Isi Kandungan
ToggleFoto terbaharu Nelydia Senrose di laman instagramnya menerima pujian apabila dia memuat naik gambarnya manis berhijab di dalam kapal terbang.
Dihujani ribuan komen positif, ramai yang menyukai penampilannya itu dan mendoakannya agar perjalanannya itu selamat tiba ke destinasi.
Nak ke mana tu Nely?
Assalamualaikum 🤍
So thrilled to be on this trip!Cuba teka Nely pergi mana?
Hint : 🕌 +🥙 +🐫 +🌴= ???🤷🏻♀️
Dubai? Abu Dhabi? Lawa dooh!
Sebelum ini, ramai yang berteka-teki mengenai penampilan terkini Nelydia apabila dia dilihat kerap mengenakan hijab selepas pulang menunaikan umrah baru-baru ini.
Apa-apa pun, sama-samalah kita doakan yang terbaik buatnya dan diri kita juga agar dapat menjadi muslimah yang lebih baik di masa akan datang. InsyaAllah.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dayah Bakar Ceria Berposing Time ‘Honeymoon’, Walaupun Pakai Baju Orang Lain Sebab ‘Luggage Stuck’
Setiap pasangan yang baru berkahwin pasti tidak lepaskan peluang untuk menikmati bulan madu. Tidak terkecuali bagi pasangan baru, Dayah Bakar dan suaminya, Kapten Hanif. Pasangan ini mengambil kesempatan bercuti dan menerokai keindahan Kashmir, India sambil mengenali hati budi masing-masing. Namun keseronokan menikmati bulan madu sedikit tercalar kerana beg pakaian Dayah Bakar mengalami masalah menyebabkan dia terpaksa menggayakan pakaian orang lain.
Menurut Dayah, gara-gara masalah luggage stuck, menyebabkan beg persalinan tidak sampai ke tangannya.
Namun dia bernasib baik kerana menurut Dayah ada seorang kakak dari Malaysia yang duduk di hotel sama telah meminjamkan satu persalinan termasuk baju dan tudung kepadanya.
Menurut Dayah kakak berkenaan berasa kasihan melihat dia yang tidak ada baju disebabkan masalah luggage stuck ini dan telah menghantar baju dan tudung terus ke biliknya.
Namun dek kerana tidak sabar untuk menikmati keindahan bumi Kashmir, Dayah tetap kekal positif dan ceria bergambar kenangan di samping suami tercinta.
Artikel Berkaitan: Dayah Bakar Pilih Berkat Hari Jumaat Langsungkan Pernikahan
Bagaimanapun masalah ini berjaya diselesaikan apabila beg baju berkenaan telah selamat sampai ke tangannya dengan selamat.
Dayah yang muat turut postingnya di laman Instagram memberitahu, dia dan suami begitu menikmati keindahan pemandangan indah di bumi Khasmir India.
Betapa dia menyatakan kekagumannya terhadap kebesaran Allah yang mencipta keindahan pemandangan yang sukar diungkap dengan kata-kata.
Dilihat dalam satu posting itu Dayah sempat menaiki kuda di salah satu kawasan pergunungan dan juga menziarah satu perkampungan yang mana kebanyakan penduduknya orang tua tetapi masih kuat mencari rezeki buat keluarga mereka.
Biarpun diingatkan untuk tidak berbuat baik kepada mereka, namuh sifat peri kemanusiaan Dayah mengatasi segala-galanya dan turut memberi sedikit rezeki kepada kumpulan orang tua berkenaan.
A post shared by #IMAMKU (New Single) (@dayahbakar) on
KREDIT FOTO: INSTAGRAM DAYAH BAKAR
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Galakan Suami Beri Semangat Dr Halina Sambung BELAJAR, Walaupun Penat URUSKAN Anak-Anak Termasuk KEMBAR
Isi Kandungan
ToggleRamai yang mengkagumi cara Datuk Dr Sheikh Muszaphar mendidik anak-anaknya. Bukan sahaja dua anak perempuan yang sudah besar tetapi juga dua kembarnya yang semakin bijak keletahnya. Ternyata angkasawan negara ini begitu menerapkan eleman kekeluargaan dalam mendidik anak-anaknya. Bukan itu sahaja, beliau juga turut memberi galakan kepada isteri tercinta, Dr Halina untuk menyambung pelajarannya.
Perkara ini diluahkan dalam laman sosial Dr Sheikh dan status ini mendapat komen positif dari followernya. Beliau berkata memang Dr Halina mahu menjadi menjadi suri rumah sepenuh masa dan menjaga anak-anak, tetapi Dr Sheikh meyakinkan isterinya untuk sambung belajar dan isterinya itu akan mengucapkan terima kasih pada beliau satu hari nanti.
Malah menurutnya lagi penting bagi anak-anak untuk melihat ibu bapa mereka sebagai ‘role model’. Kita yang perlu menjadi contoh terbaik supaya mereka akan dapat mengikut jejak langkah satu hari nanti. Apatah lagi, kanak-kanak sangat peka dan cepat belajar daripada apa yang kita lakukan.
A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on
Rata-rata memuji komitmen Dr Sheikh yang menggalakkan isterinya sambung belajar walaupun terikat dengan komitmen kerja dan keluarga.
@alvinazuhayra@roselinda5794 Subhanallah indeed it is difficult to make life choices between a successful career or a family when there are so many points of view. It is easy to be judged as a dedicated mother when choosing to be professionally successful. It is also easy to be judged as lazy when choosing to be a stay-at-home wife. Apapun moga segala keputusan yg diambil mendpt redha Allah dan wanita pasti akan lebih sejahtera minda dan fizikal jika dikembalikan pada tugasan Fitrahnya, tambahan lg jika empunya diri sudah berkehendakkan fitrah tersebut. Anyway best of luck to @drhalina semoga lulus peperiksaan dgn jayanya and become a good doctor. aminn
@hanaidros@drsheikhmuszapharwhat you’ve said is 100% right, @drhalina, you’ve given the opportunity by Allah to serve the ummah. My father always say this: a woman must work, there is no ‘but’. A woman must earn her own money, because at the end of the day the money you earn will give the freedom that another woman can only imagine.
@fvtinshairahGood luck @drhalina! Semoga Allah permudahkan jalan. I aspire to be like you someday in the future. Please make doa for me too @drhalina
@ekinmostarThank you @drsheikhmuszaphar and the rest for sharing your thoughts..and all the best to Dr Halina..both of you are really inspiring.
Ada juga yang berkongsi pengalaman mereka tidak menyambung pelajaran kerana mahu membantu keluarga.
@hakimazmi3 Im not further my study after finished secondary because want help my parent and my brothers n sister still in school that time. Alhamdulillah all of them managed to finish their studies at the university and successful in their career. Now I’m father of 2 kids and supporting my wife finish her PhDs this year InsyaAllah… I still do not believe that I started supporting her since she first started her degree till now. Time flies. Maybe after this, it is my turn InsyaAllah. Wishing you everything Great Datuk. Allah, and His berkah, rahmat which is your happiness (kids) is always with you… Everything will be ease n smooth InsyaAllah… You have a good and great heart. A Great leader n truly familyman. All my prayers goes with you.. Good luck
Bukan itu sahaja, ada yang turut meminta pandangan darinya jika seseorang wanita itu mahu mengembangkan kerjayanya tetapi tidak mendapat sokongan dan apa harus dilakukan.
@shariffahsaadiah Hi Dr. Sheikh, just want to ask for your opinion, is it true that a mother with small childrens can pursue the career of her dream if she have all the support systems that she needed? if the husband side not being supportive, what will be your advice for the mother?
Dan ini pula jawapan Dr Sheikh di atas pertanyaan ini.
@drsheikhmuszaphar@shariffahsaadiah It’s not easy for a single mother to work and raise her children both at the same time … You gotta get help from your loved ones …
Selain itu, ada juga follower beliau yang beranggapan tidak mahu kahwin kerana mahu menyambung kerjaya, tetapi persepsi berubah selepas membaca posting dari Dr Sheikh.
@ghadeer_muhammed16 I always tell my sister that I don’t want to get married because I want to have a successful career, and I don’t think there may be a man who encourages me to achieve my ambitions, but she always tells me that there are definitely men like this. I made sure of her words when I read your post. Inshallah Dr Halina will do well!!
Sebagai ibu bapa kepada 4 cahaya mata, Dr Sheikh juga turut menetapkan beberapa peraturan dalam rumah yang tidak boleh dlakukan oleh mereka suami isteri. Jika diamalkan akan menjadikan mereka (anak-anak) seorang anak yang baik luar dan dalam satu hari nanti
1. Jangan bergaduh di depan anak-anak
2. Jangan tinggikan suara pada anak-anak
3. Sentisa wujudkan persekitaran menyeronokkan.
4. Sentiasa berkata ‘I Love U’ kepada anak-anak
5. Cium dan peluk anak 10 kali sehari
Ternyata perkongsian Dr Sheikh ini juga turut mendapat pujian dari netizen. Mereka menjadikan tip ke ibu bapaan yang dikongsikan sebagai inspirasi dalam membentuk keluarga masing-masing.
@nanaaaayyy Thank you for being such an inspiration. This is beautiful.
@mansura2323 I adore ur parenting style sir @drsheikhmuszaphar its quite impressive and very inspiring for parents in today’s generation.. hoping for more tips from u
@greiche Thank you for the reminder, doc.. your rules in your house is very good, hopefully I can do it too in my house.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM DR SHEIKH MUSZAPHAR & DR HALINA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mahu Diet Intermittent Fasting, Baik Puasa Sunat Bulan Rejab. Banyak Syafaatnya!
Isi Kandungan
ToggleRamai hijabi yang sanggup berlapar atau menjalani diet intermittent fasting untuk mendapat susuk tubuh idaman. Namun ramai yang lupa kelebihan berpuasa sunat seumpama menjalani diet intermittent fasting. Tibanya bulan Rejab, umat islam dianjurkan berpuasa sunat, supaya lebih manfaat dan mendapat berkat. Insyallah
Rejab bermaksud membesarkan atau mengagungkan. Selain itu, ia dinamakan bulan Rejab kerana mereka mengagungkan bulan ini ketika zaman al-Jahiliyyah dengan meninggalkan peperangan padanya.
Doa Bulan Rejab
Apabila masuk bulan Rejab, Nabi SAW berdoa:
اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِى رَجَب وَشَعْبَان وَبَلِّغْنَا رَمَضَان
Yang bermaksud, Wahai Tuhan kami, berkatilah kami dalam bulan Rejab dan bulan Sya‘ban serta kami memohon dapat sampai ke bulan Ramadhan
Perkataan jama’ bagi Rejab adalah Arjab (أرجاب) dan jika digabungkan Rejab dan Sya’ban dinamakan sebagai Rajaban (رجبان). [Lihat: Mukhtar al-Shihah, 118] Di samping itu, Rejab merupakan bulan ke tujuh daripada Tahun Hijri dan ia merupakan antara bulan Haram yang diharamkan peperangan atau pembunuhan padanya.
BACA JUGA ARTIKEL INI: 6 Cara Paling Popular Untuk Anda Yang Plan Diet Intermittent fasting. Kaedah 2 Sesuai Untuk Yang Beragama Islam.
Kelebihan Bulan Rejab & Amalan Sunat Yang Boleh Dilakukan
Dalam Bulan Rejab, dianjurkan banyak berdoa dan berzikir dengan ketentuan berikut, diriwayatkan oleh Ibnu ‘Asyakir daripada Abi Umamah, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:
“Lima malam yang tidak akan ditolak doa padanya ialah doa pada awal bulan Rejab, malam Aidil Fitri dan malam Aidil Adha.
Oleh itu, dianjurkan untuk melakukan amalan-amalan berikut pada bulan rejab:
- Berpuasa pada Khamis pertama bulan Rejab, InsyaAllah syurga akan menjadi bahagiannya.
- Di dalam Syurga ada sebatang sungai yang dinamakan ‘Rejab’. Ia lebih putih dari susu, lebih dingin dari ais dan lebih manis dari madu. Barang siapa yang berpuasa sehari dalam bulan Rejab, maka Allah akan mengurniakannya minuman dari sungai itu (Hadis).
- Berpuasa pada 1 Rejab, akan menghapuskan dosa-dosa kecilnya (al-Jami’us Shaghir)
- Nabi Adam pernah bertanya kepada Allah mengenai hari yang paling disukaiNya.
FirmanNya:
“Nisfu Rejab: Sesiapa yang menghampirkan dirinya dengan puasa, solat sunat, bersedekah dan beristigfar, permohonannya akan dikabulkan, dosanya akan diampunkan dengan bersedekah dan berzikir serta akan menjaga diri dari melakukan maksiat. Syurgalah bahagiaannya”
- Pada malam 15 dan 27 rejab, dianjurkan agar mengerjakan solat sunat sebanyak 12 rakaat dengan 6 salam. Pada setiap rakaat hendaklah dibacakan al-Fatihah dengan sebarang surah.
Selepas memberikan salam, baca zikir ini:
Maha Suci Allah. Segala puji-pujian bagi Allah dan tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar.”
Disambung dengan istigfar sebanyak 100 kali:
Aku memohon keampunan dari Allah yang Maha Agung, tiada Tuhan melainkan Dia yang hidup, yang berdiri dengan sendirinya dan aku bertaubat kepadaNya”
Kemudian selesai sahaja bertasbih dan beristigfar, berdoalah apa sahaja demi kebaikan diri sendiri dan keesokan hari hendaklah kita berpuasa selama sehari (Imam Ghazali)
- Daripada Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda:
Barang siapa membaca ayat ini pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan di antara Zohor dengan Asar:
Aku memohon keampunan dari Allah yang Maha Agung, tiada Tuhan melainkan Dia yang hidup, yang berdiri dengan sendirinya dan aku bertaubat kepadaNya, taubat seorang hamba yang zalim, tiada yang menguasai akan diriNya, tidak ada yang dapat membuat, menolak mudarat, manfaat dan tidak ada yang dapat menguasai kematian dan hidup serta kebangkitan”
Nescaya dua malaikat akan disuruh menghapuskan semua kejahatannya.
- Barang siapa berpuasa sehari dalam bulan Rejab, seolah-olah dia berpuasa selama 1000 tahun dan seolah-olah memerdekakan 1000 hamba sahaya. Barang siapa bersedekah 1000 dinar, dicatat setiap helai rambut dan bulu yang ada di badannya 1000 kebajikan, diangkat 1000 darjatnya, dihapuskan darinya 1000 kejahatan dan dicatat juga sedekahnya itu akan beroleh ganjaran 10 kali pahala haji dan umrah, serta didirikan untuknya Gedung di Syurga (Salman al-Farisi)
Lafaz Niat Puasa Bulan Rejab
Niat puasa sunat hari Arafah adalah seperti berikut:
Nawaitu shouma ghodin fii syahri rajabi sunnatan lillahi taala
Maksudnya:
Aku berniat puasa sunat esok hari di bulan Rejab sunat kerana Allah taala.
Selamat menjalani ibadah puasa semua.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI