Dipengaruhi oleh falsafah estetika dan keperibadian diri, figura ini sering dilihat hadir di acara-acara fesyen sekitar kota, namun kebelakangan ini menarik perhatian warganet.
Pernah dahulu sedikit goyah, dek kontroversi yang melanda namun, kesukaran bukan penghalang Sharifah Rose untuk terus mengorak langkah. Tawaran demi tawaran, wajahnya sering menghiasi di kaca TV.
Rose dianggap sebagai bintang baru yang berpontensi untuk digilap dalam bidang fesyen. Mengayakan busana dari jenama Prada dalam satu hantaran di instagram, ramai yang beri komen yang positif dan gemar dengan penampilannya yang segar.
“Another Neelofa here..”, komen salah satu pengikut di laman sosial.
Ads
Malah salah satu komen yang membuat kita mengimbas balik gaya sosialit Neelofa sebelum berhijrah. Bukan datang dari keluarga mewah, Rose sendiri tidak pernah terfikir pun akan ada peluang bekerjasama dengan jenama-jenama besar.
Kekal fokus dan tidak peduli
Pernah terpalit dengan kontroversi jenama tudungnya, Rose akur setiap perancangan mestilah dilakukan dengan teliti. Harirose menjenamakan semula dirinya untuk menarik minat generasi muda memakai tudung. Daripada reka bentuk serta strategi media sosial, ini bukan jenama tudung biasa anda. Dan ini amat ketara dalam pelancaran “The Limited Edition Potret Momen” terbaharu. Koleksi ini memberi penghormatan kepada wanita muda yang membuat pilihan untuk diri mereka sendiri untuk kekal fokus dan tidak peduli tentang sesiapa sahaja dan apa sahaja yang mencabar mereka.
Ads
Melihat kepada wanita muda yang mempunyai semangat keusahawanan yang merupakan bos dalam hak mereka sendiri. Sama ada dalam perniagaan atau dalam kehidupan mereka, mendahulukan diri mereka dan memilih diri mereka terlebih dahulu adalah keutamaan di atas segalanya.
Koleksi ini akan dilancarkan pada 19 Oktober yang terdiri daripada tudung persegi bercetak dalam 5 warna – Taupe, Copper, Golden Beige, Willow Blush dan Crimson Blue. Tudung Potret Momen didatangkan dalam 10 warna, dipisahkan dengan dua titik dan dijual pada harga RM109. Material untuk tudung ini ialah Satin Silk. Setiap selendang dibalut dalam kotak persegi Libo sendiri dan boleh didapati laman sesawang harirose serta di Shopee.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
https://youtu.be/YCHYwLonhZA
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Biarpun figura yang satu ini seorang wanita, namun popularitinya setaraf dengan ustaz selebriti seperti Ustaz Don, Imam Muda Asyraf ataupun Pu Azman. Siapa tidak kenal dengan Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa, 47 tahun yang sering berkongsi ilmunya melalui dakwah di media sosial.
Sikapnya yang lembut dan mesra menjadikan dirinya dikenali ramai. Beliau bukan sahaja dikenali kerana dakwahnya, tetapi ibu kepada tujuh cahaya mata ini juga gigih menimba ilmu dan siapa sangka beliau juga merupakan pemegang ijazah Doktor Falsafah (PhD).
Inilah yang dikatakan beauty with brain kerana memberi semangat kepada hijabi di luar sana untuk mengecap kejayaan walaupun sudah mempunyai anak. Hijabista cukup bangga dengan kejayaan yang dikecapi.
Bukan sahaja memiliki wajah cantik, tetapi juga bijak menguruskan segala-galanya termasuk urusan rumah tangga, suami dan anak-anak.
IDOLA SELURUH WANITA MUSLIMAH DI MALAYSIA
Dato Dr Norhafizah Musa. Inilah indikasi contoh terbaik untuk seorang “beauty with brain”. Orang yang serba cantik raut wajah dan akhlaknya. Santun butir bicara dan lontaran katanya. Indah pakaian dan sejuk mata memandang. Beliau sepatutnya di jadikan idola seluruh wanita muslimah di Malaysia.
PhD ni semua orang tahu bukan benda mudah. Bukan celik celik bangun pergi kelas ambil exam, siap. Bukan. PhD ni macam kena validate knowledge, invent new stand, prove knowledge and provide conceptual and theoretical framework untuk kajian tu.
Mudah kata, tapi memang bukan benda mudah. PhD ni bukan kena pandai je, tapi kena ada usaha dan semangat menuntut ilmu yang tinggi. Beliau yang dah berilmu pun masih tak berhenti menuntut ilmu.
Hijabi juga harus mencontohi beliau. Bekerja keras untuk belajar ilmu terutama ilmu agama, secara langsung (sampai PhD) mahupun secara tak langsung (hadiri kuliah/majlis agama). Semangat menuntut ilmu nak jadi “beauty with brain”.
BEAUTY WITH BRAIN
Buat semua wanita yang mendambakan menjadi “beauty with brain”, semoga all the forces be with you.
Semoga berbanggalah ibu ayah kerana mempunyai anak yang berilmu, cantik akhlak dan peribadinya.
Semoga beruntunglah suami yang memiliki isteri yang menjadi gedung ilmu dalam rumahtangga dan besar manfaatnya buat masyarakat.
Semoga berbahagialah anak-anak yang diasuh seorang ibu yang salim agamanya dan mulia akhlaknya juga bersih hatinya.
Semoga bergembiralah seorang wanita yang di sayang Allah dan seluruh makhluknya kerana ketinggian ilmu, akhlak dan budinya. Dan semoga perempuan itu adalah kita semua. Amin.
Anda penggemar warna putih dan suka memakai baju dalam tona warna ini kerana ia melambangkan kebersihan, kesucian dan tampak lebih kemas.
Tapi pernah tak Hijabi alami baju putih ‘rosak’ akibat turun warna kerana terlupa nak asingkan baju putih dan baju bewarna ketika mencuci?
Haa.. Jangan khuatir sis! Baju kesayangan tu masih lagi dapat diselamatkan, hanya gunakan dua bahan ni je! Teknik nak laksanakanya pun begitu mudah sekali. Hijabista kongsikan semula tip perkongsian dari salah seorang pengguna TikTok.
Hanya Perlukan Dua Bahan Ni, Pasti Baju Putih Kembali Berseri!
Bahan-Bahan
1. Air Panas Menggelegak
2. Sabun Pencuci Pakaian
Macam tak percaya kan.. Betul ke guna dua bahan ni je boleh putihkan semula baju dan keluarkan semua warna yang luntur yang menyebabkan baju putih tu bercapuk warna?
Kalau nak tau berkesan atau tak, cuba anda lakukan sendiri di rumah, langkah dan teknik untuk mengeluarkan warna baju yang berbelak tu pun teramat muda! Di sini Hijabista kongsikan langkah-langkahnya.
Cara-Cara Mengeluarkan Warna Capuk Pada Baju Putih
Langkah Pertama – Apa yang anda perlu lakukan adalah jerang air sehingga masak menggelegak menggunakan periuk besar atau yang bersesuaian terlebih dahulu.
Langkah Kedua – Bila air dah menggelegak, boleh masukkan satu penutup sabun pencuci biasa, tak kira dari jenama apa. Sebaiknya gunakan sabun jenis cecair (Liquid Detergent).
Jangan gunakan peluntur (Bleach) kerana asid yang terdapat dalam peluntur hanya akan memakan fabrik baju dan menjadikan baju mudah reput!
Langkah Ketiga- Setelah masukkan sabun pencuci, bolehlah masukkan baju putih yang dah tercemar kesucianya dengan tompokkan warna tu. Rebus baju seketika sekitar 5 hingga 10 minit.
Langkah Keempat – Pastikan anda bolak balik kan baju tersebut agar sabun dapat mengeluarkan warna yang terpalit pada baju putih tu. Kalau tompokkan agak degil, bolehlah masukkan secamca soda bikarbonat untuk membantu menanggalkan warna dengan lebih berkesan.
Langkah Kelima – Bila dah nampak air dalam periuk jadi berwarna, boleh lah tutup api dapur, angkat baju tersebut dan bilas menggunakan air sejuk. Sekiranya masih terdapat kesan warna yang sukar tanggal, boleh lah berus kawasan bercapuk tu hingga warnanya tanggal.
Bilas baju hingga bersih dan tiada kesan sabun yang tertinggal, perah dan gantungkan diampaian untuk tujuan pengeringan.
Bila dah kering nanti pasti anda gembira dengan hasilnya, tiada lagi tompokan warna luntur pada baju, malah baju putih akan jadi berseri seperti baru tau, selamat mencuba!
Bukan senang untuk mengukuhkan hubungan rumah tangga yang dibina. Bukan disebabkan berapa lama tempoh sudah kahwin kerana ada yang sudah lama berumah tangga juga boleh berpisah. Namun rupanya kehadiran isteri ini juga sebagai penambah rezeki sedia ada.
Seperti perkongsian suami Yana Samsudin, Fadzil Zahari yang memberitahu 10 ciri-ciri peranan seorang isteri itu yang juga menambah rezeki dalam keluarga.
Ternyata perkongsian berguna ini di laman sosial facebook milik adik Datuk Farid Kamil ini mendapat respon cukup bagus dari netizen. Rata-rata berterima kasih atas perkongsian amat berguna ini.
Nor Ayu Hidayahwaalaikumusalam.. Mintak share ye bang… Apa yg abg smpaikan ni,penuh ngn ilmu
Rupanya inilah sebab rumah tangga pasangan ini sentiasa kekal harmoni tanpa ada sebarang gosip liar yang boleh meruntuhkan masjid yang dibina.
Assalmualaikum… selain berbuat baik pada ibu bapa ni saya share sikit
Ramai suami yang mungkin tidak tahu bahawa sebenarnya, rezekinya dengan izin Allah jadi semakin murah malah mengalir deras atas sebab peranan isteri. Seorang isteri, yang membuat rumah tangga lebih bahagia menuju ke syurga sekaligus menjadi sumber rezeki paling berharga buat suami.
Dikongsikan ciri-ciri isteri menghadirkan rezeki menjadi deras untuk suaminya menurut Islam.
1. Isteri yang sentiasa bersyukur.
Isteri yang sentiasa bersyukur atas semua kurniaan Allah pada hakikatnya dia sedang mengundang tambahan nikmat untuk suaminya termasuk juga rezeki. Bersyukur punya suami, bersyukur jadi ibu. Anak-anak boleh mengaji, bersyukur. Suami memberi nafkah, bersyukur. Suami memberikan hadiah, bersyukur. Suami mencintai setulus hati, bersyukur. Suami memberi kenikmatan sebagai suami isteri, bersyukur.
“Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan : bila kalian bersyukur, tentu Kami akan menambah (nikmat) padamu apabila kamu mengingkari (nikmatKu) maka sesungguhnya adzabku sangat pedih” (QS. Ibrahim : 7).
2. Isteri yang tawakal
“Dan barangsiapa yang bertawakkal pada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. ” (QS. Ath Thalaq : 3).
Bila seorang isteri bertawakkal pada Allah tentang rezeki, ketika dia tidak bekerja maka Allah akan mencukupkan rezeki dari jalan lain. Mungkin tidak melalui dirinya boleh jadi Dia akan memberi rezeki yang banyak pada suami yang kemudiannya diberikan sebagai nafkah yang cukup buat dirinya.
3. Isteri yang baik agamanya
Rasulullah s.a.w menjelaskan bahawa wanita dinikahi kerana empat perkara. Kerana hartanya, kecantikannya, nasabnya dan agamanya. “Pilihlah kerana agamanya, nescaya kamu beruntung” (HR. Al Bukhari dan Muslim).
Cuba kita perhatikan, tidak ada satu pun keluarga yang jika semuanya patuh pada Allah lalu mereka mati kelaparan atau kebuluran. Tapi bagaimana dengan seorang suami yang bergelumang maksiat tapi namun rezekinya lancar?
Boleh jadi Allah akan memberi rezeki pada isteri dan anak-anaknya melalui dirinya. Boleh jadi kerana takwa sang isterinya dan bayi yang belum berdosa, lalu Allah mempermudah rezekinya. Suami ini sebenarnya berhutang pada isterinya.
4. Isteri yang banyak beristighfar
Diantara keutamaan istighfar ialah mendatangkan rezeki. Ia dapat dilihat dalam Surah Nuh ayat 10 sampai 12.
“Maka saya katakan pada mereka, ‘Mohonlah ampun pada Tuhanmu’, sesunguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan padamu dengan lebat, memperbanyak harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (juga di dalamnya) sungai-sungai untukmu” (QS. Nuh : 10-12).
5. Isteri yang suka bersilaturahim
Isteri yang suka mengeratkan silaturahim, baik pada orang tuanya, mentua, keluarga serta teman-temannya pada dasarnya dia sedang membantu melancarkan rezeki suami. Sebab keutamaan silaturahim adalah dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya.
“Siapa yang suka dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya hendaklah dia menyambung silaturrahim. ” (HR. Al Bukhari dan Muslim).
6. Isteri yang suka bersedekah
Kita semua tahu tentang ganjaran bersedekah. Keutamaan sedekah itu misalnya dijelaskan dalam surat Al Baqarah, bakal dilipatgandakan Allah sampai 700 kali ganda. Dan ia boleh dilipatgandakan lebih dari itu menurut kehendak Allah. Apabila isteri yang mendapat nafkah dari suami, lantas sebahagiannya digunakan untuk sedekah, mungkin tidak dibalas melaluinya. Boleh jadi dibalas melalui suaminya. Jadilah pekerjaan suaminya lancar, rezekinya melimpah.
“Perumpamaan orang-orang yg menafkahkan hartanya di jalan Allah sama beserta sebutir benih yg menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir ada seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) buat siapa saja yang dia kehendaki. Dan Allah Mahaluas lagi Maha tahu. ” (QS. Al Baqarah : 261).
7. Isteri yang bertakwa.
Orang yang bertakwa bakal menerima jaminan rezeki dari Allah SWT. Bahkan bakal mendapatkan rezeki menurut jalan yang tidak disangka-sangka.
Firman Allah dalam surat Ath Talaq ayat 2 dan 3. “Barangsiapa bertakwa dalam Allah, nescaya beliau bakal mengadakan jalan keluar baginya serta memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka” (QS. At Thalaq : 2-3).
8. Isteri yang selalu mendoakan suaminya
Allah SWT adalah Maha Pemberi rezeki. Jadi jangan bersandar kepada usaha kita semata sebaliknya banyakkan berdoa memohon kepadaNya. Doakan suami supaya selalu mendapatkan limpahan rezeki berdasarkan Allah, serta yakinlah apabila isteri berdoa, Allah akan mengabulkannya.
Solat dhuha adalah solat sunat ganjarannya luar biasa. “Pada tiap tiap pagi, lazimkanlagh atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah, tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah(sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha.” (HR Al Bukhari dan Muslim)
10. Isteri yang taat serta melayani suaminya
Salah satu kewajipan isteri pada suami adalah mentaatinya. Taat pada perintah suami selagi ia tidak bertentangan dengan suruhan agama. Apa hubungannya dengan rezeki? Bila seorang isteri taat pada suaminya, hati suaminya damai dan tenang. Dalam keadaan ini suami akan lebih fokus, kreatif dan aktif. Ibadahnya juga lebih tenang, sekali gus rezeki mengalir lancar.
Siti Khadijah, jenama yang sinonim dengan kualiti dan keselesaan produk pakaiannya mengumumkan keraian ulang tahun ke-15 dengan majlis perasmian Laman Khadijah - The Home...