Pada awal tahun ini, ahli perniagaan terkenal, Mawar Karim yang juga bekas isteri kepada pelakon, Fizo Omar telah disahkan positif covid-19 bersama anaknya, Wan Maryam.
Mereka berdua telah diberikan rawatan dan menjalani kuarantin di hospital. Terbaharu, menerusi Instastory Mawar semalam dia menjelaskan bahawa dia serta Maryam sudah pulih daripada virus itu dan sudah pun keluar dari hospital.
Mawar juga mengucapkan terima kasih buat semua yang tidak putus-putus mendoakan kesembuhan mereka anak beranak.
Berkongsi pengalamannya, Mawar telah mengalami sesak nafas serta sakit kepala pada awalnya sebelum disahkan positif wabak tersebut.
Percaya mampu menanganinya, Mawar bersyukur kerana menerima bantuan yang sangat menakjubkan daripada kakitangan barisan hadapan.
Dia juga sempat menitipkan pesanan buat mereka yang mengalami nasib yang sama dengannya supaya tidak bersedih dan kekal positif agar dapat melawan virus ini dengan sebaik mungkin.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Fazbulous Raya 2024 Meriah, FAZURA Umum Bakal Berlakon Bersama Suami & Anak
Selebriti dan usahawan, Nur Fazura Sharifuddin atau Faz melancarkan koleksi Fazbulous Raya 2024 bersempena pertunjukan fesyen khas FAZURA di Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA.
Acara ini diserikan dengan kehadiran suami Fazura iaitu aktor kacak Fattah Amin dan anak mereka Nur Fatima.
Turut hadir ialah ahli keluarga, rakan-rakan artis, para pempengaruh tempatan, agen FAZURA serta rakan media.
Baru-baru ini, tudung FAZURA Black Label menawarkan koleksi Alhambra, selendang bersulam daripada fabrik premium chiffon diinspirasikan daripada keindahan seni bina Islam di Sepanyol abad ke-13, sebagai koleksi sulung tahun 2024.
“Faz sangat bersyukur kerana diberikan rezeki pada tahun 2024 untuk meneruskan pertunjukkan fesyen Fazbulous Raya yang sentiasa dinantikan peminat jenama FAZURA.
“Ia juga adalah peluang kepada Faz dan Fattah untuk terus mendekati para peminat produk FAZURA. Majlis hari ini adalah yang pertama diadakan selepas pandemik COVID-19,” kongsi Fazura.
Koleksi Fazbulous Raya 2024 kali ini mengketengahkan tiga koleksi tudung FAZURA iaitu Citra Zahraa dan Kesuma Warna berinspirasikan bunga-bungaan.
Manakala Rona Peterana pula dengan corak abstrak dan geometri moden. 30 corak menarik ini bakal menemui peminat tudung FAZURA kelak termasuk koleksi kurung Kedah, kurung moden, kebaya serta ready-to-wear.
PERANCANGAN RAMADAN
“Faz dan Fattah masih belum sempat merancang sepenuhnya kerana kami sekeluarga termasuk Fatima sangat sibuk dengan pengambaran drama terbaharu yang akan ditayangkan pada Ramadan ini.
“2024 adalah tahun istimewa kerana Faz dan Fattah tampil bersama dalam filem Pendekar Awang.
“Kami juga dianugerahkan projek oleh sebuah stesen televisyen tempatan untuk menerbitkan drama yang buat julung kalinya dibintangi oleh saya, Fattah dan Fatima.
“Faz sangat terkejut melihat Fatima sangat selesa berlakon. Kehadiran Fatima di set penggambaran juga menghiburkan semua kru kerana keletahnya yang pandai melayan dan berdisiplin sebagai pelakon baharu di usia muda”.
Koleksi Fazbulous Raya 2024 boleh didapati di laman sesawang fazura.com, aplikasi Fazura, ShopeeMall ‘fazuraofficialstore’ atau dari Besties serta agen FAZURA sekitar Mac 2024.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gerun Lihatnya Terbang, Ini Cara Pantas Untuk Matikan Lipas Dalam 2 Minit
Bila nampak kelibat pasti ramai yang tidak senang duduk jadinya! Apatah lagi bila ia berterbangan. Terus jadi mimpi ngeri.
Lipas ini dikatakan antara serangga perosak yang paling kuat bertahan sejak berzaman lamanya. Ia juga dikatakan masih mampu hidup selama beberapa minggu jika kepalanya dipotong. Kebal sungguh ya.
Pasti anda tertanya-tanya, apakah cara paling mudah, selamat, pantas dan murah bagi membunuhnya. Menurut Public Health Malaysia, cara untuk membuatkan lipas mati dalam beberapa minit adalah dengan menyembur air sabun ke arahnya. Air sabun akan memasuki liang pernafasannya dan melemaskan lipas tersebut dalam masa beberapa minit.
Tip ini mudah dilakukan jika ia muncul sewaktu anda sedang mandi. Bila ia sedang terbalik, itu adalah waktu terbaik untuk anda pancutkan sabun ke arahnya. Sekejap saja pasti ia akan mati selepas itu.
Serangga perosak ini boleh menyebabkan alahan dan serangan asma kepada individu tertentu. Ia juga membawa kuman seperti Salmonella, Typhoid dan Kolera jika ia menghurungi makanan.
Oleh itu, sentiasalah pastikan rumah anda bersih dan pastikan tiada sisa makanan dan sampah sarap di sekitarnya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Petua Menganyam Dan Menyimpan Ketupat Lebaran, Agar Tahan Lama!
Isi Kandungan
ToggleKetupat merupakan hidangan yang tidak boleh dilepaskan ketika hari raya. Tak lengkap kalau makan rendang tanpa ketupat kan? Ketupat sendiri adalah hidangan khas maritim Asia Tenggara yang diperbuat daripada nasi yang dibungkus dalam sarung yang diperbuat daripada daun kelapa muda.
Menjelang hari raya, ramai yang berpusu-pusu membeli ketupat, baik pada kulit mahupun sedia untuk digunakan. Itulah sebabnya Hijabista memberi anda petua tentang cara mengait ketupat dan cara menyimpannya supaya tahan lebih lama.
Artikel Berkaitan : Lelaki Ini Menjamu Masakan Terakhir Arwah Ibunya, Ramai Akui Senasib Dengannya
Cara Manganyam Ketupat
- Buat tiga gulungan di bahagian tangan kiri.
- Buat tiga lagi gulungan pertama di tangan kanan pula.
- Susun dan pegang kedua-dua belah gulungan.
- Masukkan gulungan ketiga di tangan kanan ke dalam gulungan tangan kiri.
- Anyam hingga ke hujung gulungan pertama di tangan kiri.
- Anyam gulungan kedua dan ketiga di tangan kanan secara bertentangan.
- Pastikan anda dapat bentuk yang betul seperti ini.
- Ambil hujung gulungan pertama di tangan kanan.
- Anyam sehingga bertemu gulungan pertama di tangan kiri.
- Pegang keseluruhan anyaman dengan tangan kanan dan lepaskan pegangan di tangan kiri.
- Ambil hujung gulungan pertama tangan kiri dan anyam sehingga bertemu hujung gulungan di tangan kanan
- Tarik kedua-dua hujung anyaman
- Ketatkan anyaman dan SIAP!
Menganyam agak rumit, terutamanya jika anda baru belajar cara melakukannya. Tetapi itu tidak bermakna ia tidak boleh dipelajari. Jika anda sentiasa berguna, bagaimana anda tahu anda boleh menjadi “pro” seperti nenek moyang kita?
Masih tidak faham? Tonton video tutorial mudah menganyam ketupat ini.
Tips Menyimpan Ketupat
Untuk memastikan ketupat anda lebih lama dan tidak mudah rosak, anda boleh mengikuti petua penyimpanan ketupat ini.
- Gantungkan ketupat anda. Menyimpan ketupat gantung boleh mengelakkan ia daripada menjadi basah, jadi ia tidak cepat tengik. Selain itu, kaedah ini juga memastikan ketupat terdedah kepada angin supaya ia kering di semua bahagian.
- Anda boleh memanaskan semula ketupat jika ingin memakannya. Panaskan secara beransur-ansur bergantung pada jumlah yang anda mahu.
- Selain gantung, boleh juga simpan ketupat dalam peti ais. Biasanya kaedah ini dilakukan selepas ketupat berada di luar (suhu bilik) selama lebih kurang tiga hari. Juga, pastikan peti sejuk berada pada suhu biasa, biasanya 2-5 darjah Celsius. Dengan cara ini, ketupat hari raya buatan sendiri anda akan bertahan sehingga enam hari.
- Bukan sahaja di dalam peti sejuk, tetapi juga di dalam freezer. Kalau simpan Ketupat dalam peti ais, tahan lebih seminggu. Letakkan dalam bekas kedap udara sebelum dimasukkan. Jika anda ingin memakannya lagi, keluarkan sejam sebelum memanaskan ketupat.
Artikel Berkaitan : Sejuk Bekukan Semua Jenis Sayur-sayuran, Boleh Tahan Tiga Hingga Enam Bulan Dalam Peti Sejuk
Jangka hayat ketupat juga dipengaruhi oleh kualiti pembungkusan, beras yang digunakan, dan cara penyediaannya. Ketupat yang berkualiti tinggi dan tahan lama perlu dimasak dengan kerap dan tanpa tergesa-gesa.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI