Teh ada pelbagai manfaat tanpa anda sedari. Malah, ia juga sebenarnya baik untuk kesihatan. Khasiat teh berbeza-beza mengikut jenis-jenisnya. Jangan ingat teh hanya ada satu jenis saja ya.
Ini antara 6 jenis teh dengan khasiatnya yang wajib anda cuba.
1. Teh Hijau
Anda rasa berat badan sudah naik? Teh hijau boleh membantu mengatasi masalah anda kerana ia dapat mempercepatkan metabolisme tubuh. Jadi, tak perlu bimbang jika berat badan anda naik. Teh hijau boleh mengatasinya.
2. Teh Chamomile
Teh chamomile memiliki kemampuan untuk menenangkan anda. Teh ini juga amat membantu sekiranya anda ingin mengatasi masalah insomnia dan mood swing.
3. Teh Elderflower
Elderflower merupakan tumbuhan yang terkenal dengan antioksidan yang tinggi di mana ia boleh mengatasi masalah selesema dan menggigil.
4. Teh Lemon Balm
Lemon balm merupakan tumbuhan yang seakan sama dengan pudina. Sejak dulu lagi, ia boleh mengatasi masalah sukar untuk tidur, masalah pencernaan, stress serta perasaan yang gelisah.
5. Teh Halia
Seperti yang anda tahu, halia mampu menghilangkan rasa mual dan melancarkan pencernaan. Hanya tambahkan potongan halia ke dalam teh yang sedang direbus.
6. Teh Pudina
Teh pudina ternyata banyak kegunaannya. Selain mampu mengatasi masalah kembung perut, teh ini juga punya khasiat untuk kecantikan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI