
Pelakon popular, Elfira Loy tersenyum lebar tanda syukur kerana akhirnya hajat untuk menimang cahaya mata perempuan menjadi kenyataan. Perkhabaran baik ini dikongsikan olehnya sendiri di laman Instagram.
Kongsi Elfira, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk memiliki bayi perempuan. Walaupun sebenarnya dia tidak kisah tentang jantina cahaya matanya, namun jauh di sudut hatinya, dia mahukan bayi perempuan. Namun, perancangan Allah itu adalah yang sebaik-baiknya. Elfira bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi. Perkongsian ini dikongsikan menerusi Insta Storiesnya.
Berbicara soal nalurinya sebagai seorang ibu, menurut Elfira, dirinya memang sudah rasa kehadiran bayi perempuan dalam kandungannya.
Ramai yang tidak sabar dan amat teruja untuk menantikan kehadiran puteri pasangan romantis Elfira Loy dan Faris Khairol Anuar.
Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019 dan dikurniakan seorang putera sulung bernama Muhammad Rayyan Khalaf pada Oktober 2019.
Team Hijabista mendoakan agar dipermudahkan segala urusan Elfira Loy dan suami dan juga turut berdoa agar bayi yang bakal dilahirkan menjadi anak yang solehah. InsyaAllah Amin YRB.
Sumber gambar: Instagram Elfira Loy
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Setelah ‘Try & Error’ Lepas Setahun Guna, Inilah 15 Pilihan ‘Sunblock’ Paling Bajet & Sesuai Ikut Jenis Kulit

Isi Kandungan
ToggleSebagai wanita, kita memang perlu menjaga kecantikan wajah. Selain bedak asas, pemakaian sunblock itu juga penting terutama bagi hijabi untuk mengelakkan masalah seperti anti-aging.
Penggunaannya perlu setiap hari untuk menjaga kulit wajah agar tidak terlihat kusam. Pelbagai lambakan produk sunblock yang dijual di pasaran dan setiap satunya mempunyai kelebihan tersendiri.
Perkongsian dari seorang pengguna di twitter melalui akaun @twtkecantikan setelah setahun ‘try and error’ penggunaan 16 sunblock yang sangat sesuai mengikut jenis kulit wajah seseorang.
1. Produk ini tidak berminyak dan cepat serap peluh.
2. Mempunyai tekstur seperti losyen putih. Langsung tidak menyebabkan wajah jadi ‘burn’ walaupun di bawah panas terik.
3. Sangat meyakinkan untuk pembelian seterusnya.
4. Sesuai digunakan untuk kulit normal dan kering.
5. Bersifat matte, cepat serap dan tidak melekit.
6. Boleh dipakai dari pagi hingga petang tanpa meninggalkan kesan berminyak.
7. Apabila dipakai, muka jadi lebih ‘smooth’ seperti memakai bedak debu.
8. Berwarna seperti merah jambu dan membuatkan liang pori menjadi kurang jelas kelihatan selepas memakainya.
9. Tekstur seperti gel losyen, cepat serap dan tidak melekit.
10. Turut berfungsi untuk memutihkan kulit wajah. Juga untuk memudarkan parut jerawat dan jeragat.
12. Teksturnya seperti ‘milky gel’ dan turut berfungsi untuk memutihkan kulit wajah.
13. Berfungsi sebagai 2 in1 iaitu untuk pelembap dan pelindung cahaya matahari.
14. Juga berfungsi untuk mencerahkan kulit wajah.
15. Harga berpatutan dengan tekstur krim putih. Ssuai untuk kulit wajah normal dan kering
16. Cepat serap dan tidak melekit. Boleh juga digunakan untuk aktiviti ‘indoor’.
Tetapi peringatan untuk mereka yang pakai. Kalau boleh tanggalkan kesan mekap terdahulu sebelum sapukan pada wajah.
Feedback dari netzien lain yang telah menggunakan beberapa produk disenaraikan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pernah Alami ‘Bankrap’ Bekas Guru Ini Tak Serik Berniaga & Lahirkan 8 Jutawan. Rahsianya Pada Kitab Al-Quran!

Isi Kandungan
ToggleBukan mudah seseorang itu untuk berjaya mendaki ke puncak. Pelbagai rintangan dan dugaan perlu ditempuhi sebelum duduk selesa dengan apa yang diimpikan sebelum ini. Pengalaman menjadi ‘bankrap’ menjadi titik tolak kepada kejayaan anak muda kelahiran Sabah ini. Pernah bergelar cikgu sebelum ini, Sudirman Abdul Rahman 35 tahun, boleh dianggap sebagai seorang insan yang tidak cepat mengalah.

Semuanya bermula apabila berdepan dengan saat menghadapi krisis kewangan yang agak teruk pada tahun 2016. Ketika itu dia baru memulakan perniagaan jualan langsung dan masih belum ada cukup pengalaman.
Kutip duit atas almari & makan telur
“Ketika saya mengalami masalah kewangan. Tiada punca pendapatan dan akaun juga dibekukan. Oleh kerana malu, saya memang rahsiakan semua dari pengetahuan keluarga dan rakan-rakan.
“Sampai satu tahap saya terpaksa kutip duit-duit syiling atas almari dan duit itu saya gunakan untuk belanja selama empat bulan bagi membeli beras dan telur. Bayangkan telur sebiji saya pecahkan dalam cawan dan bahagi dua.
“Saya gunakan sumber makanan itu selama empat lima bulan sebelum produk diusahakan keluar setelah berjaya temui jalan penyelesaian,” ujar Ketua Pengarah Urusan Rezekifajar dan pengasas In3Tree.

Menurutnya yang popular dengan gelaran Cikgu Sudir (CS) ini dia sebenarnya mengalami tekanan yang sangat hebat tika berdepan masalah ini.
“Situasi yang berlaku menyebabkan saya diibaratkan seperti jatuh terduduk. Mana tidaknya secara tidak langsung hilang segala punca pendapatan. Dalam pada itu untuk menenangkan hati, saya bangun setiap Subuh dan bertahajud.
“Saya baca terjemahan Al-Quran dan akhirnya saya temui jalan dan banyak lagi maksud tersirat dalam kandungan kitab suci ini. Akhirnya dengan izin Allah saya kembali bangkit meneruskan perjuangan dalam bidang perniagaan,” tambah graduaan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam Ijazah Sarjana Muda Bimbingan dan Kaunseling.
Jadikan Al-Quran sebagai sumber rujukan
Jelasnya lagi Al-Quran itu tersimpan seribu satu perrkara. Kitab suci ini memberitahu bagaimana untuk tidak rugi dalam perniagaan. Sejak itu dia menjadikan Al-Quran sebagai sumber rujukan dalam kehidupannya.
Dia juga berkata menjadi ‘bankrap’ juga menjadi pengalaman berguna buat dirinya. Malah menurutnya sepanjang tempoh itu dia tidak boleh keluar negara dan membuat beberapa lain yang berkaitan seperti pinjaman di bank.
Cikgu Sudir ditemui ketika majlis meraikan ulang tahun In3Tree yang kedua. Majlis yang diadakan di Grand Ballroom Top Glove, Seri Kembangan dengan kehadiran kira-kira 2,000 orang itu juga dianjurkan untuk meraikan kejayaan pengedar serta pengguna Int3Tree.

“Saya sebenarnya langsung tidak menjangka akan kejayaan seperti ini. Sepanjang dua tahun menjalankan perniagaan, kami berjaya mempunyai 10,000 pengedar. Jika lalu Allah beri kita rezeki untung 30 juta dan insya-Allah tahun depan kita gandakan jadi 50 juta pula,” katanya lagi.
Lahirkan 8 jutawan
In3Tree yang bermula sejak 8 Feb 2017 kini menjangkau usianya dua tahun. Namun pencapaiannya bukan biasa-biasa, sehingga mampu melahirkan lapan orang jutawan hebat!
Majlis penuh gilang-gemilang tersebut yang diadakan di Top Glove Seri Kembangan ini turut diserikan dengan persembahan istimewa oleh penyanyi lelaki terkenal tanah air, Hael Husaini. Dalam majlis berkenaan turut diadakan cabutan bertuah dan hadiah utama berupa sebuah kereta Perodua Alza.

Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bahan Dari Seluruh Dunia Kekuatan Produk Kecantikan Rihana, Hasilnya Kulit Kembali Bersih Dan Segar

Isi Kandungan
ToggleSejak Rihanna kongsi rejim kecantikan dengan mengumumkan rangkaian produk terbaharu Fenty Skin, ramai yang tertanya-tanya kunci sebenar bahan yang terkandung dan betapa hebatnya produk ini.
Garis perawatan kulit yang diproses dalam dua tahun pembuatannya sebelum berkongsi koleksi penuh secara umum, yang merangkumi tiga produk: Total Cleans’r Remove-It-All Cleanser, Fat Water Pore-Refining Toner Serum dan pelindung matahari Hydra Vizor Invisible Moisturizer Broad Spectrum SPF 30.
Semua produk bersih, bebas minyak, vegan, bebas gluten, dan dibuat dengan bahan-bahan dari seluruh dunia, termasuk Barbados yang berasal dari negara asal Rihanna. Beberapa bahan Fenty Skin yang mungkin sudah anda ketahui, ramuan utama dalam produk Fenty Skin baru dan manfaat yang sepenuhnya untuk hasil kulit yang maksima:
Kehebatan Bahan Kandungan
Ceri Barbados
Ceri Barbados dari tanah air Rihanna, dipenuhi dengan vitamin C. Sebenarnya, ceri tropika ini mengandungi lebih banyak vitamin C daripada oren yang berfungsi untuk mencerahkan kulit. Anda boleh mendapatkan ramuan ini dalam Total Cleans’r Remove-It-All Cleanser dan Fat Water Pore-Refining Toner Serum.
Teh hijau

Manfaat teh hijau bukan rahsia lagi sebab itulah the hijau manfaat dalam minuman dan makanan juga digunakan dalam produk penjagaan kulit. Kaya dengan antioksidan, yang membantu melindungi kulit daripada penyerang persekitaran seperti pencemaran atau radikal bebas. Anda boleh menemuinya di Cleans’r Remove-It-All Cleanser dan Fat Water Pore-Refining Toner Serum.
Niacinamide
Niacinamide adalah ramuan do-it-all yang terdapat dalam pelbagai produk penjagaan kulit. Membantu mengurangkan penampilan bintik-bintik gelap dan mempromosikan warna kulit yang lebih sekata. Terdapat di dalam Serum Toner Fat Water Pore-Refining dan Hydra Vizor Invisible Moisturizer Broad Spectrum SPF 30 Sunscreen.
Gingko Biloba
Gingko biloba adalah pohon yang berasal dari China, dan dijumpai sebagai ramuan dalam Fenty Skin Cleans’r Remove-It-All Cleanser. Bahan ini sering digunakan dalam teknik penyembuhan Cina kuno untuk merawat pelbagai masalah kesihatan. Dalam penjagaan kulit, gingko biloba membantu mengawal minyak dan membersihkan kulit.
Asid hyaluronik
Sekiranya anda pecinta kecantikan, kemungkinan anda pernah mendengar tentang kehebatan bahan ini dalam penjagaan kulit. Asid hyaluronik boleh didapati dalam banyak produk di pasaran, kemampuannya menahan kelembapan dan menghidrat kulit secara mendalam. Anda boleh menemuinya di Pelindung Matahari Hydra Vizor Invisible Moisturizer Broad Spectrum SPF 30.
Avobenzone, Octisalate, dan Homosalate
Sekiranya anda tertanya-tanya adakah Hydra Vizor Invisible Moisturizer Broad Spectrum SPF 30 Sunscreen adalah pelindung matahari kimia atau fizikal. Krim ini menyerap ke dalam kulit untuk melindungi dari sinar UV daripada menyekatnya secara fizikal. Rihanna memastikan produk tersebut diformulasikan tanpa bahan kimia oxybenzone atau octinoxate, menjadikannya selamat untuk terumbu karang.
Quince
Quince adalah buah langka yang tumbuh di pohon yang berasal dari iklim kering dan kasar seperti Asia Barat, Azerbaijan, Turki, Georgia, Iran utara, dan Afghanistan. Menyerupai pir, dan diselitkan dengan mineral untuk membantu menghidrat. Bahan ini terdapat di dalam Cleans’r Remove-It-All Cleanser.
Witch Hazel
Witch hazel telah menjadi bahan buzz selama bertahun-tahun, yang dikenal dapat membantu memperbaiki liang pori dan mengurangkan minyak di kulit dan juga terdapat dalam Fat Water Pore-Refining Toner Serum.
Baobab
Baobab adalah pokok Afrika yang menanam buah super kaya nutrien. Bahan ini membantu menghidrat kulit dan terdapat di Hydra Vizor Invisible Moisturizer Broad Spectrum SPF 30 Sunscreen.
Pokok Kismis Jepun
Pokok kismis Jepun telah digunakan di Asia selama lebih dari 1,000 tahun dan sarat dengan manfaat detoksifikasi semula jadi. Anda boleh mendapatkannya di dalam Fat Water Pore-Refining Toner Serum.
Bunga Kaktus
Untuk meningkatkan penghidratan, anda akan menemui bunga kaktus di dalam Fat Water Pore-Refining Toner Serum. Tumbuhan ini tumbuh subur di padang pasir yang menjadikan bahan tersebut menghidrat kulit.
Melon Kalahari
Melon Kalahari adalah sejenis tembikai liar yang boleh didapati di seluruh dunia. Kaya dengan antioksidan dan vitamin yang membantu memulihkan dan melindungi kulit serta hidrat. Anda boleh menemuinya di Pelindung Matahari Hydra Vizor Invisible Moisturizer Broad Spectrum SPF 30 Sunscreen.
Rangkaian Produk Bukan Untuk Wanita Sahaja
Melalui sidang media, baru-baru ini, perkongsian Sean Garrette sebagai duta global Fenty Skin bagaimana dia boleh tampil dalam bidang kecantikan. Sebagai pakar estetika lelaki kulit hitam, karya Garrette bermaksud mengganggu norma kecantikan jantina di dalam dan di luar talian, terutama di bilik rawatannya. Dia menjelaskan bagaimana dia sering mengesyorkan produk pelanggan wanita yang berfungsi pada kulitnya sendiri,
“Memiliki rutin penjagaan kulit yang sihat benar-benar universal tanpa mengira jantina,” katanya. Ini lebih berkaitan dengan keperluan penjagaan kulit atau keadaan kulit khusus anda ia tidak ada kaitan dengan jantina anda. ”

Kesungguhannya yang tegas untuk tampil di ruang kecantikan sebagai dirinya yang asli menunjukkan bahawa tidak lain adalah Rihanna yang mendorongnya untuk menjadi duta global jenama penjagaan kulitnya, Fenty Skin.
Kami bertemu dengan “terapis kulit” yang diisytiharkan sendiri untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perjalanannya bekerja dengan superstar global, serta hubungannya dengan kecantikan dan rawatan diri dan tujuannya untuk memecahkan lebih banyak halangan budaya dalam kulit dalam industri ini.
Bagi Garrette, catatan ini adalah kaedahnya untuk mengisi kekosongan selama berabad-abad dalam industri kecantikan dan merapatkan jurang akses kesihatan dan penjagaan kulit di komuniti. Dengan setiap pos, dia bertujuan untuk mendidik pengikutnya bukan hanya tentang cara mencapai kulit yang sihat dan bersinar, tetapi juga untuk memecahkan rantaian budaya dan masyarakat yang memberi kesalahpahaman, meletakkan jantina pada kecantikan, dan seterusnya mendorong terjadinya hubungan dalam hubungan lelaki kulit hitam dengan kecantikan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI