Dia tak diam, pelawak dan pengacara Nabil Ahmad sudah hampir 10 tahun bergelumang dalam industri seni. Bermula sebagai penghantar surat, Nabil akhirnya menjadi salah seorang selebriti yang berjaya dan diminati ramai. Jumaat lepas telah berlangsung majlis doa kesyukuran sempena 10 tahun menjadi anak seni. Ramai tetamu hadir dan paling menarik perhatian adalah isteri kesayangan Nabil, Zira Ayub yang tampil cukup manis berhijab.
Dalam majlis itu Zira mengenakan kurung moden bercorak rona pastel yang dipadankan dengan selendang hitam dan solekan ringkas. Semua sedia makum, Zira sebelum ini adalah bekas pramugari sebelum berkahwin dengan Nabil.
Ternyata penampilan Zira malam itu mendapat perhatian netizen yang ramai memuji kejelitaannnya. Dia kelihatan cukup berseri-seri pada malam itu. Malah ada juga yang menyamakan dia seperti pengacara Zakiah Anas.
@wansyazwanaa MashaAllah cantiknya kak zira!!!
@muslihahmunir pakai tudung cantik sangat..
@akma.cb Kemas nampak siap beranak tudung..slowly jadi hijabis dulu nnt pakai cover tiptop mak anak 2 ni mmh lebih lawa dr anak 1..hahahaaha
@laylaspa Alhamdulillah. Manis ayu bila berhijab. Tahniah nabil maiza_hj_mustafa Cantiknya bertudung @nabilzira…nampak berseri2 muka tu.. Alhamdulillah..siti_iszwani86 Cantik pakai tudung dah macam @zakiah_anas
Malah ramai juga yang mengharapkan agar Zira akan berhijab dan dibukakan hati satu hari nanti untuk mengenakan tudung.
@naylinaqiah You look better with the hijab kak. Semoga istiqomah @nabilziraazura8809 Cantik bila bertudung moga dibukakan hti menutup aurat
Ada juga netizen yang memuji Zira walaupun dia tidak menutup aurat tetapi menghormati majlis dengan mengenakan tudung. Dan dia bukan sekadar meletakkan di atas kepala tetapi melilitnya cukup sempurna.
@kefatinan Walaupun free hair tapi hormat majlis. Bagus macam ni. Bukan jenis sekadar letak shawl atas kepala nampak jambul. Cantik sangat!! Adore you beautiful creature
Mereka juga turut mendoakan pasangan ini sentiasa dirahmati dan diberkati Allah.
@roziyahmahmod Zira..u look so sweet. semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati Zira sekeluarga dan melimpahkan rahmatNya..Amin
@rossyam_nie Alhamdulillah semoga rezeki nabil n fmly akan lebih diberkati dan semakin bertambah…aamiin
Artikel Berkaitan: Isteri Dedah Sikap Nabil Di Sebalik Sikap Lawaknya
LAGI FOTO-FOTO ZIRA YANG SANGAT ‘SWEET’
#1. @ochiten5340 Cantik nya zira pakai tudung
#2. @wawainesya ptt la nabil syg…Cntek gile sis
#3. @halisus Cantiknya bidadari Nabil
#4. @messalina Lovely
#5. @adlyna2017 Subhanallah! You look so beautiful in a hijab
KREDIT FOTO: INSTAGRAM NABILZIRA & ZIRA AYUB
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI