Puasa ‘Asyura’ termasuk dalam puasa-puasa sunat yang digalakkan dan mengandungi ganjaran pahala yang sangat besar. Selain itu, kita juga turut disunatkan untuk berpuasa pada hari kesembilan Muharram iaitu sehari sebelumnya berdasarkan kepada isyarat yang ditunjukkan oleh Nabi SAW dalam hadith sekalipun Baginda tidak sempat melakukannya kerana telah kembali kepada Allah SWT.
Selain berpuasa sunat pada hari Asyura (10 Muharram) amalan yang digalakkan ialah meluaskan belanja kaum keluarga pada hari berkenaan. Ini berdasarkan hadis: “Barangsiapa yang meluaskan (belanja) kepada kaum keluarganya pada hari Asyura, maka Allah akan melapangkannya pada tahun tersebut keseluruhannya.”
BELANJA KELUARGA PADA HARI ASYURA
1. Majlis Fatwa Mesir (Dar al-Ifta) mengeluarkan kenyataan bahawa harus bagi seseorang itu untuk berbelanja atau melapangkan (menggembirakan) ahli keluarganya pada Hari Asyura.
Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bayhaqi yang menyebutkan:
“Barangsiapa yang meluaskan (melapangkan – menggembirakan) ahli keluarganya pada Hari Asyura, maka Allah akan melapangkan bagi ahli keluarganya sepanjang tahun. (HR al-Bayhaqi, Ibn Abi Dunya dan al-Tabrani.
Hadis ini dinilai sebagai daif (lemah) di sisi sarjana hadis)
Ads
2. Sekalipun hadis ini adalah daif, para ulama empat mazhab mengharuskan kita berlapang dan menggembirakan ahli keluarga pada hari Asyura. Al-Imam Ibn Abidin daripada Mazhab Hanafi membincangkan perkara ini lalu menukilkan kata-kata Jabir:
“Dan berkata Jabir: Aku telah melakukan perkara ini selama 40 tahun dan tidak pernah meninggalkannya (Radd al-Mhtar)
3. Manakala al-Imam al-Hattab al-Maliki dari Mazhab Maliki pula menyatakan:
يَنْبَغِي أَنْ يُوَسِّعَ عَلَى الْأَهْلِ فِيهِمَا -أي ليلة عاشوراء ويومها
Ads
“Seharusnya bagi seseorang itu melapangkan (memudahkan urusan atau menggembirakan) ahli keluarganya pada malam atau siang Hari Asyura. (Mawahib al-Jalil)
4. Manakala Sheikh Abd al-Hamid al-Shrwni dari Mazhab Syafi’i pula menjelaskan:
“Dan disunatkan untuk melapangkan ahli keluarga pada Hari Asyura mudah-mudahan Allah melapangkan ahli keluarganya sepanjang tahun seperti yang disebutkan dalam hadis. (Hasyiah ‘Ala Tuhfah al-Muhtaj)
5. Manakala al-Imam al-Bhuti dari Mazhab Hanbali pula menukilkan pandangan al-Imam Ahmad dan Sufyan Ibn ‘Uyainah yang menyebutkan:
“Kata Ibn ‘Uyainah: Kami telah melakukannya selama 50 tahun atau 60 tahun, kami tidak melihatnya melainkan kebaikan. (Kasyyaf al-Qina’ ‘An Matn al-Iqna’)
6. Begitu juga Sheikh Atiyyah Saqr yang menggalakkan agar kita melakukan sesuatu yang mengeratkan hubungan dalam kita meraikan hari yang diraikan oleh Rasulullah ini.
7. Oleh yang demikian, belanjalah ahli keluarga kita pada Hari Asyura ini. Gembirakan dan lapangkan urusan mereka. Semoga Allah membimbing kita.
Mereka yang dijemput menunaikan ibadah haji dan umrah di tanah suci Mekah pasti mendambakan untuk dikurniakan rezeki untuk mencium Hajarul Aswad.
Hajarul Aswad merupakan antara mukjizat Allah yang istimewa apabila, batu dari syurga itu diletakkan di sudut timur pada bahagian luar Ka’bah. Walaupun ketika melaksanakan ibadah tawaf atau sewaktu mengelilingi Ka’bah, rata-rata jemaah haji atau umrah pastinya berkesempatan untuk melihat Hajarul Aswad meski dari jarak jauh sahaja.
Namun, tak semua tetamu Allah dikurniakan rezeki untuk mendekati apatah lagi menyentuh dan mencium Hajarul Aswad. Selalunya, jemaah yang mempunyai keinginan mencium Hajarul Aswad perlu berusaha dan bergelut dengan jemaah lain yang juga mempunyai tujuan sama, kerana ibadah tawaf dilaksanakan secara berjemaah.
Hanya Berbekalkan Senyuman, Nazim Puas Hati, Meski Hanya Kucup Penjuru Yamani
Tetapi lain pula dengan apa yang dialami oleh aktor kacak, Nazim Othman apabila baru-baru ini tular di laman Tik Tok video detik-detik indah memaparkan Nazim yang berada di tengah-tengah kesesakan ribuan jemaah di hadapan Kaabah yang sedang berusaha mendekati Hajar Aswad.
Namun Nazim puas, dengan hanya berbekalkan senyuman dan begitu bersahaja dia direzekikan mengucup penjuru Yamani, iaitu tempat terletaknya batu asal yang tidak pernah diubah menghala ke arah negeri Yaman.
Penjuru Yamani atau lebih dikenali sebagai Rukun Yamani ini, terletak di posisi sejajar dengan Hajar Aswad. Ketika melakukan tawaf sunat, adalah sunnah untuk menyentuh rukun Yamani. Kawasan ini juga dikatakan sebagai kawasan mustajab untuk berdoa.
Menerusi video berkenaan dapat dilihat riak wajah bahagia terpapar diwajah Nazim. Dirinya kelihatan begitu berpuas hati dan tersenyum usai mengucup batu itu biarpun sedang berada dalam asakkan orang ramai.
Apa Agaknya Amalan Yang Sering Dilakukan Nazim?
Meninjau ke ruangan komen, Hijabista mendapati rata-rata warganet meluahkan rasa sebak mereka selepas melihat kegigihan pelakon itu untuk mengecapi momen yang diimpikanya itu. Meski tak dapat mengucup batu Syurga Hajarul Aswad.
Malah, ada yang menyatakan bahawa disebalik riak wajah puas yang dipaparkan Nazim. Namun, seperti ada sesuatu perkara terpendam yang tak terluahkan yang sedang ditanggung dirinya.
Ada juga yang ingin mengetahui apakah amalan atau kebaikkan yang sering dilakukan Nazim sehingga Allah permudahkan segala urusan di Tanah Suci Mekah.
Sekadar info, adalah sangat istimewa jika jemaah yang menunaikan ibadah Haji dan Umrah berkesempatan menyentuh dan mencium Hajarul Aswad.
Hajarul Aswad terdiri dari lapan keping batu yang terkumpul dan diikat dengan lingkaran perak. Menurut, sumber batu hitam itu kini sudah licin kerana sering di kucup, dicium dan diusap oleh ribuan manusia sejak zaman Nabi Ibrahim a.s lagi.
Seperti yang kita ketahui, tidur adalah aktiviti yang memberikan tubuh dan minda kita untuk berehat. Mungkin anda pernah mengalami masalah hendak tidur. Walau bagaimanapun jika mata ‘gagal’ lelap, bagaimana tubuh dan minda dapat berehat?
DOA SUSAH HENDAK TIDUR
Adakalanya, datang penyakit susah nak tidur. Badan penat, mata mengantuk tapi bila baring tidak boleh hendak lelapkan mata. Mungkin sebab otak kita banyak sangat berfikir bukan?
Jadi, jika ada masalah susah hendak tidur, boleh amalkan doa ini.
Allahumma ghaaratin nujuumu wa hada’atil ‘uyuunu wa anta hayyun qayyuumul laa ta’khudzuka sinatuw wa laa nauum, yaa hayyu yaa qayyuumu ahdi’lailii, wa anim ‘ainii.
“Ya Allah.. bintang telah redup, mata telah memejam dan Engkau Maha Hidup terus menerus mengurus mahkluk. Tidak menimpa-MU rasa ngantuk dan tidur. Wahai Dzat Yang Maha Hidup dan Maha Mengurus mahkluk, tenangkanlah malamku dan tidurkanlah mataku.”(HR. Ibnu Sunni)
Kalau susah hendak tidur, zikir dan cuba tenangkan diri dan kosongkan fikiran. Jangan banyak fikir perkara yang lepas ataupun yang akan terjadi esok. Insha Allah mudah anda hendak tidur.
Sebelum tidur disunnahkan untuk menutup pintu, tingkap, memadamkan api dan lampu.
Berwuduk, bermuhasabah diri, mengibas-ngibas tempat pembaringan sebanyak 3 kali dan berbaring miring sebelah kanan.
Setelah itu, bacalah ayat Kursi, 3 qul iaitu surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas. Hembuskan pada tapak tangan dan usapkan ke seluruh anggota badan. Amalkan rutin ini setiap malam sebelum anda melelapkan mata.
HIJABISTA: Waktu malam adalah waktu untuk kita berehat selepas seharian penat bekerja. Lapangkan fikiran, tarik nafas dalam-dalam. Baca amalan doa dan zikir-zikir seperti yang dikongsikan ini.
Sedar tak sedar, sudah lebih setahun pelakon jelita dan juga suri hati kepada aktor Harris Alif iaitu Intan Nurladyana Muhammad Yahaya, 41 atau lebih dikenali dengan panggilan Intan Ladyana tampil dengan penampilan bertudung serta menutup aurat.
Masih segar di ingatan Hijabista, saat pertama kali pelakon itu memuat naik sekeping gambarnya memakai hijab menerusi laman Instagram pada Oktober tahun lalu, lantas membuatkan ramai yang teruja melihat perubahan imej ibu kepada Eviee Khadeeja itu.
Malah ketika itu, ruangan komen Intan dihujani dengan komen-komen positif ang mendoakan agar pelakon yang pernah membintangi filem Adnan Sempit Sawadikap ini kekal istiqamah dengan imej sopan berkenaan.
Intan Akui Kini Lebih Peka Dan Memilih Watak
Tampil cantik berhijab, kini penampilan Intan masih lagi menjadi tumpuan serta sorotan wargamaya hingga followers mencecah jutaan pengikut.
Berbicara mengenai penghijrahannya itu, isteri kepada pelakon Hariss Aliff ini menyatakan bahawa dia perlu menjadi lebih peka dan memilih dalam menerima tawaran berlakon. Hal ini kerana, perubahan imejnya harus selari dengan jenis watak yang akan dilakonkan.
Bagi saya, tidak ada apa-apa isu sekiranya saya bersifat selektif kerana kebanyakkan artis hari ini sudah memakai hijab dan banyak yang menerima tawaran berlakon. Jadi, saya tidak menjadikan itu sebagai halangan.
Menurutnya, dia bukan sahaja harus memilih tawaran berlakon kerana perubahan imejnya itu, malah juga disebabkan statusnya sebagai seorang isteri dan ibu yang semestinya mempunyai batasan.
Intan Belajar Banyak Perkara Sejak Bergelar Ibu
Apabila disoal mengenai perkembangan rumah tangganya, Intan teruja menyatakan bahawa segalanya dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Malah, banyak perkara yang dipelajari sejak dikurniakan puteri sulungnya, Eviee Khadeeja.
“BANYAK BENDA YANG SAYA BELAJAR WALAUPUN SELAMA INI SAYA INGAT SAYA DAH TAHU, SETIAP HARI PASTI ADA BENDA BARU YANG SAYA BELAJAR. SEMUANYA BAIK-BAIK BELAKA.”
Untuk rekod, pasangan Intan dan Harris mendirikan mahligai cinta bersama pada 5 Februari 2021 di Kuala Lumpur.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari majalah NONA
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...