Sejuk mata memandang. Itulah yang boleh dikatakan apabila melihat wajah redup pelakon, Mawar Rashid berhijab. Mawar Rashid mengumumkan telah berhijrah bersempena hari Jumaat, 2 Muharram (semalam).

Tulis Mawar di laman Instagram miliknya.

Muharram 2, 1442. Berkat hari Jumaat, penghijrahan Mawar telah pun bermula.

Doakan Mawar sentiasa beristiqomah untuk sentiasa mendapat keredhaan Allah SWT. Aamiin.

Terdahulu Mawar yang juga ibu kepada seorang cahaya mata lelaki dan kini hamil anak kedua mula perlahan-lahan melatih diri untuk memakai tudung sepanjang Ramadan lalu sebelum terus berhijab.

Sementara itu, suami Mawar, Raden Ahmad Faizal Yaakob  atau Raf Yaakob turut menitipkan rasa kesyukuran atas perubahan yang dilakukan oleh isterinya di laman Instagram peribadinya semalam.

BAKAL KETUA BIDADARI SAYA DI SYURGA 

Ads

Persoalan yang sering timbul daripada golongan2 isteri tentang “Jika suami mereka diganjarkan syurga dan bidadari, maka adakah di syurga kelak mereka tidak akan bersama?”

Menurut jumhur ulama, jika suami dan isteri menjadi penghuni syurga dan diganjarkan bidadari, maka taraf isterinya adalah lebih tinggi, iaitu ketua kepada bidadari syurga tersebut. (Riwayat Imam Al-Qurtubi)

Ada jugak beberapa dalil yang menyebutkan bahawa segala permintaan wanita akan dikurniakan dan taraf mereka adalah lebih tinggi berbanding bidadari.

Pesanan pada para suami, ajaklah isteri, anak-anak dan ahli keluarga untuk sama-sama mengerjakan amalan yang soleh dan mentaati perintah Allah SWT supaya keluarga yang kita bina di dunia ini kekal sehingga ke syurga. Insyaa’Allah. SELF REMINDER FOR ME TOO 

Ads

Salam Jumaat semua. Semoga kita sentiasa beristiqamah dalam mencari redha Allah Swt. Aamiin Allah Humma Aamiin Ya Mujibassailin

View this post on Instagram

BAKAL KETUA BIDADARI SAYA DI SYURGA 💗 . Persoalan yang sering timbul daripada golongan2 isteri tentang “Jika suami mereka diganjarkan syurga dan bidadari, maka adakah di syurga kelak mereka tidak akan bersama?” . Menurut jumhur ulama, jika suami dan isteri menjadi penghuni syurga dan diganjarkan bidadari, maka taraf isterinya adalah lebih tinggi, iaitu ketua kepada bidadari syurga tersebut. (Riwayat Imam Al-Qurtubi) . Ada jugak beberapa dalil yang menyebutkan bahawa segala permintaan wanita akan dikurniakan dan taraf mereka adalah lebih tinggi berbanding bidadari. . Pesanan pada para suami, ajaklah isteri, anak-anak dan ahli keluarga untuk sama-sama mengerjakan amalan yang soleh dan mentaati perintah Allah SWT supaya keluarga yang kita bina di dunia ini kekal sehingga ke syurga. Insyaa’Allah. SELF REMINDER FOR ME TOO ☺️ . Salam Jumaat semua. Semoga kita sentiasa beristiqamah dalam mencari redha Allah Swt. Aamiin Allah Humma Aamiin Ya Mujibassailin 🤲🏽

A post shared by Raden Ahmad Faizal Bin Yaakob (@rafyaakob) on

Tinjauan pada ‘feed’ Instagram milik Mawar sebelum ini kebanyakannya hanya tinggal posting gambar dan video Mawar mengenakan hijab.

Melalui perkongsian video di laman Instagramnya juga, Mawar berkongsi antara asbab dia berhijab.

Ads

Tulis Mawar di laman Instagramnya:

Semoga kita semua beroleh hidayah, dan sentiasa dibawah lindunganNya

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on

Mawar meminta agar semua mendoakannya untuk terus istiqamah dengan penghijrahannya.

Sumber kredit: Mawar Rashid dan Raf Yaakob

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI