Kebelakangan ini, terlalu banyak kisah yang tidak baik mengenai rumahtangga telah kita dengari. Perkahwinan sememangnya bukanlah sesuatu yang mudah. Kadang-kadang kita diberikan ujian yang berat oleh Allah SWT, untuk mematangkan lagi hubungan suami isteri.
Setiap pasangan yang sudah berkahwin mendambakan hubungan yang berkekalan sehingga ke akhir ayat. Namun, menjaga keharmonian dalam rumah tangga juga bukanlah sesuatu yang mudah. Selain cinta, kita juga memerlukan komunikasi yang baik, saling memahami dan kesanggupan untuk merendahkan ego masing-masing.
Dalam Islam, kita digalakkan berdoa kepada Allah SWT agar keluarga sentiasa harmoni dan bahagia. Bukan sahaja doa untuk perkahwinan sentiasa barakah, malahan setiap perkara yang kita lakukan ada doanya tersendiri. Buat anda yang sudah berumah tangga, anda boleh amalkan doa ini setiap hari agar perkahwinan sentiasa mendapat barakah.
Doa pertama:
اَللّٰهُمَّ بَارِكْ لِيْ فِيْ أَهْلِيْ وَبَارِكْ لَهُمْ فِيَّ وَارْزُقْنِيْ مِنْهُمْ وَارْزُقْهُمْ مِنِّي. اَللّٰهُمَّ اجْمَعْ بَيْنَنَا مَا جَمَعْتَ إِلَى خَيْرٍ وَفَرِّقْ بَيْنَنَا إِذَا فَرَّقْتَ إِلَى خَيْرٍ
Allâhumma bârik lî fî ahlî wa bârik lahum fiyya warzuqnî minhum warzuqhum minnî. Allâhummajma’ bainanâ mâ jama’ta ilâ khairin wa farriq bainanâ idzâ farraqta ilâ khairin
Maksudnya: “Ya Allah, berkatilah aku dalam keluargaku dan berkatilah mereka dalam diriku. Berilah aku rezeki dari mereka dan berikanlah mereka rezeki dariku. Ya Allah, kumpulkan kami untuk kebaikan dan pisahkan kami apabila Engkau pisahkan kami untuk kebaikan.”
Doa kedua:
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Rabbana hablana min azwaajina wa dzurriyyatina qurrata a’yuniw waj’alna lil muttaqiena imaamaa.
Maksudnya: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami, pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertaqwa.” (QS Al Furqan ayat 74).
Islam telah mengajar dan memberikan pelbagai cara untuk membina keluarga yang sakinah (rukun), mawaddah (kasih sayang), dan warahmah (kasih sayang). Salah satunya dengan memanjatkan doa dalam Alquran surat Al Furqan ayat 74 ini.
Doa ketiga
Seterusnya anda boleh mengamalkan doa untuk kebahagiaan rumah tangga agar segala perancangan hidup dipermudahkan di masa hadapan. Selain berusaha memenuhi kehendak pasangan, kita juga harus berdoa agar segala urusan rumah tangga dipermudahkan oleh Allah SWT. Ini adalah doanya:
رَبَّنَآ ءَاتِنَا مِنْ لَّدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
“Robbanaaa atinaa mil ladungka rohmataw wa hayyi lanaa min amrinaa rosyadaa”
Maksudnya:”Ya Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan berikanlah kemudahan serta petunjuk kepada kami untuk keselamatan agama kami.” (Surah al-Kahfi: 10)
Doa keempat:
Selain daripada itu, anda juga boleh mengamalkan doa untuk melindungi diri dan juga keluarga daripada seksa api neraka. Umat Islam semestinya digalakkan berdoa agar semua ahli keluarga berbahagia di dunia dan akhirat, serta dijauhkan daripada api neraka. Doa ini terkandung dalam Al-Quran Surah Al Baqarah ayat 201.
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
“Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil Akhiroti hasanah waqina ‘adzabannar”
Maksudnya: “Ya Tuhan kami, kurniakan kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka.” (Surah al-Baqarah: 201)
Artikel berkaitan: Nak Rumah Tangga Bahagia? Rahsianya Ada Dalam Al-Quran!
Doa kelima:
Rezeki juga merupakan salah satu sumber kebahagiaan dalam rumahtangga. Terkadang, ada juga pasangan yang bergaduh mengenai hal rezeki ataupun duit. Oleh itu, kita hendaklah memohon kepada Allah agar dikurniakan rezeki yang berkat.
اللَّهُمَّ أكْثِرْ مَالِي، وَوَلَدِي، وَبَارِكْ لِي فِيمَا أعْطَيْتَنِي
“Allahumma ak-tsir maalii wa waladii, wa baarik lii fiimaa a’thoitanii”
Maksudnya: “Ya Allah, tambahkanlah hartaku dan anak-anakku dan berkatilah nikmat yang Engkau berikan.” (HR. Bukhari no. 6334 dan Muslim no. 2480)
Artikel berkaitan: Bagi Semangat Dan Kerap Berdoa Kunci Rumahtangga Bahagia. Lelaki Ini Kongsi Tip Kerja Rumah Tanggungjawab Suami.
Sebagai kesimpulan, berikut merupakan beberapa doa yang pasangan suami isteri boleh amalkan. Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah SWT dan memiliki rumah tangga yang harmoni dalam ketaatan.
Sumber info dan gambar: Merdeka.com, Popbela dan Google
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
https://www.youtube.com/watch?v=G3OzP_np5WQ
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI