Terdahulu Hijabista ada memaklumkan tentang keadaan pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana yang terpaksa dikejarkan ke Hospital sebaik sahaja pulang dari percutian di Dubai, berikutan kepenatan melampau.
Namun, perkongsian terbaharu Sarah menerusi laman Instagram miliknya, berkongsikan tentang perkembangan terkini dirinya yang sudah kembali sihat dan lebih bersemangat membanting tulang empat kerat demi sesuap rezeki buat dia dan anak-anak telah membuat netizen membuka mata.
“Alhamdulillah, Allah bagi sihat. I’m back to work.
“Ain’t no stopping a hustler, we get up everyday and work 🥰,” tulis Sarah ringkas pada ruangan kapsyen hantaranya itu.
Semangat, ketabahan dan kecekalan yang ditonjolkan Sarah meski diuji dengan pelbagai ujian berat dalam kehidupannya, berjaya membuatkan warganet ‘tabik’ sekaligus terinspirasi untuk mengikut jejak langkahnya yang sentiasa tenang menghadapi ujian yang diberikan Allah.
Ads
Malah, ramai diantara warganet yang mahu mencontohi Sarah dan mengangkatnya sebagai role-model #womanpower dek kerana aura positif yang sentiasa dimilikinya.
Susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga bulan Ramadan, status bazar makanan menjadi tanda tanya bagi semua pihak, tidak mengira kepercayaan yang menantikan acara tahunan ini tetapi, kerajaan telah memutuskan bahawa bazar Ramadan pada tahun ini dibatalkan.
Namun sebagai rakyat Malaysia, yang sangat mencintai juadah-juadah yang sinonim dengan bulan Ramadan, ini bukanlah satu halangan untuk kita merasai lemang dan rendang. Ini merupakan sesuatu yang FashionValet akan cuba capai untuk mengekalkan semangat dan kegembiraan bulan Ramadan.
FashionValet, atau lebih dikenali sebagai FV, sebuah platform e-dagang dengan fokus terhadap modest fashion, bukan sahaja akan menengahkan koleksi busana raya yang cantik pada tahun ini, malahan akan memperkenalkan bazar atas talian iaitu FVBazaar. Ia merupakan satu inisiatif untuk membantu peniaga tempatan berhubung dengan lebih ramai pelanggan, dengan harapan, para peniaga akan terus berpeluang untuk menawarkan juadah mereka sama seperti di bazar Ramadan secara fizikal.
2. Senaraikan menu serta butiran untuk pelanggan memesan terus dari mereka.
Cth: sate, ayam percik, kuih-muih Melayu atau air tebu
NOTA: FVBazaar secara percuma dan tanpa komisen
3. Pelanggan akan dibawa ke mircosite dari laman web FashionValet, di situ, semua peniaga di seluruh negara akan disenaraikan dan boleh ditapis mengikut lokasi pelanggan sama ada Kuala Lumpur, Sabah atau Sarawak.
Penghubung antara peniaga dan pelanggan
FashionValet hanya bertindak sebagai penghubung untuk memberi pendedahan kepada penjual dan tidak akan terlibat dalam transaksi serta penghantaran kerana pelanggan akan menghubungi penjual secara langsung.
FashionValet berharap ia akan dapat membantu meluaskan lagi penontonnya dan ini adalah satu inisiatif untuk membantu peniaga makanan dan minuman tempatan sebagai alternatif lain yang boleh menjana pendapatan mereka. Walaupun tidak dikenali dengan industri makanan, platform e-dagang ini berharap, peniaga dapat mengambil peluang lalu lintas tinggi harian mereka sebagai satu kelebihan untuk menjual.
“Saya terima banyak pesanan dari peniaga makanan dan minuman yang tidak dapat menjana pendapatan yang cukup dan mahukan bantuan saya di media sosial”, kata Vivy Yusof, Ketua Kreatif Kumpulan dan Pengasas bersama FashionValet yang mempunyai pengikut sebanyak 1.8 juta di Instagram. “Saya mungkin tak dapat untuk mengulas beratus-ratus peniaga satu hari, jadi idea ini timbul supaya mereka dapat dibantu sekali gus,” katanya.
Bergabung mengumpul dana membeli dan menjahit PPE
Pada peringkat awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), FashionValet telah melancarkan tabung Covid-19 dengan kerjasama IMARET dan MODA untuk membantu komuniti pereka dan kreatif membeli dan menjahit Peralatan Perlindungan Diri (PPE) untuk kegunaan barisan hadapan kita, dan sekarang dengan adanya FVBazaar untuk membantu peniaga tempatan. Dana Covid-19 mereka sudah mengumpulkan sebanyak RM1.5 juta, manakala dana untuk pakaian PPE pula berjumlah lebih dari RM300,000. Pautan untuk menderma boleh didapati di laman web FashionValet dan orang ramai dialu-alukan untuk terus menyumbang.
FVBazaar akan dilancarkan secara atas talian pada 17 April 2020 dan akan terus beroperasi sepanjang bulan Ramadhan kerana permintaan servis penghantaran ke rumah telah meningkat. FashionValet menggunakan sumbernya untuk memasarkan kempen ini kesemua saluran mereka untuk memastikan ia berjalan dengan jayanya serta membantu peniagaan tempatan menjadi lebih mesra dalam bidang e-dagang.
Hebahkan berita ini dan pastikan rakan dan ahli keluarga anda tahu mengenai FVBazaar! Layari www.fashionvalet.com untuk maklumat lanjut mengenai cara pendaftaran. Pendaftaran dibuka mulai hari ini!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Rezeki Allah SWT itu sangat luas. Keluasannya itu sehingga mampu memberi kebahagiaan kepada seluruh umat manusia di muka bumi. Jadi, usahlah kita sebagai hambanya selalu mengatakan bahawa rezeki Allah itu tidak mencukupi.
Malahan, sebagai umat Islam, kita seringkali disarankan untuk mengamalkan pelbagai amalan untuk memperolehi rezeki daripada-Nya. Pelbagai doa mahupun zikir yang boleh anda amalkan supaya diberi keluasan rezeki oleh-Nya. Berikut Hijabista senaraikan tujuh jenis zikir yang hijabi boleh jadikan amalan setiap hari.
Mengucapkan ‘La Hawla Wala Quwwata Illa Billah’
“Barang siapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan ‘La hawla Wala Quwwata Illa billah” (HR. At- Tabrani)
Barangsiapa setiap hari membaca ‘La ilaha illallahul malikul haqqul mubin’ maka bacaan itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).
“Dari setiap Kalimat itu seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada ALLAH Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan Untukmu”. (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)
“Barang siapa membaca Surat Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya” (HR. AtTabrani)
Bacalah Surah Al-Waqiah
Barang siapa membaca surat Al-Waqiah setiap malam maka TIDAK akan ditimpa kesempitan hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)
Perbanyakkan Selawat Ke Atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW
Dari Umar bin Khaththab dari Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda : Barangsiapa Berselawat kepadaku satu kali Selawat maka ALLAH akan membalas sepuluh kali selawat dan mengangkatnya sepuluh darjat”. (Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul).
Basah Lidah Dengan Istighfar
“Barang siapa melazimkan Beristighfar nescaya ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah yang tidak diDuga-Duga” (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)
Doa Jemput Rezeki
“Ya ALLAH berikanlah kami rezeki yang Luas, yang halal lagi baik tanpa memberatkan kami. Jika rezeki kami ada di langit maka turunkanlah. Jika ada di bumi maka keluarkanlah. Jika jauh maka dekatkanlah. Jika dekat maka mudahkanlah. Jika sedikit maka banyakkanlah. Berkat keagungan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala apa jua bentuk rezeki yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh. Kabulkanlah doa kami.. Aamin yarabbalamin”.
Kebanyakan hijabi pasti akan mencuci rambut pada waktu malam kerana kadangkala tidak sempat untuk mencucinya pada waktu pagi dek kerana mengejar waktu mahu ke tempat kerja ataupun ke kelas. Tambahan lagi kalau lewat bangun, manalah sempat nak cuci rambut kan? Rambut tak kering nanti akan menyebabkan kepala berbau pula.
Yang menjadi masalah bila cuci rambut pada waktu malam adalah tertidur awal tanpa sempat mengeringkan rambut. Jangan begitu hijabi. Sebenarnya tidur dengan rambut yang basah tidak baik untuk kesihatan.
Hijabista kongsikan 3 kesannya pada kesihatan sekiranya anda tidur dengan rambut yang basah.
1. Sakit Kepala
Tidur dengan rambut yang basah boleh menyebabkan anda terkena sakit kepala kerana suhu kepala yang sejuk tidak sesuai dengan suhu tubuh yang hangat. Apatah lagi kalau anda tidur dengan rambut berbungkus tuala.
Keadaan ini akan menyebabkan kelembapan di kepala bertahan lebih lama hingga mempengaruhi peredaran darah pada kulit kepala. Darah menjadi tidak lancar dan akhirnya menyebabkan anda sakit kepala.
2. Diserang Selesema
Jika anda tidur dalam bilik yang sejuk ditambah dengan rambut yang basah, tubuh akan lebih mudah terkena jangkitan selesema. Ketika tubuh terkena udara sejuk, sistem pembuluh darah pada hidung akan menyempit. Keadaan itu akan mempengaruhi sel darah putih di mana ia akan menjadi lebih lambat untuk melawan infeksi tubuh.
3. Rambut Rosak
Tidur dengan rambut basah akan membuatkan pori-pori pada kulit kepala dan helaian rambut menjadi lembap serta rapuh kerana ia dibiarkan lembap semalaman. Akhirnya, rambut pun akan menjadi lebih mudah gugur dan rosak.
4. Infeksi Kulit Kepala
Bantal merupakan tempat untuk bakteria berkembang kerana ada peluh, kotoran, debu, sel-sel kulit mati dan air liur. Jadi sekiranya anda tidur dengan rambut yang basah, bakteria akan lebih aktif berkembang pada bantal sekali gus meningkatkan risiko infeksi atau iritasi pada kulit kepala.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...