Tidak pernah terlewat untuk seseorang itu berubah ke arah kebaikan dalam hidupnya. Biarpun sebelum ini pernah mengambil keputusan untuk membuka hijabnya, pelakon jelita Fathia Latiff kini telah tampil bertudung semula sejak sebelum Ramadhan yang lalu.
Percaya pada pegangan agama, Fathia akui itu merupakan khilafnya yang dahulu dan redha jika ada yang skeptikal dengan keputusannya itu.
Dia juga mengakui dirinya pernah memberontak hingga tewas ketika diuji.
“Benar, saya manusia biasa. Namun, itu bukan alasan untuk saya buat silap dan kembali sedar. Seterusnya, buat lagi hal sama. Hidup ini bukan panjang lagi.
“Saya akui tewas ketika diuji. Ada fasa dalam hidup termasuk hal peribadi dan kebodohan akhirnya menjerat diri.
“Saya memberontak tidak kena gaya. Natijahnya, hanya saya tahu. Saya lupa diri ini bukan orang biasa, sebaliknya insan dikenali yang diperhati setiap tindak tanduk.
“Sampai bila saya hendak ‘pakai buang’ dalam kewajipan bertudung. Mahu atau tidak, saya kena tetap pendirian. Soal bertudung, saya kena pakai kerana itulah tuntutan wanita Islam,” katanya.
“Pada akhirnya, saya kena balik kepada pegangan agama dan kepercayaan. Saya tiada alasan kenapa kembali bertudung.
Ads
“Saya manusia biasa yang tidak lepas melakukan khilaf demi khilaf. Sekarang, saya dalam fasa membetulkan diri… Bukan mudah hendak istiqamah.
“Saya pernah hanyut, terleka dan lalai hingga jatuh terduduk saat buat keputusan membuka tudung.
“Saya tanggung semuanya kerana silap sendiri. Saya bukan masih muda lagi. Dahulu saya tidak matang.
Ads
“Sekali lagi, saya harap diberi peluang dan ruang untuk memperbaiki diri dan berubah,” ujar pelakon kelahiran Ayer Hitam ini.
Kerajaan Perancis telah meletakkan larangan memakai hijab kepada pelajar Muslim yang berusia 18 tahun dan ke bawah. Perkara ini berlaku kurang sebulan dari larangan memakai burqa dan niqab oleh kerajaan Switzerland.
Senat kerajaan Perancis telah mengundi dan suara majoriti bersetuju tentang isu ini sebagai “Larangan di tempat awam sebarang tanda agama yang jelas oleh kanak-kanak bawah umur dan pakaian atau rekaan apa pun yang akan menandakan interiorisasi wanita berbanding lelaki”.
Jika dilihat dari sejarah negara itu, sejak dari dahulu lagi kerajaannya berusaha untuk menegakkan fahaman sekularisme, atau pemisahan negara dan agama. Mereka sering berpendapat bahawa simbol keagamaan seperti tudung bertentangan dengan prinsip pencerahan dan individualisme Eropah.
Bahkan, Presiden Perancis Emmanuel Macron sebelumnya telah menyatakan bahawa jilbab tidak sesuai dengan cita-cita Perancis.
Terkesan mendengar isu ini atlet lawan pedang USA, Ibtihaj Muhammad yang merupakan atlet muslim berhijab menyelar Tindakan kerajaan Perancis menerusi satu hantaran di Instagramnya.
“Inilah yang berlaku apabila anda menormalisasikan ucapan kebencian, sikap berat sebelah, diskriminasi, dan jenayah kebencian anti-Islam seterusnya Islamofobia ditulis dalam undang-undang yang menyebelahinya. Semoga Allah melindungi saudari kita. Allhummaameen,” tulisnya.
Tidak mudah untuk seseorang itu menempa kejayaan. Apatah lagi jika dapat menempa nama di peringkat antarabangsa. Begitu juga kisah penyanyi Yuna yang pernah melalui jalan berliku sebelum berjaya seperti hari ini. Antaranya dia pernah disuruh buka tudung dan hanya menyanyikan lagu Melayu sahaja.
Perkara ini diluahkan penyanyi yang kini mencipta nama di Amerika Syarikat. Yuna di laman sosial instastorynya dengan memberi penghargaaan kepada pengurus peribadi Wawa yang banyak berkorban demi karier nyanyian beliau.
Bukan itu sahaja kesusahan dialami,mereka juga pernah menghadapi masalah kewangan dan terpaksa kuat untuk bertahan dalam industri.
Kini segala kepayahan lalu berbaloi kerana nama Yuna kini semakin di kenali di kalangan penyanyi popular.
Wawa adalah orang yang bertanggungjawab membawa karier Yuna hingga berjaya menembusi pasaran antarabangsa.
Penyanyi yang baru bergelar isteri orang awal tahun ini memulakan karier sebagai penyanyi 10 tahun lalu.
Status yang dimuat turun ini juga turut membuatkan peminatnya terharu ddan kisahnya itu memberi inspirasi kepada mereka. Rata-rata begitu tersentuh dengan kisah kejayaan penyanyi ini mendaki puncak jaya.
Seperti yang kita maklum, Yuna memang sudah bertudung ketika mula-mula menyertai industri hiburan di tanah air. Penyanyi ini juga mempunyai ijazah dalam bidang Undang-undang dari UiTM.
Sejak akhir-akhir ini, semakin ramai selebriti yang mengambil langkah untuk berhijab. Ini adalah satu perubahan yang sangat baik dan pastinya diberi sokongan penuh oleh netizen.
Seperti pelakon yang sedang meningkat naik iaitu Eyra Hazali, dia kini telah tampil dengan bertudung dan telah memadam semua fotonya yang tidak berhijab di akaun instagramnya.
Eyra telah mengumumkan penghijrahannya secara rasmi pada siaran langsung program MeleTOP pada hari Selasa yang lalu.
Sudah dua bulan bergelar tunang kepada penjaga gol pasukan bola sepak Malaysia iaitu Haziq Nadzli, pelakon drama Mr.Grey ini juga mendapat sokongan padu daripada para peminatnya yang turut mendoakan untuknya.
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...