Berita mengenai penyanyi, pelakon dan juga pengacara, Alif Satar yang disahkan positif virus covid-19 memang mengejutkan seluruh rakyat Malaysia.
Kini, berita yang menduka citakan turut diterima apabila ibu bapanya serta adik bongsu pelakon drama Red Velvet itu turt disahkan positif covid-19.
Hal tersebut dimaklumkan sendiri oleh pengurus Alif, Adlina yang juga memberitahu bahawa dia terselamat dan bebas daripada virus tersebut.
Jelasnya, ahli keluarga Alif tersebut kini sedang dirawat di hospital manakala isteri Alif serta anak-anaknya telah pun menjalani ujian saringan namun belum diketahui lagi keputusannya.
Alif yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Melaka dimaklumkan bahawa keadaannya sihat dan stabil namun masih berada dalam pengawasan pihak perubatan.
Beliau ditempatkan di Hospital Melaka kerana beliau masih lagi dalam penggambaran sebuah drama terbitan JS Pictures Sdn.Bhd milik Sheila Rusly dan suami, Jinggo yang sepatutnya dijadualkan berakhir pada 23 Noember iaitu hari ini.
Namun, penggambaran tersebut terpaksa ditunda bagi melindungi keselamatan para pelakon serta kru-kru produksi berkenaan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pertama Kali Buat IVF Gagal, Farrah Adeeba Tak Akan ULANG Lagi, Walaupun Teringin Nak Rasa Pengalaman HAMIL
Melihat kelincahan wanita ini bagai tidak menduga dia pernah diduga dengan ujian maha hebat. Siapalah dia mahu menolak qadar dan qadar Tuhan. Walaupun jauh di sudut hati mahu menimang cahayamata sendiri, namun Tuhan masih belum mengurniakan rezeki padanya. Personaliti Farrah Adeeba yang sebelum ini gagal dalam ujian In Vitro Fertilization (IVF) tetap reda dengan apa yang berlaku. Dia kini tidak lagi menoleh ke belakang, kerana apa yang penting dirinya juga merupakan ibu kepada dua cahayamata angkat.
Ketika bertemu dirinya di majlis pelancaran Malaysia International Sport & Fitness Fair (MISFIT) 2018, lalu, wanita ini cukup aktif dalam mengendalikan program CSR kempen #stopperogoldarirumah yang dibawakan dengan kerjasama pelbagai pihak.
TIDAK MAHU RASA MENYESAL
Menurut Farrah Adeeba, dia sebenarnya reda dengan apa yang berlaku sebelum ini. Percubaan untuk menggunakan kaedah IVF dilakukan kerana tidak mahu rasa menyesal jika tak melakukannya. Tetapi hakikat sebenarnya dia memang seorang ibu kepada dua anak lelaki.
“Saya memang seorang ibu kepada dua anak lelaki yang sangat baik. Cuma dalam masa saya berharap jika dapat dikurniakan anak perempuan. Tetapi setelah percubaan pertama itu, saya bagi tau anak lelaki saya, terutama Muhammad yang ibu akan tunggu menantu dan cucu sahaja,” cerita Farah ketika ditanya mengenai percubaannya melakukan rawatan IVF hujung tahun lalu.
MUHAMMAD PALING KECEWA
Bercerita mengenai pengalamannya menjalani rawatan berkenaan, anak sulungnya Muhammad yang merupakan penyokong terkuatnya. Dia mengambil bahagian dalam setiap proses yang dilalui olehnya. Muhammad yang teman berjumpa doktor, ketika membuat suntikan, teman makan ubat dan dia juga yang mengingatkan Farah untuk berjalan perlahan sepanjang tempoh dua minggu berkenaan.
Menulis di laman instagramnya itu Farrah memberitahu Muhammad juga yang merasa sedikit kecewa apabila mendapat tahu keputusan ujian berkenaan negatif.
“Aktiviti fav dia selama 2 weeks wait pulak ialah google cari gambar baby yg montel montel dgn ibu. And i was purposely googling baby girl punya pics. Dia tak tau. Hehehehe. He wanted more brothers. Tapi kadang kadang dia redha dgn wish ibu sebab kesian tgk kita go thru pelbagai proceedure.
“Dia lah antara yg paling frust bila the pregnancy test was negative. When i said Allah nak bagi ibu menantu-menantu & cucu-cucu yg soleh/hah instead, jawapan itu ditolak mentah-mentah. Hahahahahaha… siap membebel penat lah mcm ni, rugi jer, stress jer bla bla bla mcm lah dia yg kena inject bagai for the past 2-3 months. Kita pulak balik balik kena motivate dia.
A post shared by Farrah Adeeba (@farrahadeeba) on
TIDAK AKAN LAKUKAN LAGI
Farah juga memberitahu insya-Allah dia tidak akan melakukannya (rawatan berkenaan) sebaliknya hanya akan fokus dan beri tumpuan kepada mereka berdua sahaja. Apatah lagi dia juga kini sibuk dengan kempen #stopperogoldarirumah yang dijayakan bersama MISFIT 2018.
Walau bagaimanapun bagi mereka yang mahu terus mencuba dapatkan anak melalui kaedah ini Farah memberitahu kita sebagai ibu diberi hati dan perasaan oleh Tuhan dan berapa banyak kanak-kanak lain di luar sana yang memerlukan kasih sayang kita sebagai ibu. Jadi tidak salah pergi dapatkan mereka dan curahkan kasih sayang yang sepatutnya.
Dia juga sebenarnya cukup beruntung kerana mempunyai anak-anak yang begitu menyayagi dirinya sepenuh hati. Anak-anaknya memberitahu mereka sayang dirinya, mencium dan memeluknya setiap hari.
NAK RASA PENGALAMAN MENGANDUNG
Farah merasakan dirinya cukup beruntung kerana dikurniakan dua anak yang tahu menghargai kasih sayang yang diberikan. Ini kerana tidak semua ibu bapa diraikan oleh anak mereka dengan cara begini.
“Anak-anak saya cium dan peluk saya setiap hari. Saya sendiri tidak berkata begitu pada mereka. Dan inilah sebenarnya anugerah tidak ternilai dan berharga yang Allah berikan pada saya.
“Jadi saya tidak rasa kempunan untuk bergelar ibu kerana saya memang sudahpun menjadi ibu kepada anak-anak saya,” cerita Farah yang melakukan rawatan IVF kerana mahu merasai pengalaman mengandung.
Dan percubaan pertama itu sudah membuat dia puas hati dan Farah juga tidak sedih walaupun usahanya kali pertama itu tidak berjaya.
AKUI SEDIKIT BEREMOSI
“Saya memang jadi sedikit emosi pada hari berkenaan. Biasalah macam bila kita ambik exam. dah berusaha pasti kita nak capai kejayaan. Tapi dalam erti kata sebenarnya saya sangat gembira kerana sepanjang tempoh dua minggu (dalam rawatan) saya tak boleh langsung angkat benda berat, lagi-lagi anak saya.
“Jadi apabila rawatan berkenaan gagal, saya gembira dapat peluk dan angkat baby saya semula. Rasulullah juga ada berpesan untuk kita berkata alhamdulillah dalam apa jua situasi. Jadi itulah yang saya ucapkan dengan ujian yang diberi oleh Allah ini,” tambahnya yang berkata, insya-Allah percubaan rawatan berkenaan adalah yang pertama dan terakhir kerana selepas ini mahu beri tumpuan pada anak-anaknya.
Bercerita kempen #stopperogoldarirumah ini Farah menekankan kepada semua golongan masyarakat harus peka dengan persekitaran. Perlu ada sikap ambil peduli untuk terus melaporkan jika melihat sesuatu yang mencurigakan berlaku sama ada adik perempuan, anak murid atau anak mereka sendiri.
Mangsa dalam hal ini perlu tahu jalan keluar dan ibu-ibu juga harus bersuara kerana apa yang kita tahu kes sudah mengandung. malah bapa juga perlu bercakap dalam soal ini yang sudah menjadi satu masalah serius dalam masyarakat kita.
Kempen ini juga sebenarnya akan mengajar di mana semua masyarakat perlu jadi berani pada tempatnya. Dan kita juga mahu kongsi bahawa ada platform yang menyediakan kemudahan ‘on stop centre’ bagi yang berhadapan masalah ini.
Inilah informasi yang kita mahu beritahu pada masyarakat kerana ramai yang tidak tahu mengenainya. Dan akhir sekali paling penting adalah pencegahan kerana ia lebih penting dari merawatnya. Kita juga akan masukkan Al-Quran dan sunnah dalam kempen berkenaan.
A post shared by MISFIT RUN (@misfitrun) on
Misfit 2018 akan melibatkan pemain industri sukan tempatan dan antarabangsa seperti profesional, pengilang, pengimport, pengeksport dan peruncit. Mereka adalah yang terlibat dalam aksesori dan pakaian sukan, kelengkapan dan fasiliti sukan, pendidikan dan sekolah sukan, acara dan pertandingan sukan, makanan sihat dan tenaga, sukan pemulihan dan rehat serta e-sport.
Akan diadakan buat julung kalinya di dua lokasi iaitu Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 3 hingga 5 Ogos dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru pada 5 hingga 7 Oktober nanti.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM FARRAH ADEEBA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Corona Virus Lebih Bahaya, Jika Individu Itu Tiada Mengalami Apa-Apa Simptom
Orang ramai telah didedahkan dengan simptom-simptom awal jangkitan corona virus. Pihak KKM juga menyarankan individu yang mempunyai simptom ini dinasihatkan untuk menghadirkan diri untuk membuat pemeriksaan lanjut bagi menjalani langkah pencegahan seterusnya.
Tetapi apa yang ditakuti sekiranya individu itu sendiri tidak mempunyai tanda-tanda awal dijangkiti virus ini. Melalui perbualan seorang pengikut di laman facebook Ammar Zahar berkongsi perbualannya bersama seorang doktor, apabila dia merasa ada salah satu simptom awal dijangkiti virus covid-19.
Jom kita ikuti perbualan Ammar Zahar bersama doktor ketika beliau menjalani pemeriksaan di klinik.
Saya pergi klinik pagi tadi sebab sakit tekak. Risau pulak mana tau ada something yang pelik ke. Dah la tengah musim Covid-19 ni. Saya memang takde pergi mass gathering, jumpa-jumpa orang bulan ni. So, cerita semua sejarah simptom ni dengan jujur dekat Dr.
Dah terlanjur jumpa Dr, memang banyak la soalan tentang Covid-19 ni. Saya kongsikan kat sini..
SOALAN: Macam mana nak tau sakit saya ni Corona virus atau sakit biasa?
JAWAPAN: Lepas Dr cek tekak, ada white spot. So itu menunjukkan ada jangkitan virus/bakteria. Tak pasti lagi virus jenis apa (jika virus) atau bakteria jenis apa (jika bakteria). Kalau nak tau, memang kena buat test yang khusus di hospital. Kat klinik biasa tak ada.
SOALAN: Apa simptom-simptom kalau saya kena Covid-19 ni?
JAWAPAN: Coronavirus ni masalahnya boleh jadi orang tak ada simptom langsung. Tak sakit tekak, tak batuk, tak demam, tak selesema. Boleh je orang tu nampak dari luar sihat tapi dia pembawa virus Corona. Ni yang bahaya. Tapi kalau virus tu menyerang dan pesakit lemah immune system, dia boleh diserang beransur-ansur dengan sistem pernafasan dulu seperti (batuk, sakit tekak, demam) dan kemudian masuk kedalam peparu (yang ni severe bila pesakit sampai tak cukup nafas)
SOALAN: Kalau macam saya jenis tak pergi mass gathering, tak ada jumpa dengan close contact dengan pesakit Covid-19, kerja pun sendiri, tak jumpa orang sangat, ada possibility ke saya kena Covid-19 ni?
JAWAPAN: Ada. Kerana Corona virus juga boleh hidup di permukaan besi. Boleh jadi kita ada sentuh butang lift, tombol pintu, meja besi, yang ada Corona virus tu dan kita tak cuci tangan. Kemudian kita gunakan tangan tersebut untuk terus makan, garu hidung/mata, maka Corona virus tu berpeluang masuk kedalam badan kita. Sebab itu pentingnya mencuci tangan.
SOALAN: If let say saya kena Covid-19, macam mana nak ubati?
JAWAPAN: Covid-19 belum ada ubat atau vaccine khusus. Kalau kena pun, Dr akan prescribe ubat untuk mengawal simptom kita. Kalau kita diuji positif tapi tak ada batuk, demam, selesema, kita hanya perlu kuarantin selama 14 hari. Ini kerana jangka hayat Covid-19 ni adalah 14 hari. Ada pesakit yang positif pada mulanya, lepas 14 hari test dia negatif.
SOALAN: Apa tanda-tanda yang sakit saya ni Covid-19 kalau saya tak buat test? Sebab saya hanya sakit tekak saja.
JAWAPAN: Kalau dah ikut rutin ubat tapi sakit tekak masih tiada peningkatan malah makin teruk ke tahap demam, batuk, selesema, cepat-cepat pergi ke hospital. Dr akan buat test samada positif atau tidak. Namun, buat masa ni perlu kuarantin dan self distance walaupun didalam rumah kerana takut berjangkit dengan anak-anak dan isteri dirumah.
SOALAN: Apa nasihat Dr kepada saya?
JAWAPAN: Kuarantin diri, self distance, kerap mencuci tangan, minum banyak air, tidur kena cukup supaya immune sistem baik, jaga kebersihan, dan jangan lupa makan ubat.
Ini apa yang saya ingat sessi saya tanya Dr tadi. Saya hanya salin balik yang saya ingat je. Yang tak ingat, saya tak tulis. Takut tertulis yang tak tepat. Kalau tengok balik, kunci untuk memenangi battle dengan Covid-19 ni memang kena kuarantin 14 hari, self distance, kerap mencuci tangan, dan tidak berada di tempat ramai orang.
Update: Perbualan ni adalah perbualan sebenar antara saya dengan Dr yang memberi rawatan di Klinik Mediviron Kajang (Bandar Teknologi) pada jam 11:00am 18/3/2020. Setakat ini, 9:30pm hari yang sama, sakit tekak saya semakin baik. Alhamdulillah.
SUMBER: Ammar Zahar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Bila Tengok Meja Penuh Makanan Mesti Terfikir’- Anzalna Nasir Ajak Sedekah Bila Ada Rezeki Lebih
Pelakon yang juga seorang ibu jelita, Anzalna Nasir berkongsi rasa sedihnya apabila mengenangkan mereka yang kurang bernasib baik hingga tiada duit langsung untuk membeli makanan.
Bersyukur dengan rezeki yang diberikan, Anzalna berharap sesiapa sahaja yang ada rezeki lebih tidak lupa untuk menghulurkan bantuan buat mereka yang memerlukan.
“Bila tengok meja makan penuh dengan makanan, mesti terfikir akan mereka yang kurang bernasib baik.
“Dalam keadaan macam ni jangan lupa mereka yang memerlukan kita. Sekiranya ada rezeki lebih jangan lupa hulurkan.
“Jangan fikir content untuk media sosial sahaja! Sedekah dengan ikhlas akan menjanjikan ganjaran pahala buat kita. InsyaAllah,” tulis Anzalna di laman instastory miliknya.
Sememangnya ramai yang terkesan dengan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berlarutan ini. Oleh itu, sama-samalah kita menolong yang termampu buat mereka yang berada dalam kesusahan agar dapat meneruskan hidup dengan sebaiknya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI