Pelbagai cara untuk menonjolkan lagi gaya polos anda dengan hijab bercorak yang kian trending kini. Namun harus berhati-hati untuk tidak mencampuradukkan dua atau lebih cetakan pada satu penggayaan. Buat gadis hijabi, kena ambil kisah tip di bawah untuk elak anda menjadi mangsa fesyen.
- Elakkan daripada menambahkan corak cetakan yang sama pada blaus, celana mahupun sepatu anda. Tidak perlu menggunakan satu corak yang sama dari hujung rambut ke kaki.
2. Cuba pilih warna yang lebih neutral seperti ‘nude’, hitam dan putih pada pakaian anda apabila menggayakan hijab yang bercetak dan bercorak sarat. Ini adalah bertujuan agar ‘look’ itu lebih sedap dipandang.
3. Aksesori dempak ataupun sandal rona emas dan gangsa amat sesuai dan padan untuk melengkapkan gaya anda pabila menyarungkan hijab yang bercetak.
4. Awas! Hijab yang bercetak rona terang harus dielakkan apabila menghadiri mesyuarat mahupun acara formal, kecuali anda mahukan seluruh tumpuan pada penampilanmu.
5. Setiap hijabi ada stail sendiri untuk menata rias hijab mereka, namun tip yang amat penting untuk tidak bermain dengan ‘volume’ yang terlampau untuk tidak membuat gaya anda terlalu sarat.
Artikel Berkaitan: 7 Gaya Hijab Paling Popular & Trending
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini Langkah Bijak Dan Mudah Mengurus Wang & Duit Gaji Selepas PKP.
Selepas tempoh PKP, Bagaimana anda perlu mengurus wang dengan bijak? Apakah kaedah efektif untuk menabung dan melakukan penjimatan wang? Adakah anda cukup bijak menguruskan wang?
Berkemungkinan selepas tempoh PKP anda akan rasa panik untuk merguruskan pinjaman yang tertangguh. Adakah anda merangka strategi agar dapat meneruskan kehidupan. Perkongsian daripada petikan daripada kursus panduan cashflow oleh Suzardi Maulan.
Artikel ini akan menunjukkan kepada anda kaedah yang berkesan untuk mengurus wang dan gaji bulanan anda. Jadi jika anda orang yang “buta kewangan” dan buntu mencari jalan penyelesaian, maka insyaaAllah anda akan mendapati panduan ini sangat berguna.
1. Buat Catatan Setiap Sen Yang Keluar
- Sila sediakan satu buku nota kecil.
- Guna apa-apa apps mengenai money tracker pun boleh.
Tak kisahlah tu, pilih sahaja mana-mana cara mencatat yang tuan selesa nak buat. Kalau suka cara old school, pakai pena dan kertas, guna cara tu. Kalau celik teknologi, suka semua benda catat dalam aplikasi telefon pintar, pun boleh. Apa yang anda perlu tuan buat adalah mencatat semua duit masuk DAN duit keluar. Setiap sen.
- Buat peringatan besar-besar dalam nota tesebut:
“Saya nak keluar dari masalah tak cukup duit setiap bulan.”
“Saya berazam akan track setiap sen duit masuk dan keluar dari poket saya untuk ubah situasi ini.”
Langkah 1: Mulakan Pada Hari Gaji
Masuk gaji berapa haribulan?
Itulah tarikh hari pertama dalam catatan ini. Jika gaji dapat setiap 25hb setiap bulan, maka catatan ini akan habis pada 24hb setiap bulan.
Langkah 2: Catat Semua Duit Masuk
Catat berapa gaji kasar.
Catat berapa potongan yang dah tolak dari gaji siap-siap. Sekarang ni tulis berapa duit gaji yang tinggal dalam akaun yang digunakan sampai gaji yang seterusnya.
Sekiranya ada meminjam duit kawan, sedara, suami / isteri, anak pun kena tulis. Jangan lupa juga segala tuntutan perbelanjaan di tempat kerja, elaun, bonus dan seterusnya.
Langkah 3: Catat Semua Duit Keluar
Mesti catat setiap sen.
Sarapan makan apa? Minum apa? Masa di stesen minyak tadi, singgah ATM nak keluarkan duit, ada tak beli rokok ke (tak payah la merokok lagi, bakar duit sahaja), gula-gula ke, coklat ke. Catat semua.
Kalau ada resit simpan.
Malam sebelum tidur double check catatan tu berdasarkan resit.
GST bayar berapa. Servis charge bayar berapa.
Semua ada.
Langkah 4: Tunai ke Kredit?
Jangan catat perbelanjaan dua kali.
Caranya adalah, kalau masa isi minyak tadi bayar guna kad kredit, tulis “Minyak RM 50 kad kredit.” Nanti masa bayar hutang kad kredit, buka statement tengok dulu, catat juga berapa finance charges bulan tu.
Tapi kalau makan tengah hari tadi, RM7.00 bayar tunai, tulis tunai. Maksudnya kena ada kolum catatan, yang mana satu tunai, yang mana satu kredit. Bila transaksi tunai, pastikan setiap malam tengok dompet tu, tally ke tidak dengan catatan.
Langkah 5: Buat Selama Paling Kurang 3 Bulan
Catatan ini perlu dibuat sekurang-kurangnya 3 bulan.
Ya, 90 hari.
Bukan senang nak senang. 90 hari je pun, mengandung pun 9 bulan. Ini antara langkah yang penting supaya dapat jadi senang bertahun-tahun.
Selepas 90 hari, maka kita dapat buat graf sebegini:
Sila pecahkan perbelanjaan kita dalam bentuk graf begini. Dah ada rekod, senang je nak buat. Pasti kita dapat tahu ke manakah kita membelanjakan duit kita setiap bulan. Duit itu tidak hilang. Kalau hilang pun, kita lah toyolnya. Duit itu tidak dirompak. Kalau dirompak pun, kita lah perompaknya.
Bukan orang lain.
2. Utamakan Yang Utama
Kita selalu membeli sebab emosi. Bukannya perlu sangat pun barang tu.
Lalu kita cuba cara sebab pembelian tersebut supaya diri kita boleh terima, kononnya dah rasional masa berbelanja. Hakikat, kita selalu beli barang yang kita takkan pakai, jarang pakai dan tidak perlu pun.
“Tengah ada diskaun ni, nanti ada kenduri kahwin senang dah ada baju.”
“Beli satu percuma satu. Wow!”
“Nampak cantik pula pakai cermin mata hitam ni. Macam artis pula rasanya. Hihihi”
Maka sila pecahkan perbelanjaan kita seperti berikut.
Ini adalah contoh:
KEPERLUAN
Jika kita tidak membelinya kita mati
- Makan minum
- Tempat tinggal
- Pakaian
- Ubat
- Pendidikan
KEHENDAK
Kalau dapat OK, boleh ditangguhkan
- Kereta
- Astro
- Langganan Surat Khabar / Majalah
- Spotify
KEMEWAHAN
Sekali sekala, boleh tangguh
- Modify Kereta
- Air kopi starbuck
- Percutian hotel 5 bintang
- Etc
Apa-apa yang jatuh dalam kategori kemewahan dan kehendak maka ia dapat dipotong atau ditangguhkan.
- Puasa kewangan.
- Puasa dari berbelanja.
Tahan nafsu. Berdasarkan catatan yang kita dah buat, maka kita tengok satu persatu tabiat perbelanjaan kita. Kemudian boleh buat keputusan untuk potong atau kurangkan mana berdasarkan keutamaan.
Berikut adalah contoh situasi:
Penjimatan 1
Kita baru perasan rupanya kita berbelanja hampir RM 50 sebulan kerana membeli akhbar setiap hari. Maklumlah, tajuknya bergetar jiwa raga bila baca. Sedangkan kita dapat membacanya di pejabat atau secara online.
Penjimatan sebulan: RM 50
Penjimatan 2
Ada TV pun kalau asyik sumpah seranah sahaja tengok berita, buat apa tonton tv lagi? Langganan TV berbayar macam ASTRO lagilah. Jika memang kita menonton semua saluran yang kita beli ok, tiada masalah. Berbaloi lah. (Betul ke?)
Namun jika kita teliti semula, selalunya kita bayar ratusan ringgit sebulan untuk melanggan saluran yang kita tidak tonton dan ehem… untuk mendapatkan ‘kualiti gambar lebih sedikit’ dan…
untuk mendapat info kaji cuaca, “Oh, hujan rupanya,”
Penjimatan sebulan: RM 50 – RM 150.
Penjimatan 3
Sehari kita menghabiskan sekotak rokok. Habis lebih RM 15 sehari. Lepas tu kau dah kenapa komplen tak cukup duit?
Penjimatan: RM 450.
Maka dengan menyusun keutamaan, kita dapat mengelakkan pembaziran. Orang yang membazir ini adalah saudara syaitan. Malah dalam perbelanjaan keperluan pun dapat jadi membazir.
Anda dapat membuat peraturan mudah seperti berikut:
- Tutup semua suis elektrik di rumah apabila keluar bilik
- Pasang aircond jika perlu sahaja
- Makanan yang dimasak / dibeli mesti dihabiskan
- Tutup pili air rapat-rapat selepas menggunakan bilik air
- Recycle mana yang boleh
- Dan seterusnya.
Strategi penjimatan ini nampak kecil dan mungkin remeh tetapi jika dikumpulkan sebenarnya jumlahnya besar. Apa kata anda tidak guna aircond selama 1 bulan jika mahu tahu berapa banyak sebenarnya duit kita gaji kita habis untuk kegunaan elektrik sahaja?
3. Suka Belanja, Tak Suka Potong
Strategi ini disebut:
Berbelanjalah untuk perkara yang kita suka, dan, jangan berbelanja untuk perkara yang kita tidak suka.”
Contoh 1:
Masih bujang dan memang jenis yang suka berjalan dan tidak suka duduk rumah. Justeru kenapa perlu berbelanja lebih untuk rumah? Potonglah perbelanjaan berkaitan rumah, pilih kediaman yang kecil-kecil sahaja. Maka ada duit untuk digunakan untuk backpack, bercuti dan mengembara.
Contoh 2:
Jenis suka bersukan dan tidak suka tonton televisyen.
Guna internet sahaja lah di rumah. Tak perlu habiskan duit beli televisyen, langgan saluran televisyen berbayar. Lebihan duit yang diterima sebab tidak ada televisyen di rumah ini dapat digunakan untuk aktiviti sukan yang kita suka dan minat.
Contoh 3:
Seronok membaca dan bukan kaki gadget. Maka belilah telefon yang paling murah, plan data paling murah dan lebihan duit itu digunakan untuk membeli buku-buku yang kita suka.
Langkah-langkahnya adalah seperti berkut:
Senaraikan apa yang kita suka dan apa yang kita tidak suka melalui jadual sepert ini. Selalunya perkara yang kita suka kita pasti memanfaatkannya dan jika kita tidak suka kita tidak akan usik langsung seperti langganan majalah (edisi bulan-bulan lepas masih dalam plastik!).
Langgan sebab jurujual dia comel.
Maka kita dapat senarai begini.
Maka dalam situasi di atas perbelanjaan untuk duduk di rumah yang selesa adalah lebih utama berbanding perbelanjaan ke atas kereta. Kereta biasa pun tidak mengapa, asalkan rumah besar dan selesa.
Situasi di atas juga tidak memerlukan kita membeli kamera yang mahal-mahal yang berharga ribuan ringgit jika telefon kamera adalah mencukupi. Nak upload ke laman sosial sahaja pun, bukan jurugambar profesional.
Cuba fikirkan.
Apakah aktiviti yang kita suka itu dapat mendatangkan duit.
Misalnya ada orang suka membeli … rumah! Saya tak berapa suka. Saya lebih suka beli bisnes yang bagus-bagus. Itu adalah minat yang menarik. Rumah-rumah tersebut dapat disewakan, menjadi aset seterusnya dapat dijual apabila kita memerlukan duit.
Tidak semestinya rumah.
Apakah anda pernah dengar collectibles?
Lego, koleksi Star Wars, jam tangan, beg tangan jenama tertentu dan macam-macam lagi.
Tapi pastikan jangan jadi hoarder pula. Jenis beli sahaja tapi jual tak mahu. Sampai jadi semak di mata orang lain. Itu namanya penyakit dan perlu dirawat. Kumpul-kumpul juga tetapi bersedia untuk menjualnya semula sekiranya ada permintaan.
Sebagai seorang peminat, sudah tentu kita tahu barang apakah yang mempunyai nilai, dan barang apakah yang tidak mempunyai nilai. Contohnya Star Wars, peminat asli pasti tahu antara Darth Vader dengan Captain Phasma, mana yang lebih bernilai.
Kalau tak pasti habiskan duit sahaja. Bila dah suka sesuatu. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Sekiranya minat kita bukan terhadap benda yang fizikal, tetapi lebih kepada sesuatu aktiviti yang berkemahiran tinggi, seperti berenang, menjahit, melukis dan seterusnya pastikan kita betul-betul pandai untuk melakukannya.
Sebab memindahkan kemahiran tersebut kepada orang lain juga dapat menjadi sumber pendapatan.
4. Mengurus Wang Dengan Buat Belanjawan Bulanan
Dua strategi yang dapat digunakan:
Kaedah ‘Sampul’ Bulanan
Melalu belanjawan yang dibuat, kita menetapkan bajet outing sebanyak RM 150 sebulan. Andaikan pada minggu pertama semuanya sudah habis dipakai. Maka kita tidak perlu lagi outing pada minggu seterusnya.
Seterusnya, bajet bersukan seperti duit bermain badminton adalah RM 50 sebulan. Malangnya bulan tersebut kita terseliuh kaki dan tidak boleh bermain, maka RM 50 tersebut dapat digunakan untuk menampung bajet lain yang telah defisit, seperti bajet outing tadi pula.
Ya, fleksibiliti itu boleh wujud.
Jadi, apa yang perlu dibuat selepas dapat gaji adalah terus keluarkan semua duit dari ATM berdasarkan kiraan belanjawan dan terus simpan dalam sampul. Maka bawalah sampul itu ke mana-mana dan tinggalkan semua kad ATM, kad kredit di rumah.
Kaedah ‘Sampul’ Mingguan
Caranya masih sama. Bermula dengan membuat belanjawan.
Setelah tolak perbelanjaan simpanan, bagi duit kepada emak ayah, bayar hutang, sedekah, takaful maka kira berapakah baki duit yang tinggal. Andaikan gaji bersih adalah RM 3,000. Setelah tolak perbelanjaan yang dimaksudkan itu tadi masih berbaki RM1,400.
Maka bahagikan kepada 4 minggu. RM 1,400 ÷ 4 = RM 350 seminggu.
Asingkan RM 350 ini siap-siap. Tulis, sampul minggu 1, minggu 2, minggu 3 dan seterusnya.
Keluar rumah hanya dengan membawa sampul ini sahaja untuk berbelanja sepanjang tempoh 7 hari tersebut. Pandai-pandailah berbelanja sampai cukup sehingga minggu yang seterusnya. Ada juga yang tidak menggunakan sampul. Tapi dia buka sehingga 5 akaun bank.
Tiada masalah. Sekarang semuanya online banking, mudah nak transfer duit. Duit gaji masuk ke akaun bank A. Berdasarkan kiraan di atas, RM 1,600 itu dtinggalkan dalam akaun tersebut.
Bakinya dimasukkan dalam akaun bank yang lain.
- Bank B: RM 350
- Bank C: RM 350
- Bank D: RM 350
- Bank E: RM 350
Maka, akaun-akaun bank tadi dapat menjadi sampul elektronik. Tak bawa sampul, tapi bawa kad ATM sahaja. Dengan cara ini, boleh berbelanja guna debit card mungkin sebab nak kumpul mata ganjaran.
5. Mengurus Wang Dengan Strategi ‘Haji Bakhil’
Haji Bakhil: Berapa belennya?
Pekerja: Belen 1 sen
Haji Bakhil: Bak mari. Oh kau senyum ya, kau perlikan aku. Hei, Duit 1 sen ni kalau dikumpul, kalau dah banyak boleh buat rumah batu.
Merujuk kepada watak dalam filem P. Ramlee, Labu Labi iaitu Haji Bakhil.
Apa yang patut kita buat adalah tidak membazir, dan bukannya langsung tidak mahu berbelanja. Strategi ini adalah untuk short term measure supaya ada cashflow lebih setiap bulan.
Jadi apa yang dapat dibuat ?
Beli Pada Harga Diskaun
Latih diri kita untuk berbelanja dengan diskaun. Sama ada diskaun itu diberikan oleh penjual atau kita minta sendiri. Minta harga diskaun kepada penjual. Barangkali itu situasi biasa bagi setengah daripada kita. Bagus. Bagi yang kurang biasa tawar menawar, dapat amalkan windows shopping.
Malah, kalau kita betul-betul semak, catat perbelanjaan, kita dapat tahu bilakah sesuatu barang itu sedang dijual murah.
Contohnya, tiap-tiap bulan beli lampin anak, susu anak. Harga lampin, susu anak ini berbeza-beza setiap kedai. Malah, kedai yang sama pun adakalanya menjual jenama yang sama pada harga yang berbeza-beza.
Jadi, sekiranya kita peka dengan perkara ini, maka kita dapat mencari masa yang sesuai untuk membelinya. Bila perasan susu anak harga boleh berbeza sampai RM5 misalnya, maka beli lah lebih
sikit.
- Jualan murah (sale)
Jualan murah atau sale memang sentiasa ada. Lebih-lebih lagi pada akhir tahun yang lebih dikenali dengan YES ; Year End Sales. Produk yang selalu dijual pada harga diskaun ini adalah produk seperti pakaian, beg tangan, kasut, perabot dan lain-lain lagi.
Malah, kalau bijak dapat buat duit pula. Beli dan kemudian jual balik pada harga pasaran.
- Voucher/ kupon/ kad ahli
Beli guna kad keahlian. Kadang-kadang dapat baucer. Selain itu, dapat juga mata ganjaran yang dapat digunakan di kemudian hari. Bak kata Haji Bakhil, kalau 1 sen lama-lama kumpul pun dapat buat rumah batu, penjimatan RM10, RM20, RM30 yang diterima itu jika dikumpul lama-lama dapat buat bayar hutang.
- Beli dengan kuantiti yang banyak
Dah tengah jualan murah, Silalah beli dalam kuantiti yang banyak. Lebih-lebih lagi barangan kering. Barangan anak seperti lampin dan susu. Jadi tak perlu nak pergi beli barang di pasar raya 2-3 kali sebulan, malahan dapat jimatkan kos dari segi kos minyak dan parking.
‘Jadi Kedekut’
Cuba buat begini:
- Ambil kotak kasut lama yang cantik dan jadikan tabung.
- Tetapkan matlamat menyimpan RM 100 sebulan.
- Apabila kita mahu berbelanja, “potong seringgit” dari bajet.
- Balik rumah terus simpan penjimatan tersebut.
- Hujung bulan ambil duit dalam kotak kasut dan simpan dalam Tabung Haji / ASB.
Situasinya adalah seperti berikut:
Kita sering makan di luar dan setiap kali kita mahu memesan sesuatu makanan, cari makanan yang lebih murah sebanyak RM 1, seperti nasi goreng USA ditukar menjadi nasi goreng cina, atau cuma pesan air kosong.
“Roti canai satu, air suam satu.”
“Nasi campur satu, air suam satu.”
“Beli burger McDonald’s kongsi air dan kentang dengan suami.”
Jangan komplen dulu. Nama pun strategi K.E.D.E.K.U.T!
Dengan tidak membeli air sirap, air limau ais atau teh tarik setiap kali membeli makanan diluar dapat menjimatkan lebih dari RM1. Tiga kali makan di luar sehari sudah dapat jimat lebih dari RM 3. Amalkan selama 30 hari kita sudah dapat menjimatkan lebih dari RM 100.
Contoh 2:
Barangkali kita sedang mencari baju baru untuk kerja. Ada dua baju yang kita suka. Maka beli baju yang murah sedikit harganya. Apabila sampai di rumah, perbezaan tersebut terus kita simpan dalam tabung. Lakukannya dalam perbelanjaan-perbelanjaan yang lain juga. Sedar tak sedar kita sudah dapat menyimpan RM 100 sebulan.
6. Catat Sebelum Bershopping
Kita semua membeli kerana emosi. Jadi, apabila berbelanja pastikan kita dapat mengawal emosi.
Lagi-lagi apabila lapar. Semua benda nampak sedap. Semua benda mahu dicuba. Cuba tengok apa yang di bawa pulang dari pasar Ramadhan, dan apa yang berlaku selepas berbuka secawan air. Berikut pula adalah langkah-langkah jimat duit semasa mahu berbelanja di pasar raya:
- Tulis Barang Apa Nak Beli
Tulis atas kertas. Taip dalam aplikasi nota dalam telefon pintar. Senaraikan barang yang hendak dibeli sahaja. Bila dah buat catatan perbelanjaan seperti yang dah ditunjukkan sebelum ni, mudah sahaja proses tu.
Bukan sebab takut terlupa beli barang tetapi yang lebih menakutkan adalah terlebih beli
barang. Cadang hendak beli 10 sahaja barang tapi bila sampai rumah, rupanya baru tersedar barang yang dibeli sebentar tadi berjumlah 20 jenis barang. Bertambahlah ongkosnya.
“Takpe lah abang, nanti bila-bila mesti akan gunakan juga. Standby dalam rumah” kata si isteri.
Akibatnya kita membeli barang yang bukan keperluan kita. Akhirnya kita sendiri hairan ke mana duit habis setiap bulan disebabkan kita membeli barang yang tidak perlu tetapi dirasakan perlu.
- Bawa Duit Dalam ‘Sampul’
Cash only! Amalkan membeli barang dengan duit tunai. Saya dah kongsikan kaedah sampul kan. Sampul fizikal boleh, sampul digital pun boleh. Tapi bukan kad kredit. Lebih-lebih lagi jika tuan tidak mempunyai bajet nak bayar hutang-hutang tersebut.
Kad kredit dicipta untuk memudahkan transaksi dan juga sebagai bius. Apabila kita membayar dengan duit tunai, ia dapat mencederakan emosi kita sebagai pembeli. Kita sebenarnya berasa ‘sakit secara emosi’ apabila melihat duit yang ada dalam dompet kita habis demi sedikit.
Misalnya sebelum pergi Tesco ada 10 keping RM 50, keluar Tesco cuma tinggal 2 keping not RM 50 sahaja. Secara tidak langsung kesakitan emosi itu mengurangkan nafsu berbelanja.
Berbanding dengan menggunakan kad kredit, kita tak terasa apabila kita swipe kad kredit itu selepas membeli belah. Kita cuma terasa sedikit sakit apabila mendapat penyata kad kredit setiap bulan.
Itu pun sekejap sahaja kerana bank membenarkan kita membayar cuma 5% sahaja dari hutang yang kita kumpul.Malah ada orang tak buka penyata kad kredit setiap bulan sebab tidak mahu langsung rasa dicubit!
- Pergi Berdua
Berdua itu lebih baik. Suami-isteri berbelanja sama-sama. Bukan apa, Sheikh al-Dimashqi ada berpesan apabila kita mahu membelanjakan duit kita, ini yang berlaku.
- Awwal an-nazarah sihr; pandangan pertama selalu menipu.
- Jadi jangan beli dulu. Sebab kita sedang dijampi.
- Maka, sila minta pandangan kedua; dari orang yang tak berminat nak beli barang tersebut.
Patulah ada kajian di Amerika mengatakan orang berkahwin lebih mudah jadi kaya. Sebab bila isteri dia nak beli handbag baru, suami menjeling pelik seraya berkata dalam hati, “Bukan dah ada 7 handbag ke isteri aku ni…”
Pandangan couple tak boleh pakai, sebab pakwe selalu nak menjaga hati makwe. Dia akan kata, “Beli je baby…”
Suami menjeling cukup. Isteri terus buat-buat macam window shopping.
- Makan Dulu Sebelum Keluar
Makan kenyang-kenyang dahulu sebelum keluar ber-shopping. Banyak tenaga pakai nak pusing pasar raya. Dah penat, nampak kedai lapar. Makan di kedai pastinya lebih mahal daripada masak sendiri di rumah. Orang bujang mungkin tidak terasa sangat bezanya tetapi orang yang berkeluarga besar pasti terasa sekali makan di luar banyak nak belanja.
Lebih-lebih lagi bawak anak. Biasalah anak berguling nak makanan ringan yang dia mahu. Jika sudah ada dalam belanjawan tidak mengapa. Kena kuat hati, tutup telinga ikut sahaja pelan perbelanjaan yang sudah dicatat sekiranya ia berlaku.
Anak yang dah kenyang selalu tidak berapa nak meragam.
- Cepat Beli, Cepat Keluar
Fokus!
Kita akan tertarik dengan macam-macam benda yang kita tidak kawal. Kebiasaannya jika beli barang dapur, kita dah tahu di manakah lokasi barang-barang tersebut. Maka tidak perlu melencongkan troli di tempat lain. Kalau mampu tahan tangan dari masuk bakul tidak mengapa, namun selalunya berlaku sebaliknya.
“Eh, dah lama cari barang ni,”
La, tadi masa buat catatan tak fikir ke barang tu. Kata dah lama cari kan. Begitulah emosi. Bagaimana kita merompak duit kita sendiri tanpa kita sedar.
7. Kempen Si Hijau
Mari kita buat Kempen Si Hijau. Kempen Si Hijau adalah adalah kempen menyimpan setiap keping RM 5 yang kita dapat.
Panduannya adalah seperti berikut:
- Sediakan 1 tabung yang lutsinar.
Tidak perlu beli tabung baru. Guna sahaja mana-mana bekas lutsinar yang ada di rumah, gunakan bahan terpakai. Misalnya, bekas air mineral plastik 1.5 liter. Bersihkan dan tunggu kering. Buka label dan jadikan ia tabung Kempen Si Hijau.
Kelebihannya, senang nak masukkan duit, sukar untuk dikeluarkan (kena potong botol!). Jadi, kena bersusah payah jika nak ‘merompak’ tabung sendiri.
- Letak tabung di tempat yang mudah nampak
Apabila kita bermula dengan tabung kosong dan setiap hari timbunan duit makin bertambah, kita sekeluarga akan menjadi lebih bersemangat untuk menyimpan!
From zero to thousands!
- ‘Jumpa’ Si Hijau (RM 5), terus simpan!
Ia akan jadi macam GST. hehehe.
Apabila kita berbelanja di mana-mana, apabila menerima baki RM 5 maka Si Hijau tadi hendaklah diasingkan. Sampai sahaja di rumah terus masukkan ke dalam tabung. Jadi, jika rasa tertekan, dapat kurangkan belanja.
Si Hijau ini tidak keluar dari ATM. Tetapi kita memperoleh Si Hijau banyak kali setiap
kali kita berbelanja. Justeru, kita tidak terasa terbeban setiap kali keluarkan duit gaji dari bank!
- Tetapkan matlamat tabung Si Hijau
Kempen ini dapat jadi lebih seronok jika kita ada matlamat spesifik.
- Down payment rumah.
- Duit belanja kahwin.
- Duit belanja raya.
- Duit belanja nak pergi menunaikan fardhu haji.
- Duit melancong.
- Duit untuk modal pelaburan.
Apa-apa sahaja.
Selepas setahun atau nampak dah membukit, sila terus simpan dalam akaun Tabung
Haji / ASB.
- Libatkan keluarga bersama
Pasangan kita. Anak-anak yang sudah dapat mengenal duit ‘Si Hijau’ juga kita dapat galakkan agar bersama kita menabung. Proses ini akan menjadi lebih seronok dan menghiburkan apabila anak-anak pun terlibat.
Atau menjadi tabungan khas untuk mereka sendiri!
Awas!
Strategi ini akan menguji ‘keimanan’ kita sejurus selepas kita memulakannya. Mungkin ada makcik kedai makan yang akan memulangkan baki semuanya ‘Si Hijau’ dari not RM50 yang kita beri semasa membeli makan tengah hari.
8. Declutter
Lepas baca nota ini buat 2 perkara berikut:
- Pakai baju nak buat kerja rumah
- Ambil plastik sampah.
Declutter rumah. Maksudnya …
Kemas rumah! Kemas almari baju! Kemas stor! Kemas bilik anak! Kemas dapur!
Menakjubkan.
Macam-macam yang kita dapat jumpa dalam rumah kita sendiri. Ya, kita kemas rumah kita sendiri. Ini bukannya ambil upah kemas rumah abang kita, kakak kita. Dalam rumah sendiri dapat jumpa macam-macam benda yang masih elok cantik berplastik dan jarang-jarang digunakan.
Antaranya:
- Baju-baju yang masih belum dipakai.
- Baju-baju yang baru dipakai sekali dua.
- Baju anak yang telah tidak muat tapi masih elok.
- Pinggan mangkuk yang masih dalam kotak.
- Kasut-kasut yang dapat dikira dengan jari kaki, berapa kali kasut itu disarung di kaki.
- Duit baik duit kertas mahupun duit syiling
- Macam-macam lagi harta karun lain
Apa yang boleh kita buat:
- Kenal pasti barang yang kita hanya suka beli tapi tak suka guna. Ini namanya hoarder. Kena lawan.
- Barang yang masih elok sila bersihkan, lipat dan beri pada pihak yang lebih memerlukan.
- Jualan carboot sale. Tak semestinya carboot sale. Kedai second hand. Jual melalui online.
Cabaran Semasa Declutter:
(i) “Eh rasa nanti berguna ni,”
Tak payah lah.
Dah berapa tahun tak pakai?
(ii) “Ini ada sentimental value!”
Kalau barang milik almarhum ibu bapa kita, cara yang sebenar adalah mendoakan kebaikan mereka.
Itulah bantuan terbaik dari anak-anak yang soleh solehah.
Move on.
(iii) “Sayanglah benda ni,”
Suruh suami / isteri buatkan keputusan.
Percayakan si dia.
9. Buat Tabung Kewangan
Nak capai matlamat kewangan mestilah ada tabungannya. Saya dah kongsikan keperluan untuk ada sekurang-kurangnya 5 tabung. Kalau tidak ditabungkan, maka jadilah ia angan-angan mat jenin. Asyik berangan sahaja tapi buatnya tidak. Akhirnya satu pun tak dapat capai.
Tabung-tabung yang telah dinyatakan dan secara asasnya kita semua kena ada adalah:
- Tabung emergency fund
- Tabung pergi haji
- Tabung pelaburan / persaraan
- Tabung deposit pembelian & renovasi rumah
- Tabung bayar hutang
Ada juga tabung lain-tabung yang lain seperti:
- Tabung kahwin (orang bujang)
- Tabung pendidikan anak-anak (untuk yang sudah berkahwin dan mempunyai anak)
Tak terhad kepada tabung ini sahaja.
Ini contoh sahaja.
Tabung-tabung ini ada yang bersifat short term. Ada yang bersifat long term. Setiap orang tidak sama. Bergantung kepada usia dan keperluan masing-masing. Jadi selepas dah buat tabungan-tabungan tersebut, kenal pasti yang mana satu tabung yang
bersifat long term dan yang mana satu tabung yang bersifat short term.
Tabungan Jangka Panjang
Caranya adalah dengan membuat potongan gaji setiap bulan. Paling kurang 10% dari pendapatan. Tapi sebenarnya tak cukup 10% tu. Tapi dari tidak ada langsung, ok lah. Kalau 10% pun tidak mampu, simpanlah walaupun RM 50 sebulan.
Maka, sila buat arahan potongan tetap / standing instruction supaya lepas dapat gaji sahaja duit ini terus masuk dalam akaun-akaun seperti fixed deposit, Tabung Haji atau ASB. Ini adalah langkah pertama. Langkah kedua, pastikan duit yang telah disimpan itu tidak dibelanjakan pada hujung
bulan. Jangan link akaun Tabung Haji dengan mana-mana perbankan online atau ATM.
Ketiga, susahkan diri dari keluarkan duit tersebut. Jadi, buku akaun Tabung Haji / ASB itu misalnya simpanlah di kampung. Keempat, jangan gunakan dividen atau bonus yang diterima. Simpan je dalam akaun-akaun tu. Biarkan kuasa kompaun membuatkan tuan membuat simpanan berganda.
Duit dalam ASB berganda setiap 9-10 tahun. Duit dalam Tabung Haji berganda setiap 12 tahun.
Tabungan Jangka Pendek
Cari strategi urus duit gaji yang paling sesuai dengan diri sendiri. Saya dah kongsikan 7 cara yang boleh dicuba. Buat. Jangan baca sahaja. Bertindak.
Takkan dari 7 cara itu tiada 1 pun yang sesuai?
Memang tidak ada cara yang sekelip mata boleh ada banyak simpanan. Kena bersabar. Kalau menyimpan pun tak boleh bersabar, nanti nak melabur lagi susah untuk mahu
bersabar.
Pandai-pandailah kira.
Berapa % nak masuk sini. Berapa % masuk sini. Itu bergantung kepada diri masing-masing. Setiap orang citarasa tak sama. Setiap orang ada deadline kewangan yang berbeza-beza. Ada individu nak pergi menunaikan haji melalui pakej, ada individu mahu menunaikan haji melalui muassasah.
Nak anggarkan berapa kos asas yang diperlukan untuk pergi haji melalui pakej, tengok berapa kos sebenar yang perlu dibayar, kemudian darab 2.
— Itulah pakej paling murah.
Sekiranya sudah berkahwin, maka uruskan cashflow keluarga bersama-sama.
Janganlah urus duit seorang diri. Apabila jadi pasukan yang baik, orang berkahwin lebih mudah jadi
kaya kerana berdua itu lebih baik.
Misalnya nak capai sasaran tabung pelaburan, dapat RM 100,000 pertama.
Kalau simpan seorang diri RM 1,000, maka ia cuma dapat dicapai dalam masa 8 tahun. Tapi kalau dua-dua dapat simpan RM 1,000 seorang, maka dalam masa 4 tahun dah dapat capai.
Begitulah.
10. Strategi Paling Hebat Menebalkan Poket Setiap Bulan
Banyakkan memberi, dan kurangkan meminta-minta. Jika kita mahu mendapatkan senyuman dari orang lain, maka senyumlah terlebih dahulu. Jika kita mahu mendapatkan penumbuk, maka tumbuklah orang lain dulu.
Begitu juga dengan duit. Sediakan bajet khusus untuk zakat dan sedekah setiap bulan.
Mulakan walaupun cuma RM 10 sebulan. Kalau tidak mahu buat bajet khas kerana takut wujud sifat tidak ikhlas, maka bagi orang lelaki misalnya setiap hari Jumaat hulurkan apa sahaja yang sudah ada dalam poket baju ketika tabung derma melintas.
Jika ada RM1, beri RM1. Jika kebetulan dalam poket RM50, beri juga. Ok?
RM1 yang kita bagi bukan RM1 nilainya di sisi Allah. Di sisi-Nya jumlahnya berganda menjadi lebih dari RM 490,000 dan Allah swt memulangkan semula sejak kita berada di dunia lagi sehinggalah ke hari akhirat.
Itulah janji Allah swt dalam ayat berikut:
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti 1 biji benih yang tumbuh menerbitkan 7 tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi 100 biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
— al-Baqarah: 261
Harta yang kita sedekah walaupun nampak macam kurang, tetapi sebenarnya sedekah sama sekali tidak mengurangkan harta kita.
Itulah ajaibnya sedekah.
Tidaklah sesuatu pemberian sedekah itu mengurangi banyaknya harta. Tidaklah Allah itu menambahkan seseorang akan sifat pengampunannya, melainkan ia akan bertambah pula kemuliaannya. Juga tidaklah seseorang itu merendahkan diri kerana mengharapkan keredhaan Allah, melainkan ia akan diangkat pula darjatnya oleh Allah ‘Azzawajalla.
— Direkodkan oleh Imam Muslim
Banyakkan memberi, berusaha bersungguh-sungguh mahu bayar hutang dan Allah swt pasti memudahkan jalan rezeki.
Bina Asas Kewangan Yang Kukuh
Memang wang bukan segala-galanya, tapi wang penting dalam kehidupan. Ia tidak memberi kita kebahagiaan, tapi wang memberi kita lebih kebebasan dalam membuat pilihan. Dan dengan membina asas kewangan yang kukuh, kita meletakkan diri kita dalam keadaan yang lebih stabil untuk menghadapi cabaran kehidupan yang mendatang.
SUMBER: Inchenaim
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Gosok Tudung Dan Pakaian Dengan Teknologi Terkini. Di Jamin Tak Berlubang Kesan Luka Bakar.
Di zaman penuh kemudahan ini semuanya hanya perlukan duit. Memandangkan anda sudah perabis duit untuk beli tudung mahal, cuba jimat duit dengan mengelak dari menghantar tudung ke dobi untuk digosok.
Hijabista berikan anda sedikit know-hows dalam mengendalikan proses menggosok agar tudung yang mahal dan berjenama anda tidak berlubang. Elak mode hari anda spoil, Pastikan tiru langkah ini supaya tudung tetap nampak letop tidak berlubang tatkala ironing.
1. Pastikan baju sudah bersih/dibasuh
Ini penting kerana jika ada kotoran atau kesan kapur, ia mungkin akan menjadi ‘corak’ tambahan apabila diseterika.
2. Lapik tudung anda dengan kain lain
Sebaiknya guna kain batik atau pelekat apabila menggosok baju dari fabrik yang delicate seperti chiffon silk, sutera, satin silk untuk mengelakkan kerosakan parmenant.
3. Jangan sesekali menggosok atas butang
Gunakan muncung tirus seterika apabila menggosok di sekitar butang.
4. Gantikan papan gosok yang rosak
Jika tiada masa untuk ganti yang baru, pastikan anda lapik papan gosok dengan kain tebal untuk mengelak baju anda imprint papan gosok.
5. Berpada dengan spray starch (spray kanji)
Jangan spray terlalu banyak! Ia akan menyebabkan baju anda lebih cepat kedut dan keras kejung.
6. Sentiasa gerakkan seterika
Pastikan anda sentiasa gerakkan seterika every few second untuk elak baju anda terbakar.
7. Bekas spray is a must
Sebaiknya isikan dengan air paip. Namun jika anda mahukan sedikit bauan, tambah sedikit pelembut fabrik kegemaran anda.
Lebih Mudah Dengan Teknologi Terkini
Jika anda was-was dan risau tudung dan pakaian rosak, kini tolak tepi septikal pemikiran itu. Siri PerfectCare 9000 hadir dengan teknologi penginderaan kain pertama di dunia yang disebut ActiveSense. Dengan menggunakan kamera bawaan dan AI, ia dapat mengetahui apa yang anda menyetrika dan menyesuaikan suhu dan jumlah wap yang ideal untuk hasil yang mudah.
Menyeterika tanpa sebarang kerisauan dengan hasil yang sangat baik, satu-satunya penjana stim yang mengetahui apa yang anda menyeterika. Sama ada jenis tudung anda dari satin, lycra, pleat dan bermanik penuh, seterika ini PerfectCare 9000 dari philips menyelaraskan tetapan secara automatik. Dijamin tidak ada luka bakar pada semua tudung atau pakaian yang boleh diseterika.
Teknologi pintar untuk mengenal pasti tetapan yang sempurna
Teknologi ActiveSense perintis Philips PerfectCare Steam Generator 9000 Series yang baru mengenali fabrik dan menyesuaikan tetapan dengan sewajarnya. Kamera besi terpasang berfungsi bersama dengan kecerdasan buatan pintar untuk mengenal pasti bahan, menyesuaikan tetapan suhu dan wap untuk memastikan hasil maksimum, sambil menjaga pakaian anda. Tak perlu risau kalau anda tinggalkan sterika lama sambil menjawab telefon!
Pembuangan lipatan yang mudah dengan wap berkuasa automatik
Sensor pintar DynamiQ eksklusif Philips mengesan pergerakan dan secara automatik mengeluarkan wap yang kuat semasa seterika digunakan, menghilangkan lipatan hanya dalam satu lekapan. Stim wap yang kuat dan berterusan mengatasi kain yang paling tebal dengan mudah, sementara membisukan penapis meminimumkan bunyi sehingga tidak akan mengalahkan suara televisyen, muzik atau bual keluarga.
Ringan dan mudah digunakan
Dengan plat besi SteamGlide Elite yang cepat menyejuk, seterika ini tidak akan menyebabkan luka bakar pada sebarang kain yang boleh diseterika dan bahkan boleh dibiarkan bersandar pada pakaian atau papan seterika anda. Direka untuk prestasi luncuran utama dan ketahanan calar maksimum, plat besi tahan karat dua kali lebih keras daripada plat aluminium biasa dan mempunyai lapisan enam lapisan yang dipatenkan dengan lapisan titanium canggih yang meluncur dengan mudah untuk mendapatkan hasil yang paling cepat.
Operasi yang mudah dan pantas
Luar biasa ringan dan selesa dikendalikan, meluncur dengan mudah dan mengurangkan ketegangan pergelangan tangan. Beratnya yang minimum juga memudahkan mengukus tirai menegak dan menggantung pakaian, untuk operasi yang mudah dan pantas.
Tangki air lutsinar 1.8 liter menyediakan penggunaan berterusan sehingga 2 jam dan mudah untuk mengisi semula. Tangki air dilepas 1.8L yang besar untuk teknologi pelembapan bunyi Steam. De-calc Plus mudah, matikan automatik apabila besi dibiarkan tanpa pengawasan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Trik Ini Boleh Bantu Masalah Rambut Sering Terkeluar Dari Tudung. No 4 Paling Penting Untuk Jaga Aurat Hijabi.
Apabila menyarung hijab, benda paling tidak selesa adalah apabila anak rambut mula menjalar keluar dari hijab. Ini berlaku apabila kita memakai hijab untuk satu jangka masa yang lama. Kadang kala kita punya masa untuk membuka hijab dan memperbetulkan ikatan rambut tetapi selalunya masa yang kita ada sangat terhad. Lebih-lebih lagi jika kita mengenakan inner neck yang sudah longgar. Hijabi usah risau kerana ada beberapa trik boleh dilakukan dalam menyelesaikan masalah rambut terkeluar dari hijab dan memastikan aurat tetap terjaga.
1. Gunakan klip rambut, bobby pin ataupun cekak getah
Hanya mengikat rambut tidak mencukupi untuk mengelakkan anak rambut dari terkeluar. Gunakan klip rambut, bobby pin ataupun cekak getah untuk memastikan rambut sentiasa dalam keadaan rapi. Tapi jangan pin terlalu ketat ya. Sakit nanti!
2. Pakai anak tudung ataupun bandana
Ada juga di antara kita yang tidak biasa memakai anak tudung tatkala berhijab. Bagi anda yang lebih sukakan selendang, pilih anak tudung yang berleher dan pakai cekak getah di dalam agar rambut anda kekal rapi. Jika anda mahu bersukan, penggunaan bandana sangat sesuai. Ia bukan sahaja menyerap peluh, rambut anda tidak akan mudah terlihat jika hijab anda basah. Kalau boleh anda perlu tukar anak tudung yang sudah longgar kerana boleh membuatkan rambut lebih banyak terkeluar.
BACA JUGA: 3. Periksa gaya potongan rambut anda
Jika rambut anda tetap terkeluar walaupun sudah berklip rambut dan beranak tudung, cuba periksa stail rambut anda. Jika rambut anda panjang dan ‘layer’, cuba ikat tocang. Ia mungkin akan membantu sedikit. Sebolehnya elakkan dari rambut anda terkeluar tatkala berhijab. Rambut itu aurat yang wajib ditutup jadi peka akan keadaan hijab anda. Pastikan anda selesa sebelum melangkah keluar dari rumah.
4. Pakai tudung yang disertakan dengan inner neck
Jika anda tidak mahu menggunakan inner neck, boleh terus membeli tudung yang direka dengan menyertakan inner neck sekaligus. Ini memudahkan anda terus menyarung dengan kemas tanpa memikirkan masalah anak rambut yang akan keluar. Biasanya tudung instan begini sangat selesa dan mudah sekali digayakan.
5. Penggunaan inner neck diikat ke belakang
Boleh juga gunakan inner neck yang mempunyai tali di kiri kanan dan boleh diikat dengan kemas di belakang. ada juga tudung yang mempunyai inner neck rekaan begini dan memudahkan penggunanya untuk menggayakan hijab tanpa ada sebarang rambut terkeluar.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI