Nampaknya isteri kesayangan pemenang tempat ke 5, Gema Gegar Vaganza, Hafiz Hamidun, Joy Revfa cukup tenang apabila dikritik mengenai penampilannya baru-baru ini.
Dia begitu menghormati pandangan dan kritiken netizen yang mahu dia menjaga imej suaminya sebagai seorang artis Islamik.
Malah dalam kenyataannya, pengusaha produk kecantikan ini juga mahu semua netizen berhenti mencari salahnya. Dia dikatakan baru berhijab dan masih lagi dalam proses belajar menjadi seorang Muslimah yang menutup aurat dengan sempurna.
Tetapi apa yang admin perhatian di laman sosial instagram yang mempunyai 157K pengikutnya, penampilan Joy Revfa tidaklah terlalu seksi atau keterlaluan.
Cuma lirikan matanya boleh buat hati jadi berdegup kencang kerana tampak tajam sekali pandangannya.
Jika dilihat, Joy Revfa memang gemar bergambar sambil memberitahu apa aktiviti terkini dan dia memang paling gemar berselfie.
Ayuh, lihat 8 gaya selfie Joy Revfa yang betul-betuk menusuk jiwa!
1. Selendang navy blue ini memang menyerlah sisi anggun. 2. Kerudung rona hijau lembut dililit kreatif.
3. Memang gemar berselfie.
4. Macam ‘baby doll’ di hari bersejarahnya.
5. Satu lagi gaya memikat.
6. Memang ada aura.
7. Lilitan hijab simple tetapi tampak cantik.
8. Panahan mata menikam jiwa.
SUMBER: INSTAGRAM Joy Revfa
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tutorial: Gaya Hijab Less Than 5 Minute… Mudah & Stailo Buat Hijabi Bersiap Ringkas Ke Majlis Open House!
Nampaknya minggu ini pati ramai yang mendapat undangan rumah terbuka. Apa kata untuk kelaina kita cuba gaya hijab lain daripada yang lain. Tetapi buat hijabi yang sukakan gaya hijab yang simple tapi masih mahu nampak stailo, anda boleh cuba gaya ini. Tidak memerlukan masa yang lama, kurang dari 5 minit sahaja, terus siap. Percayalah penampilan anda nanti akan mendapat pujian rakan lain.
Selain sesuai untuk digayakan ketika majlis yang formal, anda juga boleh cuba gaya hijab ini pada hari kasual untuk tampak lebih bergaya.
View this post on InstagramA post shared by Hijabista Magazine, KL MY (@hijabistamag) on
Langkah Pertama : Untuk tutorial ini anda memerlukan hijab material shawl, tidak kira shawl material biasa ataupun satin.
Langkah Kedua: Bahagikan bahagian kiri dan kanan shawl tersebut, ikut keselesaan.
Langkah ketiga: Lipat sedikit shawl di bahagian tepi muka, dan bawa ke bahagian sisi kepala dan pinkan dengan jarum peniti.
Langkah keempat: Di bahagian sebelah lagi lilit kan di atas kepala dan bawa lebihan lilitan itu kehadapan.
Langkah kelima: Lebihan di sebelah lagi yang pendek itu, masukkan di dalam baju.
Langkah keenam: Kemaskan dan siap !
Selamat mencuba !
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ingin Tampil Lebih Stylish Dan Fashionable? Ini 7 Inspirasi OOTD Vest Buat Hijabi
Isi Kandungan
ToggleFesyen berputar bagaikan roda dan bersilih ganti. Fesyen vest terdahulu popular pada tahun 80-an dan 90-an dan kini ia kembali dengan transformasi baru yang lebih funky dan moden!
Seiring perkembangan zaman, ada banyak inovasi vest yang semakin stylish. Sweater vest menjadi salah satu item fesyen dan menjadi trend tahun 2023. Item fesyen ini menjadi pilihan ramai dan membantu membuat OOTD hijabi lebih bergaya dan sangat moden!
Sweater vest sering dijadikan sebagai outwear dan mudah untuk di-mix and match dengan item fesyen apa-apa sahaja, daripada baju dan turtleneck hingga lengan puff. Buat para hijabi, jangan lupa untuk mix and match kan juga dengan warna tudung anda. Berikut Hijabista senaraikan beberapa inspirasi OOTD vest yang trendy untuk hijabi sekalian ikuti!
#1 Knitted Vest.
Vest sangat sinonim dengan gaya preppy klasik. Jadi, untuk memberikan kesan vintage, hijabi boleh cuba memakai knitted vest. Knitted vest diperbuat daripada helaian benang yang dibentuk menjadi bentuk jaket. Jenis benang yang biasa digunakan dalam membuat knitted vest untuk wanita ialah kapas, soft cotton, dan spandeks.
Hijabi boleh cuba padankan knitted vest bersama bahagian dalam blouse berlengan puff dan juga pleated skirt yang sesuai. Jangan lupa untuk lengkapkan OOTD anda dengan tudung bawal dengan warna yang sedondon!
#2 Cute Pattern Vest.
Buat hijabi yang ingin terlihat ‘cute’, anda boleh memilih vest yang mempunyai motif yang menarik serta berwarna pastel. Sebagai contoh, anda boleh memilih vest yang bercorak awan biru muda serta sesuaikan dengan kemeja putih dan kulot.
Untuk tampak lebih kemas, jangan lupa memilih hijab pashmina yang warnanya senada dengan vest anda. Imej yang ‘cute’ ini sangat bersesuai buat hijabi yang masih lagi sedang belajar dan ingin pergi ke kelas.
#3 Zipper Vest.
Jika anda bosan dengan rekaan vest yang sama, anda boleh cuba mix and match vest dengan perincian berzip di bahagian hadapan. Ianya sangat bersesuaian buat OOTD hijabi ke tempat kerja. Jangan lupa untuk padankan dengan kombinasi warna lembut, seperti coklat muda, krim dan putih. Lengkapkan penampilan ‘minimalis’ ini dengan warna hijab yang bersesuaian.
#4 Long Blazer Vest.
Kalau pilihan diatas semuanya adalah vest pendek, pilihan kali ini ialah vest panjang. Vest panjang sangat sesuai buat hijabi. Gayanya longgar dan biasanya mencecah pertengahan paha. Jadi ia boleh menutup lekuk badan hijabi dengan sempurna.
Jika anda mempunyai koleksi jaket panjang dalam almari pakaian, jangan dibiarkan begitu saja! Dengan kombinasi yang betul, gaya ‘klasik’ ini boleh kelihatan moden. Padankan vest dengan turtleneck dan kulot berwarna coklat. Selepas itu, padankan dengan pashmina inner instant yang diikat di belakang leher; pasti membuatkan OOTD anda terlihat sempoi dan stailo!
#5 Quilted Crop Vest.
Untuk menjadikan stail vest OOTD anda kelihatan sedikit berbeza, cuba pilih vest dengan butiran unik, seperti ‘quilted’. Namun anda perlu berhati-hati, pastikan mix and matchnya bersesuaian supaya tidak terasa “bulky” atau “berat”.
Sebagai contoh, anda boleh padankan quilted crop vest dengan baju bermotif ‘stripes’ dan skirt panjang. Untuk menjadikannya lebih stylish, pilihlah warna monokromatik daripada tudung, pakaian hingga aksesori yang digunakan.
#6 Deconstructed Vest.
Buat hijabi yang ingin mencuba sesuatu yang bukan ‘basic’, anda boleh lah mencuba deconstructed vest ini. Outerwear dengan potongan yang deconstructed atau tidak simetri seperti ini mencipta rupa yang berbeza dari biasanya. Ini membantu anda terlihat sangat trendy, ‘anti-boring’ sekaligus street style.
Pemilihan seluar pula terpulang kepada warna vest yang anda pilih, jika anda memilih vest dengan warna plain, anda boleh padankan dengan seluar yang mempunyai corak atau bergaris. Disebabkan seluar tersebut sudah cukup memberi ‘statement’, anda hanya perlu mengenakan hijab bercorak ‘plain’.
#7 Lace Vest.
Material vest juga tidak semestinya dibuat dari knit, anda juga boleh mencuba vest daripada brocade atau lace sebagai pilihan OOTD. Anda boleh cuba padankan dengan kemeja putih dan seluar bercorak untuk mendapatkan elemen ‘street-wear’.
Akhir sekali, padankan dengan tudung segi empat tepat dengan sedikit corak minimalis yang diikat simpul di bahagian leher. Pasti comel!
ARTIKEL BERKAITAN: Modest Fesyen, Sederhana Dan Menarik. Petua Ini Dapat Bantu Anda Dengan Pembelian Lumayan Di Atas Talian
Sumber: All Things Hair
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
#OOTD Selebriti & Influencer Yang Meriahkan Minggu Fesyen Kuala Lumpur. Memang Wow & ‘Outstanding’!
Isi Kandungan
ToggleMinggu Fesyen Kuala Lumpur 2018 telah berlangsung minggu ini. Dan inilah medan untuk pereka fesyen tempatan mempamerkan karya mengikut kreativiti masing-asing. Bukan sahaja mereka teruja untuk melihat rekaan berjalan di pentas peragaan, tetap juga penonton yang hadir. Rata-rata golongan selebriti, instafamous atau influencer yang turut memeriahkan KLFW kali ini. Dan pasti fesyen mereka juga tidak kurang hebatnya.
Ayuh kita lihat #OOTD barisan selebriti yang hadir ke majlis penuh berprestij ini. Apa yang pasti semuanya cantik dan on point. Memang wow!
#1. DATUK SERI SITI NURHALIZA
uyunyusof Sweet!
#2. TILLA
memey_rosman So cantikkk
#3. VIVY YUSOF
puterisitinabilah_@vivyyusof kenapa hot sgt
#4. BELLA DALLY
ratuslimming.sya Sweetnya
#5.PYKA RAHMAN
farhahmaisarah Why soooooooo pretty
#6. FARAHANIM RAZAK
authentic_closet_Niceeeeee!
#7.LIYANA JASMAY
nrlsofiaa Comelnyaaaaa LJ!!!!
#8. HUSNA MUSTAFFA
nor_shazleenmb Cantik nye kak unaaa pkai ginii!
#9. NADIA AZLAN SHAH
aleesyanadia Love your purse
#10. TITI ATHIRAH
makeupbynuryana Nape hari2 cantiks ni sis hehe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI