Photo by Negative Space from Pexels

Bagi anak-anak muda apabila sudah mula memasuki alam pekerjaan, ‘benda’ pertama yang ingin dimiliki adalah kereta. Namun ada yang membeli kereta melebihi kemampuan mereka sebenarnya hingga akhirnya menjadi satu beban yang ‘menyesakkan’.

Bayangkan setiap bulan perlu ikat perut semata-mata ingin menampung kos servis kereta dan  sebagainya. Itu belum lagi kos-kos lain yang tidak dijangka. Kereta baru tentunya menjadi pilihan walaupun lebih separuh gaji terpaksa dihabiskan untuk membayar ansuran bulanan kereta.

Berikut perkongsian Azizul Azli Ahmad yang merupakan seorang pelabur hartanah yang boleh dijadikan panduan.

KERETA BUKA PLASTIK ATAU TERPAKAI?

Sebaik sahaja anda mula bekerja, salah satu keputusan penting yang anda akan ambil ialah membeli sebuah kereta.

Walaupun kereta merupakan kaedah pengangkutan yang selesa, namun perlu diketahui bahawa memiliki sebuah kereta bukan setakat membayar ansuran bulanan sahaja.

Beli Kereta Baru Atau Kereta Terpakai? Mana Satu Lebih Baik? Jangan Sampai Jadi Beban
Photo by Peter Fazekas from Pexels

Ia juga melibatkan kos lain seperti petrol, bayaran tol, bayaran parkir kereta, cukai jalan, insurans, kos penyelenggaraan serta kos membaiki apabila kereta anda rosak.

Seandainya anda boleh membayar segala kos yang disebutkan tadi dengan selesa, anda masih perlu bertanya kepada diri anda sama ada kereta itu merupakan suatu keperluan atau kehendak?

Apabila kereta adalah keperluan, anda perlu membuat keputusan sama ada ingin membeli kereta baru atau kereta terpakai.

Ramai orang beranggapan bahawa membeli kereta baru adalah lebih baik kerana kos penyelenggaraannya rendah, tetapi pada hakikatnya memiliki kereta baru juga ada kelemahannya.

Ketika memutuskan jenis kereta yang diperlukan, anda hendaklah terlebih dahulu menilai kemampuan anda.

Jika didapati membeli kereta baru boleh membebankan, belilah kereta terpakai yang masih berkeadaan baik.

Lagipun, kereta hanya sebuah kenderaan yang membawa anda bergerak dari suatu tempat A ke tempat yang lain B.

Ads
Beli Kereta Baru Atau Kereta Terpakai? Mana Satu Lebih Baik? Jangan Sampai Jadi Beban
Photo by Jacob Morch from Pexels

TIP BIJAK MEMBELI KERETA:

• Buat perbandingan untuk mendapatkan kereta yang boleh diharapkan dan memenuhi keperluan anda.

Ada baiknya jika anda meminta nasihat daripada ahli keluarga atau sahabat yang mahir/pakar mengenai kereta.

• Jika anda ingin membeli kereta terpakai, dapatkan khidmat mekanik yang boleh dipercayai atau melakukan pemeriksaan kereta tersebut di PUSPAKOM.

• Pertimbangkan harga jualan semula atau nilai tukar beli kereta sekiranya anda bercadang untuk menukarnya kelak.

Beli Kereta Baru Atau Kereta Terpakai? Mana Satu Lebih Baik? Jangan Sampai Jadi Beban
Photo by Negative Space from Pexels

• Sekiranya anda mengambil keputusan untuk memohon pinjaman kereta, cari pakej terbaik berdasarkan kemampuan anda.

Dapatkan maklumat mengenai kadar faedah efektif yang akan dikenakan.

• Rangka bajet mengikut pendapatan anda. Ambil kira ansuran bulanan kereta dan kos-kos lain, seperti kos petrol, bayaran tol, parkir kereta, perbelanjaan lain, termasuk cukai jalan, insurans dan servis biasa.

Ads

• Cuba tingkatkan tabungan untuk bayaran pendahuluan supaya pinjaman yang diambil lebih rendah dengan tempoh pembayaran yang lebih singkat.

Perlu diingatkan bahawa semakin panjang tempoh pinjaman, semakin banyak faedah yang anda perlu bayar.

Ini mungkin akan menyukarkan anda untuk menjual kereta tersebut kerana nilai pasaran kereta jauh lebih rendah berbanding dengan baki pinjaman.

• Jangan gunakan kad kredit untuk membuat bayaran pendahuluan kerana anda terikat dengan pinjaman pada kadar faedah yang sangat tinggi.

Beli Kereta Baru Atau Kereta Terpakai? Mana Satu Lebih Baik? Jangan Sampai Jadi Beban
Photo by Anna Shvets from Pexels

• Bersedia untuk menanggung perbelanjaan di luar dugaan seperti membaiki kereta sekiranya berlaku kerosakan atau kemalangan.

Ada baiknya untuk mengetahui tentang kemudahan mendapat alat ganti serta kos untuk menggantikannya.

• Pastikan kereta anda mempunyai perlindungan insurans komprehensif yang mencukupi atau sekurang-kurangnya mempunyai perlindungan insurans pihak ketiga.

Ads

Kadar bayaran bukan tidak melebihi 15% gaji bersih anda.

© 2011 – Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK)Kenyataan Privasi

Bila anda mula membeli kenderaan, bebanan kewangan anda semakin tinggi dan semakin sukar membuat pinjaman perumahan.

Beli Kereta Baru Atau Kereta Terpakai? Mana Satu Lebih Baik? Jangan Sampai Jadi Beban

Nak beli kereta murah?

Belajar beli kereta lelong di sini kawan kawan.

https://bit.ly/3q6IkUM

https://bit.ly/3q6IkUM

Buat keutamaan dalam hidup, cari kediaman yang hampir dengan tempat kerja atau kemudahan awam. Rancang beli rumah seawal kerja atau kali pertama jumpa bakal mertua.

HIJABISTA: Kata pepatah, ukur baju di badan sendiri. Jika berkemampuan tidak ada salahnya untuk anda memiliki kereta yang baru dengan model baru. Jika tidak, beli sahaja kereta terpakai untuk kemudahan anda asalkan ia tidak membebankan kewangan anda setiap bulan.

Sumber kredit: Azizul Azli Ahmad

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI