Benar kata peribahasa, bapa borek anak rintik. Siapa yang tidak terhibur apabila melihat keletah mesra anak dan bapa ini menghiasi ruang di laman sosial. Pasti ada yang tersenyum teringat akan bapa sendiri.
Baru-baru ini, salah seorang penyanyi dari kumpulan De Fam, Cik Manggis memuat naik sebuah videonya menyanyi sambil ayahnya memetik gitar elektrik. Ayahnya yang dikenali sebagai Shamsuddin Idris kelihatan segak bergaya sambil memetik gitar irama lagu Tak Mengapa dari Allahyarham Datuk A. Rahman Hassan.
Tampak santai sambil berkain pelikat, video yang dimuat naik ini mendapat tumpuan ramai serta membuatkan netizen terhibur melihat kemesraan mereka berdua.Cik Manggis atau nama sebenar, Nurshazwani Shamsuddin juga tampak bersahaja mendendangkan lagu tersebut.
Oleh kerana videonya berdurasi pendek, ramai juga yang mahukan versi yang penuh! Ha! Nampak gayanya Cik Manggis kena buat video yang baru lah ya!
ala, nyanyi sampai habis la!
Ada juga yang mengatakan wajah ayahnya seakan-akan mirip wajah suaminya! Wah! Betul ke ni?
Ayah akak ke? Muka sama la dengan ayah akak.
Team Hijabista juga turut terhibur dengan video pendek dari Cik Manggis itu. Kami doakan ayah Cik Manggis dipanjangkan umur dan sentiasa diberikan kesihatan yang baik. InsyaAllah Amin YRB.
Sumber gambar: Instagram Cik Manggis
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Nak Minta Dia Jadi Saya..”- Muncul Dengan Buku Terbaru, Tan Sri Nazir Razak Pilih Syafiq Kyle Sekiranya…
Pelakon lelaki popular, Syafiq Kyle menjadi pilihan penulis buku terkenal yang juga merupakan Pengerusi Bank Pembangunan Malaysia (BPMB), Tan Sri Nazir Razak untuk membintangi watak dalam penulisan novelnya Di Sebalik Nama andai buku itu akan difilemkan.
Menerusi temubualnya bersama Astro Gempak, Tan Sri Nazir Razak menyatakan bahawa dia mengagumi lakonan Syafiq Kyle dalam drama One Cent Chef yang akan disiarkan pada tidak lama lagi menerusi Astro Original. Dia juga tidak keberatan memilih Syafiq Kyle untuk berlakon memegang watak Nazir Razak sekiranya bukunya akan difilemkan.
Hmm, kalau buat filem, saya nak minta Syafiq Kyle jadi Nazir Razak. Sebenarnya, saya baru sahaja jumpa ketika penggambaran baru-baru ini. Selepas mengenalinya, baru saya mula memuat naik klip lakonannya. Lakonan dia nampak bagus.
Turut teruja dengan melakonkan sebuah watak dalam drama One Cent Chef, Tan Sri Nazir Razak menyatakan bahawa ia merupakan sebuah pengalaman yang menyeronokkan.
Walaupun kemunculannya hanyalah cuma 30 saat sahaja, namun ia benar-benar sebuah pengalaman yang tidak bisa dilupakan olehnya. Dia turut terpegun apabila melihat semua team produksi melakukan kerja dengan lebih detail untuk menghasilkan kualiti kerja yang baik.
Saya seronok..Saya terkejut macam mana mereka buat filem. Saya punya kemunculan hanya dalam 30 saat sahaja tapi nak jayakan babak tu ambil masa dalam sejam lamanya. Mereka sangat detail dalam kerja. Saya seronok melihatnya.
Popular dengan hasil penulisan buku yang menarik, Tan Sri Nazir Razak kali ini muncul dengan bukunyu, ‘Di Sebalik Nama’, sebuah buku originalnya, ‘What In A Name’ yang diterjemahkan dalam versi Bahasa Malaysia.
Ia merupakan sebuah buku yang mengisahkan tentang sejarah keluarganya serta bapanya yang merupakan seorang Perdana Menteri kedua. ‘Di Sebalik Nama’ dijual pada hargha RM49, merupakan sebuah buku terbitan Alaf 21.
Sumber gambar: Instagram Tan Sri Nazir Razak & Syafiq Kyle
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hilang 20 Kg Dalam Masa 3 Bulan, Wanita Ini Kongsi Kisah Perjalanannya Menurunkan Berat Badan!
Bukan mudah sebenarnya untuk menurunkan berat badan. Ia merupakan sebuah proses yang melibatkan ketahanan emosi dan fizikal untuk memastikan misi menurunkan berat badan itu berjaya dicapai!
Sama juga seperti cerita perjalanan wanita ini yang berjaya menurunkan sebanyak 20 kg dalam masa tiga bulan. Secara eksklusif bersama Majalah Hijabista, Izzah Syafiqah Mohd Nazib, 25, berkongsi tentang kisah penurunan berat badannya yang dapat memberikan inspirasi kepada anda semua!
Ingin tampil lebih yakin
Menurut Syafiqah, salah satu sebab dia ingin menurunkan berat badan ialah untuk tampil lebih yakin dan ingin membuat sebuah perubahan yang baru terutamanya mengenai imej dirinya. Selama ini dia tidak memandang serius terhadap proses penurunan berat badan ini, tetapi kali ini sudah tiba masanya untuk dia melakukan perubahan yang sebenar.
Bermula dari September 2021, Syafiqah mula menukar rutin kesihatannya dengan lebih serius dan tegas. Hanya memakan masa selama sebulan, berat badannya turun dengan begitu mendadak!
14 hari awal amat menyakitkan!
Tambahnya, untuk 14 hari awal merupakan sebuah proses yang amat menyakitkan! Dia tidak menyentuh makanan-makanan yang tidak berkhasiat yang selalu dimakan olehnya dan mula melakukan pelbagai jenis senaman.
Penurunan berat badan dari 70 kg sehingga 50 kg bukannya mudah. Saya menjaga pemakanan kerana saya percaya apa yang kita makan itulah yang paling penting. Cut sugar 100%. Punca utama kenaikan berat badan ialah gula berlebihan. Saya fokus pada pemakanan yang sihat seperti telur rebus, sup brokoli dan keledek bakar. Bagi senaman pula, peringkat awal saya lakukan jogging untuk keseluruhan badan.
Jenis senaman
Menurun Syafiqah, di awal pagi dia akan membuat senaman ringan seperti squat, lunges dan jumping jack. Apabila nampak penurunan, dia mula memfokuskan kepada senaman untuk bahagian badan tertentu. Untuk hasil yang terbaik, kini dia melakukan aktiviti berbasikal untuk mengecilkan bahagian bawah badan.
Lebih cantik lebih bermotivasi!
Biarpun sudah menurunkan berat badan, namun Syafiqah kini mempunyai misi baru untuk mendapatkan berat badan sebanyak 47 kg! Baginya, biarpun penat dan kadang kala perasaan malas itu hadir tanpa diduga, tetapi apabila dia melihat kejayaan dirinya dengan membandingkan semula berat badannya menerusi gambar-gambar lamanya, dia berasa bangga dan cantik! Lebih yakin dan bermotivasi untuk bertemu orang. Apa yang paling menarik apabila dia mampu untuk menyarungkan semula pakaian-pakaian lamanya.
Baca lagi: Bukan Sekadar Berlari Atau Berbasikal, Ini 5 Pilihan Menarik Senaman Kardio Yang Wajib Anda Cuba!
Perasaan malas sentiasa datang. Apa yang membangkitkan semangat saya semula ialah gambar. Saya suka melihat kemajuan saya melalui gambar yang ditangkap. Saya juga sukakan pujian. Apabila saya mendapat pujian yang positif menambahkan lagi semangat saya untuk meneruskan diet dan senaman.
Anda harus serius untuk berubah
Sebagai seorang yang pernah mengalami masalah berat badan, Syafiqah menasihatkan untuk sentiasa serius jika ingin melakukan perubahan. Kalau sekadar cakap sahaja, pastinya ia tidak akan menjadi.
Anda harus kenali badan anda serta misi yang ingin dicapai. Cari bentuk senaman dan rutin pemakanan yang bertepatan. Jangan ikut orang sekeliling semata kerana lain orang lain prosesnya. Malah, anda juga harus mempunyai mental yang kuat kerana anda akan menghadapi persekitaran yang mencabar seperti kawan-kawan ajak keluar makan dan sebagainya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Geli Dengan Makanan ‘Orang’, Natto Beri Banyak Manfaat Dari Yang Anda Sangka
Tren mencuba makan Natto telah menjadi tular di ruang media sosial sekarang ini. Ramai yang mencuba dan memberikan reaksi yang menjengkelkan, seolah-olah menghina makanan tersebut.
Siapa sangka, makanan yang ‘meloyakan’ itu sebenarnya memberi manfaat yang sangat bagus buat tubuh badan. Pastikan anda tahu sebelum ‘menghina’, ketahui lebih lanjut melalui artikel ini.
Natto rahsia orang Jepun kekal sihat
Natto ini sebenarnya berasal dari negara matahari terbit, Jepun, yang sering kali menjadi makanan ruji mereka selain nasi. Makanan ini di perbuat dari kacang soya yang di peram sehingga menghasilkan sejenis bakteria yang di kenali sebagai Bacillus Subtilis. Bakteria ini bukanlah bakteria yang boleh mengancam manusia jika di makan, ia merupakan kumpulan bakteria yang baik dan berguna untuk kesihatan tubuh badan.
Artikel berkaitan: Elakkan 5 Makanan Ini Kalau Nak Kulit Sihat & Cantik Persis Selebriti Korea
Makanan ini juga merupakan salah satu makanan tradisional masyarakat di Jepun yang mula di perkenalkan sejak 1,200 tahun yang lalu. Makanan ini bukan sekadar makanan, malah, ia memberikan banyak khasiat yang bagus buat mereka yang mengamalkan pemakanan ini.
Walaupun ‘jijik’ tapi khasiat yang di berikan sangat bagus
Meski pun Natto sering di ‘cerca’ dan ‘jijik’ mengikut reaksi yang di lakukan oleh ramai pengguna di TikTok dan sosial media yang lain, ia merupakan makanan yang banyak berika manfaat. Menurut Healthline, natto memberikan jumlah nutrien yang banyak, sebahagian 3.5 auns (100 gram) dapat menyediakan jumlah nutrien seperti berikut:-
- Kalori: 212
- Lemak: 11 gram
- Karbohidrat: 11 gram
- Serat: 5 gram
- Protein: 18 gram
- Mangan: 76% daripada RDI
- Zat Besi: 48% daripada RDI
- Kuprum: 33% daripada RDI
- Vitamin K1: 29% daripada RDI
- Magnesium: 29% daripada RDI
- Kalsium: 22% daripada RDI
- Vitamin C: 22% daripada RDI
- Potassium: 21% daripada RDI
- Zat zink: 20% daripada RDI
- Selenium: 13% daripada RDI
Artikel berkaitan: Diet Pun Boleh Makan Sedap, Wanita Ini Kongsi Senarai ‘Stock Up’ Makanan Sihat
Natto juga mengandungi sedikit jumlah vitamin B6, Folat, dan asid Pantotenik, serta bahan antioksidan dan sebatian tumbuhan lain yang juga memberikan manfaat. Di sebabkan proses pembuatan Natto melalui pemerapan, ia menggalakakan pertumbuhan probiotik yang juga sejenis bakteria yang baik untuk tubuh badan.
Ada juga beberapa khasiat dan manfaat yang di berikan jika makan natto sebagai hidangan harian, seperti:-
Dapat membaiki sistem penghadaman
Usus kita mengandungi sejumlah trilion mikroorganisma, lebih dari 10 kali ganda jumlah sel yang terdapat dalam badan. Kandungan bakteria probiotik dalam natto, ia boleh membantu sebagai pelindung usus daripada bahan toksik dan bakteria yang berbahaya.
Menurut Healthline, terdapat kajian yang menjelaskan bahawa probiotik boleh membantu mengurangkan gas dalam perut, cirit-birit, sembelit dan perut yang sebu. Ia juga dapat memudahkan proses pencernaan dengan selamat.
Bantu menguatkan tulang
Natto kaya dengan nutrien yang bagus untuk pertumbuhan tulang yang sihat. Sejumlah 3.5 auns (100 gram) natto memberikan 22% saranan pengambilan harian (RDI) kalsium, kandungan mineral yang penting untuk tulang. Sebagai tambahan, natt juga merupakan makanan yang mempunyai vitamin K2 yang sukar di dapati dari mana-mana makanan.
Dapat menyihatkan kesihatan jantung
Kandungan fiber dan probiotik dapat mengurangkan kadar kolestrol dalam badan. Hasil pemerapan natto mengeluarkan satu enzim yang di panggil sebagai nattokinase, enzim yang menghalang bekuan darah. Nattokinase terdapat di dalam setiap ‘bebenang’ yang dapat di lihat apabila kita menarik natto.
Menguatkan sistem imunisasi badan
Kadangkala, imunisasi badan kita akan menjadi semakin terjejas dan kurang kebal seperti kebiasaan. Natto yang mengandungi probiotik dapat membantu meningkatkan dan menguatkan sistem imunisasi badan yang dapat menghalang pertumbuhan bakteria yang berbahaya.
Kelebihan yang natto berikan kepada kesihatan badan
Jika natto di amalkan dalam diet pemakanan harian kita, ia dapat mengurangkan beberapa risiko kesihatan seperti:-
- Mengurangkan risiko bagi sesetengah penyakit kanser: Natto mengandungi soyisoflavones dan vitamin K2, di mana keduanya dapat mengurangkan risiko kanser hati, prostat, usus dan payudara.
- Dapat mengurangkan berat badan: Natto mempunyai sejumlah probiotik dan fiber yang cukup untuk mengurangkan dan menstabilkan berat badan.
- Membantu kesihatan otak: Makanan yang mengandungi jumlah bakteria probiotik yang banyak dapat mengurangkan stres, menguatkan memori, serta mengurangkan simptom depresi, anxiety, dan juga obsessive-compulsive disorder (OCD).
Namun, hanya terdapat kadar jumlah kajian yang sedikit sahaja untuk mengukuhkan lagi kesahihan seperti yang di nyatakan. Jadi kita mengharapkan supaya banyak kajian yang di lakukan untuk memastikan natto ini boleh berikan manfaat seperti yang di perkatakan.
Patutkah anda makan natto dalam kehidupan seharian? Anda boleh cuba untuk amalkan makanan ini tetapi tidak bagi mereka yang ada mengambil beberapa ubat daripada doktor. Pastikan anda minta pandangan dan nasihat dari doktor terlebih dahulu sebelum mengamalkannya. Jadi jangan takut juga buat mereka yang lain untuk mencuba natto dan uji keberkesanannya dalam membantu kesihatan yang terjamin.
Sumber info dan gambar: Healthline, Kompas.com, dan Canva
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI