyak mengandung nutrisi dalam jumlah yang sangat banyak. Ada jaringan ikat dan tulang rawan yang boleh berubah menjadi gel kerana mengandungi kolagen, asid amino, dan beberapa zat pembentuk gelatin. Oleh kerana itulah semua zat ini akan memperbaiki keadaan kesihatan gusi.
7. Meningkatkan Sistem Kekebalan Tubuh
Kaki ayam memang terkenal dengan semua nutrisinya yang sangat penting seperti kolagen atau zat pembentuk gelatin. Selain itu ternyata kaki ayam juga mengandungi pelbagai jenis mineral seperti zink, tembaga, magnesium, kalsium dan fosforus. Semua mineral ini diperlukan oleh organ tubuh untuk membina kesihatan dan mengatasi pelbagai jenis penyakit. Dengan pengambilan kaki ayam maka juga boleh meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
8. Membentuk Probiotik Semulajadi
Kaki ayam yang banyak mengandungi kolagen dan pelbagai jenis mineral lain ternyata juga boleh membentuk probiotik semula jadi. Agen gelatin yang banyak didapati pada cecair dari rebusan kaki ayam sangat baik dalam membentuk probiotik semula jadi. Probiotik akan membuat tubuh mampu membentuk imuniti semula jadi, menyihatkan usus dan mengatasi masalah saluran pencernaan.
9. Menyeimbangkan Hormon Tubuh
Kaki ayam juga menghasilkan beberapa jenis asid amino yang sangat baik untuk tubuh. Salah satu jenis asid amino yang dilepaskan dari kaki adalah arginin. Ini adalah jenis asid amino yang bermanfaat untuk tubuh. Salah satunya adalah membantu tubuh dalam melepaskan hormon yang menyebabkan perasaan tertekan dan stres. Bahkan arginin juga penting untuk menghasilkan hormon pembiakan baik untuk lelaki dan wanita.
10. Mencegah Kerosakan Rangkaian Tubuh
Manfaat kaki ayam yang terakhir adalah untuk menjaga kerosakan jaringan tubuh. Mempunyai rangkaian tubuh yang kuat memang sangat penting untuk kesihatan. Rangkaian ikat diperlukan untuk otot, tulang dan pelbagai jenis organ badan seperti hati, hempedu dan organ lain. Kaki ayam yang sudah dimasak akan mengeluarkan asid amino kumpulan glisin. Glisin mempunyai fungsi penting untuk mengukuhkan jaringan ikat tubuh, menjaga kesihatan organ tubuh, membantu tubuh dalam mengeluarkan racun tubuh dan juga meningkatkan kualiti saraf sehingga dapat meningkatkan rasa selesa semasa tidur.
Tip Memasak Kaki Ayam
Kaki ayam memang terbukti mengandungi pelbagai nutrisi penting yang bermanfaat untuk membina kesihatan tubuh. Kaki ayam juga boleh membantu memulihkan stamina kerana keletihan, masa pemulihan selepas sakit atau operasi, memulihkan keadaan usus yang bermasalah dan mengatasi alergi terhadap beberapa makanan.
Namun memasak kaki ayam tidak boleh dilakukan secara sembarangan. Berikut ini adalah beberapa tip untuk memasak kaki ayam dan menghilangkan semua potensi bakteria.
1. Ambil bahagian kaki ayam. Potong paras paha bawah sehingga yang tertinggal benar-benar kaki.
2. Cuci dengan air bersih yang mengalir sehingga semua kotoran boleh keluar. Jika beli kaki ayam dari peniaga maka jangan terus memasaknya tapi cuci semula.
3. Potong semua bahagian kuku kaki ayam untuk menghilangkan bahagian kaki yang kelihatan kotor dan menjijikkan.
4. Rebus kaki ayam dengan air panas selama beberapa minit.
5. Hilangkan lapisan kulit keras pada kaki ayam. Lapisan kulit berwarna kuning harus dihilangkan untuk mengurangkan potensi bakteria dan kotoran yang memang tertinggal dalam kaki ayam.
6. Rebus lagi bahagian kaki ayam dan masak sesuai dengan selera anda.
7. Selalu gunakan kaki ayam yang masih segar dan baru dipotong dan jangan masak kaki ayam yang sudah disimpan lebih dari 48 jam dalam peti sejuk.
Manfaat kaki ayam memang cukup banyak, namun pastikan anda memasaknya dengan cara yang benar. Ini kerana kaki ayam harus di cuci dengan bersih agar tidak menimbulkan bakteria yang berbahaya bagi kesihatan.
RESIPI KERABU AYAM
SUMBER: SIHAT WARAS
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan kecanggihan dunia digital tanpa sempadan ini menyebabkan ramai, khususnya wanita tidak kira samada anak muda hingga wanita dewasa yang berminat untuk menjadi pempengaruh (influencer) di media sosial.
Mana tidaknya, kerjaya sebagai pempengaruh ini membolehkan mereka memperolehi pendapatan hingga mencecah lima angka.
Namun perjalanan untuk menjadi popular tidak semudah yang disangka. Seseorang itu perlu mengorbankan masa dan segala-galanya bagi memastikan diri sentiasa berada di puncak populariti.
Hijabista mendapatkan pendedahan dari pempengaruh sosial media terkemuka, Syafiqah Aina yang pernah berdepan pelbagai kontroversi hingga dirinya menjadi pusat perhatian apabila berada di dalam ‘spotlight’ viral.
Pendapatan Cecah RM30K Sebulan
Menurut Syafiqah Aina, sudah lama dia bergelar influencer dan kerjaya ini cukup sebati dengan dirinya. Walau bagaimanapun bukan mudah untuknya bertahan memandangkan sekarang ini semakin ramai influencer yang muncul dengan pelbagai karakter.
“Saya anggap itu sebagai persaingan dan rezeki itu di tangan Allah. Alhamdulillah saya masih lagi menjadi pilihan jenama (terutama fesyen) untuk dijadikan platform mempromosikan produk mereka. Dan inilah yang menjadi punca utama pendapatan saya. Jika betul-betul buat, saya mampu jana pendapatan hingga mencecah RM30 ribu.
“Memang seronok bergelar influencer ini. Maklumlah ke mana-mana sahaja orang akan perhatikan. Begitu juga dengan penampilan di media sosial. Perlu diingat follower kita akan sentiasa memerhatikan apa yang kita buat.
“Jadi kita memang perlu sentiasa nampak cantik dan berpenampilan menarik tidak kira di luar atau dalam media sosial,” ujar Aina yang mengakui sukar untuk ‘maintain’ dan menjaga penanampilan setiap masa.
Tidak Mudah Jadi Influencer
Katanya lagi, kita juga perlu menjaga hati orang lain dan pastikan apa yang dibuat tidak membuatkan orang lain rasa tidak selesa atau ‘meluat’.
“Bukan sahaja penampilan, dari segi percakapan pun perlu dijaga sebaiknya. Maklumlah apa sahaja kata-kata yang keluar boleh dijadikan bahan viral di media sosial. Jadi pastikan berfikir dulu sebelum berkata-kata.
“Sebenarnya kita boleh jadi diri sendiri tapi kena bijak ‘control’ diri. Bukanlah maksudnya kena berpura-pura sepanjang masa, tetapi apa yang dilakukan harus tidak melampui batas.
“Tidak dinafikan ada kalanya memang stress sampai satu masa saya macam nak delete akaun IG. Tetapi bila fikir balik memang mustahil nak jaga hati semua orang sebaiknya,” ceritanya yang kini sudah mengumpul follower di IG seramai 1.3 juta pengikut sejak bergelar usahawa kosmetik jenamanya sendiri, Ainaa Beauty.
Jadi Diri Sendiri
Isteri kepada pempengaruh media sosial dan usahawan, Hafiz Mahamad ini juga mendedahkan, meski dirinya sering dihimpit kontroversi, tetapi keperibadian Aina menjadi inspirasi buat wanita dan kaum hawa di luar sana yang mahu menjadi sepertinya.
Aina bukan sahaja cantik secara lahiriahnya, malah dia juga seorang yang berjiwa lembut dan bijak, kerana ibu kepada dua cahaya mata ini juga merupakan memegang ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari UiTM.
Buat Apa Yang ‘Pengikut’ Mahu Lihat
Ketika ditanya bagaimana untuk menjadi pempengaruh berjaya sepertinya, Aina memberi tip di mana seseorang itu kena buat apa yang orang lain nak tengok.
“Memanglah tujuan kita jadi instafamous mahu menjana pendapatan melalui ‘paid review’. Tetapi janganlah asyik mempromosikan bisnes, sebaliknya perlu juga ‘post lifestyle’ kita. Mereka suka lihat sisi diri kita yang sebenar.
“Kita perlu buat apa yang orang suka tengok dan membuatkan mereka akan follow kita. Jangan buat posting yang menjengkelkan kerana boleh mencacatkan imej kita sebagai seorang instafamous.
“Apa-apa pun kita perlu jaga nama dan jangan sesekali buat apa yang orang tak suka,” tambah Aina.
Kini Aina Dan Suami Lebarkan Sayap Sebagai ‘Usahawan’
Selain itu, sejak mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Hafiz yang juga sering menjadi perhatian netizen.
Selain bergelar pempengaruh, Aina juga kini bergelar usahawan dan sedang mempromosikan produk penjagaan wajah yang diusahakan bersama suaminya. Di awal penglibatan dalam dunia perniagaan, produk serum yang diusahakan mereka turut mendapat kecaman kerana dikatakan boleh merosakkan kulit wajah.
Bagaimanapun, sebagai usahawan baru, Aina menerima segala pandangan negatif yang dilemparkan dengan baik dan tidak mdah melatah.
“Bagi yang tak kenal betul-betul produk ini memang tak tahu kesannya. Tetapi apabila mereka menggunakannya barulah tahu keberkesanannya. Alhamdulillah produk ini semakin mendapat sambutan dan sudah terjual lebih 40 ribu botol. Permintaaanya juga semakin bertambah dari masa ke semasa.
“Dalam hal ini kami tidak melatah dengan apa yang dilemparkan netizen di luar sana. Segala yang negatif saya simpan dan lihat apa lagi yang boleh diperbaiki. Memang dari dulu asyik kena kecam dan daripada situ saya ambil kesempatan berdoa agar terus dimurahkan rezeki. Itu juga adalah rahsia kejayaan kami,” kata Aina.
Jadi bagi anda yang bercita-cita menjadi pempengaruh media sosial, dah tau kan apa yang perlu anda lakukan dan persiapkan diri dariada pengalaman milik Syafiqah Aina ni? Paling penting hati kena kental d bersedia fizikal dan mental untuk bergelar pempengaruh ya Hijabi!
Mempunyai berat badan yang ideal merupakan impian semua orang terutama bagi hijabi. Tubuh langsing menjadi dan mungkin juga merupakan satu kemestian bagi wanita. Tetapi tahukah anda bahawa dalam Islam juga ada menyatakan tentang diet ini. Dalam Islam tidak digalakkan melakukan diet yang keterlaluan kerana boleh mengganggu kesihatan.
Rasulullah bersabda “Sumber dari penyakit itu perut. Perut adalah gudang penyakit dan berpuasa itu ubatnya.”Dalam sabda ini tersirat bahawa umat Islam tidak boleh mempunyai perut yang terlalu gendut. Sebenarnya doa agar berat badan turun secara khusus tidak ada, Rasul tidak pernah mengajarkan doa untuk menurunkan berat badan.
Untuk menurunkan berat badan dalam Islam sebenarnya sudah diberikan solusinya iaitu dengan berpuasa. Puasa merupakan salah satu cara paling berkesan untuk menurunkan berat badan, cara ini tidak akan memberikan impak buruk bagi tubuh malah menyihatkan. Doa untuk menurunkan berat badan sendiri adalah pada diri sendiri memohon supaya kekal sihat. Ada beberapa tip untuk melakukan diet secara Islami.
Cara diet Islami dengan doa untuk menurunkan berat badan
1. Niat
Ketika anda akan melakukan diet, niatkan bahawa anda ingin mengurangkan berat badan supaya tidak obesiti. Dengan niat yang kuat pasti semua program diet dapat dilalui dengan baik.
2. Berfikir langsing
Dengan berfikir jika bertubuh langsing, pasti anda akan mendapat bentuk tubuh yang ideal. Berfikir untuk langsing ini juiga dapat mengubah mindset kita, bahawa badan kita akan langsing. Lama-kelamaan kita akan berusaha untuk memastikan tubuh kekal langsing.
3. Berpuasa
Cara ampuh untuk menurunkan berat badan adalah dengan berpuasa. Dengan melakukan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis. Puasa sunat yang dilakukan secara rutin akan membuat tubuh anda kurus dan langsing. Meskipun demikian, tidak boleh berniat puasa supaya kurus, tetapi tetap hanya kerana Allah SWT.
4. Menjaga pola makan
Untuk mendapatkan tubuh yang ideal perlulah menjaga aturan makanan. Pilih makanan yang sihat seperti buah dan sayuran. Perbanyak minum air putih.
5. Berdoa
Ikhtiar terakhir adalah dengan berdoa. Doa untuk menurunkan berat badan secara khusus tidak ada dan anda perlu menyebutnya sendiri agar dikurniakan tubuh yang kekal sihat dan cergas.
Doa untuk menurunkan berat badan secara khusus sebenarnya tidak ada, semuanya tergantung dengan diri sendiri. Setelah mempunyai niat dan tekad yang besar untuk menurunkan berat badan maka lakukan secara sihat dan baik. Perlu diperhatikan juga bahawa melakukan diet boleh saja ketika berat badan memang sudah over atau berlebihan, jika masih ideal sebaiknya tidak melakukan diet.
Kita harus bersyukur dikurniakan tubuh dalam apa jua saiz. Sama ada gendut, kurus ataupun sedikit berisi. Namun jika anda sudah merasa badan gemuk, memang disarankan untuk menurunkan berat badan. Ini kerana berat badan berlebihan akan menyebabkan timbulnya pelbagai penyakit berbahaya dan juga boleh membawa maut.
Doa khusus untuk menurunkan berat badan boleh anda buat sendiri dengan kata-kata agar diturunkan berat badan dan insya-Allah nawaitu yang baik akan dimakbulkan doa oleh-Nya.[ ]
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Menurut Cat atau nama penuhnya Catriona Norhayati Bahrin Ross berkata dalam pengurusan berat badan dan penjagaan kesihatan, perlu menitik beratkan kepada tiga kriteria. Iaitu