Tidak dinafikan bulan puasa memang bulan kita sangat digalakkan untuk melakukan seberapa banyak ibadah. Tetapi dalam masa yang sama perlu juga pergi bekerja sebagai tuntutan harian dan penampilan perlu elok dan sempurna.

“Persoalannya bagi wanita, adakah boleh memakai gincu ketika Ramadan dan adakah batal puasa jika tertelan sewaktu membasahkan bibir?”

Walaupun perbuatan ini kedengaran amat remeh, tetapi sebenarnya membuatkan kita rasa sedikit was-was. Maklumlah penampilan ketika bekerja perlu dijaga walaupun sekadar calitan gincu di bibir.

Menurut Ustaz Haslin Baharin, hukum bergincu untuk tabbarruj atau berhias adalah diharamkan, berdasarkan firman Allah kerana ia amalan jahiliyah.

Ads

Firman Allah yang bermaksud:

“… dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu bertabarruj (yakni berhias dan bertingkah laku) seperti orang jahiliyah yang dahulu…” (Surah al-Ahzab, ayat 33)

Ia termasuk bersolek dengan solekan yang boleh menimbulkan perasaan ghairah lelaki. Ini termasuk memakai gincu bibir, memakai pipi merah dan berwangi-wangian di luar rumah. Hukum bergincu daripada segi orang yang berpuasa boleh dibahagikan kepada tiga.

Ads

Pertama, jika sengaja bergincu adalah dimakruhkan tanpa sebarang tujuan, manakala jika tertelan sesuatu darinya, maka batallah puasanya. Wajib pula menqadanya atau menggantikannya pada bulan lain.

Kedua, bergincu bertujuan sekadar melembapkan bibir, jika tiada rasa atau sesuatu benda sampai ke kerongkong, maka hukumnya harus.

Ads

Ketiga, bergincu bertujuan perubatan dan terdesak adalah dibolehkan kerana tujuan yang mendesak itu.

Jika tertelan secara tidak sengaja dalam bentuk yang sangat sedikit, adalah dimaafkan. Sebagaimana disandarkan kepada hukum merasa makanan ketika seseorang itu berpuasa.

Wallahualam.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI