Kita sama sekali tidak boleh menghentikan masa. Tetapi kita boleh meminimakan efeknya terhadap kesihatan kulit kita. Hanya dengan 10 langkah ini, anda bakal memiliki kulit yang tampak lebih muda remaja tanpa perlu berbelanja banyak. Wajib kita lakukan apatah lagi usia yang makin bertambah atau sudah memasuki usia 30 an.
Pada usia sebeginilah 10 penjagaan inilah yang amat penting dilakukan bagi mengelakkan kita terlihat tua dari usia sebenar. Malah wajah juga akan kelihatan lebih muda berbanding usia.
1. Melindungi kulit
Pastikan anda sentiasa memakai sunscreen untuk menghalang penuaan pramatang, kedutan dan juga bintik hitam.
2. Hidrasi
Minum lebih banyak air masak dan bukan apabila anda dahaga sahaja. Dehidrasi boleh membawa kepada kulit kering merekah yang boleh membuatkan anda tampak tua.
3. Tidur yang mencukupi
Tidur sekurang-kurangnya tujuh jam sehari untuk mendapat beauty sleep dan juga membenarkan sel kulit anda pulih dan seimbang semula. Lingkaran gelap bawah mata, wajah sembap dan letih hanya akan menambah nilai angka kepada rupa kulit anda.
4. Membersihkan wajah
Cuci wajah anda pada waktu pagi dan malam untuk mengelakkan pengumpulan bakteria dan minyak pada wajah. Pembersihan ini menjadikan anda tampak lebih remaja namun jangan sampai terlebih mencuci pula!
5. Relaks
Kawal stres dan ambil masa untuk relaks. Stres akan mengurangkan kandungan lembapan dan tegangan pada wajah dan ini akan menggalakkan proses penuaan.
6. Pengelupasan
Hilangkan kompleksi kusam dan gelap dengan membuang sel kulit mati. Pengelupasan secara berkala membantu membersih pori tersumbat dan juga menyerlahkan kulit yang segar dan bernafas baru.
7. Diet sihat
Isi tubuh badan anda dengan nutrien yang diperlukan dengan memakan buah-buahan, sayur-sayuran dan ikan. Diet yang sihat memberi impresi kulit yang radian dan tegang yang juga membantu menghalang bintik hitam dan kedutan.
8. Melembap
Sapu pelembap yang seimbang pada waktu siang dan malam. Pelembap membantu melawan kekeringan, mengimbangkan tona kulit dan juga membaiki tekstur kulit agar kelihatan lebih muda.
9. Bernafas
Nikmati udara segar dan elakkan merokok. Merokok membawa kepada penuaan pramatang dan menyebabkan kedutan serta mengurangkan elasiti kulit.
10. Bersenam
Kekal aktif untuk memastikan darah anda bergerak lancar. Lakukan sekurang-kurangnya 30 minit dua minggu sekali sama ada berjogging atau sekadar berjalan cepat. Peredaran darah yang lancar mampu membantu menyuburkan sel kulit, membuang toksin dan juga menggalakkan pengeluaran minyak natural untuk wajah seri yang sihat.
Jangan hanya bergantung kepada produk kecantikan semata kerana ia hanya membaiki wajah sahaja tanpa membantu bahagian kulit yang lain. Pastikan tubuh anda sihat secara menyeluruh mampu memberikan seri dan kecantikan pada seluruh badan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI