
Penyanyi Aina Abdul berjanji akan menjaga sensitiviti berpakaian ketika beraksi di konsert A Night With Aina Abdul 2.0 (ANWAA 2.0) Live at Istana Budaya yang berlangsung pada 25 dan 26 Jun ini.
Masih mengekalkan identiti dalam berfesyen, Aina mengambil kira semua saranan yang diberikan oleh orang ramai.
“Setiap malam konsert ANWAA 2.0, saya akan pakai busana berbeza. Saya bakal memperagakan 10 persalinan busana hasil ciptaan pereka fesyen tempatan sepertI Melinda Looi, Zaimi Zulkafli, Rizman Ruzaini, Tsyahmi, Wan & Mary, Behati, Khuntumn dan Masyadi Mansoor.
“Saya tetap mengekalkan identiti Aina Abdul iaitu berani bereksperimen dalam berfesyen, tetapi saya mengambil kira saranan orang ramai dan akan menjaga sensitiviti agar tidak terkait isu panas.
Unik dan tersendiri
“Baju yang saya gayakan mempunyai maksud tersendiri dan ada juga bersifat ekstravaganza seperti yang selalu saya pakai. Tunggu dan lihat hasilnya nanti, saya memang tak sabar,” kata Aina.
ANWAA 2.0 menjadi medan Aina menonjolkan bakat sendiri dan sebagai salah satu tanda terima kasih Aina kepada semua peminat yang selama ini tidak pernah berhenti menyokong. Bersyukur segala persiapan berjalan lancar, Aina memohon agar perjalanan konsert dipermudahkan.
“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Konsert ini menjadi tanda usaha gigih saya dan team Aina Abdul Entertainment untuk memberikan sesuatu untuk peminat.
“Kalau boleh pada malam konsert, saya nak penonton sama-sama menghayati apa yang saya cuba sampaikan, sama-sama menangis, sama-sama ketawa, sama-sama menyanyi.
“Saya nak semua puas menyaksikan ANWAA 2.0 dan saya memohon doa semua peminat agar perjalan konsert selama dua malam dipermudahkan, Insya-Allah,” katanya lagi.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Akak Tak Nazak, Pandai2 Je Cakap Hidup Tak Lama”- Akhirnya Ardell Jawab Persoalan Netizen Status Terbaru Dirinya

Isi Kandungan
ToggleStatus pelakon kecil molek yang kini sudahpun berhijrah, Ardell Aryana mengundang persoalan di kalangan netizen yang tertanya-tanya adakah dia sedang menderita sakit. Jika dilihat di laman instagramnya juga pelakon ini menjalani rutian harian seperti biasa. Cuma penampilannya kini jauh sudah berubah dari sebelumnya. Setelah lama berdiam diri, akhirnya dalam satu posting di laman instagram, Ardell menjawab persoalan yang bermain di fikiran netizen dan salah satu berkaitan soal mati. Dia juga memberitahu dirinya tidak nazak seperti disangka ramai.
Menurut Ardell soal ajal maut bukan terletak di tangan kita sebaliknya ia milik Allah. Bukan disebabkan penyakit saja, malah orang yang sihat juga boleh meninggal dunia jika sudah ketentuanNya.
Ini jawapan Ariel kepada yang bertanya status terbaru dirinya:
Ramai yang DM & EMAIL saya . Soalan mereka : 1)macam mana untuk sentiasa happy walau hakikat nya bertentangan ? Jawapan : Apa bila kita membahagia kan orang lain secara spontan kita juga terlihat bahagia & happy
Mahu jadi sekuat wanita besi
2) macam mana boleh jadi sekuat ini ?? Jawapan : Kekuatan kita hanya pinjaman, nak kata kuat kita semua manusia biasa kadang kental kadang rapuh ( tapi sy tetap pilih untuk jadi wanita BESI)
Kalau rasa down, sentiasa ingat orang lain lagi besar dugaannya terutama di negara di landa perang
3) Apa akak buat bila rasa sedih down ??? Jawapan : Bila saya rasa macam tu , 1 je saya fikir … jika kita merasa apa ujian kita lalui terlalu perih & sukar ( lihat la manusia lain di negara perang yang lebih perih ujian dari kita ) sampai rasa kecil sangat dugaan kita.
Tahu tak sihat & hidup tak lama? Ajal maut bukan di tangan kita dan bukan nazak seperti yang disangka
4) Bila tahu tak sihat , tak dapat hidup lama apa akak buat ???? Jawapan : Ajal maut bukan di tangan kita dik , bukan sebab Penyakit je boleh meninggal .. orang sihat pun boleh meninggal , sakit biasa2 pun boleh meninggal jangan la tanya soalan cmni ok (akak tak nazak, soalan adik yang nazak sgt akak baca pandai2 je cakap hidup xlama
Soal kahwin serahkan pada Allah, kalau panjang umur, adalah jodoh dunia. Kalau tiada maka tiadalah…
5) Agak-agak Akak merasa ke tak untuk rasa cinta manusia yakni berkahwin , kalau akak ada someone nanti berkahwin akak tak rasa membeban kan dia ke , tak kesian ke kat suami nanti??? Jawapan : kalau ajal je di tangan tuhan inikan pula jodoh dik, kalau tuhan kata panjang umur panjang lah jodoh ( ada la jodoh dunia ) kalau takde maka takde la . Entah lah jawapan last ni susah sikit, sebab kalau nak kata kesian bukan jodoh je .. ( saya punya kakak kandung sendiri terpaksa amik cuti 4 bulan di tempat keje dihospital nya hanya kerana untuk menjaga saya di rumah, dan bawa saya kesana kemari bekerja, menjahit,memasak , shopping , berjalan.. SAYA ok je bukan nya sakit ape sangat tapi akak risau & saya masih ada kaki untuk berjalanok ) itu pun kadang rase menyusahkan , tapi ape saya perlu buat untuk tak menyusahkan orang ?
Teruskan hidup seperti biasa, suka lakukan apa sahaja & jangan push diri
BANGKIT la … terus kan hidup mcm biasa , keluar, kerja, buat itu buat ini .. apa yang saya rasa saya suka just do it . Kalau penat berhenti , jangan push diri . Kalau boleh just buat tanpa tapi atau nanti . Dah namanya dunia ni pentas ujian , maka hadapi dengan tenang . Paksa diri jadi hebat di mata orang yang sayangi kita .
Bukan sahaja menjawab persoalan sebelum ini berkenaan status dirinya, Ardell juga rajin berkongsi ilmu dengan followernya.
Terbaru di laman instagramnya, Ardell memberi peringatan tentang tiga perkara tidak pernah tersalah alamat dalam kehidupan kita sebagai hambaNya. Soal jodoh, rezeki dan ajal maut.
Pelakon yang popular dengan drama ini juga turut mengingatkan bahawa dalam rezeki kita juga turut ada rezeki orang lain dan menyuruh berkongsi bersama rezeki yang diberi oleh Allah.
Biarpun begitu, netizen tetap mendoakan kesejahteraan dirinya yang kini sudah berhijrah dengan penampilan memenuhi ciri wanita Muslimah.
Tiada lagi baju atau seluar ketat, sebalknya digantikan dengan jubah besar dan sesekali dia memakai niqab dan juga OOTD yang bersesuaian.
wahydahwaty Semoga Allah memberi kekuatan dan umur yg pnjg lg berkat….sihat walafiat…doa akak dr sabah sentiasa bersama ardell..Aamiin Aamin yarob
hakimie_zynie Alhamdulilah,kak smakin sihat and cntik…be strong @ardellaryana
lailysuh Suke lah tgok akak ni betudung labuh. .makin cantik
shikin.aryffin Assalamualaikum kak semoga sentiasa dirahmati dalam lindungan allah swt …dan sentiasa di murah kan rezeki insyallah …we love you kak stay strong kak @ardellaryana saya sentiasa doakan akak
nurulizzati.ty You are so pretty…may Allah bless you always and stay strong
nura_shikyn Love the way u spread positivity to people out there including myself,I hope to meet you one day in shaa allah
KREDIT FOTO: INSTAGRAM ARDELL ARYANA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Eh! Jangan Terus Tuduh Jin, Ini Sebabnya Kita Rasa Seperti Ditindih Waktu Tidur

Isi Kandungan
TogglePasti ada di antara kita yang pernah merasakan seperti sedang ditindih sewaktu sedang tidurkan? Ada yang kata itu merupakan angkara jin namun tahukah anda sebenarnya fenomena ini boleh dijelaskan daripada sudut sains.
Menurut Public Health Malaysia, sleep paralysis ialah kelumpuhan yang berlaku ketika permulaan tidur ataupun sejurus selepas tersedar dari tidur.


Antara faktor terjadinya situasi ini ialah :-
Bagi mencegahnya daripada terjadi, anda bolehlah amalkan beberapa kaedah ini:-

Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Stail Turban Dua ‘Influencer’ Ini, Popular & TRENDING Dikalangan Hijabi

Isi Kandungan
ToggleSeiring dengan perkembangan fesyen terkini, pelbagai gaya dan stail tudung yang telah muncul. Wanita berhijab kini lebih kreatif dan bijak menggayakan seleksi tudung pilihan mereka mengikut cita rasa masing-masing.
Apatah lagi dengan adanya media sosial seperti instagram, membuatkan hijabi berlumba-lumba untuk tampil up to date dengan gaya baru yang dicipta sendiri atau inspirasi dari selebriti mahupun ‘influencer‘.

Mesti anda pun dah bosan asyik menggayakan tudung bawal atau selendang kan? Ha… apa kata anda cuba tukar gaya kepada stail turban pula. Gaya turban ini sangat senang kerana anda hanya perlu tutup rambut, lilit-lilit, pin atau ikat dan siap! Ringkas, mudah digayakan dan mampu menonjolkan penampilan sempurna membuatkan ada segelintir wanita begitu menggemari pemakaian tudung ala serban (turban) ini.
Tambahan itu, kelebihan turban ni adalah anda tak perlukan banyak pin atau jarum peniti, malah lebih mudah berbanding gaya tudung yang lain. Jadi, harini Hijabista nak berkongsi kepada anda beberapa tutorial dan cara styling turban oleh pempengaruh media sosial atau ‘influencer’ iaitu Aida Razman dan Sofea Shra yang senang untuk anda ikut;
1.Selendang turban (layered)
Watch on TikTok
Turban jenis ini sesuai bagi anda yang bakal menghadiri dinner night. Hanya perlu sesuaikan dengan warna baju dan #OOTD anda. Yang penting jangan lupa untuk pakai inner neck!
2. Turban menggunakan bawal (dan inner neck)
Watch on TikTok
Stail turban ini tersangatlah mudah dan tidak mengambil masa yang lama untuk bersiap. Yang paling penting, jangan lupa pinkan bahagian yang perlu supaya tudung anda secure dan tidak bergerak sepanjang hari.
3. Turban bawal ikat belakang
Jenis tudung yang Sofea gunakan adalah jenis printed shawl. Dengan bermacam-macam jenis corak serta fabrik, tudung jenis ini sangat sesuai digayakan dengan busana plain atau jubah dan dress.
4. Turban bawal tutup leher
Tipnya, stail turban jenis ini sangat bersesuaian buat tudung bawal jenis satin or chiffon. Kalau anda menggunakan tudung cotton, mungkin tak berapa nak menjadi. Kalau anda tak suka pakai turban dan nampak leher, gaya jenis ini memang tepat buat anda! Tak perlu nak pakai inner neck.
Artikel berkaitan: Stail Gaya Tudung Bawal DS Wan Azizah & YB Nurul Izzah Trend Ikutan Hijabi
5.Turban bucket hat & selendang
Watch on TikTok
Stail turban ini juga amat mudah. Hanya perlu ikat reben di belakang kemudian sarungkan bucket hat anda. Kalau anda nak tahu, bucket hat terdahulu dikenali sebagai topi para nelayan. Kini, bucket hat bertransformasi menjadi salah satu fashion item pelengkap penampilan diri. Buat hijabi yang ingin mencuba stail ini, pilih bucket hat yang bersesuaian buat sanggul anda. Untuk tip #OOTD, anda boleh padankan bucket hat dengan bomber jaket dan seluar denim.
6.Turban menggunakan selendang
Watch on TikTok
Stail ini pada asalnya direkomendasi untuk hari graduasi. Namun, stail turban ini juga sesuai digayakan untuk acara lain. Yang penting, jangan skip tutorial untuk bahagian belakang tudung. Untuk bahagian depan pula, anda bebas memilih sama ada mahu membiarkannya terurai kebelakang ataupun kalau anda nak kemas, bolehlah pin!
Artikel berkaitan: Nak Pakai Cermin Mata Tapi Takut Tudung Kembang? Cuba Ikuti 5 Tip Mudah Ini!
Sumber: Diva, Tiktok Sofea Shra dan Aida Razman
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI