Membicarakan topik Sedekah Sebagai Lifestyle, pengacara Hana Ismail dan pendakwah terkenal, PU Amin berkongsi sedikit sebanyak tentang betapa banyaknya manfaat yang kita akan peroleh apabila memberi kepada orang lain walaupun sedikit.
Ujar PU Amin, kita haruslah ada rasa untuk lebihkan orang lain kerana semuanya milik Allah.
“Bukan semua yang kita miliki adalah milik kita. Harta kita pangkat kita. Kita hanya menikmati, tidak memiliki semua itu. Kena kongsi sekeliling. Inilah hebatnya orang yang beriman dan berharta.
“Nak selamat dunia akhirat, sedekahlah. Nikmatnya tak macam lain sebab kita lebihkan orang walaupun tahu diri ini tidak cukup dan serba kekurangan,” ujarnya.
Tambahnya lagi, segala nikmat ini akan dirasai apabila kita meletakkan sepenuh kepercayaan pada Allah Yang Maha Kaya.
Ads
“Nak jadikan sedekah dan lifestyle, kita kena berbalik kepada kepercayaan kita. Apa yang Allah telahjanjikan sebagai nikmatnya.
“Kalau kita tahu Allah janjikan yang terbaik untuk kita dengan amalan sedekah, Insyaallah kita pastinya akan fokus amalan sedekah dengan kefardhuan yang lain. Insyaallah dari segi itu agama kita dah lengkap. Apa yang kita persembahkan pada Allah itu dah cantik dah.
Ads
“Tapi yang menjadi masalahnya hari ini apabila kita dah buat pelbagai kebaikan tapi terselit sifat sombong, kedekut.
“Yang Allah kecam adalah orang yang kedekut, sombong, takut harta habis. Jadi perkara ini kita perlu campak jauh-jauh untuk jadikan sedekah sebagai lifestyle hidup kita,” jelasnya lagi.
Ads
“Jadi kepercayaan kita kena utuh. Kita kena percaya apabila kita memberi, Allah Taala akan memberikan berpuluh-puluh kali ganda kebaikan dalam hidup kita, di dunia mahupun akhirat,” tambah Hana.
Untuk pengetahaun pembaca, siri Tazkirah2U: The Power of Giving ini merupakan satu kerjasama di antara Hijabista dan juga Kenanga Investors Berhad. Semoga dengan perkongsian ini, sedikit sebanyak menyuburkan minda dan juga jiwa kita sebagai manusia dan hambaNya.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tontoni video penuhnya di sini:-
https://www.youtube.com/watch?v=8SS80WnwTn0
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pengacara jelita TV Al-Hijrah, Hana Ismail dengan sekali lafaz kini sah menjadi isteri kepada pendakwah bebas dan juga aktor tampan Da’i Syed.
Majlis Ijab qabul pasangan sama cantik sama padan ini telah berlangsung beberapa jam lalu bertempat di Masjid Ibnu Mas’ud, Kuala Lumpur, jam 11.40 pagi tadi.
Seutas Gelang Emas ‘Mas Kahwin’ Syed Untuk Hana
Hana Ismail telah dinikahkan oleh jurunikah, Penolong Pendaftar Perkahwinan, Mohd Nazri Yacob dengan berwalikan bapa kandungnya sendiri iaitu Ismail Dahwan.
Selain itu, Hana menerima seutas gelang emas dari Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful sebagai mas kahwin pernikahan.
Terdahulu, Hana pernah menyatakan bahawa keperibadian Syed yang lembut membuatkan dirinya tertarik untuk menjadikan lelaki itu sebagai suami meskipun jarak usia mereka berbeza hampir 9 tahun.
Mereka yang telah melangsungkan majlis pertunangan pada 23 Oktober lalu, dan perkara itu diuar-uarkan oleh rakan artis yang juga pelakon Umie Aida melalui akaun Instagram miliknya pada November.
Hijabista mendoakan agar jodoh pasangan merpati dua sejoli ini kekal hingga ke syurga, selamat melayari bahtera perkahwinan dan alam rumah tangga buat kedua mempelai!
Penggayaan tudung adalah mengikut citarasa masing-masing dan ianya berpandukan kepada niat mereka tersendiri. Seperti lazim kita tahu, tudung itu tujuan utamanya untuk menutup aurat.
Jadi bagaimana dengan isu penggayaan tudung yang menyerupai rambut? Adakah ianya dianggap satu cara yang melampau bagi seorang hijabi?
Bergaya dengan hijab ikut dengan niat
Tren gaya hijab yang mempunyai unsur yang unik dan ada yang menyerupai rambut telah menapak lama di dunia fesyen tempatan. Bahkan, ramai juga yang menggayakan pelbagai jenis gaya mengikut citarasa mereka.
Ramai yang memberikan pandangan yang berbeza jika melihat seseorang yang menggayakan tudung seakan rambut. Ada juga yang mengeluarkan pendapat bahawa itu adalah haram bagi wanita oleh kerana ia boleh menimbulkan fitnah.
Perkara ini telah di bincangkan melalui laman e-Sumber Maklumat Fatwa Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) yang menjelaskan hukum bagi seorang wanita yang menyambung rambut atau memakai rambut palsu untuk berhias. Penggunaan rambut atau sesuatu yang menyerupai rambut di kepala adalah diharamkan oleh Allah SWT.
Ianya tidak kira mengikut kehendak wanita itu atau dilakukan oleh orang lain seperti juru andam atau juru solek. Perbuatan ini haram sama sekali kerana ia mengundang unsur-unsur penipuan dan fitnah yang seakan mengubah ciptaan Allah SWT.
Berkongsi oleh pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus, menjelaskan makna fesyen yang sebenar bagi umat Islam mengikuti peraturan yang mengikut hukum syarak Islam. Ianya berketepatan dengan niat serta hukum yang betul.
Umat Islam perlu fahami makna berpakaian adalah menutup badan dengan betul meskipun ingin bergaya. Islam tidaklah menyekat untuk bergaya namun ia perlu mengikut syarat yang tertentu iaitu tidak melebih-lebih.
Telah diriwayatkan daripada Aisyah RA katanya “Sungguhnya Asma’ binti Abu Bakar RA telah masuk kepada Rasulullah SAW dalam keadaan memakai pakaian yang nipis lalu Baginda berpaling daripadanya dan bersabda: Wahai Asma’ sungguhnya perempuan itu apabila telah baligh tidaklah harus bahawa dilihat daripada badannya kecuali ini dan ini dan Baginda mengisyaratkan kepada wajahnya dan dua pergelangan tangannya.”
Islam menggesa setiap ibu bapa mengambil berat aspek pentarbiahan atau pendidikan anak-anak.
Dalam Surah al-Tahrim, ayat 6, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluargamu daripada api neraka.”
Ayat itu menjelaskan ibu bapa perlu menitikberatkan hal berkaitan asuhan, bimbingan serta pendidikan yang terbaik untuk anak-anak.
Tentunya dalam hal ini, pendidikan agama serta menerapkan akidah perlu dilaksanakan dengan sempurna.
Berikut dikongsikan tip mendidik anak mengikut acuan Islam agar menjadi anak yang soleh dan solehah.
1. Makan malam sebelum Maghrib
Pastikan anak makan malam sebelum Maghrib seperti yang disarankan oleh Rasulullah SAW supaya mudah belajar waktu malam. Makan malam selepas Maghrib akan menyebabkan anak mudah letih dan mengantuk waktu belajar.
2. Kurangkan daging merah
Pastikan anak kurang makan daging merah kerana ia akan menyebabkan anak menjadi pemarah dan agresif serta mudah melawan cakap. Banyakkan makan daging putih.
3. Banyakkan memeluk anak
Anak yang sering dipeluk akan tenang, kurang degil, dan kurang nakal kerana rasa selamat dan disayangi.
4. Mengadap kiblat ketika belajar atau mengaji
Pesan kepada anak untuk menghadap Qiblat semasa belajar atau mengaji, ini akan tingkatkan keberkatan dalam belajar.
5. Baca doa sebelum belajar
Sebelum belajar, baca doa-doa penerang hati termasuk surah Al-Insyirah. Rasulullah selalu mengingatkan Ali RA supaya membaca surah Al-Insyirah untuk menguatkan ingatan, mudah faham, jadi tenang, mudah patuh arahan ibu bapa dan tidak banyak meragam.
6. Pokok hidup
Pokok hidup seperti pokok keladi air atau kaktus membekalkan oksigen kepada otak anak semasa belajar. Letakkan di atas meja belajar.
7. Supplement
Vitamin semulajadi dapat menguatkan minda, menenangkan emosi, melembutkan hati, meningkatkan fokus semasa belajar dan menguatkan daya ingatan anak. Supplement juga meningkatkan imuniti anak supaya tak mudah sakit dan memastikan anak sentiasa cergas bertenaga.
petua didik anak nakal1 300×177 Petua Didik Anak Nakal Dan Degil Supaya Menjadi Anak Soleh
8. Bacakan surah & tiup ke ubun-ubun anak semasa nak tidur
Bacakan di kepala anak surah Al-Fatihah, ayar Qursi dan surah Al-Insyirah untuk merangsang otak dan memori anak. Ia juga membantu melahirkan anak yang tenang, baik akhlak, dengar cakap ibu bapa dan pintar.
9. Elakkan baju merah atau oren
Elakkan anak memakai pakaian berwarna merah atau oren. Mengikut kajian, warna merah dan oren akan merangsang anak menjadi agresif dan hyperaktif. Akhirnya menyebabkan anak menjadi ankal, degil, dan tak dapat dikawal.
10. Tidur mengiring ke kanan
Didik anak tidur mengiring kekanan agar otak jadi lebih pintar. Ia juga memastikan anak tidur dengan lebih lena. Tidur yang berkualiti akan mengurangkan tantrum anak.
11. Rezeki yang berkat
Pastikan rezeki yang ibu bapa terima benar-benar berkat dengan mengelakkan perkara haram dan syubhah. Jangan lupa keluarkan zakat pendapatan dan zakat-zakat yang lain. Rezeki yang tidak berkat adalah antara punca anak jadi agresif, tidak dengar cakap ibu bapa, nakal, dan kurang bijak dalam pelajaran.
12. Hubungan dengan Allah
Ibu bapa pastikan ada hubungan yang baik dengan Allah. Macam mana nak jaga hubungan yang baik dengan Allah?
1. Jaga solat 5 waktu dan lakukan solat-solat sunat qabliah dan ba’diah untuk menampung segala kekurangan dalam solat-solat fardhu kita.
2. Solat taubat dan istighfar 70 kali sehari setiap hari. Lakukan juga solat hajat, istikharah dan tutup dengan solat WITIR setiap malam. Nabi SAW suruh kita untuk solat witir setiap malam sebagai pembalut kepada semua amalan kita setiap hari untuk dipersembahkan kepada Allah SWT.
3. Maafkan semua orang setiap malam sebelum tidur agar hati jadi bersih, badan sihat, wajah jadi anggun, doa dimakbulkan, semua orang sayang dan mendapat anak yang soleh.
4. Sentiasa ingatkan anak-anak supaya solat dan jaga akhlak. Bacalah Surah Ibrahim ayat 40. Ini adalah doa khas untuk mohon agar diri dan keluarga menjaga solat.
5. Baca Doa Pembuka 12 Pintu, Doa Membuang Sifat Negatif, Bismillah 5 dan Ayat Qursi. Pengalaman menunjukkan sesiapa yang mengamalkan doa-doa tersebut, maka orang bujang akan bertemu jodoh, suami isteri akan bertambah sayang, orang bergaduh akan jadi damai, selesai masalah, langsai hutang, anak-anak jadi hebat dan soleh, hilang perangai buruk seperti enggan solat, dan sebagainya.
6. Pagar diri dengan Al Fatihah and Surah 3 Qul, hembus tapak tangan dan sapu seluruh badan. Ini akan menghindar daripada gangguan manusia, binatang, jin dan sihir.
13. Ayat lembutkan hati anak
Lembutkan hati anak dengan surah Al Fatihah, Surah Al-Hasyr (ayat 21-24), Surah Ta Ha (ayat 1-5), dan Ayat Qursi. Baca dan hembus ke badan anak atau makanan, gambar atau pakaian yang sudah dipakai sebelum dicuci atau hembus ke arah anak dari jauh semasa menghantar ke sekolah.
14. Layan anak lebih baik
Layan anak lebih baik daripada biasa agar dia rasa bersalah jika ingkar perintah ibubapa.
15. Amalan sebelum masuk rumah
Setiap kali nak masuk rumah, pesan kepada semua ahli keluarga kita untuk baca Bismillah 3 kali, senyum, beri salam dan masuk dengan melangkah kaki kanan dahulu. Ini akan menghindarkan syaitan bernama DASIM daripada masuk ke kepala kita dan ganggu manusia supaya berkonflik, suami isteri supaya bergaduh hingga bercerai berai, anak-anak melawan ibu bapa, anak-anak bergaduh sesama sendiri, anak-anak jadi extra nakal, dan sebagainya.
16. Nama Allah
Setiap kali nak nasihati anak supaya tak nakal, dengar cakap, jaga solat atau rajin belajar, bacalah 3 Nama Allah iaitu Ya ‘Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir dan hembus ke arah anak untuk melembutkan hatinya.
Semoga petua didik anak nakal dan degil supaya menjadi anak soleh dan mudah faham pelajaran itu tadi bermanfaat untuk anda.
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...