Mungkin kini anda sedang berusaha menurunkan berat badan dengan cara makan buah-buahan. Walau bagaimananapun hati-hati dengan cara menurunkan berat badan dengan cara makan buah-buahan. Hal ini kerana ia boleh menggagalkan diet anda.

Teknik menurunkan berat badan dengan buah-buahan memang sudah terkenal sejak sekian lama. Hal ini keranan buah-buahan termasuk makanan semula jadi yang sihat dan mengandungi banyak serat.

Walaupun buah-buahan mengandungi gula semula jadi yang lebih banyak dibandingkan dengan sayur-sayuran. Buah-buahan lebih rendah kalori dan mampu membuatkan rasa kenyang lebih lama. Dengan cara itu rasalapar itu lebih terkawal.

Buah-buahan Memang Bagus Untuk Mereka Yang Berdiet Tapi Salah Cara Makan Boleh Buiat Diet Gagal
Photo by Trang Doan from Pexels

Kandungan serat pada buah-buahan juga membantu anda menurunkan berat badan dan mendapatkan berat yang ideal. Walau bagaimanapun makan buah-buahan juga ada tekniknya.

Memang ada beberapa kesalahan yang sering dilakukan, sehingga teknik makan buah-buahan tidak berkesan untuk menurunkan berat badan.

Berikut kesalahan yang sering dilakukan ketika mengamalkan diet buah-buahan:

Ads

1. Menjadikan Buah-buahan Sebagai Jus
Menjadikan buah sebagai jus malah boleh merosakkan khasiat di dalam buah-buahan. Mengunyah jauh lebih baik. Dengan mengunyah, enzim di dalam mulut kita turut ‘bekerja.’ Ada banyak serat yang diserap oleh tubuh. Kalau dibuat jus, ibaratnya seperti minum air sahaja dan serat juga tidak diserat oleh tubuh.

Buah-buahan Memang Bagus Untuk Mereka Yang Berdiet Tapi Salah Cara Makan Boleh Buiat Diet Gagal
Photo by Engin Akyurt from Pexels

2. Menambah Susu Pekat Manis Dan Keju
Menambah susu pekat manis dan keju dalam hidangan buah-buahan juga satu kesalahan dalam mengaplikasikan buah-buahan untuk diet. Lebih baik gantikan yogurt rendah lemak dan rendah gula.

3. Makan Buah-buahan Untuk Menghilangkan Rasa Pada Malam Hari 
Ramai orang akan menjadikan buha-buahan sebagai hidangan untuk menghilangkan rasa lapar pada malam hari. Ingat, buah-buahan juga mengandungi gula. Jika diambil secara berlebihan pada malam hari, tetap akan menaikkan berat badan anda.

Ads

4. Menjadikan Buah-buahan Kering Sebagai Kudapan
Mungkin ada yang menganggapnya sebagai cara yang sihat namun sebenarnya buah-buahan kering juga memiliki kandungan gula yang jauh lebih tinggi berbanding buah-buahan segar. Sebagai contoh, satu hidangan buah-buahan kering mengandungi 30 gm karbohidrat dan 130 kalori.

5. Tidak Memilih Buah-buahan Indeks Glikemiknya Rendah
Buah-buahan dengan indeks glikemik rendah lebih lama dicerna tubuh. Ia tidak merangsang lonjakan gula dalam darah dan membuatkan anda kenyang lebih lama.

Untuk menerapkan cara makan buah-buahan yang betul, hindari terlalu banyak makan buah-buahan yang indeks glikemiknya tinggi, seperti mangga dan nangka. Banyakkan makan avokado, strawberi, kiwi, oren, dan epal.

Ads
Buah-buahan Memang Bagus Untuk Mereka Yang Berdiet Tapi Salah Cara Makan Boleh Buiat Diet Gagal
Photo by Engin Akyurt from Pexels

6. Tidak Makan Buah-buahan Tertentu Dengan Kulitnya
Epal, tomato dan strawberi tidak perlu dikupas kulitnya. Kulitnya mengandungi banyak vitamin C, vitamin A, dan paling utama serat! Sayang sekali kalau dibuang, padahal itulah yang membantu anda menurunkan berat badan.

7. Tidak Faham Tentang Kombinasi Buah-buahan
Ada beberapa jenis buah-buahan yang tidak boleh digabungkan bersama misalnya pisang dan jambu. Apabila keduanya dikombinasikan, akan meningkatkan kadar keasidan dalam tubuh. Ia boleh menyebabkan masalah pening kepala, mual dan kembung. Hal ini akan membuatkan diet anda terganggu.

Buah-buahan Memang Bagus Untuk Mereka Yang Berdiet Tapi Salah Cara Makan Boleh Buiat Diet Gagal
Set a link back to this photo. You can use the following text:

8. Hanya Bergantung Pada Buah-buahan
Sebenarnya anda tidak digalakkan untuk hanya makan buah-buahan untuk menurunkan berat badan. Hal ini kerana tubuh anda tetap juga memerlukan nutrisi lain terutama  protein.

HIJABISTA: Kesimpulannya dapatkan info yang betul sebelum melakukan sebarang teknik diet. Dengan cara itu barulah berkesan diet yang anda lakukan. 

Sumber kredit:  Photo by Trang Doan from Pexels

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI