Kehadiran zuriat sememangnya dinantikan oleh setiap pasangan yang sudah berkahwin. Zuriat dianggap penyeri rumah tangga. Biar lama mana pun perlu menunggu kehadiran si comel ini, anda perlu bersabar dan percaya dengan setiap apa yang telah Allah rancangkan untuk kita.
Terkini, dikhabarkan bahawa pelakon, Adam Corrie bakal menimbang zuriat setelah hampir 10 tahun honeymoon berdua bersama isterinya. Alhamdulillah, syukur dan tahniah Hijabista ucapkan. 10 tahun bukanlah satu masa yang sekejap. Memang lama. Ternyata penantian itu tidak sia-sia.
Hijabista doakan agar Allah permudahkan segala urusan Adam Corrie dan isterinya. Malah, Hijabista turut berbangga dengan Adam Corrie yang kekal positif menanti kehadiran cahaya mata.
Berikut merupakan perkongsian Adam Corrie menerusi Facebooknya:
Ads
Alhamdulillah.. syukur ke hadrat ilahi atas kurniaanMu..
Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan kebahagian kami. Alhamdulillah .
Allah dah bagi honeymoon 10tahun berdua. InsyaAllah kelak bertiga pula.
Ads
Saya bukan ada ramai kawan. Kawan baik saya, kawan bergaduh saya, kawan travel, bisnes partner, teman sekatil adalah bidadari saya. Jadi Alhamdulillah nanti bertambahlah meriah suasana rumah kami dgn kehadiran si comel nanti.
“Ya Allah, semoga Engkau jadikan bayi ini sihat, sempurna, berakal cerdas dan mengerti dalam urusan agama. Ya Allah semoga Engkau memberikan kepada bayi ini umur yang panjang, sihat jasmani dan rohani, bagus budi perangainya, fasih lisannya. Serta bagus suaranya untuk membaca dan Al Quran Dan tinggikanlah darjat. Dan luaskanlah rezeki. Dan jadikanlah bagi manusia yg selamat di dunia dan akhirat dan taat pada agama dan Allah. “
Ads
Saya doakan juga mereka yang masih menanti rezeki zuriat semoga Allah berikan zuriat juga.
Kehilangan orang yang disayangi memang menyakitkan. Apatah lagi saat baru menyulam kasih, insan yang dicintai pergi menghadap Illahi. Begitulah yang terjadi kepada Che Siti Ainsyah Che Mahmud apabila suami yang baru dinikahinya pada Ogos lalu meninggal dunia.
Suaminya, Mohd Zulfaiz Abdul Wahad,27,meninggal akibat terkena renjatan elektrik pada 21 September lalu sewaktu melakukan kerja membaiki kotak fius elektrik di Teluk Kumbar, Pulau Pinang sebelum terlantar di Hospital Pulau Pinang (HPP) kerana tubuhnya rentung 80 peratus.
Ainsyah ataupun Ain,21, tidak menyangka sikap suaminya yang sering meminta maaf seminggu sebelum kejadian adalah petanda suaminya akan pergi buat selama-lamanya.
Menurutnya, pertemuan mereka yang kali pertama merupakan pada hari akad nikah mereka di rumah keluarganya di Gua Musang,Kelantan pada 25 Ogos lalu dan perkahwinan mereka merupakan aturan oleh keluarga masing-masing.
“Selepas majlis, suami sempat tinggal bersama keluarga saya selama tiga hari di Kelantan sebelum pulang ke Kuala Lumpur kerana bekerja sebagai penjaga jentera elektrik.
“Saya tidak mengikutnya kerana sedang membuat persiapan kenduri bagi pihak keluarga suami di Kedah pada 13 Oktober ini, namun hajat kami tidak kesampaian,” kata Ain.
Mereka baru sahaja mengenali hati budi masing-masing dan bercinta selain hanya berkomunikasi melalui telefon selepas bergelar suami isteri.
Ain reda dengan apa yang terjadi dan bersyukur dapat menjaga suaminya sewaktu di rawat dan berada di sisi suaminya ketika dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Menurutnya, kali kedua dia bertemu suami adalah di HPP dan ketika itu dia sudah tidak sedarkan diri.
“Ketika suami nazak semalam, saya sempat mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah dan membantu menguruskan jenazahnya.
“Cuma saya terkilan tidak sempat melakukan tugas seorang isteri kepadanya sahaja,” katanya sambil menitiskan air mata.
Jenazah Mohd Zulfaiz dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Padang Palas, jam 11.30 pada 1 Oktober yang lalu.
Menerusi akaun Facebook Ain, dia telah memuat naik status dan video yang menyentuh hati sesiapa sahaja yang membaca dan menontonnya. Hijabista mendoakan agar roh arwah suaminya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. InsyaAllah.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ ﴿١﴾ 25/08/18-25/09/19 Alhamdullilah Abg.. genaplah sebulan ikatan kita bertaut suci kerana ALLAH SWT.. 13/10/18 majlis bertandang… 21/09/18 kali kedua selepas kahwin baru dapat tengok abg..betapa terkejut sayunya saat itu abg terlantar berbalut disitu.. Yakinlah sayang Allah itu ada bersama kita.. Betapa bertuahnya sy memiliki suami seperti abg.. Saat ini kita diuji Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.. Sabar dan kuatlah abg ainsyah ada disini..sihatlah syg.. Siapapun abg..sy akn jaga abg… Abg.. Ainsyah harap abg kuat sentiasa..walauapapun terjadi ainsyah akan jaga abg…kami akn sentiasa doakn y terbaik utk abg.. Mampukah ainsyah menjadi seperti Siti Khatijah? Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah Penawar hati kekasih Allah Susah dan senang rela bersama… Abg.. Tabahkah jiwa ainsyah?? Setabah umi Nabi Ismail Mengendong bayinya yang masih merah Mencari air penghilang dahaga Di terik padang pasir merak Ditinggalkan suami akur tanpa bantah Pengharapannya hanya pada Allah Itulah wanita Siti Hajar…. Abg saat ini sy hanya dapat memegang abg berlapikkn kain2 putih… Abg saat ini sy hanya dapat menutur bait2 syahadah أشهد أن لا إله إلا ألله وأشهد أن محمدا رسول الله
………………..
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ ﴿١﴾25/08/18-25/09/19Alhamdullilah Abg..genaplah sebulan ikatan kita bertaut suci kerana ALLAH SWT..13/10/18 majlis bertandang…21/09/18 kali kedua selepas kahwin baru dapat tengok abg..betapa terkejut sayunya saat itu abg terlantar berbalut disitu..Yakinlah sayang Allah itu ada bersama kita..Betapa bertuahnya sy memiliki suami seperti abg..Saat ini kita diuji Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..Sabar dan kuatlah abg ainsyah ada disini..sihatlah syg..Siapapun abg..sy akn jaga abg…Abg..Ainsyah harap abg kuat sentiasa..walauapapun terjadi ainsyah akan jaga abg…kami akn sentiasa doakn y terbaik utk abg..Mampukah ainsyah menjadi seperti Siti Khatijah?Agung cintanya pada Allah dan RasulullahHartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillahPenawar hati kekasih AllahSusah dan senang rela bersama…Abg..Tabahkah jiwa ainsyah??Setabah umi Nabi IsmailMengendong bayinya yang masih merahMencari air penghilang dahagaDi terik padang pasir merakDitinggalkan suami akur tanpa bantahPengharapannya hanya pada AllahItulah wanita Siti Hajar….Abg saat ini sy hanya dapat memegang abg berlapikkn kain2 putih…Abg saat ini sy hanya dapat menutur bait2 syahadah أشهد أن لا إله إلا أللهوأشهد أن محمدا رسول الله………………..#k
Siapa dekat sini suka makan Hokkaido Cheese Tart? Ia datang dalam pelbagai perisa seperti original, coklat dan durian. Dahulu, makanan ini pernah tular dan menjadi kesukaan penggemar makanan manis.
Cheese tart berasal dari Sapporro Jepun dan kini semakin dikenali di Malaysia. Kalau hijabi nak cari pun senang saja, boleh dapatkan di mana-mana cawangan Secret Recipe berdekatan. Kombinasi kerak tart yang rangup dan lembut serta intinya yang dipenuhi dengan rasa keju lemak memang menjadi kesukaan ramai.
Yang paling istimewa, Hokkaido cheese tart juga sedap dimakan ketika panas atau sejuk. Mana-mana pun boleh, rasanya masih sama!
Tapi, kalau hari-hari asyik nak beli, memang ‘kering’ lah poket. Jadi hari ini Hijabista akan kongsikan cara buat Hokkaido cheese tart ala-ala resepi original yang dikongsikan oleh seorang pengguna di laman Facebook.
Resepi Hokkaido Cheese Tart Super Rangup
Bahan-bahan:
Bahan A (tart pastry)
100g tepung gandum
20gm icing sugar
50g salted butter, potong cube dari peti sejuk
1biji kuning telur
1/2 tsp susu segar Dutch Lady atau jenama lain
Bahan B (cheese custard)
150g cream cheese
50g mascarpone cheese
20g parmesan cheese
30g salted butter
100g susu segar
30g icing sugar atau gula halus pun boleh
8-12g tepung jagung, atau ikut kepekatan sendiri
1 biji telur
1tbsp jus limau
1/4 tsp esen vanilla
2 atau 3 sudu air
Secubit garam (optional)
1 biji kuning telur untuk disapu pada cheese custard
Cara penyediaannya
Ayak tepung dan gula icing.
Masukkan butter sejuk yang dipotong empat segi.
Gunakan jari untuk satukan butter dengan tepung.
Masukkan telur kedalam adunan serta uli menjadi doh yang lembut.
Masukan susu dan gaulkan sebati.
Ambil plastik atau cling wrap untuk bungkuskan doh.
Rehatkan selama 1 jam didalam peti sejuk sebelum di isi filling cheese.
Cheese custard
Masukkan cream cheese + mascarpone cheese + parmesan cheese + salted butter + susu segar menggunakan kaedah bain marie dan sentiasa kacau adunan supaya cepat cair.
Apabila adunan dah cair, ayakkan tepung jagung + gula icing sedikit air sahaja dalam 2 atau 3 sudu dan kacau rata. Masukkan kedalam adunan cheese dan sentiasa kacau sampai tiada ketulan masak sampai adunan sedikit pekat, padamkan api dan angkat dari dapur.
Masukkan telur yang dipukul ringan, esen vanilla dan lemon juice. Kacau sampai pekat and akhir sekali masukkan secubit garam dan sebatikan. Tak perlu panaskan atas dapur lagi.
Jika adunan cheese ada ketulan boleh ditapis supaya mendapat cheese custard yang licin dan sejukkan masukkan ke dalam piping bag.
Keluarkan doh pastry dari peti sejuk sapukan sedikit tepung pada papan dan rolling pin dan canaikan doh anggaran dlm 3-4mm.
Keluarkan dan sejukkan. Sebelum digunakan sediakan 3 hari awal simpan dalam bekas kedap udara supaya tak masuk angin dan bungkuskan lagi dengan plastik.
Bila dah sejuk paipkan cheese custard pada doh tart tadi.
Sapukan kuning telur pada cheese custard.
Bakar pada suhu 200c selama 10 ke 15 minit mengikut oven masing-masing.
Terjawab sudah segala teka-teki, pelbagai gambaran dipamerkan mengambarkan Bilal anak pengacara terkemuka Neelofa. Namun, pelbagai gambaran yang kurang mengenakkan membuat hati seorang ibu terguris.
Pertama kali mendedahkan wajah sepenuhnya anakanda Bilal, Neelofa titipkan doa dan rasa cintanya untuk permata kurnianNya.
Antara kecintaan tertinggi & teragung ummi di dalam hidup ini… Tiada yang lebih menyayatkan hati selain anak ummi ini disakiti, pasti semua ibu kasih dan cinta kan anak mereka apatah lagi sewaktu mereka kecil
Bilal anak ummi sayang..
Allah zahirkan kamu dalam hidup ummi dan abah begitu sempurna Jika kekayaan yang nak dibangdingkan maka kaulah yang paling berharga buat ummi dan abah Jika keselesaan yang ditaruhkan Tiada taruhan yang dapat dibandingkan dengan senyumanmu Sungguh ini adalah hadiah yang Allah kurniakan dalam hidup ummi menjadi penyejuk mataku Syukur yang tiada penghujung padaMu ya Allah
Ummi doakan Bilal menjadi asbab agama tersebar seluruh alam
Terima kasih wahai Allah Yang Menzahirkan anak ini kepada kami… Semoga Afiyyah sentiasa untuknnya Semoga fakih dia dalam agama… Semoga doanya adalah seperti disebut nabi :ولد صالح يدعو له Doa anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya الهم امين
Tersentuh dengan luahan Neelofa, semoga perkongsian ini tiada lagi anasir negatif dan kita sepatutnya titipkan doa yang baik-baik juga menghormati privasi individu selebriti mahupun bukan selebriti. Didiklah jiwa lebih dekat dariNya agar tiada perasaan yang akan mencampakkan kita ke lembah neraka.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi Indonesia yang terkenal dengan lagu 'Tenda Biru' iaitu Desy Ratnasari merupakan seorang tokoh masyarakat yang mempunyai pelbagai bakat. Desy memulakan kerjayanya...