Tiada manusia yang tidak teruja apabila datangnya waktu cuti. Pastinya semua ternanti-nanti saat tibanya waktu itu bagi merehatkan minda dan menerokai tempat baharu. Oh, seronoknya! Tetapi, sebelum itu pasti ada satu perkara yang hijabi rasa berat untuk melakukannya iaitu mengemas baju.
Saat mengemas rasa tidak kena apabila muatan terlebih dan sebagainya. Usah khuatir hijabi! Ikuti trik ini untuk sesi mengemas yang mudah.
Gulungkan baju, jangan lipat
Gulungkan baju anda seperti gulungan kek untuk mengelakkannya kedut. Sememangnya cara ini pantas dan menjimatkan ruang dalam beg anda.
Susun bra secara bertingkat
Susun atur bra anda seperti sebuah menara. Seluar dalam juga boleh diselitkan di celah-celahnya.
Ads
Balut kasut dengan shower cap atau shoe bags
Tidak syoklah jadinya jika kasut kotor terkena baju bersih. Bukan hanya kotoran, malah bau juga boleh melekat. Oleh itu, simpan kasut anda dalam shower cap atau shoe bags bagi mengasingkannya.
Bawa 2 baju untuk setiap helai seluar
Kebiasaannya kita pasti mengulang pakai seluar yang dibawa. Bagi mengelak terlebih muatan, lipat dua helai baju yang berlainan jenis seperti t-shirt atau blaus untuk setiap helaian seluar yang dibawa. Seeloknya bawa sehelai jeans berwarna cerah dan gelap untuk suaikannya.
Ads
Simpan barang kelengkapan peribadi dalam beg lutsinar
Cara penyimpanan sebegini buatkan anda senang mencari dan mengenal pasti jika ada barang yang hilang tanpa perlu bersusah payah membuka beg tersebut.
Ads
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 34 telah melabuhkan tirainya semalam, namun penampilan penyanyi yang mempunyai suara lunak ini terus menjadi bualan warga maya.
Umpama sekuntum mawar hitam, Aina Abdul mengayakan gaun serba hitam dan hijab simbolik bunga mawar yang dihiasi kalungan aksesori dari Habib Jewel. Penampilannya rata-rata mendapat pujian kerana keberaniannya melakukan kelainan dalam busana kutior Behati.
Gelap dan misteri simbolik muzik video
Inspirasi daripada mawar merah, konsep kesinambungan jalan cerita dalam muzik video Aina Abdul yang baru sahaja dilancarkan. Namun disebalik busana ini Kel Wen pereka kreatif jenama BEHATi sendiri berkongsi pengalamannya ilham busana ini hadir sejak dari tahun lepas lagi.
“Saya dan penata gaya Abu Shaef Hamza pernah berbicara tentang konsep penampilan ini sejak tahun lepas, satu pertimbangan untuk muzik video Siti Nurhaliza ‘Kuasa Cintamu’ yang diilhamkan oleh bunga ros. Tahun ini akhirnya kami mendapat peluang apabila Aina datang dan meminta penampilan yang boleh menjadi ikonik untuk mewakili gayanya seiring dengan muzik videonya,” Ujar Kel.
Konsep gelap, misteri dan persis patung, antara permintaan Aina sendiri, jadi serta-merta dia memikirkan rupa mawar yang menjadi simbolik untuk muzik video terbarunya ‘AINA ABDUL’.
Eksperimen gaya hijab bunga mawar sepanjang 10 Meter
Bukan mudah untuk merealisasikan sekuntum bunga mawar di kepala, pelbagai strategi dan percubaan dilakukan agar ianya benar-benar kelihatan seperti bunga mawar. “Saya pertaruhkan masa dan kos walaupun beberapa percubaan ‘draping’ gagal . Tidak mungkin akan ada 2 helaian kain dalam satu bentuk, apa yang saya lakukan adalah percubaan demi percubaan mengikut perasaan dan bagaimana ianya terbentuk di atas kepala saya sendiri dan menambah nilai kutior.”
Hijab bunga ros dibuat ini akhirnya berjaya terbina dari 10 meter Silk Taffeta India. Bunga yang dibentuk atas kepala Aina Abdul harus mencapai berat yang minimum.
“Dengan pengalaman selama 7 tahun bergelar pereka yang banyak menghasilkan gaun malam dan sut, fabrik ini sesuai dijadikan hijab mawar hitam, disokong jaring dan boning sebagai alas dalam yang memegang bentuk mawar,” Katanya.
Penggayaan hijab karektor hijabi
Kel Wen merasakan bukan mudah untuk penggayaan hijab ini, ia bukan sekadar untuk muat atau menutup kepala seseorang, tetapi untuk memberi lebih karakter kepada hijabi. “Pengalaman ini terdapat persamaan dalam cara saya juga menyarungkan tudung biru firus Ernie dalam video muzik Bonekanya,” Ujar Kel wen lagi.
Pelbagai kaum Koleksi ‘KUTIOR’ Behati DI KLFW
Baru mempersembahkan koleksi Behati Kutior Musim Luruh 2021, BEHATI meneroka barisan baharu dengan standard bahan dan mutu kerja yang lebih tinggi, yang direka oleh pengarah kreatif BEHATI, Kel Wen. Koleksi ini direka bentuk untuk dibuat mengikut ukuran kerana fabrik yang diperolehi selalunya dikitar semula atau kuantiti terhad, setiap pesanan akan berbeza mengikut cara yang disesuaikan mengikut citarasa pelanggan.
Garis KUTIOR adalah ekspresi fesyen yang lebih tinggi sebagai bentuk seni, ia memenuhi gaya kontemporari yang dibuat menggunakan fabrik warisan Malaysia yang lebih mahal dari segi kos. Konsep koleksi ini menyelubungi idea menggabungkan elemen dan bahan pelbagai kaum sebagai satu untuk mewakili gagasan Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum. Pertunjukan dibuka dengan Teddy voguer pertama Malaysia, memakai rupa Yin Yang diperbuat daripada brokat Banarasi India dan Songket Malaysia menggunakan teknik tampalan, menggabungkan dua budaya menjadi satu ensembel.
Eksperimen koleksi dengan bahan budaya yang memperluaskan teknik dan fungsi tradisional daripada kaum Malaysia yang berbeza, menjadikannya selaras dengan trend fesyen semasa, bukan sahaja untuk fungsi bertemakan budaya tetapi sebagai norma. Tenaga couture boleh dilihat pada penutup kepala Tanjak klasik yang dilipat dalam saiz sepuluh kali lebih besar daripada bahagian atas; dan juga Baju Melayu merah jambu neon dan kot-jubah hitam penuh dengan butang simpul Cheongsam sebagai hiasan.
Memandangkan fabrik warisan biasanya mewah dan berkilauan, Kel Wen mencari keseimbangan menggunakan pendekatan kasual dengan reka bentuk klasik untuk memberikan kesan kutior kasual. Sebagai sebuah negara tropika, fabrik warisan Malaysia tidak pernah dibuat untuk dipakai sebagai pakaian musim sejuk (kecuali brokat Cina China).
Pereka ini membayangkan Malaysia pada musim sejuk, dibuat untuk pengembara untuk membawa sebahagian daripada budaya sini ke negara musim sejuk. Penuh Songket hitam berquilted sebagai kot musim sejuk yang panjang dan brokat Cina disumbat dengan gentian sintetik dalam jaket puffer yang dibina dengan panel kekek dan pesak. Dengan setiap rekaan ini anda akan tetap berbangga dengan budaya kita walau di mana anda berada. Siapa lagi yang mahu mengangkat tradisi sini kalau bukan kita.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kelaziman buat kebanyakan orang untuk membuang sisa makanan yang tersekat pada gigi menggunakan pencungkil gigi. Peralatan yang mudah kerana ia tidak memerlukan apa-apa kaedah untuk mengeluarkan makanan yang ada pada celah-celah gigi.
Namun begitu, ia bukanlah satu cara yang bagus untuk diamalkan selalu. Ianya sama sekali tidak disarankan oleh mana-mana doktor gigi jika anda seorang yang suka menggunakan pencungkil gigi.
Bukan Cungkil Sisa Makanan Tapi Memudaratkan Kesihatan Gigi
Dilaporkan oleh Hellodoktor, Academy of General Dentistry ada membuat kajian yang menunjukkan penggunaan pencungkil gigi baik tetapi perlu berhati-hati. Tetapi, kebanyakan doktor gigi tidak menyarankan pengunaannya dalam kehidupan harian.
Ini kerana tisu gusi boleh tertembus dan mengakibatkan bakteria mudah masuk dan berlakunya jangkitan. Jika anda pengguna pencungkil gigi, sudah pasti doktor gigi akan mendapati kerosakan pada gusi semasa pemereksaan gigi.
Cara yang sesuai untuk membersihkan gigi dengan betul!
Gunakan floss adalah cara yang terbaik kerana ia boleh mengeluarkan sisa makanan dan menghilangkan plak berbahaya yang tersembunyi pada gigi. Ia juga membantu mencegah kerosakan gigi, penyakit gusi dan nafas berbau.
Bagi mereka yang alami artritis atau kesukaran mengendalikan floss di sekitar mulut bolehlah menggunakan pemegang. Ikut keselesaan anda, seseorang doktor gigi mungkin boleh cadang peralatan khas seperti:
spiral brush – terutama sekali buat mereka yang punyai fixed bridges
water flosser (floss air) – alat floss gigi di rumah yang hanya guna aliran air yang disasarkan untuk mengeluarkan plak dan sisa makanan di antara gigi.
Masalah gusi atau gigi yang agak teruk perlulah segera dapat rawatan pada doktor. Baik cegah sebelum dirawat kerana anda mungkin sudah terlambat ketika itu!
Umum sedia maklum, pasangan sama cantik sama padan Syifa Melvin dan Safawi Rashid bakal melangkah ke fasa seterusnya dalam perkahwinan mereka, apabila Syifa kini sedang sarat dan menghitung hari untuk melahirkan cahaya mata sulung mereka.
Baru-baru ini menerusi satu muatnaik di laman Instagram miliknya, Syifa memuatnaik gambar dia bersama suami dan ahli keluarga tercinta mengadakan sebuah majlis ‘gender reveal’.
“Bismillahi Mashaallah, Alhamdulillah majlis doa selamat berjalan lancar dan meriah.. Doakan anak ini sihat sempurna dan menjadi anak yang baik.. Ibu Can’t wait to see you love ❤,” tulis Syifa ringkas pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan.
Syida Dan Syatilla ‘Salah’ Teka Jantina, Teruja Sampai Jatuh Terduduk!
Namun, apa yang menarik perhatian Hijabista apabila majlis bertukar menjadi kecoh dan gamat sebaik sahaja Syafawi meletupkan belon yang mengandungi warna mencerminkan jantina bayi yang dikandung oleh Syifa.
Sebaik sahaja pengumuman dibuat, Syida dan Syatilla yang teruja dengan berita tersebut bersorak meriuhkan lagi suasana dengan gelagat mereka yang terlampau gembira hingga jatuh terduduk setelah pengumuman dilakukan apabila jangkaan mereka bahawa Syifa hamil bayi perempuan ternyatan meleset.
Meninjau ke ruangan komen pada hantarab berkenaan, Hijabista mendapati posting tersebut telah meraih pelbagai respons dari wargabet yang rata-ratanya akui terhibur, melihat gelagat mereka.
Hijabista mendoakan agar segala urusan Syifa melahirkan bayi dipermudahkan dan semoga Syifa dan Syafawi dapat mendidik anak ini menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Tahniah!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...