
Bentuk tubuh kita tidak sama antara satu sama lain. Ada yang pelbagai saiz sama ada kecil dan ada yang besar. Apa yang hadir itu adalah kurnian Tuhan dan tidak boleh dipertikai. Jadi secara tidak langsung cara berpakaian dan juga gaya haruslah berbeza dari satu saiz ke saiz yang lain. Tetapi, hijabi jangan risau, terdapat 11 panduan bergaya yang boleh diadaptasi untuk semua.
Apa yang penting, hijab digayakan mestilah selesa dan boleh disuai padan dengan apa juga busana yang dipadankan.
Mari HIJABISTA senaraikan kesemuanya di bawah:
Anda boleh sahaja ‘print’ gambar rajah di atas dan buat ‘checklist’. Selamat bergaya!

Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Perlu MC Kerap Kali Apabila Datang Bulan. 5 Cara Ini Elak Kejang Ketika DATANG BULAN

Isi Kandungan
ToggleKekejangan ketika datang bulan sering menjadi punca sesetengah wanita mengambil cuti atau MC sewaktu sedang bekerja.
Kebanyakan wanita berharap agar masalah ini tidak timbul ketika sedang bekerja kerana ia boleh buat mood anda melayang. Masalahnya, ketua serta rakan-rakan lelaki anda tidak memahami situasi ini.
Sesetengah negara seperti Jepun, Korea Selatan, Indonesia, Taiwan dan yang terkini, Itali telah memberi inisiatif kepada pekerja wanita dengan memberi cuti haid berbayar. Untungnya kalau Malaysia pun beri inisiatif seperti ini kan!
Jangan bimbang hijabi, ada beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk elakkan masalah kekejangan ketika datang bulan sewaktu anda sedang bekerja. Jadi, tak perlulah anda MC setiap bulan!
1. Pilih Kopi Atau Teh
Secawan kopi menjadi kebiasaan bagi sesetengah individu untuk memulakan hari mereka. Kopi cenderung menjadikan anda lebih ‘gembira’ dan ‘bertenaga’ kerana kafein mampu merangsang perasaan psikologi ini.
Walau bagaimanapun, jika anda mengalami kekejangan haid yang tidak baik (dysmenorrhea), langkah yang terbaik adalah dengan mencegah kafein. Kafein bertindak untuk menyekat saluran darah, mengurangkan aliran oksigen dan pemakanan yang menimbulkan kekejangan.
Teh merupakan alternatif yang lebih baik. Walau bagaimanapun, anda harus memilih teh tanpa kafein seperti chamomile, peppermint dan halia. Ia mengekalkan paras estrogen menjadi lebih stabil. Jadi, masalah kekejangan serta gejala PMS akan berkurangan.
2. Gunakan Pil Perancang (Dengan Kebenaran Doktor)
Pil perancang boleh diambil untuk mengawal keadaan hormon anda sepanjang tempoh anda period. Pil ini dapat membantu mengekalkan tahap hormon yang mantap dan mengurangkan masalah kekejangan yang anda hadapi.
Walau bagaimanapun, adalah penting untuk anda berunding dengan doktor terlebih dahulu kerana ia mungkin mempunyai kesan sampingan (berat badan, peningkatan selera makan) jika anda tidak mengetahui jenis serta dos pil perancang yang anda perlukan.
3. Gunakan Patch Terapi Haba
Terapi panas telah terbukti secara saintifik untuk mengurangkan kekejangan. Dengan menggunakan haba ke abdomen, saluran darah akan melebar, meningkatkan aliran oksigen dan nutrien ke otot yang sempit.
Haba juga membantu menghentikan isyarat sakit pada otak anda lalu meningkatkan tahap keselesaan. Terdapat patch terapi haba yang boleh diguna semula dijual di pasaram, seperti MenstruHeat, yang bertahan selama 12 jam (satu hari di tempat kerja).
4. Berjalan-Jalan
Berjalan kaki dari meja ke tandas, pantri (untuk mendapatkan teh) atau mesin fotostat benar-benar membantu anda.
Ia mampu meregangkan otot abdomen dan meningkatkan aliran darah ke otot yang sempit, melepaskan tekanan dan mengurangkan kekejangan anda.
5. Makan Makanan Ringan! Tentunya Yang Sihat. 🙂
Sesetengah makanan yang anda makan akan memberikan manfaat yang besar ketika anda sedang datang bulan. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk kurangkan pengambilan makanan ringan. Lebih baik ambil buah-buahan kering, teh dan timun.
Coklat gelap juga merupakan antara solusi yang boleh membantu mengurangkan kesakitan period. Ia juga merupakan pilihan yang lebih baik berbanding coklat yang kandungan lemak dan tenusu tinggi.
Makanan sampingan seperti oat, buah-buahan dan salad juga boleh membantu mengurangkan gejala-gejala PMS seperti kembung, cirit-birit dan sembelit.
Perlu anda tahu bahawa tip ini hanya dapat ditangani untuk jangka masa yang singkat sahaja. Tetapi tip ini boleh membantu anda daripada mengambil MC setiap bulan!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Sangka, Kesan Degil Minyak Di Tudung Hilang Bila Guna Sabun 2 Ringgit Je!

Isi Kandungan
ToggleSebagai seorang hijabi, mestilah kita suka melaram bukan? Namun, kadang kala stress datang melanda apabila mekap yang dipakai melekat di tudung. Bukan apa, susah untuk menghilangkan kesannya. Seperti juga kesan minyak di tudung, penat ditonyoh dengan sabun namun tak mahu juga hilang.
Kini, hijabi semua jangan risau. Dengan hanya bermodalkan RM 2, anda boleh menghilangkan kesan degil minyak di tudung. Ikuti tips yang telah dikongsikan di Instastory ini. Pasti bermanfaat buat semua.
Mudahnya cara dia!
Seperti biasa,diimport dari IG haha. Maaf kalau lebih banyak spend masa buat tutorial di IG story dari di Facebook. Dari semasa ke semasa hani akan import semua tutorial dari situ ke Facebook supaya lebih ramai dapat manfaat mana yang boleh (InsyaAllah haha). Btw, Autocorrect buat lawak malam-malam ni. Taip sagat dia keluar sangat. Enough dgn hani punya bebelan, Silakan belek gambar satu-satu ya. Semoga bermanfaat.
Mesti semua pernah alami perkara sebegini kan?
Beli dekat kedai Eco je rupanya. Jimat dan mudah!
Akhirnya siap!
Semudah ABC sahaja rupanya langkah yang ditunjuk. Hijabi semua bolehlah mencuba ini di rumah. Tak perlu stress mengenai tudung kotor dah selepas ini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini Cara Gosok Tudung Bawal Agar Awning Kekal On Point. Barulah Tak Bad Mood!

Isi Kandungan
ToggleRamai yang mengatakan seseorang gadis atau wanita itu menjadi bertambah manis apabila mengenakan tudung bawal. Namun, tidak semua yang gemar mengenakannya disebabkan sukar untuk menjaga awning tudung tersebut berbanding apabila memakai shawl.
Disebabkan awning tak jadi, boleh murung seharian jadinya tau! Bagi mengelakkan bad hijab day apabila menggayakan bawal, anda bolehlah ikuti tip yang dikongsi gadis ini apabila menggosok tudung bawal tersebut agar awningnya sentiasa on point!
Langkah pertama
Langkah kedua
Langkah ketiga
Langkah keempat
Langkah kelima
Inilah hasilnya! Memang terletak bukan?
Hmm, kenapalah sis tak tahu tip ni dari awal. Kalau tidak mesti zaman pergi sekolah dulu tudung kemas je. Takdelah serabaikan. Lepas dah tahu tip ni sis jadi lagi confident nak pakai tudung bawal. Barulah on point gitu!
kredit: Tiktok Liviashawl
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI