Penyanyi bersuara nyaring dan merdu ini bukanlah nama yang biasa dalam gelanggang dunia hiburan negara kita. Pelantun lagu Sepi dan Sumpah ini sudah memiliki legasi besar yang kian utuh dalam industri hiburan Malaysia. Aina Abdul, seorang artis yang berkebolehan dalam menyanyi serta mencipta lagu yang pastinya akan memberi kepuasan kepada pendengar.

Team Hijabista tertarik dengan gaya fesyen Aina Abdul yang semakin lama, semakin berani menampilkan gaya yang berbeza dan unik! Lincah dalam bermainan dengan warna, corak dan siluet yang berbeza, stail Aina Abdul kini menjadi salah satu stail selebriti Malaysia yang menjadi ikutan terutamanya kepada para hijabis di luar sana. Sama ada stail OOTD nya, mahupun ketika live (contohnya di AJL baru-baru ini dengan mengenakan topi besar ala avant-garde) ataupun di dalam muzik videonya, semuanya ‘on-point’ dan mencuri perhatian ramai!

Berani & Unik! Gaya Fesyen Aina Abdul Beri Inspirasi Untuk Kamu Si Hijabista Tampil Berbeza & Menarik!

Aina tidak kekok dalam menyarungkan rekaan ‘outerwear’ yang sedikit ‘oversized’! Ini yang menjadikan kunci gayanya lebih menonjol dan kelihatan ‘sophisticated’ dalam keseluruhan gayanya! Bukan itu sahaja, padanan ‘boots’ bersama material kulit memberi impak ‘bold’ yang bukan semua orang berani untuk menggayakan stail seperti ini. Ketepikan alasan ‘Aku berhijab!”. Nah! Itu semua menjadikan kamu gaya fesyen kamu tidak menarik. Aina Abdul tidak pernah menjadikan berhijab itu sebuah halangan untuk dia terus bergaya lain dari yang lain!

Berani & Unik! Gaya Fesyen Aina Abdul Beri Inspirasi Untuk Kamu Si Hijabista Tampil Berbeza & Menarik!

Ads

Mengekalkan konsep ‘less is more’, Aina bijak dalam memilih padanan warna yang amat sesuai untuk menutup kemontelan tubuh badannya. Biarpun nampak sedikit ‘extra’, namun ia bukanlah alasan untuk Aina tampil bosan di Aidilfitri tahun ini. Apa yang menariknya, Aina dan jenama Behati seakan sudah memahami apa yang terbaik untuk dirinya. Kita juga sudah sedia maklum bahawa jenama Behati sentiasa hadir dengan rekaan yang unik. Namun, keunikan pada rekaan kurung Aina ini langsung tidak menampakkan kegagalan Aina dalam menonjolkan cintanya pada dunia fesyen. Apa-apapun, Aina Abdul ialah seorang yang berani!

Berani & Unik! Gaya Fesyen Aina Abdul Beri Inspirasi Untuk Kamu Si Hijabista Tampil Berbeza & Menarik!

Ads

Permainan warna yang bijak antara kunci dalam penggayaan Aina Abdul. Lihat saja stail dari gambar ini. Gabungan warna ungu lavender dan juga ‘pastel pink’ sudah cukup menyerlahkan kebijaksanaan Aina serta penata gayanya yang menjadikan Aina lebih ‘sweet’ dan menawan! Cetakan corak kuda belang itu juga seakan permainan tambahan untuk memaniskan lagi ketrampilan penyanyi kesayangan ramai ini!

Berani & Unik! Gaya Fesyen Aina Abdul Beri Inspirasi Untuk Kamu Si Hijabista Tampil Berbeza & Menarik!

Ads

Gaya formal dari Aina ini sememangnya layak digelar pemenang dengan segala perincian dari gaya hijab sehinggalah kepada warna kukunya, semuanya ‘perfect’! Lihat saja siluet yang digayakan pada rekaan blazernya, cukup menjadikan Aina seorang wanita yang berani! Maka, persoalan bentuk tubuh badan bukanlah alasan untuk kamu menciptakan gaya yang terbaru! Rona warna hijabnya amat sesuai dengan keseluruhan warna tanah dari atas hinggalah ke bawah!

Berani & Unik! Gaya Fesyen Aina Abdul Beri Inspirasi Untuk Kamu Si Hijabista Tampil Berbeza & Menarik!

Siapa kata warna putih itu membosankan? Kemeja ala ‘bomber jacket’ bersama padanan seluar kulit ini tampak meriah dari segi stail fesyen Aina! Memang jelas bahawa Aina sememangnya sukakan fabrik jenis kulit. Aina memberi inspirasi kepada wanita berhijab di luar sana tentang pemakaian material jenis kulit tidak menjadikan kamu pelik malah lebih seksi dalam stail fesyen tersendiri!

Sumber gambar: Instagram Aina Abdul

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI