Sebagai wanita, memang sudah biasa jika kita mengalami kedatangan haid setiap bulan. Tetapi bagaimana pula yang berdepan dengan masalah kedatangan haid tidak teratur atau period hanya datang setahun sekali.
Disangkakan masalah biasa tetapi akhirnya mengundang masalah kesihatan hingga menyebabkan terpaksa dibedah. Perkongsian dari wanita Ernie Adilah Zulkefli ini yang boleh kita jadikan panduan terutama bagi mereka yang gemar sekali jadikan makanan ringan (seperti burger, nuget dan kentang goreng) sebagai makanan harlan.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Ini kerana menurutnya tabiat pemakanannya setiap hari itu salah satu sebab menyebabkan masalah ini dan jika tidak disedari awal boleh menjadi penyebabkan kepada kanser.
Sempena setahun selepas buat Laparoscopic Surgery on Pcos, jom kita throwback sikit pengalaman saya.
Sejak remaja period hanya datang dua bulan sekali
Cerita ni bermula seawal umur 14 tahun bila period datang dua bulan sekali. Dan semakin meningkat jarak kehadiran period tu. Sehingga pernah setahun, hanya sekali.
Semakin dewasa pernah 8 bulan period tak datang
TAHUN 2013, perubahan pada kulit semakin ketara, bulu roma di tangan semakin lebat, jerawat semakin subur di kulit, pikmentasi kulit semakin bertambah, period semakin lambat. Pernah 8bulan xdatang period. Pergi klinik reproduktif, masa tu doctor suspect pcos.
Doktor suruh buat research apa itu PCOS
Ape itu PCOS? Doctor suruh buat research sendiri. Supaya betul² faham maksudnya. Doktor kasi pil hormone (Yasmin/ Diane35) Dan doktor kasi refer letter ke Hospital. Tapi masa tu masih xtau kemudaratan nya.. TAK PERNAH refer hospital.
Ads
Tahun 2015, disuruh ambil pil hormon untuk normalkan kelancaran period setiap bulan
TAHUN 2015, semakin cakna tentang ketidakhadiran period, refer hospital swasta dengan pakar O&G, doctor scan, tak kelihatan lagi cyst nya dlm ovary. Cume ovary kelihatan bukan pada size normal. Doktor hanya suggest utk teruskan ambik pil hormone selama 3bulan berturut. Tujuannya adalah utk normalkan semula kelancaran period setiap bulan. Malangnya, selepas 3bulan bergantung dgn Yasmin, masuk bulan ke-4, period xdtg pula… mase tu mula rase stress dtg semula… fed-up dgn ubatan, dan hanya biarkan period xdtg lagi.
Lepas kahwin pada 2016, tetap ambil pil hormon dengan harapan boleh mengandung
TAHUN 2016, Selepas kahwin tanpa refer O&g terus ambik Yasmin 1cycle dan terus anggap boleh pregnant, bila xpregnant, lagi stress. Bayangkan setiap hari check UPT (dan sehingga kini sy menjual UPT/OPK haaa promote sikit). Setiap bulan pergi klinik scan. Tapi semua tu hanya sia-sia. At last jumpe o&g semula, doctor bg cadangan utk ambik ubat induced bleeding (provera) dan makan pil rangsang telur (clomid).
Namun ujian datang bertimpa apabila bercerai dengan suami. Stress semakin kuat dan hormon semakin tak stabil
Ujian bertimpa, semasa cycle pertama pengambilan Clomid, perkahwinan berakhir dengan penceraian (so xsempat experiment clomid tu).
Stress semakin kuat, hormon semakin tak stabil, emosi semakin bercelaru.
Period langsung tak datang lepas berpisah dengan suami
Period langsung xdatang selepas berpisah. Seminggu selepas bercerai, masuk hospital demam panas, blood pressure naik mendadak (hipertension) dgn bacaan 157/103.
Tahun 2017, cuba bangkit kembali dengan azam dari keluarga dan orang sekeliling
TAHUN 2017, pasang azam dari keluarga dan orang sekeliling yg bnyak memberi moral n mental support, kumpul semula semangat, kutip sisa hati yg berkecai musnah.
Ads
Pada awal bulan 7, buat check up di hospital akibat rase ade sakit di breast. Lepas doctor buat scanning, tiada ape yg asing dan doctor tnye history kesihatan, saya kata mmg dah xperiod 8bulan dan doctor minta terus refer pakar O&G.
Buat ultrasound dan nampak ketulan asing di kedua belah ovari. Terus dapat panggilan untuk buat pembedahan.
Bila buat altrasound, mmg nampak ketulan asing dalam kedua belah ovary. Doctor terus buat procedure laparoscopic surgery utk ovary drilling.
Dan itu adalah ikhtiar terakhir yg boleh dibuat. Seminggu lepas tu, hospital call utk operation.
Lepas buat pembedahan, alhamdulillah period keluar. Saat yang sukar untuk diluahkan dengan kata-kata.
Alhamdulillah selepas 2hari pembedahan dilakukan, period keluar. Dan itulah saat yg tidak dpt diperkatakan betapa bersyukurnya.
Sebab doktor kata, jika period turun selepas pembedahan, itu membawa maksud pembedahan itu berjaya, jika tidak, doktor akan bagi masa dalam 2bulan. Jika tidak berhasil, maksdnya pembedahan tu tidak berjaya utk membantu PCOS. Masa tu doktor hanye bekalkan ubat kencing manis (metformin) utk 3bulan.
Tidak jaga pemakanan sebelum itu. Banyak makan process food dan juga junk food yang menyebabkan masalah ini. Jika tidak dikesan awal boleh sebabkan kanser.
Memang diakui semasa dlm waktu perkahwinan, langsung tidak jaga pemakanan hampir setiap hari makan process food and junk food. Burger, nugget, sausage, fries, ayam goreng, chips, snacks adalah makanan harian sebabkan ikut selera suami. Tapi sebenarnye semua tu kesilapan besar sebab waktu tu la adalah rapid growth utk cyst tu terbentuk. Jika tidak tersedar awal, mungkin boleh menyebabkan cancer.
Nauzubillah!
Ads
Ovari tidak normal, dipenuhi hormon testosterone yang bantutkan kematangan telur
Tengok gambar. Yang putih merening tu adalah ovary. Ovary yang tidak normal. Warna putih sebab dah dipenuhi cyst. Kalau scan ultrasound, haaa nampak biji biji hitam macam anggur. Ovary tu dipenuhi hormone testosterone yg membantutkan kematangan telur. Sebab tu x period. So doktor tebuk ovary utk release hormone testosterone tu.. Yg lain lelemaks tu ko jgn tnye hakak
Dan hormone hormone tu adalah dari pemakanan yg tidak sihat. So jaga lah pemakanan… bertindak awal sebelum merana.
Sayangi ovari jangan biar rosak ketika usia masih muda
So untuk wanita diluar sana. Sayangi ovary anda kerana ovary ni sangat penting sbb ia adalah kilang utama telur anda. Dan telur telur ini akan habis. Bayangkan, jika dah banyak telur yg rosak menjadi cyst, tinggal berapa lagi telur yg berbaki? Umur masih muda.
Kalau ada masalah period tak stabil teruskan berjumpa doktor
Jika anda mempunyai masalah period tidak stabil, segerakan lah jumpe pakar. Jangan malu dan tggu sehingga bertahun. Jangan anggap tidak period bermaksud anda mengandung! Itu adalah hormone. Hormone yg mengganggu kitaran haid.
Tips: nak makan ape² ubat atau supplement, refer doc pakar anda dulu. Sbb dosage berbeza bagi setiap pesakit. JANGAN IKUT APA KAWAN AWAK MAKAN.
Pesanan saya
“hargai lah setiap titis darah period anda, sy setahun hanya sekali beli pad dan itu TIDAK NORMAL”
Tahniah diucapkan buat penyampai radio dan pengacara terkenal, Haziq Husni yang telah selamat menimang cahaya mata yang ketiga semalam.
Menerusi Instagramnya, Haziq meluahkan rasa syukurnya dan menitipkan kata-kata indah buat isterinya, Ayunda Putri yang telah bertarung nyawa bagi melahirkan anak perempuan mereka itu.
Haziq juga rasa terharu apabila dapat menemani isteri tercinta sewaktu dalam bilik pembedahan dan berada di sisi sambil memegang tangannya.
Assalamualaikum
25/5/2022 952am, another princess was born 👶🏻
Kali kedua teman @ayundaputrii masuk OT. Dapat pegang tangan dia sepanjang operation. Ibu kuat. Pahala yang sangat besar buatmu melahirkan anak sayang. Tq so much 🤍
Di ruangan komen, ramai rakan artis dan para peminatnya yang mengucapkan tahniah buat pasangan ini di atas kelahiran cahaya mata terbaharu mereka.
Sebelum berkembangnya teknologi khususnya dalam bidang kecantikan. Dimana hari ini, dapat kita lihat lambakan produk kecantikan berasaskan pelbagai bahan yang bertujuan menyelesaikan setiap masalah kulit yang dihadapi oleh kaum hawa.
Tahukah anda, bagaimana wanita zaman dahulu kala menjaga kemulusan dan memelihara kecantikan kulit yang dimiliki mereka sebelum berkembangnya teknologi? Mereka hanya menggunakan bahan-bahan semulajadi yang terdapat disekitar mereka.
Salah satunya adalah ‘air ajaib’ yang mempunyai banyak manfaat. Lebih menarik lagi, hijabi boleh membuatnya sendiri di rumah dan menjimatkan wang daripada perlu membeli produk kecantikan yang mahal harganya di pasaran.
Pelbagai Manfaat Boleh Diperolehi Kulit Dengan Ramuan Air Mawar ‘Homemade’ Ini!
Ramai yang kurang cakna bahawa air mawar bukanlah sebarang air, ia adalah ‘air ajaib’ pelbagai manfaat yang mampu menyihatkan kulit sekaligus membuatkan kulit menjadi bersinar dan cerah sempurna dari dalam.
Air mawar adalah bahan semulajadi bersifat pelbagai guna yang tidak hanya membantu melindungi dan mengunci kelembapan kulit anda, tetapi ia juga mampu menyihatkan kulit serta membantu mencerahkan kulit dari dalam secara semulajadi.
Malah, Air mawar amat sesuai digunakan untuk semua jenis kulit, tidak kira anda mempunyai jenis kulit kering, berminyak atau kulit kombinasi.Air mawar juga digunakan untuk mengelakkan jangkitan kuman pada kulit dan meredakan kemerahan atau kerengsaan akibat jerawat.
Malah, terdapat banyak produk penjagaan kulit hari ini turut menampilkan ekstrak bunga mawar sebagai kandungan utama di dalam produk keluaran mereka yang mana diyakini mampu menangani pelbagai masalah kulit yang dihadapi oleh kaum wanita.
Sehubungan itu, jika hijabi boleh membuat sendiri ekstrak air mawar ini di rumah dan memperolehi manfaatnya secara semulajadi. Mengapa perlu membazir wang dengan membeli produk yang telah di proses di pasaran kan?
Apa yang anda perlukan hanyalah sedikit usaha dan kerajinan untuk membuat sendiri ‘air mawar’ ini di rumah! Di sini Hijabista sertakan cara dan langkah-langkanya sebagai panduan Hijabi.
Dengan ini Hijabi tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk merawat masalah kulit secara semulajadi. Ini kerana, kesan yang bakal anda peroleh tidak jauh bezanya. Jom semak caranya dengan lebih lanjut!
Cara Membuat ‘Air Mawar’ Di Rumah
Bahan yang diperlukan:
• 2–3 cawan kelopak bunga mawar segar, dibilas dan dibersihkan.
• Periuk
• 1.5 liter air suling atau air yang telah ditapis
• Penapis
• Botol Spray
Langkah-Langkah Membuat Air Mawar:
• Masukkan kelopak bunga mawar yang telah dibilas bersih ke dalam periuk.
• Tambahkan air suling secukupnya, pastikan kelopak bunga mawar diliputi air. Jangan letak terlalu banyak air, atau air mawar akan menjadi terlalu cair.
• Kemudian letakkan periuk diatas dapur dan hidupkan api. Gunakan api yang kecil sahaja untuk merebus air mawar.
• Pastikan periuk ditutup dan biarkan kelopak bunga mawar direbus sehingga mendidih selama 30 hingga 45 minit.
• Pastikan anda didihkan kelopak bunga mawar layu dan hilang warna.
• Padamkan api, dan biarkan air mawar disejukkan sepenuhnya terlebih dahulu sebelum dimasukkan kedalam botol spray.
• Tapis air mawar yang telah sejuk kemudian masukkan ke dalam botol spray dan simpankan kedalam peti sejuk sebelum digunakan.
• Lakukan semburan air mawar sebagai rutin harian anda untuk dapatkan kulit yang halus, mulus, sihat dan cerah secara semulajadi!
Tapi Hijabista sarankan sebelum anda memakai air mawar berkenaan, sebaiknya anda periksa terlebih dahulu samada anda sesuai menggunakan semburan air mawar berkenaan.
Jika pada hari pertama penggunaan anda tidak memiliki reaksi seperti gatal, perit, atau terbakar. Anda boleh meneruskan penggunaanya.
Tetapi jika mendapatkan kesan-kesan tersebut. Bererti kulit anda tidak sesuai d dengan ekstrak mawar dan mungkin juga anda memiliki alergi terhadap bunga.
Jika tiada kesan sampingan, anda digalakkan untuk menggunakan air mawar sebagai toner, masker, atau face mist untuk membantu mengatasi masalah kulit anda, khususnya mencerahkan wajah.
Resepi popia bersalut coklat viral! Pernahkah anda mencubanya? Jika belum, inilah masa untuk melakukannya kerana mudah sahaja untuk melakukannya di rumah. Ikuti panduan resepi yang disediakan ini.
Bahan-bahannya :
1 bungkus kulit popia
Coklat coin (guna beryls milk + dark choc juga boleh)
Kekacang kegemaran (disangai terlebih dahulu)
Manik hiasan
Cawan biskut
Cara-caranya:
– Gulungkan kulit popia dgn menggunakan lidi sate/ kayu chopstick. Di hujung gulungan sapukan sedikit air supaya melekat. Tujuan guna lidi sate ini bagi memudahkan proses menggulung. Dah siap tarik dari lidi sate.
– Ulang proses sehingga selesai atau jumlah yg diingini.
– Setelah selesai, potong kulit popia memanjang. 1 gulungan potong jadi 8. Ikut selera.
– Kemudian anginkan seketika kulit popia. Dalam 15min.
– Goreng hingga keemasan.
– Panaskan coklat coin double boil. Saya guna separuh milk choc dan separuh dark choc.
– Dah cair, masukkan kulit popia yg telah digoreng tadi. Masukkan juga kekacang kegemaran. Gaul sebati.
– Seterusnya sudukan ke dalam cawan biskut. Taburkan manik hiasan. Siap!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...