Sumber dari Canva

Setiap kali menjelang hujung tahun, sudah tentunya musim hujan akan tiba. Ada gembira kerana dapat menikmati suasana sejuk dan relax sambil berehat di alaskan selimut.

Namun, tidak semua yang menyukai musim hujan kerana membawa ‘keburukan’ pada mereka. Bukan sebab tidak bersyukur sis tapi mereka ada masalah tertentu.

Artikel berkaitan: Elak Jangkitan Selsema Ketika Musim Hujan, Pakar Syorkan 6 Vitamin Ini

Tidak semua boleh terkena air hujan…

Ada Beberapa Penyakit Kulit Boleh Terjadi Ketika Musim Hujan
Sumber dari Canva

Ada sebilangan dari kalangan kita yang menghadapi masalah apabila terkena air hujan. Kebanyakannya akan mendapat masalah penyakit yang agak teruk oleh kerana cuaca yang lembap ini.

Jadi apakah antara penyakit yang boleh muncul disebabkan air hujan? Bagi mereka yang ingin tahu, di sini kami senaraikan beberapa jenis penyakit yang boleh timbul akibat air hujan, antaranya:

Kudis

Kulat atau scabies merupakan satu kondisi yang melibatkan masalah kulit terjadi akibat jangkitan parasit. Ianya tidaklah merbahaya dan boleh sahaja dirawat menggunakan ubat tertentu bagi mengelakkan dari merebak secara sentuhan.

Ads

Ruam

Ruam juga boleh terjadi bukan di kala cuaca yang panas malah ketika waktu hujan dan sejuk juga. Bagi pengetahuan semua, musim hujan menyebabkan kelembapan menjadi tinggi dan boleh berlakunya peluh tersumbat.

Peluh yang tersumbat dalam liang pori boleh merengsakan kulit dan membentuk ruam yang berbintik merah. Malah ruam tersebut juga boleh menyebabkan kegatalan yang melampau.

Ekzema

Tidak juga berlaku akibat faktor genetik atau alahan, eczema juga boleh berlaku apabila musim hujan. Kelembapan dan suhu semasa hujan boleh menyebabkan individu yang mempunyai eczema mengalami kerengsaan yang teruk.

Ads

Dalam satu situasi, air hujan boleh menyebabkan kulit menjadi kering, gatal, dan juga bersisik. Kondisi menjadi lebih teruk apabila seseorang itu alami masalag bengkak dan sakit yang melampau.

Artikel berkaitan: Bapa OKU Gigih Lindung Anak Dari Hujan, Buat Netizen Tersentuh

Kutu air

Kaki yang berendam di dalam air dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan rasa gatal-gatal dan merah. Ini dinamakan masalah kutu air.

Ads

Ia akan muncul apabila tahap kelembapan yang terlalu tinggi, berpeluh, serta sewaktu pakai kasut yang basah atau tidak mempunyai pengudaraan yang baik. Mandi dalam kolam renang terlalu lama pun boleh menyebabkan jangkitan kutu air.

Sumber: klikdokter

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI