Demi mencari sesuap nasi dan rezeki, kadangkala seseorang itu perlu berkorban walaupun terpaksa berjauhan dari keluarga pada jarak lebih 1,000 kilometer (KM).
Begitulah halangan yang terpaksa ditempuh guru muda ini yang berasal dari Kedah ini demi berbakti pada negara mendidik anak bangsa.
Justeru, guru muda, Nor Hasnina Hatta, 24 mencipta kenangan indah buat dirinya sendiri, meraikan ulangtahun kelahiran bersama 21 orang anak muridnya. Ekoran tidak dapat pulang ke kempung halaman untuk tujuan itu
Jamu Anak Murid ‘Air Tangan’ Sendiri Pada Hari Lahir
Malah, lebih mangagumkan apabila Hasnina yang mahu berkongsi rezeki sanggup memasak sendiri sajian mi goreng lengkap dengan sayur dan protein, khas buat anak didiknya.
“Melihat murid saya menghabiskan mi goreng itu membuatkan saya gembira dan ini cara saya menghiburkan hati apabila jauh daripada keluarga, selain untuk menaikkan semangat.
Bagaimanapun, disebalik ketulusan tindakan itu, Husnina tidak menyangka bahawa anak muridnya telah memberikan kejutan buat dirinya apabila menerima hadiah hari lahir yang cukup bermakna.
“Mereka beri hadiah hari jadi yang paling bermakna antaranya termasuk timun dan rambutan, hasil tanaman keluarga,” ujarnya.
Ads
Menurut Hasnina dia ada memaklumkan kepada anak muridnya berkenaan ‘jamuan makan’ itu beberapa hari sebelum melaksanakanya, namun pemberitahuan itu bukan bertujuan agar mereka menyediakan hadiah untuknya.
Hasnina hanya mahu memastikan semua anak muridnya tidak ponteng dan hadir ke sekolah pada hari majlis berkenaan.
“Namun itu hanyalah sekadar gurauan dan saya pesan kepada mereka berulang kali supaya tidak membawa apa-apa.. Hanya datang makan.
“Pada Isnin, hari jamuan itu, murid saya jelas teruja dan gembira melihat bungkusan makanan yang saya bawa. Saya pun seronok tengok reaksi mereka.
Ads
“Tak sangka mereka beri hadiah sambil ucap selamat hari lahir. Ada lebih 10 hadiah seperti makanan ringan, keropok, timun, limau dan rambutan,” jelasnya.
Apa yang penting bagi Hasnina adalah tanda ingatan para pelajarnya itu telah berjaya menyentuh hati dan sanubarinya, sekaligus membuatkan itu hadiah paling bernilai yang pernah diterimanya.
Ads
“Murid kelas saya bukanlah daripada keluarga yang senang dan segelintir ibu bapa mereka petani. Itu membuatkan saya terharu dan anggap ini mungkin cara mereka ‘membalas’ masakan saya.
“Walaupun hadiah mereka tidak mahal tetapi saya sangat menghargainya. Timun itu diberikan murid perempuan yang beritahu ibunya sendiri bungkuskan untuk saya dan itu hadiah daripada dia dan ibunya,” katanya.
Terdahulu, Nor Hasnina memuat naik video di TikTok menunjukkan anak muridnya menikmati mi goreng yang dimasaknya sendiri dan dia menerima hadiah hari lahir.
Rezeki setiap individu berbeza-beza dan tidak sama. Tentunya setiap individu mahu diri mereka mendapat rezeki yang banyak tetapi itu semua bergantung kepada amalan yang kita lakukan setiap hari. Ada inidividu yang merungut mengapa rezeki terasa begitu susah untuk singgah. Jika ada, pasti akan cepat habis.
Untuk mendapat rezeki yang luas, cuba amalkan beberapa amalan ini kerana ia dikatakan mampu membuka pintu rezeki kita. Semoga Allah membuka pintu rezeki seluasnya buat kita semua. Cuma, anda perlu bersangka baik dengan Allah.
20 AMALAN INI BUATKAN REZEKI BERTAMBAH TANPA DISANGKA-SANGKA
Allah SWT memberikan jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperoleh rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.
YAKINLAH REZEKI ITU JAMINAN ALLAH
1. MENYEMPATKAN DIRI BERIBADAH
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah R.A.)
2. MEMPERBANYAKKAN ISTIGHFAR
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyakkan istighfar maka Allah S.W.T akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
3. TINGGALKAN PERBUATAN DOSA
Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi S.A.W.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
4. SENTIASA INGAT ALLAH
Banyakkan mengingati Allah akan membuatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah berikan kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)
5. BERBAKTI DAN MENDOAKAN IBU BAPA
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah S.A.W. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda S.A.W. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi S.A.W.: “Apabila hambaku itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
6. BERBUAT BAIK DAN MENOLONG ORANG YANG LEMAH
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi S.A.W.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)
7. TUNAIKAN HAJAT ORANG LAIN
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi S.A.W.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)
8. BANYAK BERSELAWAT
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.
9. BUAT KEBAJIKAN BANYAK-BANYAK
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
10. BERPAGI-PAGI
Menurut Rasulullah S.A.W., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
11. MENJALIN SILATURRAHIM
Nabi S.A.W. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim.” (Riwayat Bukhari)
12. MELAZIMI KEKAL BERWUDUK
Seorang Arab desa menemui Rasulullah S.A.W. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda S.A.W. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
13. BERSEDEKAH
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi S.A.W. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas R.A.)
14. MELAZIMI SOLAT MALAM (TAHAJUD)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.
15. MELAZIMI SOLAT DHUHA
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
16. BERSYUKUR KEPADA ALLAH
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)
17. MENGAMALKAN ZIKIR DAN BACAAN AYAT QURAN TERTENTU
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadhilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan kefahaman agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.
18. BERDOA
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
19. BERIKHTIAR SEHABISNYA
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.
20. BERTAWAKAL
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah .
Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab R.A.)
KESIMPULAN
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah dengan membuat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
Selain itu diingatkan… rezeki bukan terhad kepada duit, harta ataupun kekayaan… rezeki iman, hati, Islam, kesihatan dan kebahagiaan serta ilmu yang bermanfaat adalah rezeki yang takde nilainya walaupun harta dan kekayaan menimbun sekalipun.
Sumber kredit: Mohd Ibrahim
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Alamak! Hari jumaat dah lepas nak potong kuku. Habislah, kena simpan panjanglah selepas ini sebab nak dapatkan pahala lebih pada hari-hari tertentu untuk memotong kuku. Takut nanti sia-sia sahaja tak dapat kelebihannya.
Tapi hakikatnya, betul ke ada hadis yang menyatakan kelebihan memotong kuku pada hari tertentu mendapat ganjarannya? Apakah ia sahih jika terdapat satu hadis yang menyatakan tentang kelebihan itu?
Sudah menjadi kelaziman buat kita untuk memotong kuku setiap kali hari jumaat menjelma pada setiap minggu. Ada juga yang sanggup menyimpan kuku semata-mata untuk mendapat kelebihan mengikut sunnah.
Tetapi adakah anda tahu bahawa memotong kuku itu boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja? Ada juga kenyataan yang menyatakan tiada hadis sah berkenaan memotong kuku pada hari tertentu dan kelebihannya yang khusus.
Menurut portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, perbuatan memotong kuku itu merupakan salah satu daripada perkara fitrah yang dianjurkan oleh Islam sendiri. Rasulullah SAW juga pernah bersabda:
Maksudnya: “Lima perkara daripada fitrah ialah berkhitan, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menggunting misai.”
Riwayat al-Bukhari (5550) dan Muslim (257)
Menurut Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani, ia menjelaskan bahawa bilangan sebanyak lima perkara yang disebut itu tidak terbatas sebanyak itu sahaja. Mengapa? Kerana ia datang melalui hadis lain mengikut bilangan yang lain juga. (Lihat Fath al-Bari, 10/337).
Jadi tiada yang dinyatakan melalui kelebihan hari tertentu khusus dilakukan untuk memotong kuku. Dijelaskan juga melalui Imam al-Sakhawi mengenai isu ini:
“Tidak ada satu pun hadis yang sahih daripada Nabi SAW yang menerangkan tentang tatacara dan penetapan hari-hari tertentu untuk memotong kuku.”
(Lihat al-Maqasid al-Hasanah, hlm. 489)
Namun, terdapat juga beberapa riwayat daripada para sahabat dan tabi’in yang menyatakan mereka memiliki kebiasaan memoting kuku pada hari jumaat. Antaranya:
Ibnu Umar R.A biasanya memotong kuku dan merapi misainya pada hari Jumaat (Lihat al-Sunan Al-Kubraoleh al-Baihaqi, 3/244)
Melalui Ibrahim pula, beliau menceritakan: “Orang ramai memotong kuku mereka pada hari Jumaat.” (Lihat al-Musannaf oleh Ibn Abi Syaibah, 2/65)
Salah seorang tabi’in, Muhammad bin Ibrahim al-Taimi berkata: “Sesiapa yang memotong kukunya pada hari Jumaat dan memendekkan misainya maka dia telah menyempurnakan hari Jumaatnya.” (Lihat al-Musannaf oleh Abd al-Razzaq, 3/197)
Menurut riwayat-riwayat di atas, para ulama fiqh dari kalangan Syafi’iyyah dan Hanabilah, galakan dan anjuran memotong kuku pada setiap hari Jumaat. Imam Nawai juga berkata: “Al-Syafi’e dan ashabnya dengan tegas (secara nas) menyebut anjuran memotong kuku pada hari Jumaat.” (Lihat al-Majmu’, 1/340).
Jelas disini Islam menganjurkan untuk memotong kuku dan merapikan misai pada hari Jumaat kerana hari itu merupakan hari bagi kaum muslimin berkumpul di masjid bagi melakukan ibadah solat Jumaat. Namun, boleh sahaja dilakukan pada hari lain sekiranya tidak sempat pada hari Jumaat.
Tetapi janganlah membiarkan keadaan diri tidak terurus melebihi 40 hari. Hal ini pernah dijelaskan oleh hadis daripada Anas bin Malik R.A, kata beliau:
Maksudnya: “Rasulullah SAW memberikan batasan waktu kepada kami untuk memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak, dan mencukur bulu kemaluan, agar tidak dibiarkan lebih dari empat puluh hari.”
Riwayat Muslim (520), al-Tirmizi (2759) dan al-Nasa’ie (15)
Dihuraikan lagi oleh Imam al-Nawawi bahawa hadis ini beri penjelasan berkenaan para sahabat yang tidak melewatkan apa-apa perkara apabila sampai masanya. Dan jika lewat sekalipun, tidak melebihi 40 hari. Tidak juga alasan bagi seseorang melewatkan sehingga 40 hari secara mutlak. (Lihat al-Majmu’, 1/287)
Sumber: Portal Laman Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Masih lagi berlarutan tentang isu buka tudung di semua ruangan media sosial. Isu ini menjadi perhatian ramai oleh kerana bukan lah sesuatu yang kecil terutama sekali bila ada selebriti yang membuka hijab mereka semula. Seperti yang kita ketahui, menutup aurat adalah perkara yang wajib buat umat islam dan memakai hijab itu juga adalah wajib.
Kes tersebut memberi banyak selebriti yang mana sudah berhijrah memakai tudung memberi pandangan atau kata-kata atau doa yang baik buat mereka yang sedang menghadapi ujian tersebut. Pelakon utama drama “Risik Pada Hati” iaitu Ummi Nazeera jugak tidak terkecuali daripada memberi kenyataan dan nasihat tentang isu buka tudung tersebut. Tular di Tiktok videonya memberi pendapat tentang artis yang kini ramai membuka tudung sekaligus memberi ramai yang mengetahui tentang isu selebriti membuka tudung baru-baru ini.
“Iman tu naik dan turun. Hari ini nak pakai macam ni lah macam tu la. Jadi benda tu normal untuk kita rasa tapi jangan jadikan itu kebiasaan.” Katanya
Sebab I, I perlu pakai tudung dan mengikut jalan sepatutnya adalah salah satu cara menolong I tentang masalah depresi.” Katanya semasa temubual bersama Zayan
Seperti yang kita tahu, ujian setiap manusia itu berbeza. Akan tetapi istiqomah itu amatlah penting buat diri kita yang tidak sempurna ini. Dalam pada masa yang sama, konsistensi, niat dan usaha juga banyak membuatkan seseorang itu mudah untuk tidak melakukan perkara sedemikian. Kata Ummi Nazeera juga, ramai juga rakannya di dalam industri mahupun rakan yang bukan selebriti yang berhijab masih lagi kekal istiqomah dalam bertudung.
Ummi Nazeera juga ada berkata ketika temubual kepada berkenaan diluar sana sekiranya tidak bersediah untuk memakai hijab, tidak perlu membuat keputusan terburu-buru untuk berhijab kerana takut ianya akan menjadi ikutan trend sahaja. Tegasnya Ummi Nazeera kerana baginya perkara ini bukanlah sesuatu yang boleh dibawa main dan beranggapan seolah ianya sudah menjadi satu penyakit. Lagi dibiar lebih normal lah orang lakukannya.
“Saya doakan supaya mereka yang tersasar itu, jumpa baliklah jalan itu semula, InsyaAllah.” Katanya
Ternyata video itu menjadi tarikan orang ramai dan video tersebut juga telah dibanjiri dengan pelbagai komen positif dan doa yang baik-baik buat Ummi Nazeera dan orang tersebut. Ummi Nazeera juga mengatakan bahawa hijab itu bukanlah untuk menutup kepala akan tetapi menutup aib diri sendiri juga dianggap berhijab.
Benar juga kata-kata yang diberi oleh Ummi Nazeera tentang bagaimana mencuba dalam beristiqomah itu amatlah penting. Pasti akan dipermudahkan kelak. Selain daripada itu, doa juga dapat membantu kita untuk terus kekal beristiqomah. Tidak kira dimana jua atau dalam keadaan apa sekalipun doa amat penting. Kerana dengan doa kita akan perlahan-lahan untuk meluahkan apa yang tak diingini dan dengan doa juga akan menjadikan senjata buat diri kita terutama sekali ketika menghadapi ujian yang diberi oleh Allah swt.
Seperti yang diperkatakan, sesusngguhnya berhijab itu adalah wajib buat wanita muslim. Sebagaimana susah sesuatu permulaan itu, jika kita berdoa pada Allah pasti akan menjadi mudah pada
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...