Melihat pada perwatakan antagonis yang dilakonkan dalam filem seperti KL Gangster seperti dapat meneka sikapnya yang ganas dan bengis. Apatah lagi raut wajahnya yang nampak garang membuatkan kita kecut perut. Tetapi hakikatnya sifat Adam Corrie Lee Abdullah realitinya bukan seperti digambarkan. Memeluk agama Islam pada 2007, Adam atau nama sebenar Lee Choon Kooi, seorang yang begitu ‘gentleman’. Apa tidaknya, baru kenal 3 hari seorang wanita, dia terus melamar untuk dijadikan isteri.

Dia yang sudah lama berkahwin berkongsi pengalamannya bagaimana bertemu jodoh dengan bidadari cintanya, Fazi Fuad. Dalam perkongsian melalui video yang ditonton lebih 1 juta itu, Adam berkata sebelum itu dia mendapat jemputan dari Allah untuk mengerjakan umrah.

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee) on

Ketika di sana, Adam diberi peluang ke Raudhah dari Zuhur hinggalah Asar. Dalam jangka masa itu, dia tidak lepaskan peluang berborak dengan Rasulullah SAW. Walaupun menurutnya orang di sebelah anggap dia gila kern Rasulullah sudah wafat. Tetapi Adam tidak peduli kerana ketika itu dia duduk betul-betul di hadapan Raudhah.

“Saya sembang macam biasa. Saya anggap Rasulullah SAW masih hidup di sebelah pintu itu. Saya berkata pada Rasulullah: “Ya Rasulullah saya datang seorang. Saya tiada teman dan tiada jodoh. Boleh ke saya datang tahun depan bawa seorang isteri”.

Itulah antara bait percakapannya pada Rasullullah. Selepas balik dari mengerjakan umrah, dua minggu kemudian dia mendapat panggilan dari seorang teman yang mahu kenalkan dirinya dengan seorang wanita.

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee) on

“Dia beri saya nombor telefon seorang ‘awek’ dan saya kemudiannya telefon. Saya kenalkan diri saya Adam dan saya ajak dia dating. Namun dia memberi syarat nak dating tak boleh di luar tetapi kena di rumah kakaknya,” ujar Adam bercerita detik perkenalan dengan bidadarinya.

“Tiga hari kemudian, pada 3 Ramadhan, Adam telefon dan propose saya jadi isterinya. Selepas lamaran saya tak terus bagi jawapan sebaliknya buat solat istikharah dan solat hajat.

Ads

“Bila semuanya dah ok, saya juga mintak izin ibu bapa untuk tahu sama ada betul atau tidak jodoh ini. Mereka juga turut buat solat istikharah dan alhamdulillah memang itu jodohnya walaupun kami tak saling mengenali. Allah sudah tetapkan memang itu jodoh saya dan terima lamarannya, “ celah Fazi yang turut berada di sisi Adam

Dua minggu kemudian pada Nuzul Al-Quran, Adam meminang isterinya itu dan itu adalah kali kedua mereka bertemu. Menurut Adam, selepas dia melamar isterinya, dia ada buat solat istikharah, minta pada Allah kerana niat nak kahwin kerana Allah Taala.

“Kami bertemu buat kali ketiga adalah pada hari akad nikah. Dan kini sudah 7 tahun bersama. Hari ini juga 8 tahun dia adalah bidadari saya yang paling indah,” ujar Adam.

Artikel Lain: Kisah Noh Sebelum Jumpa Mizz NIna

Ads

Baru-baru ini juga, Adam menerima ucapan selamat hari jadi dari isteri tersayang. Dalam ucapannya, Fazi mendoakan Allah memanjangkan usia, menarik segala masalah dan memudahkan segala urusan. Juga menerima amalan dan merahmati segala pekerjaan suaminya dan melimpah ruah segala maghfirah yang luas buat suami tercinta.

Ucapan yang sangat sweet dan begitu mendalam maksudnya ini mendapat respon cukup positif daripada netizen. Rata netizen mendoakan Adam Corrie sentiasa dalam rahmat Allah, murah rezeki dan mengurniakan rahmat dan redha kepadanya.

@afiza_muhammad selamat hari lahir smoga dmurahkan rzeki xkira dr pelbagai sudut.. amin..

@norhafisawati Selamat hari Lahir my fav actor.. hope Allah sentiasa mgurniakan Rahmat n RedhaNya kpd kamu.

Ads

@nurulazwabt Selamat hari lahir @adamcorrielee …mg Allah sentiasa merahmati kalian berdua dunia dan akhirat…amin

@yazami_halim Selamat hari lahir my idol.. Semoga dirahmati dan diberkati allah sentiasa..

Menurut Fazi, dia akan menangis kegembiraan apabila mendengar orang lain hamil. Baginya belum ada rezeki dikurniakan anak walaupun sudah berpeluang hamil 3 kali. Ternyata pasangan ini cukup positif dan menurutnya lagi, pasti Allah ada perancang terbaik untuk mereka berdua. Dan Fazi tidak lupa menitipkan bahawa hikmah 3 anak, Amin, Alif dan Idris yang menunggu mereka berdua dia syurga.

Yang penting usaha, doa dan tawakal. . Senyum selalu Selalu bersangka baik InsyaAllah hati tenang ? . Semua milik Allah , kita ni pinjamanNya sahaja. . @get_repost #repost from @puan_fazi_fuad Kami ok berdua.. jika belum masanya utk kami timang cahaya mata mesti Allah ada perancangan yg terbaik utk kami berdua.. . Allah dah bagi saya merasa hamil 3 kali.. itupon sudah saya rasa syukur alhamdulilah.. . Setiap kali mendengar khabar berita orang sekeliling hamil , saya mesti menangis kerana gembira. . Hingga sekarang kami masih berusaha, yang pasti kami masih tidak berputus asa dan kecewa. . Kerana Allah dah beri banyak nikmat yang perlu saya rasa bersyukur. Iaitu mendapat seorang suami yang baik dan penyayang serta keluarga yang memahami dan sentiasa beri sokongan di kala susah dan senang. . Setiap perkara yang berlaku mesti ada hikmahnya. . Yang penting kami berdua bahagia.. masih rasa seperti baru mendirikan rumahtangga walaupun sudah 9tahun berkahwin. . Teruskan mengharap dengan Allah tanpa putus asa. . Hikmahnya 3 org zuriat kami iaitu Amin, Alif dan Idris sudah menunggu di sana ❤️ Doa yang baik-baik semua org ❤️ #adamcorrie #bidadariku

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee) on

Sungguh indah detik percintaan mereka berdua. Perkenalan begitu singkat dan masih kekal bahagian hingga sekarang. Walaupun belum dikurniakan cahaya mata, tetapi kedua-duanya saling memahami dan semoga cinta mereka kekal hingga ke jannah.

SUMBER: THE ROHANI

KREDIT FOTO: ADAM CORRIE

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI