Diam tak diam sudah hampir dua tahun pelakon tinggi lampai ini mengambil keputusan berhijrah. Ternyata Syarizah Ibrahim atau sinonim dengan panggilan Sherry Ibrahim kelihatan lebih cantik dan jelita dengan hijab yang dililit cukup kemas. Mengimbas perjalanan hijrahnya, hidayah muncul tatkala dirinya dibelenggu perasaan dendam kesumat terhadap seseorang. Kedengaran agak pelik namun demikianlah hakikat yang harus ditelan oleh bekas pramugari ini.
Ternyata perubahan terbesar yang dilakukan ini merupakan pengorbanan khusus buat kedua ibu bapanya tercinta. Demi kebahagiaan mereka, pengorbanan yang tinggi benar-benar diperlukan walaupun kedengaran agak mudah.
Begitu juga dengan apa yang dilalui pelakon serba boleh Sherry Ibrahim. Membuat keputusan untuk tampil berhijab meletakkan dirinya sebagai satu titik permulaan baharu sebagai wanita Muslimah yang lebih diredhai-Nya.
Penampilannya di khalayak ketika sambutan majlis ulang tahun kelahirannya yang ke-33 pada April tahun 2016 merupakan kemunculan pertamanya secara berhijab.
“Sebenarnya, saya sudah lama terdetik untuk berhijrah (dengan mengenakan hijab), tetapi pintu hati masih belum terbuka. Lorongan neon itu saya temui pabila pada satu hari itu saya iba-tiba terdetik untuk memakai tudung.
“Ibu bapa jadi insan pertama melihat saya berhijab. Kedua-duanya seakan terkejut dan sukar untuk mempercayai penghijrahan yang saya lakukan. Mereka sendiri tidak menyangka saat akhirnya saya mengambil keputusan untuk berubah,” ujar Sherry.
Tatkala diri terlalu mendambakan ketenangan, Sherry tekad melepaskan kesumat yang menghantuinya dengan memaafkan mereka dan memohon kemaafan daripada kenalan-kenalannya.
“Apabila diimbas masa lampau, memang saya akui banyak melakukan kekhilafan. ‘Nobody is perfect’. Saya juga pernah menyimpan dendam terhadap seseorang dan ia sebenarnya seperti beban yang sangat berat perlu saya pikul.
“Sehinggalah pada suatu malam, saya bermuhasabah diri seorang diri di kamar dan ‘flashback’ semula apa yang pernah saya lakukan sebelum ini. Terdetik di hati untuk memaafkan semua orang dan meminta maaf dengan mereka yang terdekat dengan saya.
“Tidak dinafikan, selepas saya melakukannya jiwa saya menjadi lapang dan merasai ketenangan yang tidak pernah saya kecapi sebelum ini. Saya rasa seperti menjadi Sherry yang baru. Lagi pula tarikh hari lahir saya sudah hampir pada ketika itu. Jadi, saya buat keputusan drastik untuk berhijab sekali gus dapat menggembirakan kedua orang tua saya,” ujarnya lagi.
Mengakui berhijab sebagai satu kewajipan sedia ada yang perlu dilaksanakannya sebagai orang Islam, sekurang-kurangnya Sherry masih punya peluang untuk disapa hidayah. Dia berasa bertuah kerana dipilih untuk merasai satu penghijrahan yang boleh disifatkan sebagai satu momen cukup indah dalam hidupnya.
Bergelar artis, isu bertudung mungkin kelihatan klise. Realitinya, dia tidak mampu menutup semua mulut. Biarpun ada yang mulut-mulut tepi yang mendakwa pelakon yang hit dengan drama Cinta Ibadah itu sekadar mahu meraih tumpuan media, Sherry punya pendirian dan pegangan sendiri.
Baginya, dia cukup ikhlas dengan perubahan imej baharunya itu. Apa yang penting nawaitu untuk berhijrah itu biarlah urusan dia dan Sang Pencipta. Justeru bagi Sherry, dia tidak mahu dilabel sekadar mahu bertudung sahaja. Baginya, dia mahu aspek sebenar pemakaian tudung itu dibuat secara sesempurna yang boleh mengikut syariat.
Sebagai orang baru berhijrah, dia mengakui agak kekok ketika mahu mengenakan tudung. Banyak perkara yang perlu dipelajarinya. Jika sebelum ini dandanan rambut menjadi perhatian, kini fokusnya tertumpu kepada teknik pemakaian hijab.
Ads
Gemar Pakai Instan
“Permulaannya memang agak kekok untuk menggayakan hijab. Saya cuba juga untuk membuat lilitan walaupun pada awal tu memang tidak kemas. Tetapi lama-kelamaan keselesaan mula dirasai.
“Jika ditonton tutorial di laman web dan mencubanya, saya rasa tidak selesa kerana tidak menjadi. Sebab itu, saya pakai tudung ‘instant’ yang banyak ada di pasaran sekarang. Tetapi saya terus belajar untuk lilit-lilit tudung ni,” jelas Sherry.
Biarpun masih baru, menurut Sherry, penampilan baharunya itu juga mahu diselarikan dengan imej penampilannya secara keseluruhan. Justeru, dia tidak mahu lagi mengenakan sebarang pakaian yang boleh disifatkan sebagai mencolok mata. Sebolehnya, biarlah ia menepati garis panduan pemakaian seorang Muslimah sebenar.
“Sekarang saya tidak mahu menggayakan busana yang ketat sehingga menampakkan bentuk badan. Memang saya cuba elakkan. Ada juga persalinan yang masih boleh dipakai. Cuma saya perlu suai padankan sahaja.
“Sekarang ini, kena banyakkan koleksi baharu, terutamanya skarf,” ceritanya yang juga merupakan pemenang tempat kedua program realiti Gempak Superstar musim lalu. Sherry juga kini sedang sibuk menguruskan perniagaan kosmetiknya.
Minat fesyen sejak kecil, Mira Agile sentiasa bergaya walau berstatus ibu anak 3. Maka, sebagai seorang pempengaruh Munira Agile sentiasa menjaga penampilan diri.
Gaya yang maksima menjadi tunjang utama bagi wanita yang dikenali dengan nama mesranya, Mira.
“Maksud berfesyen bagi saya ialah seperti identiti, dapat menunjukkan keperibadian kita kepada orang lain tanpa kita perlu memberitahu mereka.
“Personaliti biasanya boleh dilihat daripada cara kita berpakaian,” katanya seperti yang dipetik daripada portal Wolipop baru-baru ini.
Fesyen menjadi kegemaran Mira sejak kecil. Malah, dia menjadikan fesyen sebagai panduan dalam penampilannya setiap hari.
Mira mempelajari fesyen di sebuah sekolah fesyen terkenal di Jakarta.
Di tengah kesibukannya menjaga tiga cahaya mata perempuan, Mira sempat memulakan perniagaan fesyennya. Satu jenama tudung telah dicipta oleh Mira.
Bagi Mira, keselesaan adalah kunci utama untuk kelihatan bergaya. Mengikuti trend bukanlah keutamaannya.
“Jika merasa selesa, hati akan menjadi lebih tenteram.
“Hasilnya anda menjadi lebih yakin, gembira dan bersemangat melakukan aktiviti sepanjang hari,” kata Mira yang mempunyai hampir 400,000 pengikut di Instagram.
Pakaian dengan corak minimum, polos dalam kombinasi monokrom, hitam, putih atau kelabu adalah sebahagian daripada trademark wanita jelita ini.
Suatu ketika dulu drama sinetron Bawang Merah Bawang Putih jadi fenomena yang menggemparkan. Betapa ketika itu penonton memang meluat melihat aksi Bawang Putih dilakonkan Nia Ramadhani yang asyik betul membuli Bawang Merah yang dibawakan oleh pelakon Revalina S Temat. Ketika itu kedua-dua pelakon ini masih remaja dan kini setelah hampir 13 tahun berlalu, masing-masing sudah dewasa dan berjaya dalam karier masing-masing.
Salah seorang pelakonnya Revalina S Temat kini sudahpun berhijab dan dia sangat cantik sekali. Biarpun hijab digayakan simple, namun kejelitaan wajahnya tetap terserlah. Revalina di katakan berhijab setelah pulang daripada menjalani ibadah umrah. Dia juga mengakui berhijab bukan mengikut trend sebaliknya sedar pada usianya 31 tahun, Revalina mahu mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa.
Dalam satu temu bual, Revalina berkata sebenarnya keinginan untuk berhijab sudah ada sebelum dia berangkat menunaikan umrah lagi. Ternyata perjalanan spiritual selama di tanah suci membuatkan dia semakin kuat untuk berhijab. Sebaik pulang, dia nekad dengan keputusan yang diambil.
Ternyata dia tidak menyesal dengan keputusan yang diambil kerana rezekinya semakin banyak setelah berpenampilan sebagai seorang Muslimin. Bahkan kerja-kerjanya sekarang juga lebih terarah kepada yang memakai hijab.
Ibu muda kepada seorang cahaya mata ini juga mendapat sokongan padu dari suaminya sendiri, walaupun sebelum itu dia ditanya adakah benar-benar mahu berhijab atau nanti akan buka semula. Namun Revalina memang tegar dengan keputusan itu dan suaminya juga yakin dengan pilihan yang diambil olehnya.
Penampilan pelakon Bawanng Putih Bawang Merah ini tetap cantik dan bikin hati tenang melihatnya kerana dia sememangnya amak cocok sekali mengenakan hijab. Walaupun sekadar dililit ringkas, ia sudah memadai buat si cantik Revalina.
Semoga Revalina terus istiqomah dengan penghijrahan yang dilakukan sekitar Mei lalu.
Kerajaan Perancis telah meletakkan larangan memakai hijab kepada pelajar Muslim yang berusia 18 tahun dan ke bawah. Perkara ini berlaku kurang sebulan dari larangan memakai burqa dan niqab oleh kerajaan Switzerland.
Senat kerajaan Perancis telah mengundi dan suara majoriti bersetuju tentang isu ini sebagai “Larangan di tempat awam sebarang tanda agama yang jelas oleh kanak-kanak bawah umur dan pakaian atau rekaan apa pun yang akan menandakan interiorisasi wanita berbanding lelaki”.
Jika dilihat dari sejarah negara itu, sejak dari dahulu lagi kerajaannya berusaha untuk menegakkan fahaman sekularisme, atau pemisahan negara dan agama. Mereka sering berpendapat bahawa simbol keagamaan seperti tudung bertentangan dengan prinsip pencerahan dan individualisme Eropah.
Bahkan, Presiden Perancis Emmanuel Macron sebelumnya telah menyatakan bahawa jilbab tidak sesuai dengan cita-cita Perancis.
Terkesan mendengar isu ini atlet lawan pedang USA, Ibtihaj Muhammad yang merupakan atlet muslim berhijab menyelar Tindakan kerajaan Perancis menerusi satu hantaran di Instagramnya.
“Inilah yang berlaku apabila anda menormalisasikan ucapan kebencian, sikap berat sebelah, diskriminasi, dan jenayah kebencian anti-Islam seterusnya Islamofobia ditulis dalam undang-undang yang menyebelahinya. Semoga Allah melindungi saudari kita. Allhummaameen,” tulisnya.
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...