Apabila bahagian ‘dalaman’ kita terjaga  maka akan terserlahlah keayuan semula jadi pada wajah seseorang wanita itu. Walau bagaimanapun ramai wanita mengambil mudah soal penjagaan dalaman.

Rata-rata  ramai wanita terlalu mengutamakan penjagaan kulit wajah sahaja. Pendek kata hendak cantik luaran sahaja. Bab dalaman selalu dilupakan.

Ini ada petua air minuman yang elok diamalkan. Banyak khasiatnya. Wajah akan kelihatan awet muda, wangikan badan dan bagus untuk rahim juga sebab ada kunyit.

Jika diamalkan secara konsisten, wajah akan kelihatan ‘pink-pink’ dan berseri.

Amalkan Minum Air Campuran Tujuh Bahan Ini, Bukan Sahaja Dalaman Bagus, Wajah Pun Nampak ‘Pink-pink’ & Berseri

BAHAN-BAHAN:

Ads

Kunyit 1 inci
Gula batu seketul
Serai sebatang diketuk
Halia 1 inci
Daun pandan 2 helai kalau kecil
Kayu manis 1 batang
Halba 1 sudu

Amalkan Minum Air Campuran Tujuh Bahan Ini, Bukan Sahaja Dalaman Bagus, Wajah Pun Nampak ‘Pink-pink’ & Berseri

CARA MEMBUAT:

Ads

1. Masukkan dua cawan air.

2. Kemudian masukkan semua bahan-bahan. Rebus sehingga tinggal satu cawan.

Amalkan Minum Air Campuran Tujuh Bahan Ini, Bukan Sahaja Dalaman Bagus, Wajah Pun Nampak ‘Pink-pink’ & Berseri

Ads

3. Minum suam-suam. Rasa segar sahaja badan lepas minum air ini. Selepas minum, asyik sendawa sahaja dan badan pun rasa ringan. Boleh amalkan seminggu tiga kali.

NOTA:  Petua ini juga boleh diamalkan oleh wanita yang masih belum berkahwin. Walau bagaimanapun jangan terlalu kerap minum air ini kerana minuman ini ada ramuan kunyit.

Sumber kredit: Norain Naim

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

https://youtu.be/wjCfPZ3nhr4?list=PLwTVJflD5bmE3QfhDp6V46J4iIf1ZJn7N

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI