Sedang menghadiri pertunjukan fesyen di Paris sempena Paris Fashion Week (PFW), penyanyi bertaraf antarabangsa iaitu Yuna telah memukau semua mata yang memandang apabila hadir ke pertunjukan fesyen jenama Chanel dengan gaya yang sangat on point.
Bukan itu sahaja, Yuna buatkan semua peminatnya menjadi lebih tidak keruan apabila dia bergambar dengan ahli kumpulan Blackpink iaitu Jennie. Wow! Bukan biasa-biasa ni.
Kedua-dua selebriti ini anggun dalam busana dari Chanel apabila hadir sebagai jemputan bagi koleksi Chanel Spring Summer 2020 daripada jenama mewah tersebut.
Dua Queens dalam satu gambar?!
Ramai peminat yang mahukan mereka berdua berkolaborasi dalam industri seni. Hasilnya pasti mantap bukan!
Di acara itu juga, Yuna sempat bertemu dengan penyanyi rap popular iaitu Cardi B. Memang hebatlah!
https://www.instagram.com/p/B3GAj69BcTW/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hijabi Yang Bersaiz XS Boleh Ikuti #OOTD Stailo DJ Zayan FM, Lin Ariffin. Always On Point!
Peminat radio Zayan FM pasti mengenali suara yang sentiasa menghiburkan hari-hari anda iaitu DJ Lin Ariffin. Bukan hanya pandai berbicara, wanita jelita ini juga memang bijak bergaya orangnya.
Bertubuh kecil molek, fesyen yang digayakan oleh ibu kepada seorang cahaya mata ini sangat sesuai diikuti oleh hijabi yang mempunyai tubuh sepertinya. Kadang kala agak sukar jugakan untuk hijabi yang berbadan kecil untuk mencari pakaian yang sesuai. Haaa, kalau begitu apa kata sis ikuti gaya dari Lin ini yang sememangnya on point!
Lin atau nama sebenarnya Siti Amalina Ariffin ini sebenarnya penyokong setia Arsenal tau!
View this post on InstagramA post shared by Lin Ariffin Zayan (@lin_ariffin) on
Baju polos dipadankan dengan seluar kotak-kotak. Why not?
View this post on InstagramSenyum 5-1 😋 #coyg . 📸 @faezmuhddd . #linootd #zayanmy #indahdihati #zotd
A post shared by Lin Ariffin Zayan (@lin_ariffin) on
View this post on InstagramA post shared by Lin Ariffin Zayan (@lin_ariffin) on
Gaya yang ini memang elegan habis!
Kemeja oversized macam ni memang sedang menjadi trend sekarang.
View this post on InstagramA post shared by Lin Ariffin Zayan (@lin_ariffin) on
Kalau nak nampak tinggi dalam gambar, bolehlah ambil dengan gaya begini.
Cardigan begini buatkan penampilan yang simple jadi stailo!
View this post on InstagramA post shared by Lin Ariffin Zayan (@lin_ariffin) on
View this post on InstagramA post shared by Lin Ariffin Zayan (@lin_ariffin) on
kredit: instagram @lin_ariffin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gemar Bergaya Ringkas & Santai, Emma Maembong Tetap Nampak Cantik Walau Pakai Apa Sahaja Baju
Nama Emma Maembong sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Orangnya kecil molek namun punya bakat yang besar dalam bidang lakonan. Sudahlah berbakat, orangnya pula cantik, anggun dan cukup manis.
Bila dalam bab bergaya, Emma memang ringkas dan tidak begitu gemarkan stail yang terlalu heavy. Apa yang boleh admin katakan, pakailah apa sahaja, Emma tetap nampak cantik.
Ini antara 10 #OOTD Emma yang sungguh menawan.
#1
Seluar Berjalur + Blouse Polos + Tudung Bawal
#2
Jeans Hitam + Kemeja Denim Labuh + Shawl
#3
Set Busana Rona Beige + My Sketch Book Shawl
#4
Dress merah by Jimmy Couture
#5
Jeans Putih + Cardigan Labuh Bercorak
#6
Seluar Denim + T-Shirt Hitam + Jaket Denim Bercorak
#7
Jumpsuit Denim + Cardigan Labuh Hitam
#8
Seluar Denim Bercorak + T-Shirt Polos
#9
Jeans Bercorak + Kemeja Denim + T-Shirt + My Sketch Book Shawl
#10
Blouse Ala Kimono + Palazo
Foto: IG Emma Maembong
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Penjenamaan Semula Hospital Swasta Ini, Perkhidmatan Perubatan Patuh Syariah. Tanpa Was-Was!
Berkonsepkan ‘Beyond Healthcare’ iaitu melangkaui dunia kesihatan, MDC Asia Link Berhad mempunyai visi kearah menjadi “The Leading Halal Healthcare Solution Provider In Southeast Asia” iaitu sebagai “peneraju perkhidmatan kesihatan Halal serta Patuh Shariah di Asia Tenggara.
MDC ASIA LINK BERHAD adalah sebuah syarikat yang mengendalikan anak-anak syarikat yang meliputi segala aspek kesihatan seperti Hospital Bersalin dan Poliklinik MDC Pusrawi, Kota Damansara serta lebih 14 rangkaian klinik pergigian My Dental Care di sekitar Lembah Klang, farmasi serta pemilik aplikasi mudah alih Hi-Doktor dengan inisiatif “Digital Health Citizen” (DHC).
Wujud lebih banyak peluang pekerjaan
Penjenamaan semula dengan wajah baharu Hospital MDC Pusrawi ini juga memberi nafas baharu kepada pihak pengurusan yang menawarkan perkhidmatan rawatan kesihatan, dengan kemudahan infrastruktur moden dan terbaik untuk para pelanggan khususnya kepada ibu-ibu dan anak-anak yang akan mendapatkan perkhidmatan di Hospital ini.
Visi murni MDC Asia Link untuk menjadi peneraju perkhidmatan kesihatan halal dan patuh syariah di Asia Tenggara tercapai. Malah YB Datuk Seri Rina Mohd Harun, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat berdoa bukan sahaja di Asia Tenggara, bahkan juga dipeluaskan ke seluruh dunia, insyaAllah.
Malah membawa peluang pekerjaan, peluang mengembangkan perniagaan dalam bidang perubatan dan melahirkan lebih ramai usahawan dalam bidang ini di Malaysia. Lebih membanggakan beliau melatakkan sasaran untuk menubuhkan 99 cawangan hospital di bawah MDC Asia Link menjelang 2025. Pada masa yang sama beliau juga akan membuka peluang pelaburan kepada pelabur luar dengan menyasarkan untuk menyenaraikan jenama ini di Bursa Malaysia melalui tawaran awam permulaan (IPO) menjelang 2024.
Proses dari awal bersalin terjamin
Hospital MDC Pusrawi, Kota Damansara merupakan flagship kepada cawangan-cawangan yang lain dari segi pengurusan, operasi, perkhidmatan serta reka bentuk dalaman dan luaran hospital. Ketua Pegawai Eksekutif, Dr Hj Aslan Bacho menjelaskan, bahawa hospital ini memberi fokus kepada penjagaan secara holistik, selamat dan selesa untuk ibu dan anak, selain memberi sokongan sepenuhnya dari segi fizikal, emosi & spiritual kepada ibu, sebelum, semasa & selepas proses kelahiran.
Fenomena bayi tertukar mungkin terjadi di hospital lain namun, jelasnya ada pembaikan akan datang dari segi teknologi bagi mengelakkan pelbagai masalah ketika proses bersalin mahupun lepas bersalin. Umum setiap bayi dan ibu akan diberi tanda tag, mungkin ianya akan berbeza di masa hadapan.
Perkhidmatan perubatan patuh syariah
Satu lagi fokus MDC Asia Link, adalah mahu memberikan perkhidmatan yang halal dan patuh syariah kepada para pelanggan khususnya ibu-ibu yang mahu melahirkan. Tertarik dengan fokus ini, perkhidmatan rawatan dan penjagaan kesihatan patuh syariah merangkumi pelbagai aspek antaranya penggunaan produk yang disahkan bersih dan selamat bagi memenuhi keperluan pesakit Islam berlandaskan tuntutan agama. Ini sekali gus dapat menghapuskan rasa was-was pengguna Islam dalam mendapatkan rawatan kesihatan.
Di media-media sosial, banyak aduan dan luahan dikongsi oleh wanita-wanita yang ingin melahirkan, menyuarakan keresahan dan kebimbangan mereka semasa proses bersalin. Dengan kesedaran beragama yang semakin baik di kalangan Muslim malaysia, maka isu aurat wanita semasa mendapatkan rawatan menjadi satu sensitiviti dan hak yang perlu diberi perhatian sama. Saya berharap Hospital Bersalin Pusrawi ini akan memberikan perkhidmatan patuh syariah yang terbaik supaya pelanggan dapat membuat pilihan.
Pusat rawatan ini juga menawarkan sesi kaunseling bagi membolehkan para pelanggan mendapatkan khidmat nasihat berkaitan parenting, penjagaan sepanjang kehamilan, dan sebagainya mengikut lunas syariah.
Perkhidmatan penjagaan ibu selepas bersalin
Pasti ramai hijabi akan teruja, Hospital MDC Pusrawi juga akan menawarkan perkhidmatan penjagaan ibu selepas bersalin. Ini merupakan inisiatif dan nilai tambah yang harus dipuji kerana perkhidmatan ini amat jarang ditawarkan di mana-mana Hospital di Negara ini.
Industri confinement home care adalah satu cabang perniagaan yang boleh diteroka. Di negara kita, confinement home care amat popular kalangan bangsa Cina di mana ibu dan bayi dijaga dengan rapi sejurus lepas melahirkan sebelum kembali ke rumah dalam keadaan yang lebih sihat dan bertenaga.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarat melalui agensi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara “LPPKN” telah memperkenalkan Program MamaCare iaitu merupakan satu Perkhidmatan Penjagaan Holistik Ibu Selepas Bersalin yang bertujuan untuk membantu meningkatkan kesejahteraan dan kesihatan reproduktif wanita dan keluarga.
Ini susulan Kerajaan mengiktiraf bahawa amalan Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) memainkan peranan penting dalam pemeliharaan dan penjagaan kesihatan rakyat bagi meningkatkan kesihatan dan kualiti kehidupan rakyat serta memastikan amalan PT&K adalah selamat dan berkualiti.
Hospital MDC Pusrawi ini akan satu pengalaman yang bermakna kepada seluruh ahli keluarga yang akan turut bersama-sama menyaksikan kelahiran anak-anak bakal pemimpin masa hadapan selari dengan tema ‘Future Caliphs Born Here’.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI