Kematian pemandu Grab, Aiman Nosri baru-baru ini sangat mengejutkan rakyat Malaysia. Rata-rata tidak menyangka arwah dibunuh oleh penumpang Grab dengan jerutan di lehernya. Apatah lagi di bulan Syawal yang mulia ini. Arwah juga dikatakan menjadi pemandu Grab untuk menolong keluarganya yang susah.
Arwah yang masih bujang dan berumur 27 tahun, tidak dapat dihubungi keluarganya selepas mengatakan ingin menghantar penumpang dari KLIA ke Puncak Alam.
Dalam lamam twitter, rakan-rakannya juga turut tidak menyangka kejadian yang cukup menyayat hati ini berlaku kepada arwah. Malah tidak menyangka dia dibunuh oleh mereka yang tidak dikenali.
Menurut seorang temannya menggunakan nama akaun @Zoragon IV memberitahu dunia sekarang sudah gila. Ini kerana manusia sebaik Aiman juga turut dibunuh. Dia turut mendoakan syurga tempat untuk arwah.
Menurutnya juga sebaik tahu temannya itu meninggal dunia, dia tidak boleh tidur, tangan sejuk dan perasaan berdebar. Rakannya itu juga turut memohon rakan di alam maya menyedekahkan surah Al-Fatihah kepada arwah dan semoga urusan di sana dipermudahkan.
Salah seorang temannya yang lain juga turut melahirkan rasa simpati dengan kematian sahabat mereka itu.
Selebriti terkenal, Fizo Omar juga turut tidak ketinggalan memberikan ucapan takziah dan simpati kepada mangsa dan keluarga. Dia juga turut mempersoalkan sifat kemanusiaan yang semakin hilang dalam diri sekarang ini.
Hijabista turut terkesan dengan berita ini. Didoakan agar rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan keluarganya terus tabah dengan situasi ini.
Turut mengharapkan juga pembunuh itu dapat ditangkap dengan segera dan dikenakan hukuman yang setimpal.
SUMBER: TWITTER
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wajah Seperti ‘Badut’ Kerana Salah Cara Memakai Maskara, Cuba Lakukan Teknik Rahsia Yang Mudah Ini!
Orang kata jika dalam masakan, tanpa garam, masakan itu tidak akan sempurna. Begitu juga dengan istilah maskara dalam solekan. Jika tiada sebarang maskara pada wajah, maka tidak sempurnalah solekan anda!
Maskara mampu untuk menjadikan mata anda kebih galak dan seksi mengikut bentuk garisan yang dihasilkan. Pun begitu, pemakaian maskara yang tidak betul boleh menyebabkan solekan anda comot dan tidak kemas! Walaupun pelbagai jenis produk maskara dijual di pasaran, tetapi anda harus tahu tentang teknik asas untuk memakai maskara! Oleh itu, jom baca teknik asas di bawah ini! Selamat mencuba!
1. Pilih jenis maskara yang betul
Terdapat banyak maskara yang menjanjikan lebat, panjang dan tahan lama tetapi pakar mengatakan bahawa ini bukan caranya untuk memiliki keseluruhan efek. Jika anda mahu hasil yang tertentu, carilah jenis maskara yang khusus.
2. Hitam sesuai untuk semua
Semua orang boleh menggayakan maskara hitam, walaupun berambut perang. Kepentingan maskara adalah untuk menyerlahkan bentuk mata dan bulu mata.
3. Gunakan maskara kalis air bila perlu
Formula kalis air adalah terlalu sukar dibuang untuk digunakan setiap hari, anda perlu menggosok kuat untuk menghilangkannya jadi ada kemungkinan bulu mata anda akan gugur.
4. Lentikan sempurna
Gunakan pelentik bulu mata dengan memulakannya dari pangkal bulu mata kemudian sedikit demi sedikit dilentikkan sampai ke hujung bulu mata. Letakkan cermin di bawah mata agar anda dapat lihat garisan bulu mata.
5. Bulu mata yang lebih ketara
Palit dari pangkal bulu mata hingga hujung. Bermula dari pangkalnya, ceraikan setiap helaian bulu mata, pegang berus secara menegak dan gerakkannya dari tepi.
6. Melebat dan memanjangkan
Sekiranya bulu mata anda halus dan jarang, gunakan asas maskara untuk menambahkan volume. Palit dari pangkal bulu mata hingga hujung.
7. Mencuci maskara
Selepas seharian bulu mata anda dipaliti maskara, pastinya waktu untuk mencuci cukup renyah buat anda, namun jangan runsing, gunakan saja pencuci bulu mata atau pemadan solekan yang berunsurkan formula minyak. Kandungan minyak dapat menyingkirkan kotoran dengan pantas, malah ia juga berkesan untuk maskara kalis air.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Budaya Buli Tidak Harus Dipandang Ringan. Apatah Lagi Sehingga Meragut Nyawa” DAYAH BAKAR
Kisah Pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain yang terkorban tujuh tahun lalu angkara dibuli oleh enam bekas pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) cukup menyentuh jiwa. Tragis dan tidak berperikemanusiaan! Biarpun takdir sudah tertulis, budaya buli ini tidak harus dipandang ringan. Apatah lagi sampai meragut nyawa.
Ramai yang menzahirkan rasa marah, sedih dan simpati dengan kisah tersebut.
Pengacara terkenal, Dayah Bakar turut meluahkan suara hatinya di platform media sosial.
Terkesan dengan kisah Allahyarham Zulfarhan, Dayah yang merupakan isteri kepada seorang tentera iaitu Kapten Muhammad Hanif Hamidi memuat naik satu hantaran di akaun Instagramnya.
“Bullying in any kind is unacceptable. Apatah lagi sehingga meragut nyawa.
“Budaya buli tidak harus dipandang ringan. Berapa ramai lagi yang akan terus menjadi mangsa? Berapa ramai lagi pembuli mendabik dada mampu tersenyum dan berbangga?
“Say NO to bullying. May we not be them, may we not raise them. may we STOP them!”
Tegas ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, satu langkah dan pilihan kita boleh meninggalkan kesan kepada hidup seseorang.
“You can choose to be the villain or the hero, but in this matter you just need to be a human.”
Dalam hantaran yang sama, Dayah atau nama sebenarnya Nur Hidayah Abu Bakar turut memuat naik satu gambar surat layang yang ditulis lapan tahun lalu dan ia kini sedang tular di media soial.
Surat tersebut dipercayai ditulis oleh seorang pelajar lelaki dikenali sebagai Muhammad Aiman Aufa yang juga rakan seuniversiti dengan Allahyarham Zulfarhan.
Semoga kisah Allahyarham Zulfarhan menjadi pengajaran buat semua seterusnya sentiasa cakna dengan isu ini.
Untuk info, Allahyarham Zulfarhan merupakan Pegawai Kadet Laut dan bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Allahyarham Zulfarhan meninggal dunia pada 1 Jun 2017 kerana dibuli dan didera sehingga menyebabkan kematian disebabkan kecederaan parah, lebam serta melecur seluruh badan. Allahyarham Zulfarhan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kebun Teh, Johor Bahru.
Mahkamah Rayuan menyifatkan apa yang berlaku terhadap Allahyarham Zulfarhan sebagai kes jenayah kekejaman yang paling jarang ditemui.
Al-fatihah (dibaca) buat Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
10 Tempat Berlainan Aktiviti Percutian Paling Legit Untuk Hijabi. Jangan Lepaskan Peluang!
Soalan ini sering timbul setiap kali kita merancang percutian. Ini kerana, selain daripada tempat menarik untuk dilawati, tempat yang dipilih untuk menginap juga penting untuk memastikan kita dapat kepuasan penuh semasa bercuti. Gunakan kod promo untuk penjimatan tempahan penginapan:
Setiap satu tempat yang disenaraikan, menjanjikan pengalaman bercuti yang istimewa dan berlainan aktiviti.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
1. Membeli belah di Genting Highlands Premium Outlets
Genting Highlands Premium Outlet , Pusat Premium Premium di puncak bukit pertama membawa kemewahan membeli belah ke tahap yang lebih tinggi dengan jualan pertama sejak dibuka pada bulan Jun.
Selepas Johor Premium Outlets telah memecah rekod menarik orang ramai ke pusat ini, dan tahun ini Genting Highlands Premium Outlets, kami menjangka lebih banyak pembeli mengambil kesempatan daripada penjimatan yang luar biasa kami menjurus kepada perayaan akhir tahun.
2. Berkayak buluh bersama teman di Tadom Hill
Perjalanan sekitar 45 minit dari Kuala Lumpur dan 15 minit dari KLIA, Tadom Hill Resort kini semakin viral dan popular apabila semakin ramai yang terpegun dengan kecantikan Tadom Bamboo Camp yang baru beroperasi sejak akhir Disember 2015. Hampir keseluruhan struktur resort ini dibina dengan buluh dan ia menjadi identiti unik tempat ini. Lokasi ini juga popular sebagai salah satu tarikan ‘glamping’ iaitu trend ‘perkhemahan mewah’ atau glamorous camping.
Jika tidak berkesempatan untuk menginap di sini, anda boleh membeli day pass dan mandi-manda di Tadom Groove, sebuah tasik yang bersih, indah dan selamat. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti bermain kayak buluh. Terdapat juga papan buluh setinggi 5 meter ke air, beserta tali ‘tarzan’ yang membolehkan anda bergayut. Semua kemudahan seperti jaket keselamatan dan rakit buluh adalah percuma.
- Alamat: Tadom Hill Resorts, 42700 Banting
- Harga Tiket: RM18 (untuk aktiviti mandi tanpa penginapan), Sewaan khemah dan chalet bermula sekitar RM40 – RM260 /malam (bergantung pada jenis penginapan)
- Waktu Operasi: 8:00 – 18:30 setiap hari
3. OOTD di Fig Tree Hill, Pulau Pinang
Fig Tree Hill Pulau Pinang ini menawarkan suasana yang tenang untuk berehat bersama keluarga. Hanya 15 minit pemanduan dari lapangan terbang Pulau Pinang, Resort ini akan buat anda lupa hiruk-piruk bandar yang and baru tinggalkan.
- Alamat : Jl. Kenari, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang, Malaysia
- Laman Web: figtreehill-resort.com
4. Jungle tracking Casabrina Villa, Pahang
Hanya satu jam dari Bandar Kuala Lumpur jika anda memandu, Casabrina Villa Pahang merupakan tempat dimana kemewahan dan keindahan alam semulajadi bertemu. Gabungan hutan lipur dan keselesaan hotel 6 bintang menjadikan resort ini ideal untuk pencinta alam yang mengutamakan keselesaan.
Berehat di infinity pool mereka sambil menikmati pemandangan hutan lipur yang menakjubkan. Aktiviti yang anda boleh lakukan di sini termasuk golf, jungle trekking dan safari.
- Alamat : Jalan Tras, Mukim Tras 27600 Raub, Pahang.
- Laman Web: casabrina.net
5. Backpacker di The Container Hotel, Kuala Lumpur
Di Container Hotel Kuala Lumpur anda dapat tinggal di dalam kontena lama yang telah diubah suai menjadi bilik hotel yang selesa. Anda boleh pilih sama ada anda mahu bermalam di dalam bilik asrama ala backpacker, tube, atau bilik biasa.
- Alamat : Jalan Delima, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
- Laman Web: containerhotel.my
6. Scuba Diving Seaventures Dive Resort, Sabah
Pelantar minyak bukan satu tempat biasa dikaitkan dengan destinasi percutian yang menarik, tetapi ini berubah apabila saya menemui Seaventures Dive Resort. Resort terletak di Sipadan Sabah berdekatan dengan Pulau Mabul.
Jika anda seseorang yang minat pada aktiviti scuba diving ini adalah salah satu destinasi menyelam yang harus dilawati. Terletak di segi tiga batu karang Sabah, pelantar minyak ini diubah suai menjadi dive rig dan telah meraih status PADI 5 star Dive Resort.
- Alamat : Booking Office, G23B, Ground Floor, Wisma Sabah, Jalan Tun Fuad Stephen Kota Kinabalu, Sabah 88000
- Laman Web : seaventuresdive.com
7. Scadanavian di Canopy Tribes, Johor
Syurga Glamping yang tidak diketahui ramai ini terletak di Kota Tinggi Johor. Tidur didalam “Bell Tent” disamping flora dan fauna. Tidak perlu bawa sleeping bag atau membina unggun api untuk memasak, di sini segalanya disediakan, perkelahan mewah alaf baru.
Antara aktiviti yang anda boleh buat di sini adalah mandi air terjun, trekking di Gunung Panti, berbasikal, berkayak, dan menaiki ATV. Tempat-tempat menarik yang berdekatan termasuk Crocodile farm, Ostrich Farm dan Bird Park yang menjadi rumah kepada 270 spesis burung tempatan exotik.
- Alamat : 7815, Jln Lombong, Batu 8, Kota Tinggi, 81900 Johor.
- Instagram : Canopy Tribes
8. Treasure Hunt di Caravan Serai, Pahang
Caravan Seri Bentong, Pahang ini merupakan Villa peribadi yang mempunyai ladang buah, sungai , dan dikelilingi bukit-bukit hijau. Anda boleh pilih untuk bermalam dibawah bintang di dalam kemah Delux Safari atau merehatkan diri di dalam bilik Caravan Suite.
Antara aktiviti yang disediakan adalah treasure hunt, team building, karaoke, volleyball dan berenang di Riverpool.
- Alamat : Lot 3159 & Lot 3160, 12 3/4 Mile Jalan Tras, 28700 Bentong, Pahang
- Instagram: Caravan Serai
9. Rombongan Kak limah dalam Bustel Klebang, Melaka
Biasanya kita risau tertidur dalam bas takut terlepas tempat yang patutnya kita berhenti. Tetapi kali ini anda boleh tidur dengan lena di dalam Bus yang telah diubah suai menjadi hotel ini.
Diberi nama Bustel, tempat ini terletak di dataran satu Malaysia, Pantai Klebang Melaka. Setiap bilik mempunyai kelengkapan yang sama seperti bilik hotel biasa.
- Alamat : Kampung Batang 3 Timur, Tanjong Kling, Melaka, Malaysia
- Instagram : Bustel Klebang
10.Percutian ala Cowboy Eagle Ranch Resort, Negeri Sembilan
Port Dickson memang terkenal dengan tempat yang menarik dan luarbiasa tetapi tidak disangka di sini kita terdapat resort yang bertema Cowboy. Disini anda berpeluang untuk menginap di rumah berbentuk Tipi (kemah kaum Native American) dan badwagon yang dibina menyerupai sebuah wagon Cowboy.
Bukan sekadar bilik yang unik, kawasan yang luas membuat tempat ini bagus untuk acara berkumpulan atau acara korporat seperti team building, seminar, kem motivasi dan hari keluarga. Tempat ini juga menampilkan berbagai aktiviti yang menarik seperti paintball, flying fox, rapelling, go kart dan memanah. Antara destinasi pelancongan yang berdekatan adalah Blue Lagoon Port, Muzeum Lukut, Zoo Port Dickson dan Pasir Pajang.
- Alamat : Eagle Ranch Resort, 544, Jalan Pantai, 71250 Port Dickson
- Laman Web: eagleranch.com.my
Admin harap dengan sedikit perkongsian 10 aktiviti menarik ini dapat memberi manfaat untuk hijabis semua menghabiskan cuti hujung tahun. Jangan lupa kongsi pengalaman cuti anda.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI