Ada hari anda pasti akan rasa ketidakselesaan pada bibir kerana ia mula merekah, pecah dan kering. Bukan sahaja tidak selesa, anda juga akan kelihatan tidak sihat dan mencacatkan sahaja penampilan diri.

Sesetengah orang ada juga yang menyatakan bibir merekah dan kering ini kerana dehidrasi atau kurang minum air. Jadi apakah punca ia berlaku sebenarnya?

Bencinya bibir kering dan merekah!

Bibir Anda Kering Tanda Hidap Cheilitis? Jangan Biarkan Begitu Sahaja Dan Cari Solusi

Oleh kerana bibir adalah salah satu tarikan utama yang orang lihat apabila bersua dengan kita, sudah tentu anda tidak mahu kelihatan sakit dan di persoalkan–“Tak pakai pelembap bibir ke? Kesian kering bibir itu.”–mesti anda rasa rimas dan down betul?

Menurut hellodoktor, bibir mempunyai lapisan kulit yang sangat nipis dan ia kelihatan lutsinar. Lapisan ini di panggil sebagai stratum korneum manakala di dalamnya pula mengandungi banyak saluran darah.

Apabila lapisan kulit bibir yang nipis itu terjejas dan rosak oleh kerana kurang kelembapan dan dehidrasi, ia akan mula merekah, kering, dan pecah. Akibat dari itu, darah akan mula mengalir keluar dan menjejaskan keadaan bibir anda.

Ads

Bibir yang merekah dan rosak ini juga boleh terjadi akibat beberapa faktor yang boleh menyumbangkan permasalahan ini. Antara faktor yang boleh mengakibatkan bibir kering dan kelihatan buruk seperti:-

  • Dehidrasi
  • Malnutrisi
  • Tabiat suka menjilat bibir
  • Tabiat suka menggigit bibir
  • Pengambilan alkohol
  • Menghisap rokok
  • Makan makanan yang boleh berikan kesan alergi
  • Pengambilan ubatan tertentu
  • Terdedah pada cahaya matahari

Dalam pada masa yang sama, kekeringan  pada bibir boleh juga berpunca dari ulser–ia juga boleh mengakibatkan kesakitan pada bibir dan juga dalam mulut. Individu yang terkena ulser pasti akan rasa tidak selesa dan sakit apabila hendak bercakap, makan, atau minum. Berpunca dari itulah seseorang individu akan mudah berisiko untuk dehidrasi serta malnutrisi yang lebih tinggi.

Artikel berkaitan: Perkongsian Dari Netizen! Gadis Ini Guna Media Sosial, Cara Rawat Bibir Kering & Produk Sesuai Digunakan

Adakah ia petanda anda mempunyai Cheilitis?

Bibir Anda Kering Tanda Hidap Cheilitis? Jangan Biarkan Begitu Sahaja Dan Cari Solusi

Ads

Bibir yang kering juga boleh menunjukkan kondisi kesihatan di mana anda boleh di jangkiti oleh satu penyakit yang di namakan Cheilitis. Apakah itu Cheilitis? Angular Cheilitis atau lebih senang di panggil sebagai Cheilitis adalah satu kondisi kesihatan bibir yang boleh di lihat pada bahagian tepi hujung bibir–antara pertengahan bibir atas dan bibir bawah adalah tempat radangnya. Ia boleh terjadi bukan sahaja 1, malah, 2 sisi bibir dalam masa yang sama.

Masalah ini kebiasaannya berlaku akibat air liur yang terkeluar dan terperangkap di bahagian bibir atas dan bawah itu apabila ia mula mengering. Akibat oleh itu, kulat akan menjangkiti kawasan tersebut dan sekali gus merebak dan membiak di situ.

Kulat bukan sahaja masalah utama yang boleh merisiko kepada Cheilitis, ada juga beberapa faktor lain seperti terdedah kepada cahaya matahari dengan sangat lama, penyalahgunaan produk, alergi, makanan, serta kesan sampingan dari ubat. Bagaimana ia berlaku? Ini adalah antara simptomnya:-

  • Bibir menggelupas
  • Pendarahan
  • Cepat kering
  • Menjadi kemerahan
  • Rasa gatal
  • Menjadi bengkak
  • Ulser
  • Bernanah

Bagi mereka yang menghidap kes kronik seperti bibir mereka akan kelihatan meradang dan akan membentuk imej bibir yang lebih lebar berbanding biasa. Doktor akan berikan ubat dan rawatam bagi membantu untuk merawat infeksi kulat. Pada masa yang sama, ia juga dapat mengelakkan faktor-faktor risiko seperti yang tersenarai di atas supaya tidak bertambah teruk.

Ads

Jadi anda perlu oleskan sedikit pelembap bibir atau lip balm supaya bibir tidak akan rasa kering. Amalkan minum air yang mencukupi supaya badan tidak dehidrasi dan mengelakkan dari apa-apa kondisi kesihatan dari berlaku.

Sumber info dan gambar: hellodoktor dan Canva

Artikel berkaitan: Masalah Bibir Kering Punca Lipstik Tidak Rata, Lakukan 10 Penjagaan Rapi Bibir Hanya Di Rumah Sahaja!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI