Kalau tak dipecahkan ruyung, masakan dapat sagunya. Begitulah perumpamaan yang tepat bagi meraikan kejayaan dua gadis hijabi, Nor Fazrina Fazrin Hassan dan Iffah Irdina yang telah bertungkus lumus menguruskan perniagaan ‘Pulut & Kopi’ selama satu tahun.
Kedua hijabi ini memulakan langkahnya dengan ditemani sebuah van usang bersama sekaki payung comel berwarna putih, ditepi jalan di sekitar Kajang yang menjual makanan tradisi melayu iaitu secangkir kopi Arin dan Pulut Kuning Tradisi aneka lauk.
Cukup Setahun Meniaga, Rezeki Buka Kafe ‘Hipster’ Sendiri!
Hasil kegigihan dan titik peluh dua wanita muda ini yang tidak pernah mengalah dan berputus asa menghadapi cabaran, membuatkan perniagaan mereka berkembang pesat dan mengaut keuntungan di luar jangkaan.
Malah, Genap setahun mengusahakan perniagaan Pulut & Kopi, pasangan hijabi ini telah dikurniakan rezeki tak terjangka dari Allah iaitu mereka berjaya membuka kafe mereka sendiri, berbekalkan keuntungan perniagaan yang dikumpul sepanjang tempoh itu.
Terdahulu, kisah Pulut & Kopi ini tular dilaman sosial berikutan keunikan gerai jalanan mereka yang berkonsepkan ‘old school’ hingga berjaya meraih perhatian sekaligus menjadi sorotan ramai.
Memetik laporan sebuah portal infortainment, dua usahawan muda berjaya ini, Nor Fazrina Fazrin, 28, atau Arin berkata, dia dan juga rakan kongsi perniagaan yang merupakan sahabat karibnya sendiri, Iffah Irdina tidak pernah menjangkakan semua ini.
Jelasnya lagi, tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa satu hari, gerai tepi jalan yang diusahakan mereka bakal menjangkau ke tahap lebih tinggi, apatah lagi hingga berjaya memiliki kafe sendiri dalam tempoh singkat satu tahun.
Ads
“Masa mula-mula buka kafe Pulut & Kopi, sejujurnya terlintas juga perasaan takut dan bimbang di kepala saya dan Iffah. Sebab sebelum ini tak terfikir berjaya ada kafe.
“Bila dah ada kafe, semestinya komitmen pun bertambah. Memanglah orang kata, senang berniaga tepi jalan sebab tak payah bayar apa-apa komitmen. Tapi sampai bila nak berniaga tepi jalan?
“Jadi, berbekalkan keberanian, kami mencuba. Adat berniaga, turun naik mesti ada tapi apa yang kami buat adalah cuba untuk kekalkan kualiti dan rasa seperti sebelum ini,” ujarnya.
‘Renovate’ Sendiri Cafe Tanpa Khidmat Kontraktor
Apa yang lebih menarik perhatian Hijabista adalah apabila Arin memaklumkan, mereka langsung tidak mengambil khidmat kontraktor bagi tujuan merenovasi kafe mereka, sebaliknya ia adalah hasil usahasama mereka berdua dengan bantuan dua lagi rakan lelaki.
“Dari bancuh simen, ikat bata hinggalah dekorasi, semuanya kudrat kami berempat. Sejujurnya, kami tidak mengambil sebarang loan untuk renovasi.
Ads
“Guna keuntungan dari rolling gerai saja. Jadi konsep kafe ini simple dan minimalis,” kongsinya.
Bagaimanapun, mengulas berkenaan perubahan menu kafenya itu, Arin menjelaskan bahawa mereka masih mempertaruhkan menu ‘signature’ iaitu kopi dan pulut kuning.
Cuma terdapat penambahbaikan menu kafe yang memperkenalkan menu baharu bertemakan makanan tradisi Melayu.
“Untuk menu makanan, kami tambah lempeng dan nasi impit untuk dipadankan dengan rendang ayam, rendang daging atau sambal ikan bilis petai. Ada juga kuah kacang. Dan terbaharu ada kek sarang semut dan roti kukus. Semuanya menu Melayu, tiada menu masakan barat.
Ads
Sejak beroperasi di kafe pada Mac tahun lalu, Arin menzahirkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana sambutan menggalakkan yang diterima dalam tempoh kira-kira 10 bulan itu.
“Orang ramai yang mula-mula sokong sejak Pulut & Kopi bermula di rumah dan di gerai tepi jalan, masih terus menyokong sehingga ada kafe.
“Tak kurang juga, ada yang beritahu datang dari jauh selepas tahu dari media sosial.
Semua inilah yang membuatkan Pulut & Kopi sentiasa bersemangat waja untuk kekal berdiri megah meskipun terpaksa bersaing sengit dengan kafe-kafe hipster lain, yang wujud ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.
Sebagai rekod, Kafe Pulut & Kopi terletak di Bandar Teknologi Kajang, kira-kira 300 meter dari lokasi tapak gerai sebelum ini. Ia beroperasi setiap hari kecuali Jumaat, bermula 9.00 pagi hingga 7.00 petang.
Sejak melahiirkan bayi pertamanya 1 Rejab lalu, penampilan Datuk Seri Siti Nurhaliza memang banyak berubah. Tubuhnya yang kini kekal langsing bahkan dipuji netizen seperti anak dara. Walaupun mengetahui saiz fizikalnya sudah berubah, namun beliau tidak bercadang untuk mengeluarkan produk pelangsingan badan. Menurut isteri kesayangan Datuk Khalid Mohd Jiwa ini, fokus beliau kini hanya pada perniagaan produk kosmetik dan penjagaan tubuh badan.
“Buat masa tidak ada cadangan lagi untuk buat produk pelangsing badan kerana bab-bab macam ni mereka mahukan keberkesanan. Kalau saya betuL-betul mengamalkan satu produk nanti, barulah boleh kongsikan dengan pembeli atau pelanggan.
“Sebagai usahawan fokus saya kini adalah hanyalah pada produk penjagaan wajah, komsetik dan juga parfume. Kalau ada pun mungkin saya akan keluarkan losyen badan dan juga makanan kesihatan untuk dalaman.
“Apa yang penting saya mensasarkan produk yang dikeluarkan lebih kepada soal bersih, selamat dan halal,” ujar Siti ketika ditemui usai majlis Simplysiti Raya Gathering bersempena Ulang Tahun Kelapan Simplysiti miliknya di Menara Kuala Lumpur.
A post shared by SIMPLYSITI (@officialsimplysiti) on
Menurutnya, beliau lebih gemar berkongsi sesuatu produk yang memberi ilmu kepada pengguna. Malah sejak lapan tahun mengusahakan Simplysiti juga, mereka tidak menggunakan bahan terlarang dan paling penting telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan.
“Saya juga tak akan buat produk pemutih yang segera untuk mencerahkan wajah. Sebaliknya produk Simplysiti diyakini selamat, bersih dan hasilnya akan terserlah jika kita pakai secara konsisten. Perubahan berlaku tidak mengejut dan paling penting ia juga di jual dengan harga mampu milik.
“Kami juga tak perlukan gimik kosong sebaliknya lebih bertanggung jawab untuk melariskan sesuatu produk itu. Tidak ada guna promosi secara gempak, tetapi hasilnya tidak seperti dijangkakan. Apa yang penting beri ilmu kepada pengguna kami bahawa produk ini sesuai digunakan dalam lingkungan usia dari sekolah menengah, remaja hingga ke 40 tahun ke atas.
“Ramai di kalangan pelajar dan suri rumah yang masih setia menggunakan produk ini dan buktinya kami masih boleh bertahan hingga ke hari ini. Namun saya juga tidak dapat lari dari berdepan dengan pelbagai dugaan sepanjang tempoh itu,” tambahnya yang pernah rasa ‘give up’ untuk berhenti berniaga sebaliknya beri tumpuan pada bidang nyanyian sahaja.
“Masa tu tahun ketiga atau keempat, saya rasa give up sampai cakap pada suami nak stop dan fokus pada bidang nyanyian sahaja. Mujur suami pujuk dan bagi sokongan serta kata-kata semangat pada saya. Sememangnya saya sangat bersyukur dengan sokongan insan-insan ini yang tidak putus-putus menyokong pada belakang,” tambahnya yang turut berdepan masalah lain sepanjang memasarkan jenama ini.
“Cabaran lain yang saya hadapi seperti stok hilang, kecurian dan banyak lagi. Dan paling terbesar sekali adalah dari segi kos sebab kami ingin memberikan produk yang selamat kepada pengguna,” jelas Siti yang bersyukur kerana masih boleh bertahan kerana ramai menyangkan jika produk dari selebriti selalunya tidak mampu bertahan lama.
Penyanyi tersohor negara ini yang tampil menawan petang itu juga turut membawa permata hatinya, Siti Aafiyah ketika majlis semalam.
Menurut Siti, produknya kini bukan sahaja boleh didapati di Watson, tetapi juga di butiknya di Creacion By Siti Nurhaliza dan juga turut dijual secara online.
Sepanjang lapan tahun bergelar ‘Ustaz Selebriti’, Imam Muda Asyraf mengakui memang tidak terlepas dari dihambat gosip atau dakwaan tidak berasas. Terbaru beliau dikaitkan mahu berkahwin lain dengan seorang gadis muda yang juga merupakan pekerja di butiknya. Namun jawapan diberikan ini pastinya turut mengecewakan ramai wanita di luar sana yang menaruh hati kepadanya.
Tatkala di tanya padanya berhubung dakwaan ini, bapa kepada tiga cahaya mata itu menafikan mahu mencari isteri muda kerana belum mampu untuk memikul tanggungjawab tersebut.
“Mana ada. Sebelum ini saya ada dengar khabar angin ini tetapi apa saya boleh katakan sekarang saya belum mampu lagi. Semua lelaki teringin tetapi saya tiada perancangan ke arah itu.
“Keluarga sedia ada ini pun saya rasa belum cukup mampu untuk memberikan sepenuh masa, apatah lagi untuk tambah ‘cawangan’. Saya rasa tumpuan diberikan untuk keluarga saya sekarang.
“Tetapi siapa yang ada perancangan silakan jika mampu. Saya rasa belum cukup mampu untuk merancang nak ada gosip dengan sesiapa. Setakat yang ada sekarang ini nak balik rumah pun tak sempat,” ujarnya yang telah mendirikan rumah tangan dengan isteri tersayang, Nur Hussa Yussof sejak 2010 dan dikurniakan dua anak lelaki, Aisy Raihan dan Aisy Abdurrahman serta seorang perempuan, Setiaku Aisyah.
Mengakui cukup beruntung mempunyai isteri yang memahami tugasnya dalam mendidik masyarakat melalui medium dakwah.
Justeru beliau sebenarnya agak tidak selesa untuk menceritakan semua hal rumah tanga di media massa kerana baginya orang bukan sekadar lihat apa yang disampaikan tetapi juga fokus kepada cara hidup kita.
Bukan mudah untuk bergelar selebriti, apatah lagi jika personaliti di bawa lebih kepada pembawakan Islamik. Namun itu bukan alasan untuk lari dari tanggungjawab dalam menyebarkan ilmu kepada semua lapisan masyarakat.
Bagi Imam Muda Asyraf atau lebih dikenali dengan Ustaz Selebriti, beliau sebenarnya berterima kasih kepada pihak Astro yang telah ‘create’ dirinya dengan title begitu. Malah diam tak diam sudah hampir 8 tahun berada dalam industri ini dalam situasi berbeza.
Berdepan tempoh 8 tahun itu untuk terus kekal kukuh dan ‘maintain’ bukanlah satu tugas yang mudah. Malah jika salah sedikit perilaku atau komen dikeluarkan boleh menyebabkan dirinya berada dalam imej yang tidak bagus.
Bagaimanapun Imam Muda Asyraf mengakui pelbagai dugaan dihadapi sepanjang menjadi ‘public figure’ dan sering dihambat gosip, tetapi baginya ia adalah satu perkara biasa.
“Perlu ada kekuatan untuk berdepan masyarakat, media dan sebagainya. Setakat ini segala cabaran dapat saya tangani dengan baik.
“Kalau nak ikutkan memanglah seronok, glamour atau jadi ustaz nakal, tetapi saya memandang lebih jauh kerana apa yang saya bawa bukan sekadar nama sendiri tetapi gelaran ustaz itu sndiri,” ujarnya ketika ditemui di majlis Rumah Terbuka dan pemenang peraduan Wefie Raya Jus Hidayah Gold Serai Mas di Ruang Shah Alam.
Menurutnya juga memang ada yang bergurau dan menghubunginya beberapa kali untuk bertanyakan soalan, tetapi biasanya akan dijawab dengan baik. Jika ada rasa yang tidak kena perbualan terhenti di situ sahaja.
Sebagai seorang ustaz juga Imam Muda Asyraf akan berusaha mengelak menggunakan status itu sebagai tiket untuk mudah di dampingi mana-mana wanita hinggakan timbul dakwaan tidak berasas. Beliau sebaliknya meletakkan dirinya sebagai ustaz yang hanya menjalankan tugas sebagai pendakwah
Dalam majlis berkenaan, Imam Muda juga turut dilantik menjadi duta bagi produk Jus Hidayah Gold. Mengambil masa lama untuk menerima tawaran diberikan sebelum itu dan hanya bersetuju setelah perbincangan dilakukan di kedua-dua belah pihak.
Kebiasaannya, selebriti atau orang terkenal akan diangkat menjadi idola dalam hidup seseorang. Mungkin kerana kekayaan, kejayaan ataupun akhlaknya yang membuatkan kita rasa terinspirasi seterusnya berazam untuk menjadi seperti mereka.
Seperti Mizz Nina, ramai yang kagum dengan cara hidupnya selepas berhijrah untuk mendalami ilmu agama dan berharap dapat mengikuti jejak langkah hidupnya suatu hari nanti.
Berkongsi penulisannya di Facebook, Izzlara Mungawan mendedahkan sebabnya mengapa dia begitu kagum dengan isteri Noh Salleh itu yang sangat bersederhana hidupnya walaupun berasal daripada keluarga yang kaya raya.
“Saya adore Mizz Nina dalam penghijrahannya. She turned 180 degree. Anak kepada salah seorang taikun Malaysia, kalau nak diikutkan segala macam jenis kontroversi dia boleh bikin.
“Namun saya tidak pernah mendengar apapun khabar angin panas sewaktu penghijrahan beliau. Syabas Nina!
“Sometimes its best to be more ‘expensive’ rather than being ‘cheap‘. Nak hijrah itu sangat-sangat dituntut namun usahlah kerana hijrah kita itu, membuka sejuta pintu fitnah. Kata berimamkan ustaz, takkan tak tahu hukumnya membuka ruang untuk difitnah juga berdosa?
“Nina berkahwin dengan Noh, bukan di kalangan ‘alim ulama’ yang 24 jam kata-katanya penuh dengan hadith dan al-quran, namun Noh menjaga dan mendidik Nina menjadi seorang isteri yang jauh solehahnya. She has everything but she never missused it to the wrong path.
“Dakwahnya menjadi ikutan. Dakwahnya ada kelas. Dakwahnya mengajak dan buat orang merasa terpanggil. Dakwahnya berkualiti walaupun hujahnya bukan disulami bahasa al-quran dan hadith.
“Tak perlu buat kontroversi murahan, cheap publicity and so on. Allahurobbi.
Buat kesekian kalinya, satu demi satu Allah buka keaiban hambaNya yang melampaui batas. Secara sengaja mahupun tidak,keaiban itu dibuka sendiri tanpa paksa.
Allah…
“Kurniakanlah dia hidayah, bagaimana sewajarnya tindakan seorang yg berpengaruh dan menutup rapat auratnya. Bukan sebaliknya Kau membuka keaibannya di saat dia sendiri tanpa sedar membuka aibnya,” tulisnya.
MasyaAllah, sesungguh hidayah itu memang milik yang Maha Esa. Sesungguhnya belum terlewat untuk kita berubah ke jalan yang diredhaiNya. Tidak kira bagaimana kita bermula, moga kita semua miliki pengakhiran hidup yang baik pada akhirnya.
kredit: Izzlara Mungawan
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...