Isi Kandungan
TogglePertanyaan yang sudah pasti sering bermain di kepala. Di zaman serba digital ini dilihat majoriti memanjatkan doa mereka di jejaring laman sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya. Jika dilihat, makin ramai Ustaz Laman Sosial dan Ustazah Laman Sosial, tidak termasuk, Ustaz dan Ustazah Selebriti lagi.
Lantas bagaimana agama kita memandang akan fenomena ini? Adakah dibolehkan atau tidak? Kalau tidak boleh, mengapa banyak Ustaz yang melakukannya? Ini jawapan tentang berdoa tanpa menadah tangan, cuma jari-jemari menaip entry doa di laman sosial:
1. Berdoa di tempat umum tidak menjadi masalah apabila berdoa dalam mengajak orang lain untuk mengikuti kita.
Berdoa di laman media sosial adalah termasuk dalam kategori berdoa di tempat umum dalam keadaan terbuka. Ramai mata-mata yang melihat akan doa kita. Hal ini hampir sama seperti yang dilakukan oleh seorang khatib Jumaat.
2. Berdoa di tempat umum menjadi masalah apabila apa yang dicanangkan itu hal peribadi.
Sebuah ibadah yang dilakukan tanpa mempertimbangkan akidah akan berakhir dengan kekeliruan. Dalam hal doa, terdapat beberapa doa yang layak untuk diketahui dan dikongsikan bersama orang lain; antaranya doa mengajak berbuat kepada kebaikan, doa harian, dan lain-lain. Di mana dalam situasi yang berdoa juga ingin orang lain mengikutinya dalam hal kebajikan.
Rasulullah bersabda,Siapa yang mempertontonkan kebaikan, dia juga akan memperoleh pahala seperti pahala yang mengajak (orang yang mengikutinya). (HR. Muslim 1893).
Sedangkan doa-doa yang sifatnya privasi atau peribadi, maka adalah lebih baik jika tidak disebarluaskan. Jenis doa seperti ini seharusnya menjadi urusan pribadi sahaja tanpa perlu digembar-gemburkan kepada tontonan dan pengetahuan orang ramai. Doa yang seakan-akan riak dan menunjuk-nunjuk, juga harus kita elakkan.
Akan tetapi jika boleh dan berkesempatan, apa salahnya kita menadah tangan dan memohon daripadaNYA, dan bukannya menaip doa-doa tersebut.
Cukup juga berdoa menerusi hati atau lisan. Tulisan atau sesuatu dakwah itu juga merupakan suatu doa.
Teruskan berdoa. Doa akan lebih utama lagi jika diucapkan dengan keyakinan hati supaya tidak menjadi hanya doa yang kosong.
Moga doa kita dimakbulkannya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bukan Semua Barang Yang Disediakan Hotel Boleh Dibawa Pulang.
Ketika menginap di hotel, pengunjung dapat menikmati segala fasiliti yang tersedia, baik percuma atau berbayar. Fasiliti yang disediakan hotel untuk keperluan dan keselesaan tetamu.
Fasiliti tersebut dapat digunakan di hotel. Namun, ramai yang berkunjung di hotel nekad untuk membawa pulang barang yang tidak boleh dibawa. Ada segelintirnya membawa pulang gelas dan tuala dari bilik. Padahal itu antara barang yang tidak boleh dibawa pulang, kerana itu aset hotel.
Ini Penjelasannya Barang yang ada di dalam kamar akan selalu diperiksa oleh petugas housekeeping dari sebelum tamu masuk hingga akan meninggalkan hotel. Oleh kerana itu, pihak hotel akan tahu barang apa saja yang hilang dan dibawa tamu. Perlu ingat, tak semua fasiliti yang tersedia boleh dibawa pulang.
Beberapa barang tersebut seperti:
- Tuala
- Gelas
- Pengantung pakaian
- Hairdryer
- Selimut
- Bantal
- Cadar
- Television
- Remote TV
- Remote Air Cond
- Peralatan makan
- Lampu
- Telefon
- Kettle
- Hiasan kamar
Kemudian mini bar juga salah satu barang yang tidak boleh dibawa pulang dengan percuma.
Hotel akan mengira harga makanan yang terdapat di mini bar. Jika anda mengambil makanan atau minuman di mini bar, maka akan dikenakan bayaran tambahan ketika proses check-out. Namun, pengunjung diperbolehkan membawa pulang sejumlah barang dari hotel, seperti
- Sabun
- Shampo
- Sandal
- Berus gigi
- Conditioner
- Shower cap
- Sikat
- Body lotion
- Alat cukur
- Cotton Bud
- Alat perlengkapan mandi
Namun, kerana jumlah dan ukurannya diberikan dengan ukuran kecil yang tidak diperuntukan digunakan dalam jangka waktu yang lama. Beberapa barang lain yang boleh dibawa pulang adalah sandal, beg laundry, alat tulis, air mineral, teh, gula, dan kopi. Fasiliti tersebut bolehdibawa pulang oleh tamu tanpa bayaran tambahan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bekerja Hanya Sekadar Mengikut Gaji Yang Di Tetapkan, Adakah Anda Ikuti ‘Quiet Quitting’?
Isi Kandungan
TogglePerasaan pada permulaan pekerjaan dan pada pertengahan adalah sangat berbeza. Tidak semua orang akan mempunyai motivasi yang sama sepertimana mereka mempunyai azam padal awal permulaan untuk mendapat kerja yang mereka miliki sekarang.
Apakah maksudnya bekerja mengikut gaji?
Jika anda seorang yang mengikuti tren atau menyukai untuk ‘berlayar’ di sosial media terutama sekali Twitter dan TikTok yang sering menjadi medan perbincangan sesuatu perkara. Quite Quitting–pernah anda dengar istilah ini? Mungkin sebilangan dari kita mengenali istilah ini namun tidak semua faham maksud di sebaliknya.
Quiet Quitting ini mula di perkenalkan melalui platform sosial media yang membawa maksud bekerja mengikut gaji yang sesuai. Kebanyakkan orang yang menggunakan prinsip quiet quitting kerana mereka tidak mahu di tindas dan bekerja lebih masa dengan mendapat gaji yang tidak setimpal sepertimana mereka bekerja keras.
Artikel berkaitan: Hirup Udara Segar Setiap Pagi, Kurang Stres Dan Kekal Positif Sepanjang Hari
Perkongsian melalui Merdeka, permulaan bagi idea quiet quitting ini berlaku di sebabkan oleh gaya kerja ketika musim pandemik Covid-19. Ketika itu ramai yang menerima nasib yang tidak baik kerana terpaksa bekerja melebihi masa pekerjaan yang di tetap oleh kerana tempat kerja ‘di rumah’ yang tidak ‘mebebankan’ mereka.
Keadaan itu menjadikan orang ramai yang berkerjaya untuk mengambil tindakan menggunakan idea ini sebagai coping mechanism dan menunjukkan rasa ketidakpuasan hati jika pihak majikan bertindak untuk tidak mengambil endah dengan pekerja mereka. Idea quiet quitting juga sedikit sebanyak memberi ruang kepada orang ramai yang mengamalkan konsep ini untuk bekerja sekadar apa yang mereka perlu lakukan tanpa perlu bersusah payah untuk mendapatkan hasil yang tidak setimpal.
Perkongsian Merdeka juga ada menerangkan terdapat kajian yang di hasilkan oleh Gallup bagi tahun 2021 mengenai gaya pekerjaan generasi kini. Ia menunjukkan sebanyak 36% orang telah di laporkan terlalu fokus dan sangat terikat dengan pekerjaan yang mereka lakukan. Melalui kajian dari LinkedIn pula, ramai orang yang masih kekal dengan kerja tetap mereka dan memiliki kelebihan serta manfaat darinya.
Bagaimana gaya pekerjaan mereka yang mengamalkan konsep quiet quitting ini?
Tiada perincian tetap atau khusus untuk menunjukkan seseorang itu menggunakan konsep quiet quitting ini kerana ia boleh terjadi dalam pelbagai aspek dan cara. Semuanya bergantung kepada seseorang individu itu bagaimana mereka membuat cara quiet quitting tersebut.
Namun, kebiasaan yang dapat di huraikan secara ringkas bagi mereka yang amalkan konsep ini, sudah tentu akan bertindak mengikut kemampuan dan dasar gaji yang mereka terima. Ini adalah antara ciri-ciri orang yang melakukan quiet quitting, seperti:-
- Kurang berinteraksi dan tidak rapat dengan rakan sekerja
- Datang lambat atau balik kerja dengan awal
- Kurang menunjukkan produktiviti
- Tidak banyak memberikan pendapat dalam tugasan berkumpulan
- Tidak mengambil bahagian dalam apa-apa perancangan atau mesyuarat
- Kurang semangat
Setiap pekerjaan yang di miliki oleh setiap individu pasti ada liku dan cabaran yang tersendiri. Tidak di nafikan jika anda mulai rasa untuk penat dan putus asa kerana tidak di berikan penghargaan yang sepadan dengan kerja yang anda lakukan. Semuanya terpulang kepada anda untuk lakukan apa cara yang betul bagi membantu anda dalam mengharungi cabaran dalam dunia perkerjaan.
Sumber gambar: Canva
Artikel berkaitan: Jangan Hukum Diri Apabila Stres Dengan Masalah. Ini 7 Cara Untuk Tenangkan Diri
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Walau Dipandang Sinis, Lelaki Ber’TATTOO’ Inilah Yang Jadi Tukang Cuci, Teman Bercakap, Tegas Jaga Aurat & SOLAT
Isi Kandungan
ToggleSetiap wanita pastinya mahukan pasangan yang sempurna dari semua segi untuk dijadikan Imam dan boleh membimbing ke jalan yang diredai Allah. Tetapi setiap urusan jodoh itu terletak di tangan Allah. Kita hanya mampu berdoa dijodohkan dengan insan yang selayaknya. Seperti perkongsian wanita ini yang tidak menyangka jodohnya dengan seorang lelaki berstatus duda yang ber’tattoo’ dan tidak arif bab agama serta memiliki seorang anak perempuan hasil perkahwinan terdahulu. Apa yang istimewanya penampilannya juga yang berniqab seperti menimbulkan curiga masyarakat yang memandang kepada mereka berdua.
Mata yang memandang mereka bukanlah golongan yang biasa-biasa, tetapi mereka yang dirasakan arif dalam bab agama yang kita gelar Pak Haji atau lelaki berjubah dan berkopiah. Begitu juga pandangan sinis wanita berniqab dan berjubah yang banyak menjeling sambil berbisik-bisik melihat dia dan suami ber’tattoo‘nya ini.
Walaupun bersuamikan lelaki begitu, tetapi bagi pemilik akaun di laman sosial FB, Sha Ramson Abdullah memuji suaminya ini seorang lelaki yang begitu menjaga auratnya. Dia tidak suka jika aurat isterinya didedahkan pada pandangan orang lain. Dia juga suka sekali isterinya ini memakai jubah berbanding baju kurung (terutama ketika hari raya).
Sama juga dengan urusan solat. Suami ber’tattoo‘ inilah yang akan sentiasa mengingatkan dirinya yang ketika itu sudah masuk waktu tetapi ralit dengan ‘smartphone’ sehingga perlu ditegur dengan cara berdehem.
Paling membahagikan buat wanita ini apabila suaminya ini tidak kisah jika perkahwinan mereka ini diuji dengan ketiadaan anak.
Lelaki ini tidak kisah jika mereka berdua tidak mempunyai anak kerana itu semua adalah urusan Allah. Baginya itu semua kerja Allah seperti juga pernikahan mereka di mana dia bertemu jodoh dengan seorang wanita yang berpenampilan berniqab begini.
Keduanya cukup berterima kasih kepada Allah atas anugerah yang terindah ini, dan semoga perkahwinan dibina ini kekal hingga ke jannah walaupun merasakan diri mereka berdua serba kekurangan.
Sesungguhnya lelaki ini yang dikirim kepadanya seorang yang pakar dalam bab mengemas, tukang cuci, bertukang, tempat mengadu, peneman, tempat bermanja dan juga kaki gaduh. Itu sebenarnya sudah memadai dan cukup membahagiakan diri wanita ini.
Baca perkongsiannya melalui laman sosial di The Reporter.
Terlelap lepas Isyak, tersedar balik dalam pukul 2.30 pagi. Cari suami tengok kiri kanan, tak ada. Dengar bunyi berketuntang di dapur.
“Sah-sah laki aku tengah masak,” monologku.
Teringat masa sebelum nikah, saya beritahu suami. “Abang, saya ni tak rajin masak, tak rajin membasuh kain, lipat baju, mengemas rumah segala bagai. Bangun tidur pun boleh lajak tengahari,” jujur saya beritahu dia.
BUKAN ORANG GAJI
Dia senyum, “Abang nikah dengan sayang sebab nak buat isteri, bukan nak buat orang gaji,” katanya.
Sentap kejap saya. Saya tunduk diam, senyum. Kes saya mungkin sedikit ‘special’. Bernikah dengan seorang duda yang ber’tattoo’ yang tidak arif perihal agama dan memiliki seorang anak perempuan hasil perkongsian hidupnya dengan bekas isterinya.
Dia pernah bernikah dan pernah gagal dalam institusi perkahwinan. Saya lihat sendiri bagaimana dia berusaha bersungguh-sungguh memperbaiki hubungan terdahulu dan bagaimana dia menjadikan kesilapannya dulu sebagai mengajaran dan pedoman dalam hubungan kami.
Seperti hari-hari biasa, manusia memandang kami dengan pandangan yang ‘kejam’. Saya tidak pernah marah pada ‘tattoo’nya walaupun di awal perkenalan kami dahulu saya kurang senang dengan ‘tattoo’nya. Astaghfirullah… itulah kelemahan saya dahulu. Juga seperti masyarakat lain yang memandang dia dengan pandangan yang ‘senget’.
Pandangan masyarakat juga pada kami seolah-olah kami tidak layak bersama memandangkan dia dan ‘tattoo’nya sedangkan saya berjubah dan berniqab. Ini perkara biasa yang kami lalui sepanjang kehidupan kami bergelar suami isteri.
PANDANGAN SINIS
Bayangkanlah kami pernah terserempak dengan dengan sekumpulan wanita yang berjubah, berpurdah dan berniqab sekalipun, mereka akan mencuit lengan sesama mereka, memandang kami sambil menjeling dan berbisik-bisik lalu pergi dengan langkah yang laju.
Begitu juga andai kami terserempak dengan golongan pak-pak aji atau lelaki-lelaki yang berjubah, bersongkok atau berkopiah. Ada yang menggeleng-geleng kepala, ada yang sampai terjegil biji mata. Ada yang tak lepas pandang. Kejap-kejap pandang saya yang berjubah berniqab ini, kejap-kejap pandang suami yang ber’tattoo’.
Bayangkan juga bagaimana andai institusi agama Islam sendiri memandang kami dengan pandangan yang ‘pahit untuk ditelan’ sedangkan Islam itu agama yang baik, sempurna, syumul.
Saya rasa andai kalian di tempat kami, tak ramai yang memiliki hati yang cekal dan ‘tough’. Banyak perkara yang boleh buat kita makan hati dengan masyarakat namun hati kena kuat.
TAUFIK HIDAYAH TIDAK SAMA
Bila ditanya kenapa suami masih ber’singlet’? Saya ambil ia sebagai jalan penghijrahan. Andai kalian faham, jalan penghijrahan seseorang bukan makan masa yang singkat. Saya sendiri pun walaupun berjubah dan berniqab, masih lagi lalai dengan agama. Jalan penghijrahan tidak perlu drastik.
Saya banyak mengambil contoh diri saya sendiri dalam landasan perjalanan menuju jalan Allah SWT. Ada orang Allah bagi perjalanan hijrahnya cepat, ada orang rezeki perjalanan hijrahnya makan masa. Setiap orang rezeki taufik hidayahnya tidak sama.
Manusia memang akan cepat menilai dan nampak keburukan, kelemahan dan keaiban manusia lain. Bagi saya, untuk permulaan perjalanan hijrah yang makan masa ini, suami dah tanggalkan subang yang dipakainya pun saya dah sangat bersyukur. Orang lain takkan faham apa yang dirasa oleh isterinya. Saya terima suami seadanya walaupun saya tahu jalan penghijrahan itu makan masa yang amat panjang
Saya ingat lagi, saya pernah ajukan satu soalan kepada suami memandangkan saya tahu bekas isterinya seorang yang free hair tidak bertudung.
“Abang suka saya pakai tudung?” agak mengarut soalan saya ketika itu.
“Ehh sukalah!” jawabnya membuatkan saya ketawa.
“Abang suka saya pakai niqab?”saya tanya.
“Suka sangat, sayang… Pakailah. Biar abang seorang je yang tengok sayang. Tak nak bagi orang lain tengok!” jawabnya.
Demi Allah saya happy giller dengar jawapan itu, jawapan dari suami sendiri. Sebab saya sedar, ramai kawan-kawan saya yang dahulunya berpurdah dan berniqab namun selepas bergelar isteri, purdah atau niqab tiada lagi menutupi wajah mereka.
MENJAGA SOLAT
Tak apalah, tak kisah pasal itu. Muka bukan aurat cuma bagi saya, bila dianugerahi Allah SWT seorang suami yang masyarakat pandang ‘jahat’ dengan tattoo yang penuh di tangan, dada, jari, belakang dan kaki, tiada siapa pun yang menjangkakan lelaki ini walaupun tidak pandai tentang selok-belok agama namun dia seorang yang sangat tegas menjaga SOLAT dan AURAT isterinya.
Ya Allah, belum lagi masuk kisah solat, di mana suami yang ber’tattoo’ ini kalau dah masuk waktu solat, jika dilihatnya isterinya masih ralit dengan smartphone di tangan, cukup sekadar suami berdehem., cepat-cepat si isteri berlari mengambil wudhuk!
Begitu juga di kala orang lain memilih pakaian pelbagai fesyen untuk Hari Raya, suami pula lebih gemar saya memakai jubah, bertudung labuh dan berniqab.
“Baju kurung pun tak boleh? Tutup aurat juga,” soal saya.
Lama suami terdiam. Mungkin terkedu dengan soalan isteri. Lantas dia memeluk bahu isterinya sambil berkata, “Abang suka sayang pakai jubah lagi.”
Saya pun ketawa. Hahaha!
Bila ditanya kenapa saya yang berjubah, berpurdah, berniqab ini tidak memilih lelaki yang pandai agama, bukan dari golongan ustaz atau yang bersongkok, berkopiah, berjubah? Saya senyum, biarlah ia menjadi simpanan rahsia yang paling dalam. Tidak mahu membuka aib mana-mana institusi keagamaan. Biar saya simpan pendam segala trauma yang paling dahsyat yang pernah menghantui sepanjang hidup.
BERLIAN PALING MENYERLAH
Biarlah saya membuka lembaran baru dalam hidup bersama seorang suami yang dipandang ‘kaca’ yang tidak bernilai oleh masyarakat namun dia adalah ‘berlian’ paling menyerlah dalam qalbu.
Dear husband,
No matter what apa orang nak cakap, ini isterimu yang sentiasa ada disisi dengan izin Allah SWT. Tak tahu nak ucap terima kasih macam mana lagi dah sebab semua pakaian, boots, cadar, dia yang basuh cuci. Dia yang masak, dia yang mengemas rumah, dialah yang bertukang kalau ada apa-apa yang perlu diperbaiki rosak di rumah. Dialah tempat mengadu, dialah peneman, dialah tempat bermanja, dialah kawan kaki gaduh kahkah!
Sampai satu masa, saya pernah tanya suami, “Kalau perkahwinan kita ini Allah uji dengan tiada anak?”
Suami akan peluk erat, “Abang tak kisah pun semua tu. Ada ke tak ada ke. Itu semua kerja Allah. Macam pernikahan kita inilah. Abang sendiri tak jangka boleh bernikah dengan sayang yang bertutup-tutup macam ini.
“Banyak benda yang kita tak tahu tapi Allah SWT dah persiapkan untuk kita sebab yang memberi rezeki semuanya adalah Allah SWT. Kenapa perlu ada persoalan dengan kerja Allah?” jawab suami.
Allah… sentap!
Fabi ayyi ala’i rabbikuma tukazziban. Nikmat tuhan kamu yang manakah kamu dustakan?Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas anugerah yang terindah. #BukanYakuza
SUMBER: Sha Ramson Abdullah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI