Laudya Cynthia Bella (LCB) selebriti yang berasal dari Indonesia ini dikenal sebagai salah satu selebriti berhijab yang kerap tampil stylish, meski memilih gaya yang simpel tapi klasik. Setiap penampilannya memukau mata, keterampilan yang sopan cukup manis di padangan mata. Ramai hijabi menginspirasikan gaya LCB.
Buat Anda yang ingin tampil fashionable dengan hijab, berikut ini beberapa tip padanan busana ala LCB yang boleh anda jadikan inspirasi:
- Pakai hijab segi empat bergaya ringkas berwarna pastel seperti ini pasti anda tampak anggun effortlessly. Padankan dengan outerwear bermotif yang didominasi warna pastel untuk kesan cool.
2. Hijab polos yang berwarna biru kelihatan anda lebih cool. Suai padankan dengan outerwear berwarna kontras serta skirt dan stocking hitam yang dari material sejuk.
3. Memadankan hijab dan busana berasaskan rona tanah ala LCB ini juga anda boleh jadikan inspirasi jika ingin tampak cool sekaligus stylish.
4. Pilihan hijab hitam dan padukan dengan jubah berwarna sama untuk kesan outfit yang edgy. Tambahkan aksesori seperti tali pinggang untuk menampakkan potongan berbeza serta beg berwarna kontra.
5. Busana dan hijab warna pastel memang seolah tak pernah salah jika dipakai. Padanan dress pink dan cream ala LCB ini boleh anda jadikan inspirasi.
6. Untuk gaya traveling, anda boleh memilih hijab coklat, long outerwear hitam, dan skirt berwarna sama sepeti gaya LCB ini.
7. Wow! anda pasti terpukau dengan padanan dua warna ini. Ternyata LCB punyai citarasa yang menarik. Padanan rona kelabu dan sedikit warna kontra seperti pink belacan, cukup buat penampilan anda terpukau.
Inspirasi gaya LCB bukan sahaja sopan dan anggun malah penampilan anda akan tampak lebih elegan juga stylish. Apalagi hijabi jom tukar penampilan anda!
SUMBER: IG SELEBRITI @laudyacynthiabella
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Persis Siti Nurhaliza Dalam Video Muzik Purnama Merindu, Gambar Aafiyah Curi Tumpuan Netizen!
Mana tidak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Benarlah kata peribahasa Melayu ini apabila penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza memuat naik gambar puteri hatinya, Siti Aafiyah yang kelihatan mirip wajahnya sewaktu dahulu.
Siti Aafiyah yang kelihatan duduk bersantai di atas kerusi rehat itu sememangnya mengimbau kembali wajah Dato’ Sri pada waktu dahulu seperti di dalam video muzik Purnama Merindu. Ha! Ingat lagi tak video muzik tu?
Bila Aafiyah posing lebih anggun dari ibu..swipe to the left
Memang sama betul tau! Gambar itu menarik tumpuan netizen dan ramai yang memberi komen tentang wajah Siti Aafiyah yang benar-benar serupa dengan Dato’ Sri Siti Nurhaliza.
tu Siti Nurhaliza zaman purnama merindu ke tu?
Malah, ramai juga yang memuji tentang kecomelan Siti Aafiyah apabila dia bijak memberi ‘posing’ ketika mengambil gambar! Alahai, cantik macam ibunya juga!
Menerusi laman Instagramnya juga, Dato’ Sri Siti Nurhaliza kelihatan meluangkan masa bercuti bersama keluarga di The Taaras Beach & Spa Resort yang berlokasi di Kuala Terengganu, Terengganu.
Sumber gambar: Instagram Dato’ Sri Siti Nurhaliza
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kalau Orang Lain Tentang, Tapi Uncle Cina Ini Sokong Anak Perempuannya Peluk Islam. Ini Jawapan Paling WIN!
Isi Kandungan
ToggleHidayah Allah itu memang tidak disangka-sangka. Hanya insan terpilih olehNya yang berhak menikmati keindahan cahaya Nur dari Allah SWT. Seperti perkongsian wanita mualaf ini di laman sosial facebook, bagaimana dia yang memeluk agama Islam dan diredai oleh keluargaanya yang berbangsa Cina. Jika orang lain menentang keras penghijrahan anak mereka ke agama baru, tetapi bagi Jianghan Naan beruntung kerana keluarga terutama bapanya menyokong tindakannya memilih Islam sebagai agama baru.
Menerusi perkongsian itu, Jianghan Naan memberitahu jawapan ayahnya kepada orang yang bertanya mengapa membenarkan dia masuk Islam memang cukup menyentuh hati.
Semuanya bermula dalam satu transaksi jual beli. Ditanya penjual kenapa benarkan anak gadisnya menukar agama
Minggu lalu, bapa saya bertanya sama ada saya boleh belikan dia sesuatu dari Carousell. Saya pun terus berurusan dan setuju untuk hantar alamat untuk pick-up. Apabila dia sampai, penjual (seorang pakcik Melayu) keliru kerana dia menjangkakan orang Melayu.
“Huh? Awak Cina? Saya fikir awak Melayu! “
“Tidak, ini anak perempuan saya.”
“Tetapi anak perempuan kamu memakai tudung. Awak Cina Muslim? “
“Anak perempuan saya Cina Muslim. Dia menukar agama Islam. “(Dia masih dalam keadaan bingung Muslim dan Islam ?)
Kenapa tak menghalang dan menyokong dia menukar agama.
“Waaa! Kemudian awak tak kisah dia tukar agama? Tak menghalangnya? “
“Jangan la, saya menyokong!”
“Waaa, awak sangat baik, mengapa awak menyokong?”
Terkejut kenapa semua bertanya begitu kepada bapa. Jawab Jianghan kerana bapanya lain dari yang lain.
Ayah saya begitu terhibur ketika dia menceritakan perbualan itu kepada saya. Dia bertanya kepada saya
“Mengapa semua orang sangat terkejut apabila mereka tahu saya membenarkan awak menukar agama?”
“Aww memang awak lain, kebanyakan ibu bapa tidak membiarkannya. Sebenarnya, kenapa awak biarkan saya menukar? “
Dan ini jawapan bapanya kenapa membenarkan dia menukar agama.
Cue mode bercakap sepenuhnya dalam bahasa Mandarin:
“Kerana saya faham kehidupan. Kerana saya memahami erti kebahagiaan. Apakah maksud kehidupan? Untuk mencari kebahagiaan. Orang yang berbeza mencari kebahagiaan dalam pelbagai perkara. Ada dalam kekayaan, ada dalam keluarga, ada dalam agama..Sebagai ibu bapa, apa yang paling kita inginkan? Untuk anak-anak kita bahagia. Setiap agama mengajar dengan baik. Sekiranya anda memberitahu saya bahawa agama ini membuat anda gembira, mengapa saya harus menghalang anda? “
Ayahnya sangat berbeza pendirian. Jika dia fikir, dia akan bertindak.
Kadang-kadang saya rasa ayah saya sangat senang. Namun, dia begitu mendalam. Banyak apa yang dikatakannya adalah hampir masuk akal, tak semua macam dia. Sebenarnya ramai sebenarnya mempunyai kepercayaan yang sama.
Tetapi apa yang saya fikir membuat ayah saya berbeza adalah bagaimana dia benar-benar maksudkan apa yang dikatakannya. Jika dia berfikir, dia akan bertindak. Dia melakukan apa sahaja dia katakan.
Dia tidak berjuang dengan apa yang difikirkan oleh masyarakat. Apa yang akan difikirkan oleh saudara-saudara kita, bagaimana teruknya saya apabila tidak lagi boleh makan BBQ kegemaran bersamanya.
‘Keprihatinannya adalah kebahagiaan saya’
Keprihatinnya adalah kebahagiaan saya. Mungkin itulah alasan mengapa saya selalu merasa berat dalam kata-katanya. Sebenarnya dia bermaksud apa yang dia katakan. Mungkin itu sebahagian daripada kebijaksanaan itu. Sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kali Ini Giliran Aishah Pula KONGSI 10 Tip Menarik Pengalamannya SUSUT 7.7 KG Dalam Masa 15 HARI
Isi Kandungan
ToggleSemakin ramai mereka di luar sana berkongsi kisah kejayaan menurunkan berat badan. Kebanyakan menggunakan kaedah sihat seperti menjaga pemakanan dan senaman. Sebelum ini beberapa selebriti berkongsi cara mereka menurunkan berat badan antaranya Amylea, Liza Hanim, Rosma, Faezah Elai, Bila AF dan terbaru penyanyi Aishah. Aishah yang juga merupakan pemenang bagi Gegar Vaganza musim ke 4 memuat turut pengalamannya melakukan pembedahan untuk penyakit Bariatic yang dialami sekaligus berjaya menurunkan berat badannya sehingga 7.7 kg.
Menurut penyanyi sebenarnya ada 10 cara bagaimana dia boleh hilang 7 kg ini. Sebelum itu ramai yang bertanya bagaimana cara dia kurangkan berat badan dan Aishah menjelaskan dia sebenarnya membuat satu prosedur pintasan usus atau Bariatric Surgery.
Jom ikuti perkongsian Aishah yang akhirnya menceritakan detik pembedahan dan tip yang diamalkan selepas menjalani prosedur berkenaan.
A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm) on
TAHU DENGAN JELAS
Pertamanya seperti dgn semua yg kita buat kita kenalah jelas mengapa kita buat keputusan utk.surgery ini.Dah nama pembedahan babe,potong sana sini…mestilah ada tahap sakit yg mesti dilalui.Kita kena realisticlah dlm. hal tu.Tapi ubat2an moden boleh bantu kawal tahap kesakitan itu.
NEKAD NAK BUAT
Keduanya, bila dah nekad nak buat…buatlah sungguh2..carilah moral dan physical support group yg.boleh membantu.
JANGAN MALAS
Ketiganya, jangan malas.Sehari selepas pembedahan I dayakan bangun dan berjalan.Jangan takut pada sedikit kesakitan,mental kena kuat.Bayangkan cita2 dan niat utk pembedahan ini dah tercapai.Lagi cepat kita cergas lagi cepat kita dpt capai niat kita tu.
SENTIASA SENYUM
Keempat…senyum selalu…you are half way there.You dah fix bahagian fizikal you dgn.pembedahan mengecikkan perut.Perjalanan seterusnya ialah peperangan di antara nafsu hendak makan dgn keperluan makanan sebenar kita.Perjalanan ini memang tricky kerana selama ini kita confuse di atara nafsu nak makan tanpa mendengar signal perut yg kata ‘dah kenyang’.Also perut kita dah kembang kerana asyik disumbat dgn pelbagai makanan.
JAGA NAFSU MAKAN
Kelima…sekarang perut yg dulu boleh terima 3pinggan nasi sekrg boleh masuk 30ml-50ml sj.Ideal kan?Ramai kata senanglah mcm tu.Tapi your ‘inner demon’ is nafsu kita yg dulu ok je mkn 3pinggan nasi (uish i tak pernah lah sampi mcm tu hahaha) Walaupun perut kita kenyang je.
Kita kena ajar diri kita semula secara mental yg body kita perlu setakat ini2 saja makanan..yg lain tu nafsu.Kalau you tak control nafsu ni dan cuba nak makan lebih..secara fizikal akan ada kesannya dinamakan dumping syndrome…makan terlalu byk dan terlalu cepat…perut akan sakit kepala pening muntah dll.Kita kena slowly try makanan apa yg perut kita boleh terima atau tidak.
KENA BERUSAHA SENDIRI
Keenam…Surgery ini bukan shortcut hanya sebagai pembantu utk kita turunkan berat badan.Yg lain kita kena usaha sendiri.Yg kata ini jalan yg mudah then you are WRONG.Org yg melalui surgery bukan saja2 nak cute miutkan diri tapi bagi setengah org ianya ialah utk.menyelamatkan nyawa.
Calon2 surgery ini bukan yg berat 70kg yg rasa dah gemuuuuuk sgt tp ianya bagi yg termasuk dlm category morbid obesity,dgn berbagai penyakit dan yg telah lakukan segala cara utk kurus tapi tak berjaya.This is about getting back the quality of life you deserve.
BERDOA PADA ALLAH MUDAHKAN URUSAN
Ketujuh...Berdoalah banyak2 semoga Allah permudahkan urusan kita.Kecergasan,kekuatan dan kesihatan semua datang hanya dari Allah swt.Kita hanya ikhtiar semoga apabila ada kesihatan yg baik maka ibadah kita pun akan lebih baik.
A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm) on
DENGAR KATA DOKTOR
Kelapan..Listen to your doctor and jgn memandai2 hahahaha doktor belajar bertahun2 nak jadi expert so they know what they are taking about.
CARI SEBANYAK MANA INFO
Kesembilan…Carilah sebanyak boleh info mengenai surgery ini dan fahami.Go into it with your eyes wide open.
A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm) on
BUKAN PAKAR, SEKADAR KONGSI PENGALAMAN
Kesepuluh..Lastly I do not claim to be an expert on this..just sharing my experience thus far.Org lain mungkin ada pengalaman yg berbeza.Itu saja coretan I kali ini…Day 15 post op Weight loss 7.7kg. Doakan I ok
KREDIT FOTO: INSTAGRAM AISHAH
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI