Isi Kandungan
ToggleBila tonton filem Istanbul Aku Datang je, pasti akan berangan-angan untuk bercuti ke sana jugak suatu hari nantikan? Pasti ada yang fikir mesti mahal kosnya untuk bercuti ke sana tapi sebenarnya ia tidaklah semahal yang disangkakan.
Jika kita pandai merancang, kita boleh terbang ke sana secara backpacker dengan bajet RM800 sahaja selama 10 hari di sana seperti yang dilakukan oleh @shrfhazrh. Bukan itu sahaja, dia berpeluang mengembara ke lima lokasi berlainan iaitu Istanbul, Bursa, Izmir, Pamukkale dan Cappadocia.
Ya Tuhan, indahnya pemandangan di sana…
Sebelum itu, dia telah menerangkan bahawa bajetnya itu tidak termasuk dengan harga tiket penerbangan.
Banyak apps yang boleh membantu kita sepanjang bercuti di sana. Kena banyak lakukan research.
Jangan risau mengenai public transport di sana kerana semuanya begitu mudah untuk digunakan!
Jangan lupa dapatkan museumkart untuk melawat tempat bersejarah di sana.
kredit: twitter @shrfhazrh
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mandi Hujan Boleh Jadi Terapi Mudah Untuk Stres Melampau
Isi Kandungan
ToggleSewaktu kecil, sudah pasti kita gemar untuk melakukan aktiviti ‘mandi hujan’ di kala musim hujan. Tambahan pula, sejak kebelakangan ini hujan kerap turun sahaja.
Bila terkena hujan di kepala, ramai yang gelisah takut akan demam disebabkan terkena air hujan. Jadi air hujan ini bahaya buat kesihatan kita ke?
Artikel berkaitan: Alamak, Ribut Petir Nak Melanda Pulak! Kekal Tenang Dan Ikuti Langkah Berjaga-Jaga Ini
Nak Mandi Hujan Boleh Tak?
Ada beberapa individu yang ada spekulasi apabila terkena air hujan mereka akan demam dan selsema. Sebenarnya, hujan itu tersendiri ada manfaatnya! Kalau anda nak tahu baca dengan lebih lanjut di bawah!
1. Pelajari untuk koordinasi badan
Sebenarnya ketika mandi hujan anda secara tidak langsung mula untuk mempelajari koordinasi badan. Sewaktu mandi hujan, setiap pergerakan ke kiri dan ke kanan serta melompat menyumbang kepada cara mengimbangi badan. Itu semuanya membantu dalam mengatur koordinasi badan anda!
2. Pancaindera lebih tajam!
Ada tak terhidu sesuatu bau apabila hujan turun? Ya, jika anda mandi hujan atau terkena air hujan, pancaindera anda akan lebih cekap dan peka. Itu baru sahaja deria belum lagi pendengaran, di mana semuanya akan menjadi lebih tajam.
3. Membuatkan rambut jadi bersinar dan lembut
Tak sangka rupanya air hujan boleh membuatkan rambut menjadi lebih berkilar dan lembut. Anda boleh cuba dengan sendiri untuk lihat keberkesanannya!
4. Boleh bersihkan kotoran pada kulit seperti jerawat
Ha? Boleh bantu rawat jerawat? Sebenarnya air hujan itu merupakan satu sumber air mutlak yang bersih. Jadi ia sangat bagus untuk mencuci kotoran pada kulit.
5. Menenangkan jiwa dan mood
Mandi air hujan boleh menjadi satu terapi buat jiwa yang lebih tenang dan santai. Ada pakar juga yang menggalakkan pesakit yang mengalami masalah mental seperi bipolar, kemurungan dan mood swing untuk cuba mandi hujan.
Tapi ingat, jangan terlalu kerap untuk mandi hujan. Boleh lakukan aktiviti dengan selamat dan bukan pada ketika ribut kilat ya!
Artikel berkaitan: Tengah Hari Buta Pun Boleh Bersin Banyak Kali, Ada Demam Musim Panas Ke?
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ingatkan Sekadar ‘Peneman Perjalanan’, Kacang Kuda Membantu Masalah Darah Anemia
Isi Kandungan
ToggleKalau anda sering ke pasar malam atau lihat di tempat persinggahan rehat (RNR), pasti anda akan dapati terdapat jualan kacang kuda rebus. Aroma bau yang menyedapkan membuat kita terliur melihatnya.
Sebenarnya, walaupun kacang kuda ini sangat lazat di makan dan menjadi makanan ringan buat kita, ia mempunyai banyak manfaat buat tubuh badan yang sihat. Ketahui lebih lanjut mengenai kebaikan dan khasiat kacang kuda jika anda ingin badan yang sihat melalui artikel ini.
Kacang kuda dari tanaman tertua di dunia?
Kacang kuda ini mempunyai nama saintifiknya tersendiri, iaitu Cicer arietinum L, juga di panggil sebagai kacang garbanzo. Ia terhasil dari satu tanaman yang tertua di dunia yang di percayai berasal dari Turki dan Syria. Pengambilan kacang kuda juga di jadikan sebagai diet tradisional selama lebih 7,500 tahun yang lalu oleh kerana khasiatnya buat kesihatan.
Penggunaan kacang kuda sangat meluas dalam pemakanan sewaktu ketika dahulu. Kacang kuda juga merupakan kacang yang banyak di tanam dan di makan di setiap pelusuk dunia selepas kacang soya. Kebaikan dari kacang kuda adalah meningkatkan proses penghadaman, mengekalkan kestabilan tahap gula dalam darah, meningkatkan perlindungan terhadap sindrom metabolik dan juga pelbagai lagi.
Artikel berkaitan: Makanan Sihat Juga Sebenarnya Boleh Menggemukkan Jika Diambil Secara Berlebihan. Awas Ya!
Nutrisi yang terkandung dalam kacang kuda adalah termasuk pakej protein, vitamin dan juga kandungan mineral yang tinggi. Sumber protein yang ada dalam kacang kuda seperti serat, zat besi, zink, fosforus, vitamin dan banyak lagi. Kacang kuda juga di kategorikan sebagai kumpulan karbohidrat kerana kanji yang terdapat di dalamnya boleh di cerna perlahan-lahan dan menyokong tahap gula dalam darah supaya lebih stabil.
Menurut hellodoktor, telah di jelaskan kandungan bagi setiap 100 gram kacang kuda ini mengandungi jumlah nutrien seperti berikut:-
- Air – 11.6 ml
- Kalori – 330 kcal
- Karbohidrat – 60.2 g
- Protein – 23.8 g
- Serat – 17.4 g
- Lemak – 1.4 g
Juga, seperti yang di maklumkan sebelum ini, kacang kuda juga mempunyai sejumlah jenis vitamin dan mineral yang sangat penting untuk tubuh badan, antaranya:-
- Beta karotena – 40 mkg
- Kalium – 874.3 mg
- Fosforus – 388 mg
- Kalsium – 57 mg
- Natrium – 24 mg
- Zat besi – 4.7 mg
- Zink – 3.4 mg
Jadi mengikut maklumat nutrisi yang di bekalkan oleh hellodoktor di atas, anda boleh lihat bertapa banyak kandungan nutrien yang banyak khasiatnya buat kesihatan tubuh badan kita.
Ketahui khasiat kacang kuda bukan sekadar snek dalam perjalanan!
Kekerapan pengambilan kacang kuda dalam diet anda mungkin akan memberikan kebaikan kesihatan anda. Jadi tanpa melengahkan masa, ini adalah antara kebaikan kacang kuda buat tubuh badan anda, salah satunya:-
#1 Mengawal selera makan
Menurut kajian yang di terbitkan oleh Nutrition and Metabolism, kandungan serat dan protein yang tinggi dalam kacang bukan sahaja mampu untuk memenuhi keperluan kadar nutrien dalam badan, malah, membantu seseorang individu itu untuk mengawal selera pemakanannya apabila lagi mereka sedang diet. Oleh dengan itu, amalan pemakanan kacang kuda dalam diet pemakanan boleh menurunkan berat badan seseorang!
#2 Menguatkan tulang
Kacang kuda mengandungi jumlah vitamin dan mineral yang termasuk fosforus, kalsium dan juga kaya dengan vitamin K. Hal ini dapat menerangkan keberkesanan kacang kuda dalam kesihatan tulang yang sihat kerana vitamin sangat memainkan peranan penting dalam penjagaan tulang. Ia sekali gus dapat meningkatkan kadar penyerapan kalsium serta membuatkan tulang menjadi kuat.
#3 Baik untuk kesihatan jantung
Hasil kajian dari Seminars in Nephrology menunjukkan bahawa kandungan kalium di dalam kacang kuda dapat menurunkan sejumlah kolestrol di dalam darah. Ia di percayai bahawa individu yang mengambil sekitar 4,000 mg kalium setiap hari mampu mengelakkan risiko kematian akibat sakit jantung oleh kerana kolesterol yang tinggi.
#4 Membantu dalam penyelesaian masalah darah anemia
Kekurangan zat besi dalam tubuh anda akan menyebabkan berlaku masalah dalam penghantaran oksigen kepada sel-sel yang memerlukan, sekali gus, ia menyebabkan masalah darah anemia. Anemian akan menyebabkan badan nada mudah penat dan lemah. Demikian itu, amat penting bagi anda untuk mengambil zat besi yang mencukupi dan kacang kuda adalah salah satu sumber untuk anda mendapatkannya.
#5 Bagus untuk kesihatan otak yang cerdas
Kacang yang berasal dari Turki dan Syria ini bukan sahaja mampu mebantu dari segi kesihatan fizikal, malah, ia mampu membantu dari segi kesihatan mental jua. Terdapat satu zat yang sangat istimewa, Choline, ia memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu mengawal emosi seseorang, membantu dalam proses pembelajaran, pergerakan dan yang penting ia membantu dalam penjagaan kesihatan otak.
Maka dengan ini anda telah ketahui bertapa hebatnya kacang kuda yang dulu hanya kita sangkal sekadar snek dalam perjalanan sahaja. Cuba amalkan pengambilan kacang kuda dalam diet pemakanan anda, dengan izinNya, kesihatan tubuh badan anda akan terjamin dengan khasiat yang terkandung dalam kacang ini.
Sumber gambar dan info: Canva dan hellodoktor
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Emma Rasa Nak MATI, Nafas Tersekat & Ada Benda CUCUK Kat Hati” – Alami SIMPTOM Ini Sebelum TUMBANG
Isi Kandungan
ToggleSetahun yang lalu pelakon kecil molek ini telah diduga Tuhan dengan ujian yang cukup hebat. Hampir 3 minggu terlantar di hospital menyebabkan segala pergerakannya terbatas. Tiada tanda sakit sebelum ini dan ujian yang datang padanya cukup menginsafkan. Saat itu terasa bagai nyawa di hujung tanduk apabila dia tidak boleh bernafas seperti biasa. Emma Maeombong menceritakan semula saat dirinya bertarung menahan kesakitan jangkitan virus dan hanya Allah yang tahu. Dan kini walaupun sudah sihat sepenuhnya, dia tetap ambil sikap berhati-hati terutama tentang penjagaan kesihatan.
HATI ADA NANAH
“Sebenarnya sehingga hari ini Emma tidak tahu apa nama khusus bagi penyakit Emma ini. Tetapi menurut doktor hati Emma ada masalah. Doktor menjumpai nanah dalam hati Emma. Namun sehingga hari ini tidak tahu apa punca sebenarnya menyebabkan hati Emma dijangkiti nanah.
“Maklumlah sebelum diserang sakit itu, Emma sebenarnya tidak ada sakit apa-apa. Malah Emma sihat dan tidak ada ambik apa-apa yang terlarang atau yang boleh merosakkan hati. Malah apabila doktor periksa keseluruhan termasuk ujian darah, semuanya sempurna dan baik sahaja,” ujar Emma memulakan perbualan.
A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on
Menurutnya lagi, doktor hanya memberi andaian kemungkinan besar ketika dia berada di tempat penggambaran, kawasan berkenaan tidak bersih dan kotor. Dan mungkin disebabkan tangan tidak bersih dan menyentuh pula makanan serta masuk dalam mulut.
3 MINGGU KENA TAHAN WAD
“Situasi ini yang menyebabkan datangnya kuman hingga membuatkan hati jadi bernanah. Waktu kena serang itu, memang Emma rasa macam nak mati. Banyak yang Emma fikirkan ketika ditahan di wad selama hampir 3 minggu. Apatah lagi bila kita sedang berada dalam keseorangan dan dengar pula bunyi denyutan bip bip hingga menyebabkan Emma fikir macam-macam.
“Emma menangis dan merayu pada doktor untuk keluar dari hospital. Tetapi tidak dibenarkan. Ini kerana ada tiub yang bersambung pada badan untuk mengeluarkan nanah yang disedut keluar. Bayangkan tiga minggu berada di hospital dan Emma sedikit tertekan.
“Sampaikan, Emma terpaksa pegang bekas nanah dan tiub itu untuk jalan-jalan keluar sekeliling hospital. Waktu itu kita rasa badan sudah tak sakit dan sihat. Tetapi nanah masih lagi keluar, oleh sebab itu doktor tak benarkan Emma keluar wad lagi,” ceritanya lagi.
A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on
Sebelum itu, Emma mengalami simpton seperti menggigil satu badan, sekejap rasa sejuk dan sekejap pula rasa panas. Pada mulanya dia menyangka denggi, tetapi apabila diambil darah keputusanya negatif.
NAFAS TERSEKAT-SEKAT
“Darah diambil tidak tunjukkan kita kena denggi. Tetapi apabila Emma bernafas, ada benda seperti menyucuk di bahagian hati. Keadaan ini membuatkan Emma tak boleh nak bernafas sempurna. Kalau nafas Emma akan rasa sakit dan kalau tak nafas pula Emma yang akan mati.
Artikel Berkaitan: Norish Karman Diuji Santau, Sakit Penghapus Dosa
“Emma hanya mampu bernafas tersekat-sekat dan pendek-pendek. Waktu itu muka Emma juga sudah pucat dan Emma terus suruh PA Emma panggil emak dan ayah. Siapa sangka Emma sihat sebelumnya dan dalam sekelip mata penyakit ini menyerang.
“Tiada tanda-tanda kecuali demam yang biasa dan badan terasa lemah. Emma masa itu ingat demam biasa dan hanya makan ubat demam sahaja. Tetapi apabila nafas kita pun jadi tersekat-sekat dan tak boleh nafas seperti biasa terus dimasukkan ke wad kecemasan,” jelas Emma yang kini sudah kembali aktif berlakon.
Empat hari berada dalam hospital doktor masih tidak tahu punca hinggalah dilakukan rawatan x-ray. Ketika itu doktor mengenal pasti ada nanah dalam hati.
“Emma terpaksa menjalani prosedur membuang nanah berkenaan dan apabila sedar ada tiub bagi membuangnya. Selepas itu, Emma terus rasa tubuh sudah sihat seperti biasa. Tetapi Emma terus kena tahan di wad hinggalah pulih sepenuhnya.
“Sebaik boleh keluar dari hospital, Emma terus mengambil kesempatan bercuti dan meneruskan aktiviti seni seperti biasa hinggalah hari ini. Namun sejak kejadian itu sebenarnya membuatkan Emma lebih berhati-hati terutama membabitkan soal kesihatan,” tambahnya lagi.
AMALKAN MINUM AIR MASAK & AMBIL VITAMIN C
Menurutnya dulu dia tidak hiraukan apabila ada yang berpesan padanya jangan kerja kuat sangat nanti tumbang. Tetapi waktu itu Emmma tidak percaya kerana merasakan dia masih muda dan tidak pernah mengalami sakit.
“Iyalah waktu itu umur baru 24 dan masih muda dan kuat. Bagi Emma orang tua sahaja yang perlu ambil suplemen, duduk rumah dan jaga kesihatan. Dan apabila tiba-tiba kita tumbang, kita sebenarnya tak tahu bila ajal maut seseorang. Sakit yang datang itu tidak mengikut pada usia tetapi ikut kesihatan badan.
A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on
“Ibaratnya luar nampak muda tetapi dalamnya sudah tua. Kita tak tahu bila sakit akan datang. Kita pula jenis tak cukup rehat dan tidur. Bermula saat itu jugalah Emma setiap hari ambil air masak dan jarang minum air manis. Saya juga tak ambil suplemen lain kecuali vitamin C dan vitamin B serta ambil pemakanan yang sihat,” pesannya pada hijabi di luar sana agar sentiasa menjaga kesihatan diri sebelum akhiri perbualan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI